Sunday, August 21, 2016

BE STRONG WOMAN!



Suatu masa dulu, dua kali dalam seminggu saya akan ke Mahkamah Rendah Syariah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk tugasan kes perbicaraan.
Setiap kali hadir ke bilik dingin itu dan duduk di kerusi kayu dalam mahkamah, hati saya sebak. Apabila hakim muncul dan sesi bicara bermula, mata saya bergilir melihat ke wajah plaintif dan defendan dalam kandang di kiri dan kanan meja hakim.
Pastinya kisah istana yang terpaksa dirobohkan. Rutin kes - Cerai, Fasakh. Nusyuz, Talak, Mutaah, Poligami, Hadanah bertindan-tindan. Kes rujuk pula jarang berlaku. Hati saya mula robek.
Balik ke pejabat, saya mula menaip dan melaporkan perjalanan kes. Kebiasaanya untuk dua atau tiga siri majalah Mingguan Wanita. Sambil menaip, sambil gesek mata dan sapu air hidung.
Sulit saya bayangkan, ada suami/isteri yang boleh setulusnya berlaku sayang dan cinta kepada orang lain, tetapi tidak kepada suami/isteri sendiri.
Ya. Mesti ada punca penyebabnya. Itu peta hidup masing-masing.
Kita jangan melihat orang lain dengan mata lalat.
(Mata lalat yang hanya melihat pada kotor dan busuk)

Go. Go. Go. Be strong ladies!
Orang tidak berada dalam kasut kita, mereka tidak mengalami cerita kita. Ironinya mereka pula yang tidak sabar-sabar mahu tahu pengakhiran cerita kita.
.
* Perjalanan kes inilah yang menghasilkan novel saya:
Kuala Lumpur di Mana Suamiku (Alaf 21)

No comments: