Wednesday, August 31, 2016

PENERBIT TUTUP KEDAI

Bukan satu kesalahan jika akhir-akhir ini kebanyakan penerbit mula memperlahankan judul penerbitan. Ini bukan bermakna bisnes sudah teruk.
Namun melihat kepada situasi masa sekarang eloklah penerbit memandang jauh beratus kilometer ke hadapan sebelum meletakkan judul baru dalam jadual terbitan.
Judul-judul baru yang dihantar, bukan tidak bernilai. Cuma ia kurang tepat untuk terbitan sekarang. Melainkan dapat manuskirp yang betul-betul bagus, akan diterbitkan segera.
Penerbit tidak mahu tanggung risiko terbit kerana setiap satu judul itu memakan kos besar. Kos itu mesti diperoleh semula secepatnya dalam masa enam bulan setelah terbit.
Dengan memperlahankan terbitan baru, pihak stor dapat mengurus stok yang ada dengan pelbagai kaedah;
Antaranya jualan berpakej, dijual terus dengan aktiviti ke sekolah, kempen di pejabat dan promosi di lokasi tumpuan, terbabit pesta buku, mengadakan kempen online (salary week) dan sebagainya.
Penulis tidak terbeban dengan situasi ini. Mereka hanya mahu lihat karya terbit, ada di kedai dan dapat royalti.Semua urusan rugi, pasaran lembab, buku dipulangkan dari kedai-kedai buku, stor tepu, semuanya ditanggung sepenuhnya oleh penerbit.
Inilah senario penerbitan sekarang apabila pembeli berkira-kira hendak membeli buku atau hendak membeli keperluan sehari-hari yang lebih penting.
.Kos menyimpan buku di stor atau gudang bukan percuma.

Sunday, August 28, 2016

ADAPTASI NOVEL SELAMAT MALAM TAN SRI



Menulis yang baik adalah terapi untuk diri sendiri. 
Tanpa kita sedar sebenarnya menjadi terapi juga untuk pembaca.
Selamat Malam Tan Sri - Novel yang positif kasih sayang dan respek terhadap wanita. Turut ditekankan amalan kejujuran dan setia janji sebagai paksi sebuah cinta.
Terbitan Alaf 21 (1999 - 2005)

10 kali ulang-cetak. 



Telah berlangsung perbincangan pra-production bersama Hazlan Tamsir wakil syarikat produser untuk drama adaptasi terbitan RTM.
Alhamdulillah skrip untuk 26 episod siri ini tulisan Ahmad Saabun sudah diserahkan kepada syarikat penerbit.


Berbincang juga mengenai senarai nama pelakon yang sudah dikenalpasti untuk memegang watak antaranya Tan Sri Rahman Shah dan isterinya Puan Sri Rosenita juga madunya Netty Karmila.
Turut dicadangkan beberapa nama pelakon untuk watak Hanim Hanani (wartawan) dan Saiful Azam (anak Tan Sri dan Puan Sri) juga watak sampingan yang lain.
Namun belum boleh disiarkan siapakah pelakon-pelakon berkenaan. Tunggu ya 
26 Ogos 2016.
Shah Alam

TERBIT BUKU


Dalam suasana penerbitan yang tidak menyebelahi penerbit, pencetak dan penulis kini, setiap yang terlibat dalam industri ini semakin ligat memikir cara terbaik menjual buku.
Pulangan buku (return) di stor mulai diterima satu demi satu judul. 
Tempoh tiga hingga enam bulan buku berada di kedai dianggap satu tempoh yang terlalu lama bagi pekedai jika jualan tidak memberangsangkan.

Kebiasaannya pekedai akan pulangkan semula buku yang tidak laris. Ada yang sudah rosak, ada juga yang tidak keluar dari kotak.
________________________________________

Maka jadual penerbitan dirombak. Sifir penerbitan berubah.
Editor kebiasaannya mesti menjawab soalan-soalan ini:

Apakah buku ini akan laku cepat? Jika laku kita cetak. 
Jika tak boleh jalan, kita KIV. Jangan terbit dulu.

Tindakan positif apabila penulis turut terbabit sebagai agen jualan Sekurangnya memikir untuk melariskan buku sendiri, itu sudah cukup baik!
Tulisan promosi mesti bagus. Info buku, isi kandungan, spec buku, saiz, mukasurat dan harga mesti lengkap.
Contohnya: 
Apa istimewanya buku itu? Ceritakan. 
Dramatikkan tulisan di poster. Cari petikan menarik dalam teks. 
Pilih dialog-dialog yang menyengat. 
Jika boleh buat teaser lagi bagus.
Upload kepada semua secara publik.

Semua itu tidak susah jika penulis berfikiran seperti penerbit. 
Sebenarnya jika buku laris bukan penerbit saja yang untung. 
Penulis juga dapat royalti banyak.

Sunday, August 21, 2016

BE STRONG WOMAN!



Suatu masa dulu, dua kali dalam seminggu saya akan ke Mahkamah Rendah Syariah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk tugasan kes perbicaraan.
Setiap kali hadir ke bilik dingin itu dan duduk di kerusi kayu dalam mahkamah, hati saya sebak. Apabila hakim muncul dan sesi bicara bermula, mata saya bergilir melihat ke wajah plaintif dan defendan dalam kandang di kiri dan kanan meja hakim.
Pastinya kisah istana yang terpaksa dirobohkan. Rutin kes - Cerai, Fasakh. Nusyuz, Talak, Mutaah, Poligami, Hadanah bertindan-tindan. Kes rujuk pula jarang berlaku. Hati saya mula robek.
Balik ke pejabat, saya mula menaip dan melaporkan perjalanan kes. Kebiasaanya untuk dua atau tiga siri majalah Mingguan Wanita. Sambil menaip, sambil gesek mata dan sapu air hidung.
Sulit saya bayangkan, ada suami/isteri yang boleh setulusnya berlaku sayang dan cinta kepada orang lain, tetapi tidak kepada suami/isteri sendiri.
Ya. Mesti ada punca penyebabnya. Itu peta hidup masing-masing.
Kita jangan melihat orang lain dengan mata lalat.
(Mata lalat yang hanya melihat pada kotor dan busuk)

Go. Go. Go. Be strong ladies!
Orang tidak berada dalam kasut kita, mereka tidak mengalami cerita kita. Ironinya mereka pula yang tidak sabar-sabar mahu tahu pengakhiran cerita kita.
.
* Perjalanan kes inilah yang menghasilkan novel saya:
Kuala Lumpur di Mana Suamiku (Alaf 21)

ANTOLOGI CERPEN TIGA NEGARA


Menerima khabar gembira apabila melihat gambar-gambar dari status Ibu Kartini Nurdin (Yayasan Pustaka Obor Indonesia) dan En Mohd Khair Ngadiron (ITBM) yang mengadakan perbincangan bersama Duta Besar Bosnia dan Herzegovina di Indonesia, TYT Muhamed Cengic.

Perbincangan ini adalah untuk penterjemahan Antologi Cerpen Tiga Negara ke bahasa Bosnia dan Herzegovina. Semoga sukses.


Kulit depan Antologi Cerpen Tiga Negara 

Antologi Cerpen Tiga Negara (Malaysia - Indonesia - Singapura) telah dilancarkan di Frankfurt Book Fair pada 15 Oktober 2015. Antologi ini adalah terbitan bersama Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM), Yayasan Obor Indonesia dan National Art Council Singapore. Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) sebagai penyelaras projek.

Sesi memperkenalkan buku di Frankfurt Book Fair 

Majlis Pelancaran di Frankfurt Book Fair 15 Oktober 2015


MALAYSIA
1. Usus - Azmah Nordin
2. Moluska - SM Zakir 
3. WanitaTahanan Reman - Sri Diah | Novelis
4. Gajah yang Mengajar- Zakaria Ali


Saya bersama penulis Azmah Nordin


INDONESIA
1. Mata Telanjang - Djenar Maesa Ayu
2. Api Sita - Oka Rusmini
3. Bulan di Atas Kampung - Seno Gumira Ajidarma
4. Rambu Solo - Sulfiza Ariska



Ibu Kartini Nurdin (Yayasan Pustaka Obor Indonesia) dan En Mohd Khair Ngadiron (ITBM) yang mengadakan perbincangan bersama Duta Besar Bosnia dan Herzegovina di Indonesia, TYT Muhamed Cengic
\

SINGAPURA 
1. Orang Dagang - Rama Kannabiran
2. Usha dan Anakku yang Ketiga - Suchen Christine Llim 
3. Perempuan Kerudung Hitam - Suratman Markasan 
4. Lapan Jam di Dalam Pembentung - Wong Meng Voon

Thursday, August 18, 2016

SAAT SEBELUM BERANGKAT



Sir Nazri Ibrahim, Pensyarah Komunikasi di UITM, Shah Alam telah mengirim gambar lama ini di facebook. Karya ini terdapat dalam antologi 'Esok Yang Hilang' pada tahun 1989. Sangat lama!
Rupanya beliau masih menyimpan karya ini. Kisah wanita yang bermasalah apabila berselingkuh dengan seorang lelaki hingga mendatangkan dosa.
Pada 1990 saya telah menyambung kisah cerpen itu dalam satu lagi cerpen berjudul 'Merajut Sengketa'. Cerpen ini termuat dalam Kumpulan Cerpen Wanita Tahanan Reman terbitan ITBM.
Cerpen 'Merajut Sengketa' menang dalam Anugerah Sastera Utusan Melayu/Public Bank 2000 dan sangat disenangi oleh cerpenis Baharuddin Kahar.
Begitulah kisah demi kisah... hanya kerana sebuah cerpen.
-----------------------------------------------
Status Sir Nazri Ibrahim di fb begini:
Cerpen karya Sri Diah Shaharuddin ini diterbitkan pada 1989 dan saya kerap merujuknya sebagai "Esok Yang Hilang" sedangkan judulnya "Saat Sebelum Berangkat".
Cerpen ini diterbitkan dalam antologi cerpen "Esok Yang Hilang" sebagai tugasan kursus Pengurusan Penerbitan bagi 'batch super senior' Jabatan Penulisan Universiti Malaya tahun1989.


WORLD #QURANHOUR




Berinteraksi bersama World ‪#‎QuranHour‬, sejam membaca Al-Quran pada 9 Zulhijah 1437, sempena Hari Wukuf di Arafah bersamaan 11 September 2016 bermula tepat jam 9 pagi.
Ini adalah tarikh dan waktu di Malaysia. Lain negara berbeza timeline. Jadi bayangkan bacaan al-Quran bergema saling bersahutan serentak seluruh dunia pada tarikh berkenaan.
Sesiapa sahaja walau di mana berada boleh menyertai acara ini. Segera rancang acara ini di tempat masing-masing. Bi iznillah. Amin!

Tuesday, August 16, 2016

KERUT USIA


Hari ini 16 Ogos - gambar ini muncul lagi di newsfeed. 
Kali ini saya mahu titipkan kata-kata ini:

“Aku harus menyibukkan diri. Membunuh dengan tega setiap kali kerinduan itu muncul. Ya Tuhan, berat sekali melakukannya. Sungguh berat, karena itu berarti aku harus menikam hatiku setiap detik.”
- Tere Liye, Novel “Sunset & Rosie”

Saya merindui saat tua yang ampuh. Semoga sempat mencapai usia tua begini. Kental jiwa. Utuh peribadi dan sarat ilmu.
_________________________

Wanita dalam gambar ini adalah gipsi yang tinggal di lorong-lorong dan kaki lima di sekitar kota Rome. Raut muka dan kerut wajah wanita itu sangat menyentuh hati saya.

Foto: Stefano Romano
Italiano Institute, di Menteng, Jakarta, Indonesia.

Monday, August 15, 2016

AIR MATA WANITA




Saya selalu tahan air mata melihat ibu-ibu bekerja terpaksa meninggalkan anak-anak menjerit-jerit menangis di pagar rumah waktu pagi. Saat itu merupakan perpisahan sementara, menjelang petang ibu pulang bekerja.
Situasi sama juga di pagar pusat asuhan.
Saya tahu, hati ibu juga turut sebak.
Pagi tadi di sebuah lampu isyarat, saya tertoleh dan melihat wanita di kereta sebelah sedang mengesat air mata sambil menyapu lipstik. Saya tahu kenapa, kerana saya mengekori di belakang keretanya sejak di lorong yang ada tadika, di hujung rumah saya.
Jangan kata. "eloklah berhenti kerja sahaja menjaga anak di rumah". Kita tidak tahu cerita mereka. Ada sebab dia harus keluar bekerja. Sama ada ibu rumah tangga, atau ibu kerjaya, bagi saya wanita umpama seketul granit - kecil comel tapi kuat.

Sunday, August 14, 2016

POTRET FOTOGRAFI


Dari bengkel Klik dan Tulis Kisah Hidup:
"Jika matamu kosong, fotomu juga kosong"
Masih ingat pesanan ini?

--------------------------------------------------------------

>>> FOTO SEPERTI IMAN <<<




Bermula dari hobi mengambil gambar di jalanan, seorang jurufoto profesional dari Itali, Stefano Romano berkongsi kepakarannya mengadun bidang falsafah, psikologi dan seni foto untuk mendapatkan foto terbaik, khususnya gambar potret.

Beliau berkunjung memberikan ceramah kepada sekumpulan jurufoto dalam satu bengkel yang diadakan di Kumpulan Media Karangkraf, baru-baru ini. Bengkel anjuran kursuspenulisan.com dan Kumpulan Media Karangkraf. Terima kasih Team Sinar TV.
Stefano Romano baru sahaja menghasilkan buku foto bersama Penerbit Mizan, Indonesa berjudul; Kampungku Indonesia.



Friday, August 12, 2016

ALLAH TEMPAT MENGADU

"Jalan menembus hutan tidak terasa panjang
jika kau mencintai orang yang akan kau temui."
- Peribahasa Afrika.
Petikan ini saya tujukan kepada Puan Raudzah Arippin yang saya panggil Odah dan sekarang lebih terkenal sebagai Odah Anderson dari Kepulauan Cocos, isteri kepada Tuan Muhammad Idzwan Othman 

Siapakah wanita muda cantik ini?
Isteri beranak tiga yang kesemuanya masih kecil ini dianugerahi Allah ujian sangat besar.
Satu hari dia panik. Dia diburu bimbang. Dia putus harap. Kepada siapa mahu mengadu? Apa akan terjadi kepada masa depan dan anak-anak?
Dia menangis tidak henti-henti bersendirian di Masjid Hospital Kuala Lumpur. Namun semua itu sekejap sahaja. Dia menyeka air matanya dan bangkit berlari.



Segalanya bermula 9 Mac 2015, (genap setahun 5 bulan yang lalu) apabila suami beliau yang sihat walafiat mendapat serangan - Strok Pendarahan - Basal Ganglia Bleed. Left side hemiplegia.
Orang baik Allah tetap tolong. Beliau mempunyai jaringan rakan yang bagus. Semua tampil membantu segenap segi.. Hubungannya dengan Allah sangat dekat maka didatangkan pelbagai pertolongan.
Selain Odah, suaminya sendiri seorang yang cekal. Beliau yang saya suka gelar `hensem' itu tabah menjalani sesi pemulihan.
Pada 6 & 7 Ogos lalu Odah datang ke kelas fotografi Tuan Stefano Romano. Walau Odah sendiri memang sudah ada bakat fotografi tetapi tetap mahu menambah ilmu).
Walau sudah berbakat menulis dengan follower yang ramai, beliau datang juga menambah ilmu penulisan daripada Tuan Zamri Mohamad

Si bongsu Ammar rajin menemani bapanya

Beliau mahu menulis semua kisah hidupnya yang mahal itu beserta gambar-gambar yang eksklusif nilainya. Kisah itu bukan sahaja mahal bagi dirinya namun bagi saya amat bernilai kepada semua wanita. Saya tidak sabar mahu membacanya.


Rupanya, Tuan Idzwan juga semakin rancak menulis dalam situasi hanya sebelah tangannya sahaja yang dapat digerakkan. Wah isteri sudah ada saingan!

* Di atas ialah petikan kata-kata yang saya ucap pada akhir sesi hari pertama Bengkel Klik dan Tulis anjuran kursuspenulisan.com. Mungkin ramai yang tidak mendengar jelas ayat berkenaan, tetapi di atas itulah ayat penuhnya.
Tulisan itu terdapat dalam buku Kampungku Indonesia terbitan Pustaka Mizan.

Thursday, August 11, 2016

FOTOGRAFI (1) STEFANO ROMANO



STEFANO ROMANO- FOTOGRAFER ITALIA.
.
Demikian namanya. Ilmu penting dekad ini. Ia pelengkap kepada content creation dan content curation. Ia penyerlah pada content marketing.
.
Telah terpasak mahu datang ke program anjuran Tuan Zamri Mohamad ini. Namun terbabas. Ada tugas yang perlu dibuat.
.
Hasilnya saya kutip dahulu apa yang ada di wall Tuan Zamri Mohamad dan Cikpuan Sri Diah Shaharuddin. Ilmu kutipan ini jadi penguat jiwa satu waktu saya akan berguru juga. 9 Poin yang berguna sebagai pemula.
.
Puan Sri Diah kata mulakan dengan "Snap yang Bercerita" .
.
Tuan Zamri Mohamad menyambung, Fotografi dan Buku mempunyai kesan membina kepercayaan jika diolah dengan baik. Kedudukan "mata pada subjek dalam foto" memberi kesan dominan pada orang yang melihat. Kawal arah mata bagi mengawal 'pembaca'.
.
Antara points yang mereka pelajari dalam sesi bersama Bapak Stefano Romano.
.
# 1. Bina keserasian jiwa, supaya dapat 'masuk' ke dalam jiwa subjek.
.
# 2. Mata adalah kuasa utama dalam fotografi. Mata jurufoto dan orang yang diambil fotonya ada interaksi. Niat jurufoto penting. Jika gelabah akan nampak gelabah. Kamera tidak sepenting mata.
Lihat dgn mata hati
.
# 3. SELFIE tiada kesan kejiwaaan kerana tiada fokus dan interaksi antara mata dan jiwa.
.
# 4. Apabila ambil gambar potret yang melibatkan anggota badan subjek, pastikan anggota itu lengkap. Andai separuh badan, betul-betul separuh pinggang ke atas. Jangan terpotong hujung jari atau sebelah lengan dalam gambar.
.
# 5. Tuan Stefano integrasikan jiwa, konteks dan orang dalam foto. Jika berjalan di dalam hutan, misalnya, sasarkan tempat yg ditujui sambil dengan melihat sekeliling bersama jiwa dan emosi. Foto akan lebih baik daripada ianya diambil "kosong tanpa makna".
.
# 6. Setiap kali snap, cuba lihat sesuatu dengan kisah disebaliknya. Ada potret yang cantik tetapi kosong (tanpa emosi). Ada juga potret yang biasa-biasa namun dapat 'bercerita' dengan kita.
.
# 7. Pencahayaan amat penting dalam menghasilkan foto yang bagus. Ia berperanan antara lain, menceritakan sesuatu dan mengabadikan momen.. Stail fotografi potret yang berbeza dapat menghasilkan foto yang berbeza.
.
# 8. Foto yang 'blur' tak semestinya foto yang tidak bagus. Ada kisah disebaliknya. Penggunaan 'flash' boleh mencacatkan foto yang dirakam. Semasa mengambil gambar, iaitu hubungan penting antara objek dan cahaya. Jika cahaya terlalu banyak, hasil gambar tidak cantik. Apabila cahaya kurang, hasil gambar juga tidak cantik.
.
# 9. Tuan Stefano sering sebut pentingnya psikologi dan falsafah dalam fotografi selain aspek teknikal. Seperti ulasan Puan Sri Diah Shaharuddin, bahawa beliau memberatkan "aspek kemanusiaan dan jiwa" dalam fotografi.
 — dengan Stefano Romano.

IKUTI TULISAN DAN KOMEN tulisan  >>> DATO' ROSLAN <<< di sini.


Wednesday, August 10, 2016

FOTOGRAFI (2) STEFANO ROMANO



[ 7 Perkara BAHARU Yang Saya Pelajari Dari Stefano Romano – Jurufoto dari Itali ]
Sejujurnya, hati telah membuat keputusan untuk ‘duduk diam-diam’ dari menyertai sebarang kursus sehingga hujung tahun 2016.
Bukan bermaksud ilmu dah penuh di dada sampai meleleh-leleh keluar ikut mulut. Lebih kepada ilmu yang dicari, digali, ditimba sejak awal 2015 banyak lagi yang tidak sempat diamalkan.
Pergi kursus, seronok! Naik semangat! Balik rumah, semangat lagi!
Cukup 7 hari, sejuk!
Ilmu ‘mahal-mahal’ (buku nota) elok tersimpan celah-celah rak buku.
Itulah sebabnya apabila keluar iklan di Kursuspenulisan.com tentang Bengkel penulisan kisah hidup dan fotografi. Saya boleh rileks saja buat muka ikan termenung. Tiada perasaan.


Keyakinan sedikit goyah, apabila keluar wajah Tuan Stefano Romano dalam iklan bengkel itu. Ada suara dalam hati berbisik, “Huih, internasional ni. Itali lagi. Hish, rugi pula kalau tak datang.”
Lebih 10 kali ayat persuasif Tuan Zamri Mohamad muncul di newsfeed dengan ayat-ayat ‘macam tau-tau saja apa orang sedang fikir’. Saya terus buat keputusan daftar masuk.
Monolog hati, ‘Kalau tak menarik kursus ini, harus 3 hari 3 malam aku menangis tekup muka di bantal.’
Alhamdulillah, perasaan buruk hasutan syaitan tidak menjadi kenyataan.
Ternyata bengkel ini ada memberikan sesuatu yang baharu dan bernilai untuk dibawa pulang dan dijadikan pedoman.
Apa yang menarik sangat tentang mengambil foto potret selain foto itu perlu dilihat cantik (di mata orang awam)?
Saya belajar 7 perkara ini dari Tuan Stefano Romano.
1. Foto Adalah Tentang ‘Jiwa’
Mengambil foto potret memerlukan kemahiran mentafsir antara ‘baju dan kulit’.
Baju adalah pakaian luaran yang dipakai oleh subjek dan boleh dilihat oleh semua orang.
Manakala kulit adalah dalaman subjek atau ‘jiwa’ yang hanya boleh dirasai oleh jurufoto yang ‘ada rasa’.
Jurufoto memerlukan ‘heart eyes’ (mata hati) untuk mengambil foto yang ‘ada jiwa’.
(Ulasan saya: Patutlah foto-foto yang menang anugerah jika diamati seakan-akan cuba menyampaikan sesuatu pada kita)
.
2. Pandangan Mata Subjek ‘ada makna’
Mata subjek yang memandang ke atas melambangkan pengharapan atau posisi diri yang mahu hampir dengan Tuhan.
Mata subjek yang melihat ke bawah pula boleh mengambarkan kesedihan atau perasaan subjek yang sedang melankolik.
Mata subjek yang dilihat melirik ke kanan (dari pandangan hadapan) menggambarkan seolah-olah subjek sedang merenung masa hadapan.
Mata subjek yang melirik ke kiri pula seolah-olah mengimbau kenangan masa lalu.
Falsafah ini diperolehi dari penulisan yang biasanya dimulakan dari kiri (sudah tulis) ke kanan (akan di tulis).
.
3. Mata Subjek Mampu Berbicara
Mata mempunyai ‘bahasa’ sendiri. Perasaan sedih, gembira, kecewa dan marah semuanya boleh digambarkan oleh mata. Bahasa mata mampu ‘berkomunikasi’ dengan penonton foto tanpa kehadiran insan (subjek) itu di depan mata.
.
4. Foto Adalah Lukisan
Lukisan bukan hanya diconteng menggunakan pensel warna, warna air, krayon, cat minyak atau ‘magic color’. Malah lukisan boleh dihasilkan oleh cahaya.
Foto adalah lukisan yang dihasilkan dengan cahaya!
Sebagaimana Islam digambarkan sebagai ‘nur’ (cahaya), kehadiran cahaya dalam foto turut menggambarkan bagaimana subjek dikeluarkan dari kegelapan menuju cahaya (ini melibatkan falsafah untuk difahami).
.
5. Foto Dilihat Dari 2 Dunia
Apabila ditanya, mana yang lebih baik, foto hitam putih atau berwarna. Tuan Stefano menyatakan ianya terpulang kepada bagaimana seseorang itu melihat dunia.
Ada yang melihat dunia ini, hitam dan putih. Ada yang melihat dunia ini berwarna warni (fahaman saya, ini juga berkait juga dengan falsafah).
Namun, satu foto yang mempunyai campuran hitam putih dan berwarna warni (akibat disunting) adalah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh seorang jurufoto seperti dirinya.
.
6. Latar Belakang Menentukan Fokus
Jika hanya mahu menonjolkan wajah subjek di dalam foto potret, pastikan latar belakang subjek hampir sama dengan warna pakaian yang dipakai.
Jika mahu menonjolkan subjek secara keseluruhan, latar belakang subjek perlu dipastikan ‘contrast’ dengan baju yang dipakai.
‘Contrast’ juga boleh ditonjolkan melalui perbezaan antara tekstur subjek dan latar belakang.
Contoh, wajah subjek yang halus dilatari tekstur batang pokok yang menggerutu.
.
7. Selfie Adalah Kanser
Pendapat Tuan Stefano, ‘Selfie’ adalah penyakit ‘kanser ego’. Ianya timbul dari kepercayaan orang di barat yang takut pada kematian.
‘Selfie’ (ambil gambar diri sendiri) wujud dari perasaan ingin memberitahu dunia, “Lihatlah, aku masih wujud.” Mereka mahu banyak mata menjadi saksi kewujudan mereka.
Mereka sangat takut sekiranya mereka dianggap ‘ghaib’ walaupun hakikatnya masih ada dalam masyarakat.

Petikan tulisan >>>> AMMAR KAMILIN <<< di sini. 

Tuan Stefano Romano berkali-kali mengingatkan, fotografi bukan semata-mata kecantikan aestetik yang dilihat oleh mata.
Di belakangnya terangkum falsafah, psikologi, sosiologi dan pelbagai disiplin ilmu lain melatari ‘makna rahsia’ yang hanya diketahui ‘pelukisnya’.
Sungguh, saya puas hati dapat hadir bengkel ini. Lega,tiada tragedi menekup muka di bantal selama 3 hari 3 malam.
‪#‎drMAK‬
Tak mahu selfie kerana tidak mahu dianggap seksi. Haha..

#mynameishasmah



Saya sangat tersentuh membaca petikan ini. 
Wajah arwah mak terbayang depan mata. AlFatihah untuk mak...
.
Semoga buku 'My Name is Hasmah' memberi manfaat besar terutama kepada golongan wanita. Sasaran tepat untuk wanita yang ingin membina keluarga cemerlang. .
..
Kita ambil contoh yang baik-baik sahaja semoga kebaikan akan bertali arus dalam hidup kita.

Ini petikan tulisan Tun Dr Siti Hasmah dalam buku My Name ia Hasmah. Minggu ini sudah ada di semua kedai buku. Atau boleh pesan di#KarangkrafMall.

Tuesday, August 9, 2016

FOTOGRAFI (3) STEFANO ROMANO


Potrait Photography...(Bengkel Klik dan Tulis)
Learning by doing...and from making mistakes...
Belajar melalui pengalaman dan darpada kesilapan..

 Banyak yg belum diketahui dan perlu diperbaiki..
Yang penting...sikap...usaha untuk belajar dan mengatasi kelemahan...
"If you're not making mistakes, then you're not doing anything. I'm positive that a doer makes mistakes." - John Wooden.
(Some samples of potraits taken...in the album...previous posting).
Jazakumullahu khairan kathira kpd. Sis Norhayati Razali..Sri Diah Shaharuddin..Sdr. Zamri...for making this experience possible..
A special thank you to Bro. Stephano Romano...for the valuable tips...
Today's lessons will be on writing...by none other than the legendary Mr. Zamr