DARI HALAMAN
KATA orang menanam bunga mempunyai seni yang tersendiri. Saya tidaklah mahir dalam hal ini. Asalkan bunga yang saya tanam subur, berbunga cantik itu sudah memadai. Saya akan senyum dan bangga melihatnya. Kata orang-orang tua jika tangan kita `panas' apa saja yang ditanam tak menjadi. Layu dan mati. Sebaliknya jika tangan kita `sejuk' campak saja benih pasti akan hidup subur. Ya, saya dalam golongan kedua itu. Tak banyak yang saya tanam, ini antaranya.
Saturday, July 31, 2004
Friday, July 30, 2004
MUDA LAGI?
SAYA masih lagi ingin menyentuh mengenai entri 27hb Julai lalu mengenai anak-anak yang menjadi buah cinta kita. Kawan-kawan bertanya mengapa digelar buah cinta? Jawapannya biasa saja, kalau masa bercinta kita selitkan dengan bunga-bunga cinta, lalu hasilnya setelah berkahwin sudah pasti - buah cinta. Dari buah cinta inilah nanti akan lahir lagi benih cinta, akan membesar dan membiak hingga generasi seterusnya.
Kak Mah, kakak ipar saya di kampung mempunyai 14 orang anak. Mereka hanya bekerja bendang. Sewaktu mula berkahwin dan mulai mengenali keluarga belah suami, saya selalu terlupa nama anak-anaknya. Ini juga membuatkan saya terlupa susunan adik beradik itu. Yang mana Ateh, yang mana Angah, yang mana Alang, Acik dan banyak lagi gelaran lain. Bak kata suami, `meremut' anak Kak Mah dengan Abang Sahak tu...
Apa yang ingin dikemukakan di sini ialah sedikit pun mereka tidak pernah merungut tentang RM. Semua anak-anak mereka bersekolah. Malah cerdik-cerdik pulak tu. Kata abang ipar, setiap anak adalah rezekinya... Kita pulak? Anak tiga pun rasanya macam nyawa-nyawa ikan bila tiba bab RM. Di sekolah bandar, macam-macam nak difikirkan - Yuran Kelab Komputer, yuran Kelab Silat & Tae Kwan Do, yuran Sekolah Agama, yuran Ko Korikulum dengan uniformnya, yuran Tuisyen, insurans pendidikan & hayat, tambang bas sekolah biasa, tambang bas sekolah agama, bayaran dinner PIBG, macam-macam kategori derma, duit lawatan musim cuti sekolah, kasut baru & uniform baru (setelah setengah tahun berlalu) dan macam-macamlah lagi...
Itulah yang membuatkan ramai orang bandar berfikir banyak kali apabila ada orang bertanya, "eh, mana cukup tu, awak masih muda... boleh beranak lagi!"

Thursday, July 29, 2004
NYAH OH... NYAH!
OPS Nyah selalu membuatkan saya senyum panjang. Ops Nyah itu lebih kurang bermaksud `berambuslah' atau 'pergi kamu dari sini' ataupun 'kami tak perlukan kamu' dan pelbagai lagi andaian yang boleh ditokok tambah kepada mereka yang datang tanpa diundang. Tetapi Nyah dalam erti kata lain pula membawa kepada watak seorang yang lemah gemalai, yang aww..awww... yang geleknya mengalahkan ratu cantik, yang tubuh badannya halus mulus mengalahkan penyanyi popular Camelia. Nyah....
Golongan Nyah kini bukan seperti Nyah yang dulu. Sekarang mereka sudah boleh hidup mewah dengan kebolehan yang ada. Ada yang beli apartment sana dan sini. Malah jika berurusan, mereka ini selalunya teliti, tekun, ralit kita mandangnya. Yang pastinya mengalahkan perempuan. Kebiasaannya di Karangkraf mereka datang sebagai jurumekap setelah dihubungi oleh Editor atau wartawan. Jadi `dia datang.. dengan lenggang lenggoknya... jeng jeng jeng. Sana panggil "Nyah", sini pun pangil "Nyah". Kesudahnya Salleh pun bertukarlah menjadi Sally. Kamaruddin jadi Kelly. Roslan jadi Rose dan pelbagai lagi.
Setelah beberapa lama mengenali golongan ini, saya dapat beberapa kesimpulan; mereka ini sensitif, suka dipuji, gembira kalau org menghargai mereka. Mereka juga mudah diajak berbicara, mudah mesra jadi kita amat selesa bersama dengan mereka. Tetapi yang tak baiknya tetap ada; mereka kuat cemburu, suka cover diri sendiri tapi salahkan orang lain. Mereka juga suka dengki mendengki, cucuk mencucuk (tapi bukan semua).
Mengapa ini terjadi? Rasa saya ini kerana mereka bukan diri mereka sendiri. Mereka cuba menjadi seperti orang lain. Jadi tindakan luar kawalan itu banyak menyumbang pada pembentukan karektor mereka. Okey, cuba geletek mereka. Wah... automatik keluar suara garau parau itu!

Wednesday, July 28, 2004
KEPADA rakan-rakan bloggers, silalah dapatkan Majalah MINDA
Edisi Ogos 2004 yang telahpun beredar di pasaran. Lihat mukasurat 86 - 87 untuk mengikuti tulisan Encik Ghazali Bunari - Majalah MINDA diterbitkan setiap bulan oleh Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.
Tuesday, July 27, 2004
BUAH CINTA
BERSYUKUR kepadaNYA kerana kami suami isteri telah dikurniakan tiga orang anak sebagai penyambung zuriat. Alhamdulillah. Harap-harap, buah cinta kami akan membesar dengan penuh iman di dada dan dengan kejayaan dalam tangan masing-masing. Saya percaya bukan saya saja berharap begitu. Semua ibu dan bapa juga berharap perkara yang serupa. Tidak kiralah hanya ada anak tunggal, dialah jantung, dialah permata. Atau ada anak perempuan semuanya - anak dara berderet-deret! Atau ada enam orang anak lelaki! Hero-hero semuanya! Syukurlah.
Tetapi bayangkan pasangan yang tidak atau belum lagi dikurniakan buah cinta. Puas menunggu bertahun-tahun, puas berusaha pelbagai ikhtiar tetapi masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahayamata. Seorang kawan saya baru sahaja keguguran. Ini adalah untuk kali yang ke 10 dalam masa lima tahun. Paling lama baby hanya empat bulan saja dalam perut. Paling akhir bulan lalu. Bayinya hanya dua bulan sahaja dalam perut. Hari pertama masuk kerja setelah bercuti dua bulan, dia keguguran lagi... "Susahnya nak dapat baby... suami dah warning," katanya.
Alangkah tak adilnya, kenapa perlu warning isteri yang sedang bersedih? Mesej saya jelas: Trauma yang dilalui mesti dikongsi. Bukan diletak semuanya ke bahu isteri.
* Dedikasi buat Laila & Zeera Abadi (tambahan)

Monday, July 26, 2004
RILEK MINDA
TULISAN Muring: Ini iklan di Vienna. Ada kat MuseumQuartier iaitu pusat seni moden di sini. Musim panas dulu ada kempen berbunyi INI BULAN BELI BELAH. JIKA BUKAN UNTUK DUIT ANDA FAEDAH APA (APA FAEDAH?)KAMI MENJUAL (terjemahan)... ha ha
muring-wien | 07.25.04 - 6:04 pm | #
SAYA Jawab: Wah, amat jelas, begitu terus terang sekali slogan menyuruh orang membeli atau menghabiskan duit di Vienna. Ha ha ha. Kalau kat M'sia mungkin slogan sebegini boleh kot: "Keluarlah mebeli belah... abiskan duit anda. Apa kejadahnya simpan duit, bukan boleh bawak mati." Eh, dah hilang dah kesopanan kita
Sri Diah | Email | Homepage | 07.26.04 - 2:38 pm | #

Penerbit:
Oscar Book International
Inilah novel pertama yang saya hasilkan. Ketika itu usia saya 19 tahun. Novel ini berkisar tentang murid-murid darjah enam Sekolah Sri Melur. Mereka mempunyai dua kumpulan. Kumpulan pertama diketuai oleh Zarul, yang merupakan seorang murid yang paling nakal. Kumpulan yang kedua dianggotai oleh Shila, Zuria, Salmi, Siti dan lain-lain. Kumpulan kedua telah dilantik menjadi pengawas sekolah. Perlantikan mereka menimbulkan iri hati di kalangan kumpulan Zarul. Zarul pula dalam diam-diam menaruh hati pada Shila yang menjadi pasangannya dalam drama Mahsuri. Apakah yang berlaku pada Zarul dan geng-gengnya. Dan apa pula yang terjadi pada Shila ketika pementasan drama dijalankan?
Saturday, July 24, 2004
TERIMA KASIH DAUN KELADI
SAYA amat gembira malam tadi apabila suara saya di RMKL berjaya mendapat respon daripada rakan bloggers dan pendengar lain. Malam yang menginjak dinihari tak terasa langsung, mata segar bugar apalagi diiringi dengan lagu-lagu yang dipilih - Ameng Spring, Broery & Dewi Yull (Jangan Ada Dusta Antara Kita) serta Desy Ratnasari.
Bagaimanapun biasalah, kita tetamu jadi kenalah ikut aturan dan syarat yang telah ditetapkan oleh tuan rumah. Contohnya tak boleh sebut tentang perkara `itu' jangan cakap hal `ini' tetapi boleh cakap pasal `apa-apa'. Saya akur dan alhamdulillah rancangan yang memang ideanya datang bulat-bulat daripada DJ bertugas, Irwan Shahril berjalan dengan lancar.
Yes. Suara Zareda dan Ros berjaya menembusi talian sambil line call berkelip-kelip tak henti-henti petanda banyak call masuk. Memang saya nak cakap banyak pasal blog dan tentang rakan-rakan blogers di luar negara yang mendengar menerusi internet tapi... tak cukup waktu.

Friday, July 23, 2004
TELEFONLAH SAYA
MALAM ini tepat pukul 12 tengah malam, sila telefon saya menggunakan nombor ini: 03-22825445. InsyaAllah saya akan cuba menjawab panggilan anda semua. Sebenarnya malam ini saya akan on-air di Radio Malaysia Kuala Lumpur (RMKL) iaitu dalam slot kerjasama antara Alaf 21 Sdn Bhd dan RTM. Saya akan bercerita tentang novel-novel saya. So, tune radio anda ke RMKL. Nanti saya dapatkan no frekuensinya (Okey siarannya di 97.2.) Begitu juga nama slotnya (Novelis & Anda). Baru petang semalam saya diberitahu tentang hal ini. So mendadak...
* MAAF. Saya tidak dapat menjawab sahutan tetamu-tetamu sekelian di ruangan komen semalam. Begitu juga tentang page yang tak sempurna, setting berterabur. Sekarang nampaknya dah okey dengan bantuan sifu saya. Thanks so much. Nanti saya belanja dia nasi dagang, lauk ikan aya.
Thursday, July 22, 2004
JUALAN MURAH
DEMAM Karnival Beli Belah sudah bermula di Kuala Lumpur dan di seluruh Malaysia. Karnival ini bertujuan untuk memberi kesempatan pembeli berbelanja murah dan berpatutan. Ada diskaun pada harga barangan dan ada banyak pilihan. Pembeli juga dengan ini boleh bersiap sedia untuk musim perayaan yang bakal tiba.
Pembeli memang mahu berbelanja terutama menjelang Ramadan ini dan mengharapkan kempen ini akan memberi peluang mereka membeli dengan harga murah. Bagaimanapun ironinya peniaga memanipulasi kesempatan ini untuk melambakkan barangan yang dah tak bermutu, stok lama atau yang dah dikira jual longgok. Mana taknya, yang dalam tong/bakul itu dilonggokkan pakaian yang bertaraf `mangsa banjir kilat'. Berkedut, bau hapak, ada bekas lipatan bahkan ada yang terjumpa telur lipas... Kepada yang suka nak menjenguk-jenguk karnival beli belah (saya fokuskan pada pakaian), ingatlah kempen ini sebenarnya hanyalah salah satu diari dalam kalendar; jangan mudah tergoda kala berbelanja.
Slogan biasa yang kita jumpa ketika karnival ini:
- Tawaran Istimewa
- Jualan Habis-Habisan
- Jualan Penghabisan Stok
- Jualan Hebat
- Beli Satu Percuma Satu
- ... lagi?

Wednesday, July 21, 2004
NO. NO. NO NASI.
TERKEJUT seketika melihat tenaga pengajar baru AF, Mahani Awang. Beliau teman sebilik semasa kami di USM Pulau Pinang. Kemudian setelah balik bekerja di KL dalam bidang yang sama - kewartawanan, hubungan kami terus kekal sampai hari ini. Semua ini dah berlangsung hampir 22 tahun. Still sweet as sweet as honey - manis - Anis, panggilan mesra untuk Mahani. Itu juga nama panggilan anak sulung saya.
Oh ya, apa yang saya nak kata hari ini ialah tentang etika pergaulan terutama di majlis. Itu juga yang Mahani didik kepada pelajar AF, itu juga termasuk dalam salah satu silibus untuk para wartawan. Etika ini penting, supaya kehadiran kita disenangi, terutama bagi wartawan. Apalagi jika berhadapan dengan golongan VIP, etika amat dititikberat.
Biasanya bila dapat jemputan, para wartawan akan pastikan dulu sama ia majlis santai atau formal? Membabitkan VIP, anak raja, korporat atau orang biasa-biasa? Bila? Apakah ia breakfast, `brunch', lunch, hi tea, cocktail, dinner atau supper? Lain kategori lain etikanya, lain cara pakaian, lain cara perbualan dan lain gaya pergaulannya. Tapi ada juga orang yang main belasah je. Eh tak sopan buat kelaku macam tu. Tuan rumah memandang sipi saja.
Saya selalu mengelak kalau dijemput ke majlis koktel. Bayangkan dari pukul 4 petang hingga 7 malam, dok berdiri mengelilingi meja yang disusun tapi berterabur, tak ada kerusi. Lenguh. Kalau terdesak kena pergi jugak saya pastikan tak berkasut tumit tinggi. Hidangannya simple, seciput, comel saja tatnya, biskut, mufin cute, sandwic yang dipotong empat, potongan lobak, timun, batang saleri dicicah tousand island. No heavy food, no nasi, no mi hoon, no kueteow, no no no.
Alamak, dah dinihari ni. Stop dulu ya.

Tuesday, July 20, 2004
IJAZAH KEHORMAT Universiti Blogger:-
Blogging Degree
From Go-Quiz.com
|
Blogging Degree
From Go-Quiz.com
DEMAM HAIKU
HAIKU ialah puisi Jepun yang terdiri daripada 17 sukukata dan biasanya ditulis 3 baris dalam bentuk 5-7-5 sukukata. Haiku tradisional akan menceritakan tentang musim dan alam sekitar. Haiku moden telah ditulis dalam pelbagai bahasa dan masih menggunakan paten 5-7-5. Sungguhpun haiku ditulis dalam 3 baris, perlu diingat yang haiku mempunyai 2 bahagian memancarkan sedikit kaitan dan menambah makna kepada bahagian yang lain. Bahagian kedua haiku biasanya ialah pada baris terakhirnya. Namun begitu, garis pemisah antara bahagian pertama dan kedua tidak begitu jelas dan tidak terhad kepada akhir baris kedua.
Bagimanapun haiku moden telah ditulis melampaui sempadan musim dan alam sekitar dan menceritakan tentang hubungan kita dalam dunia moden. Sepertimana pantun yang boleh dikelaskan kepada pantun kanak-kanak, pantun nasihat, pantun jenaka dan sebagainya, haiku juga boleh dikelaskan begitu.
Selain HAIKU, antara puisi Jepun lain ialah SENYRU dan RENSAKU (5/7/5) serta TANKA (5/7/5/7/7/. Sementara HAIGA ialah haiku dalam gambar. HAIJIN ialah gelaran kepada si penulis haiku.
* Okey, saya bayangkan ramai bloggers sedang dok terketik-ketik tangan mengira 5/7/5. Didahului oleh MBA, diikuti oleh EP, Halela dan lain-lain. Suami saya pernah tegur, "Kenapa tangan tu? Kira apa? Berzikir ya?" Saya tersengih dan kemudian ketawa panjang!
* Saya memang meminati Haiku sejak akhir 80-an apabila membaca Haiku tulisan Kak Azah Aziz, isteri Prof. Diraja Ungku Aziz tentang kebunnya di Morib. Waktu itu haikunya tersiar setiap minggu di akhbar Berita Minggu. Minat itu kembali subur apabila mengenali MBA.

Saturday, July 17, 2004
SOALAN CEPUMAS!
SOALAN No.8. Khabarnya saudara berkawan rapat dengan Sri Diah yang juga salah seorang ahli esastera dan peminat Haiku. Boleh saudara ceritakan sedikit mengenai dirinya?. Ikutilah apa jawapan MBA mengenai soalan ini.

Friday, July 16, 2004
ANDAIAN
KITA selalu membuat interpretasi yang kurang tepat mengenai seseorang. Andaian kita selalunya tak sama dengan kenyataannya. Pernahkah anda menghadapi situasi begini:
- eh, saya ingatkan you tinggi, rupanya rendah
- saya ingatkan awak suka berborak, rupanya pendiam
- you lebih cerah, tak macam dalam gambar, gelap
- suara you keanakkan, tapi air muka nampak dewasa
- gempal rupanya, ingatkan you kurus tinggi
- ingatkan suka, ok lain kali saya tak belikan you bunga
- payahnya berurusan dengan you, ingatkan mudah
- dan banyak lagi.
Haruskah kita berkecil hati?

Thursday, July 15, 2004
DALAM PROSES
AGAK payah untuk menerangkan kepada Kak Zati tentang sikap emak sejak akhir-akhir ini. Walaupun Kak Zati turut berasa kecewa dengan sikap emak, namun aku terlebih lagi berasa duka kerana segala kecurangan emak berlaku dihadapan mataku.
Ini kerana yang melihat emak bergaya muda ialah mataku sendiri. Yang menghidu bau minyak wangi emak ialah hidung aku sendiri. Yang mengambilkan majalah-majalah fesyen dan pop pesanan emak ialah tanganku sendiri.
Selain daripada itu, yang kerap menerima panggilan telefon dari entah mana-mana lelaki adalah telingaku sendiri. Dan yang kerap mengemaskan meja sarapan emak adalah aku sendiri bila dia selalu tak punya waktu nak mengemas rumah, hatta bilik tidurnya sendiri!
Akulah yang paling derita sekali.
Ini yang Kak Zati tak tahu.
Ini juga yang Abang Zainol dan Adik Amri tak tahu.
Kami masih menanti kepulangan emak. Sehingga jam besar yang tersangkut di dinding ruang tamu berdenting tiga kali, emak belum juga balik. Memandangkan jarak antara Melaka dengan Kuala Lumpur bukanlah jauh sangat, kami menjangkakan tentu emak akan kembali ke rumah menjelang pagi itu.
Tetapi sehingga ke pagi, emak tidak juga muncul-muncul. Dan dia juga langsung tidak menelefon ke rumah memberitahu sama ada akan balik ke Kuala Lumpur ataupun tidak. Kami berasa bosan menunggu. Kak Zati sudah lebih sepuluh kali menguap. Aku pun sudah sakit-sakit kepala menanti kepulangan emak.
* Fragmen novel baru... belum ada judul.

Wednesday, July 14, 2004
KERJA BARU
KITA selalu berasa sedih apabila hendak berpisah dengan rakan-rakan sekerja yang ditakdirkan berjaya mendapat pekerjaan lain. Selepas ini tak akan lagi makan bersama, berbual bersama, berbincang, berhujah bersama. Pergilah, kalau sudah rezeki di tempat lain. Mungkin juga ada kenaikan gaji dan kenaikan pangkat, memang itu dah rezeki baik namanya, tak harus ditolak.
Bagaimanapun setelah beralih angin, sesekali tolehlah ke tempat lama. Ingat semula bahawa kalau tak kerana prestasi bagus di tempat lama, kita tidak akan dilamar oleh pejabat lain. Maka oleh kerana prestasi bagus di tempat lama itu, jadi pinggan mangkuk yang selama ini diisi dengan makanan lazat berzat, tak usahlah dilempar dengan pasir.
Pergilah secara baik.
Kita bersaing dengan sihat.

Tuesday, July 13, 2004
KECEPAK KECEPUK
ALHAMDULILAH syukur kepadaNYA atas rasa gembira ini tatkala membaca komen rakan-rakan bloggers dari serata dunia tentang hari lahir saya. Semoga ALLAH memberkati kita semua. Thanks. Hari kelahiran ini mengingatkan saya pada hari mati. Sehari usia berganjak, selangkah kita dekat padaNYA.
Oh ya, semalam saya tak sempat nak updated akibat keletihan setelah Ahadnya seharian di Wet World Shah Alam. Kumpulan Karangkraf mengadakan Hari Keluarga dengan tema KECEPAK KECEPUK di sana, disertai semua pekerja dan keluarga mereka. Banyak acara diatur. Saya jeling-jeling melihat reaksi tauke. Ternyata dia happy. Wajahnya ceria melihat pekerja dan keluarga semua bergembira.
Anak-anak saya memang pantang jumpa air. Rasanya anak-anak orang lain macam anak-anak saya jugak. Ataupun mungkin kebetulan ketiga-tiganya dilahirkan (di'operate') ketika hujan lebat di luar klinik! Si bongsu Amie yang baru baik demam kerana tonsil di tekak pun terjun sama, kecepak kecepuk tak payah disuruh-suruh. Semua dicuba. Paling seronok di gelungsur air katanya.
Cerita sedih - semalam waktu nak ke sekolah muka Amie monyok semacam. Saya agak mungkin tektik mengantuk dan letih kes sakan bermain air di Wet World. Keras jugalah suara saya menyuruh dia dan si abang segera masuk ke kereta untuk ke sekolah. Setiap hari memang saya menghantar mereka bertiga ke sekolah dulu sebelum saya ke pejabat. Kak Long pulak tak ke sekolah hari ini kerana hari Sabtu lepas ada Larian Tasik Permaisuri, jadi dia dapat cuti sehari.
Dalam pukul 10.30 pagi sedang saya leka membuat kerja h/p berdering dan terdengar suara Amie di telefon. "Mama... Amie demam, Mak Su (adik saya yang mengajar di sekolah itu) suruh mama ambik Amie balik, berehat..." Suaranya perlahan.
"Hah? Demam? Habis Amie kat mana ni? Kat public phone depan sekolah tu ke?"
"Tak. Amie kat bilik guru. Tadi Amie dah telefon abah, kejap lagi abah datang ambik," katanya perlahan.
Selepas bercakap sepatah dua lagi dengan Amie kami letak telefon. Saya cepat-cepat menelefon suami. Memang dia dalam perjalanan ke sekolah mengambil si bongsu. Saya tak sedap hati kalau anak sakit, jadi saya pun memohon pada bos untuk balik awal, membawa si Amie ke klinik semula.
* Gambar-gambar lain Kecepak Kecepuk di Koleksi Foto.

Saturday, July 10, 2004
DETIK KELAHIRAN
PAGI tadi batuk emak semakin menjadi-jadi. Dia tak berani makan ubat batuk. Dia pun dah tak larat untuk bangun mengemas rumah. Dia dah tak larat memasak. Dia dah tak larat hendak menyiram bunga. Dia cuma ke hulu ke hilir berjalan-jalan dalam rumah. Dia menahan-nahan dada yang perit dan pinggang yang sakit. Perutnya memulas-mulas selang sepuluh minit.
Abah tiada di rumah ketika kemuncak batuk emak melantun dari kerongkongnya. Seperti selalu perlahan-lahan emak ke longkang batu di beranda rumah. Setelah puas berdiri, dia duduk mencangkung pula sambil terus melayan batuk-batuk kasarnya. Hampir lima minit dia begitu. Kemudian kata mak, tiba-tiba dia terasa ada sesuatu keluar di celah kelengkangnya. Tiba-tiba kain batiknya basah dengan darah. MasyaAllah, mak terberanak di tepi longkang di beranda!
Dan yang lahir itu adalah SAYA!
Ya, hari ini adalah hari lahir saya.
* Di sini saya nak meminta berbanyak maaf pada semua yang membaca entri saya dalam dua hari ini. Maafkan Saya... Sebenarnya saya cuba melontarkan imbasan atas apa yang emak ceritakan pada saya mengenai detik-detik kelahiran saya. Ya, saya dilahirkan di tepi longkang di kuaters pekerja kilang air batu (Atlas Ice Limited) di Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur. Selang dua puluh minit kemudian ambulan datang dan membawa kami ke Hospital Besar Kuala Lumpur.
Saya lahir tak cukup bulan. Saya bayi prematur. Usia saya dalam kandungan mak hanyalah 26 minggu. Mungkin sebab emak menghidap batuk yang teruk, rahimnya mudah ke bawah dan membuatkan dia bersalin lebih awal. Selama 3 bulan saya berada dalam inkubator dan diberi rawatan secukupnya. Begitulah ceritanya. Cuma hari, bulan dan tahunnya saja yang berbeza. Waktunya lebih kurang beginilah...
Kepada Ros, Angah, EP, Sis Yan, Semut, Lan, Mely, Wawa, Nadahas, Rajiah, Iansuryani dan Dr. Shah, maafkan saya kerana mempengaruhi anda semua memberi komen. Jauh di sudut hati sifat prihatin anda semua amat saya hargai. Thanks juga kepada semua pembaca.

