Friday, August 12, 2016

ALLAH TEMPAT MENGADU

"Jalan menembus hutan tidak terasa panjang
jika kau mencintai orang yang akan kau temui."
- Peribahasa Afrika.
Petikan ini saya tujukan kepada Puan Raudzah Arippin yang saya panggil Odah dan sekarang lebih terkenal sebagai Odah Anderson dari Kepulauan Cocos, isteri kepada Tuan Muhammad Idzwan Othman 

Siapakah wanita muda cantik ini?
Isteri beranak tiga yang kesemuanya masih kecil ini dianugerahi Allah ujian sangat besar.
Satu hari dia panik. Dia diburu bimbang. Dia putus harap. Kepada siapa mahu mengadu? Apa akan terjadi kepada masa depan dan anak-anak?
Dia menangis tidak henti-henti bersendirian di Masjid Hospital Kuala Lumpur. Namun semua itu sekejap sahaja. Dia menyeka air matanya dan bangkit berlari.



Segalanya bermula 9 Mac 2015, (genap setahun 5 bulan yang lalu) apabila suami beliau yang sihat walafiat mendapat serangan - Strok Pendarahan - Basal Ganglia Bleed. Left side hemiplegia.
Orang baik Allah tetap tolong. Beliau mempunyai jaringan rakan yang bagus. Semua tampil membantu segenap segi.. Hubungannya dengan Allah sangat dekat maka didatangkan pelbagai pertolongan.
Selain Odah, suaminya sendiri seorang yang cekal. Beliau yang saya suka gelar `hensem' itu tabah menjalani sesi pemulihan.
Pada 6 & 7 Ogos lalu Odah datang ke kelas fotografi Tuan Stefano Romano. Walau Odah sendiri memang sudah ada bakat fotografi tetapi tetap mahu menambah ilmu).
Walau sudah berbakat menulis dengan follower yang ramai, beliau datang juga menambah ilmu penulisan daripada Tuan Zamri Mohamad

Si bongsu Ammar rajin menemani bapanya

Beliau mahu menulis semua kisah hidupnya yang mahal itu beserta gambar-gambar yang eksklusif nilainya. Kisah itu bukan sahaja mahal bagi dirinya namun bagi saya amat bernilai kepada semua wanita. Saya tidak sabar mahu membacanya.


Rupanya, Tuan Idzwan juga semakin rancak menulis dalam situasi hanya sebelah tangannya sahaja yang dapat digerakkan. Wah isteri sudah ada saingan!

* Di atas ialah petikan kata-kata yang saya ucap pada akhir sesi hari pertama Bengkel Klik dan Tulis anjuran kursuspenulisan.com. Mungkin ramai yang tidak mendengar jelas ayat berkenaan, tetapi di atas itulah ayat penuhnya.
Tulisan itu terdapat dalam buku Kampungku Indonesia terbitan Pustaka Mizan.

No comments: