KECEPAK KECEPUK
ALHAMDULILAH syukur kepadaNYA atas rasa gembira ini tatkala membaca komen rakan-rakan bloggers dari serata dunia tentang hari lahir saya. Semoga ALLAH memberkati kita semua. Thanks. Hari kelahiran ini mengingatkan saya pada hari mati. Sehari usia berganjak, selangkah kita dekat padaNYA.
Oh ya, semalam saya tak sempat nak updated akibat keletihan setelah Ahadnya seharian di Wet World Shah Alam. Kumpulan Karangkraf mengadakan Hari Keluarga dengan tema KECEPAK KECEPUK di sana, disertai semua pekerja dan keluarga mereka. Banyak acara diatur. Saya jeling-jeling melihat reaksi tauke. Ternyata dia happy. Wajahnya ceria melihat pekerja dan keluarga semua bergembira.
Anak-anak saya memang pantang jumpa air. Rasanya anak-anak orang lain macam anak-anak saya jugak. Ataupun mungkin kebetulan ketiga-tiganya dilahirkan (di'operate') ketika hujan lebat di luar klinik! Si bongsu Amie yang baru baik demam kerana tonsil di tekak pun terjun sama, kecepak kecepuk tak payah disuruh-suruh. Semua dicuba. Paling seronok di gelungsur air katanya.
Cerita sedih - semalam waktu nak ke sekolah muka Amie monyok semacam. Saya agak mungkin tektik mengantuk dan letih kes sakan bermain air di Wet World. Keras jugalah suara saya menyuruh dia dan si abang segera masuk ke kereta untuk ke sekolah. Setiap hari memang saya menghantar mereka bertiga ke sekolah dulu sebelum saya ke pejabat. Kak Long pulak tak ke sekolah hari ini kerana hari Sabtu lepas ada Larian Tasik Permaisuri, jadi dia dapat cuti sehari.
Dalam pukul 10.30 pagi sedang saya leka membuat kerja h/p berdering dan terdengar suara Amie di telefon. "Mama... Amie demam, Mak Su (adik saya yang mengajar di sekolah itu) suruh mama ambik Amie balik, berehat..." Suaranya perlahan.
"Hah? Demam? Habis Amie kat mana ni? Kat public phone depan sekolah tu ke?"
"Tak. Amie kat bilik guru. Tadi Amie dah telefon abah, kejap lagi abah datang ambik," katanya perlahan.
Selepas bercakap sepatah dua lagi dengan Amie kami letak telefon. Saya cepat-cepat menelefon suami. Memang dia dalam perjalanan ke sekolah mengambil si bongsu. Saya tak sedap hati kalau anak sakit, jadi saya pun memohon pada bos untuk balik awal, membawa si Amie ke klinik semula.
* Gambar-gambar lain Kecepak Kecepuk di Koleksi Foto.
No comments:
Post a Comment