Wednesday, July 1, 2015

Puisi: Tempias Hari












PUISI: TEMPIAS HARI

Mengatur tempias yang membesit tapi tenang
sebenarnya mencanai was-was tanpa reda
gundah gulana, kebetulan hanya
sambil kita makan petang dan memikirkan
setelah jenuh kita berlari
malam nanti apakah ada rezeki

Menyingkap diri mengenal keraguan
menukilkan hasrat berlapis-lapis
menangani uji berkeping-keping
lalu terjatuh mahu yang hangat

Ketika meneruni malu bergulung di hadapan masa
pada rel yang panjang dan Sungai Rhine yang tenang
bunyi gerabak ini menakutkan
lagunya menerbitkan irama sumbang
bahawa kita tidak kekal bersatu
dan rel ini lalu terhenti di tengah perjalanan

Kegabrahan yang menjelma
menghayun intipati kesungguhan
menaburi kemahuan membusa
membuka hidup pahit, manis fikiran

Melontarkan tempas hati ke mari hujung Oktober ini
sebenarnya memintal keasyikan
yang akhirnya kita akui
ini hanya menziarahi cuma
atau angan-angan tanpa jawapan
hingga Frankfurt Hauptbahnhof  kita tinggalkan
  • Sri Diah
  • Frankfurt, German
  • Oktober 2011
  • Terima kasih kepada Editor BH Ahad 30 Jun 2013.
























* NOTA:TENTANG PUISI:
"Perlu dikemukakan keterangan tentang istilah sajak dan puisi.Terdapat pandangan atau anggapan yang mengatakan puisi lebih bermartabat daripada sajak.Saya terima anggapan dan pandangan itu sepintas lalu, tetapi akhirnya elok kita lupakan soal mutu dalam menakrifkannya. 

"Puisi ialah segala yang bukan prosa, misalnya pantun, syair, gurindam, seloka dan lain-lain, termasuklah sajak. Ini sebenarnya bukanlah definisi, tetapi kaedah memahami makna sajak. Pantun, syair, gurindam dan seloka ialah puisi lama, manakala sajak ialah puisi moden."

 ~YBhg Dato'Rahman Shaari

No comments: