Thursday, August 11, 2016

FOTOGRAFI (1) STEFANO ROMANO



STEFANO ROMANO- FOTOGRAFER ITALIA.
.
Demikian namanya. Ilmu penting dekad ini. Ia pelengkap kepada content creation dan content curation. Ia penyerlah pada content marketing.
.
Telah terpasak mahu datang ke program anjuran Tuan Zamri Mohamad ini. Namun terbabas. Ada tugas yang perlu dibuat.
.
Hasilnya saya kutip dahulu apa yang ada di wall Tuan Zamri Mohamad dan Cikpuan Sri Diah Shaharuddin. Ilmu kutipan ini jadi penguat jiwa satu waktu saya akan berguru juga. 9 Poin yang berguna sebagai pemula.
.
Puan Sri Diah kata mulakan dengan "Snap yang Bercerita" .
.
Tuan Zamri Mohamad menyambung, Fotografi dan Buku mempunyai kesan membina kepercayaan jika diolah dengan baik. Kedudukan "mata pada subjek dalam foto" memberi kesan dominan pada orang yang melihat. Kawal arah mata bagi mengawal 'pembaca'.
.
Antara points yang mereka pelajari dalam sesi bersama Bapak Stefano Romano.
.
# 1. Bina keserasian jiwa, supaya dapat 'masuk' ke dalam jiwa subjek.
.
# 2. Mata adalah kuasa utama dalam fotografi. Mata jurufoto dan orang yang diambil fotonya ada interaksi. Niat jurufoto penting. Jika gelabah akan nampak gelabah. Kamera tidak sepenting mata.
Lihat dgn mata hati
.
# 3. SELFIE tiada kesan kejiwaaan kerana tiada fokus dan interaksi antara mata dan jiwa.
.
# 4. Apabila ambil gambar potret yang melibatkan anggota badan subjek, pastikan anggota itu lengkap. Andai separuh badan, betul-betul separuh pinggang ke atas. Jangan terpotong hujung jari atau sebelah lengan dalam gambar.
.
# 5. Tuan Stefano integrasikan jiwa, konteks dan orang dalam foto. Jika berjalan di dalam hutan, misalnya, sasarkan tempat yg ditujui sambil dengan melihat sekeliling bersama jiwa dan emosi. Foto akan lebih baik daripada ianya diambil "kosong tanpa makna".
.
# 6. Setiap kali snap, cuba lihat sesuatu dengan kisah disebaliknya. Ada potret yang cantik tetapi kosong (tanpa emosi). Ada juga potret yang biasa-biasa namun dapat 'bercerita' dengan kita.
.
# 7. Pencahayaan amat penting dalam menghasilkan foto yang bagus. Ia berperanan antara lain, menceritakan sesuatu dan mengabadikan momen.. Stail fotografi potret yang berbeza dapat menghasilkan foto yang berbeza.
.
# 8. Foto yang 'blur' tak semestinya foto yang tidak bagus. Ada kisah disebaliknya. Penggunaan 'flash' boleh mencacatkan foto yang dirakam. Semasa mengambil gambar, iaitu hubungan penting antara objek dan cahaya. Jika cahaya terlalu banyak, hasil gambar tidak cantik. Apabila cahaya kurang, hasil gambar juga tidak cantik.
.
# 9. Tuan Stefano sering sebut pentingnya psikologi dan falsafah dalam fotografi selain aspek teknikal. Seperti ulasan Puan Sri Diah Shaharuddin, bahawa beliau memberatkan "aspek kemanusiaan dan jiwa" dalam fotografi.
 — dengan Stefano Romano.

IKUTI TULISAN DAN KOMEN tulisan  >>> DATO' ROSLAN <<< di sini.


No comments: