Namun melihat kepada situasi masa sekarang eloklah penerbit memandang jauh beratus kilometer ke hadapan sebelum meletakkan judul baru dalam jadual terbitan.
Judul-judul baru yang dihantar, bukan tidak bernilai. Cuma ia kurang tepat untuk terbitan sekarang. Melainkan dapat manuskirp yang betul-betul bagus, akan diterbitkan segera.
Penerbit tidak mahu tanggung risiko terbit kerana setiap satu judul itu memakan kos besar. Kos itu mesti diperoleh semula secepatnya dalam masa enam bulan setelah terbit.
Dengan memperlahankan terbitan baru, pihak stor dapat mengurus stok yang ada dengan pelbagai kaedah;
Antaranya jualan berpakej, dijual terus dengan aktiviti ke sekolah, kempen di pejabat dan promosi di lokasi tumpuan, terbabit pesta buku, mengadakan kempen online (salary week) dan sebagainya.
Penulis tidak terbeban dengan situasi ini. Mereka hanya mahu lihat karya terbit, ada di kedai dan dapat royalti.Semua urusan rugi, pasaran lembab, buku dipulangkan dari kedai-kedai buku, stor tepu, semuanya ditanggung sepenuhnya oleh penerbit.
Inilah senario penerbitan sekarang apabila pembeli berkira-kira hendak membeli buku atau hendak membeli keperluan sehari-hari yang lebih penting.
.Kos menyimpan buku di stor atau gudang bukan percuma.
No comments:
Post a Comment