Friday, July 9, 2004
ABAH
SEBELUM solat Jumaat abah ke hujung kampung, menunaikan fardu kifayahnya. Ada kematian. Berat juga hatinya hendak tinggalkan emak. Abah pun risau dengan batuk-batuk emak yang makin kasar, kokolnya bertali arus. Penyakit semput emak macam berulang semula.
Selepas berjemaah Maghrib, abah di rumah saja. Dia Isyak di rumah. Memang dia tak berani nak tinggalkan emak. Tapi emak macam tak faham dia sakit... Siang tadi dia masih bangun berkemas rumah, memasak, membasuh pakaian dan menyiram bunga.
Biasanya bila batuk, ke longkang di tepi rumah itulah ditujunya. Dia batuk dan buang kahak di situ.

EMAK
DIA kata perutnya memulas hari ini.
Pinggang dia agak kebas. Tak selesa.
Batuknya makin menjadi-jadi
Kadang-kadang tengah tidur
Kadang-kadang tengah makan
Apabila nak sembahyang, dia terpaksa menukar kain batik...

Thursday, July 8, 2004
HARI INI, SAAT INI
SAYA tidak ke pejabat hari ini. Sakit. Gusi sakit. Gigi pun sakit. Jadi bengkaklah pipi sebelah kanan. Doktor yang dikunjungi pagi tadi bagi mc. Kebetulan juga si bongsu saya demam sejak malam tadi, tekaknya perit. Malam tadi pelan-pelan saya tanya demam apa agaknya ya? Dia jawab, "Ami dah demam, mama... demam Akademi Fantasia!" Pagi tadi doktor tengok tekaknya ada tonsil, biji-biji putih. Wah sukalah dia, cuti sekolah hari ini dan esok. Jadi hari ini menu kami anak beranak ialah bubur nasi. Lauknya telur masin, ikan masak kicap dan sayur campur. Semoga cepat surut bengkak ni, sebab esok banyak urusan di pejabat.

Tuesday, July 6, 2004
KL OH KL
BARU-BARU ini saya telah menerima lapan keping gambar yang betul-betul mengembalikan nostalgia. Saya telah print gambar ini dan menunjukkan kepada emak dan bapa yang memang orang Kuala Lumpur. Di wajah mereka tergambar pelbagai rasa, ada suka dan duka. Masing-masing mengangguk perlahan, mengesahkan kesahihan sebahagian daripada gambar-gambar berkenaan. Ya, mereka mengakui betul itu gambar General Hospital, Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek dan Muzium Negara (jangan-jangan mereka pernah dating kat situ?). Yang lain-lain mereka tak pasti.
Sebagai anak jati Kuala Lumpur, dulu lagi saya sudahpun tanamkan dalam hati, sini tanah tumpah darah saya, kepunyaan saya, kampong saya dan hak saya. Hari ini saya berbangga dengan pencapaian dan kepesatan pembangunan Kuala Lumpur. Semua itu tidak diperolehi dengan mudah. Rasa sensitiviti, perkauman, rasa kepunyaan, sikap bahawa tanah Melayu, Melayulah yang punya - banyak yang perlu dikorbankan. Oleh itu apabila berlaku kebejatan, keruntuhan moral, korupsi, maksiat dan segala yang tidak baik di Kuala Lumpur ini, saya amat tersentuh hati.
Bagaimanapun orang Kuala Lumpur bukan semuanya jenis baik-baik - dalam sekampit beras mesti ada sebutir dua padi. Orang luar pun bukan semuanya jahat - dalam sekampit tepung mesti ada seekor dua kutu. Sebenarnya adunan kejahatan dan kebaikan inilah yang telah mewarnai tanah tumpah darah saya. Eh, emosi pula saya tengahari Selasa ini. oklah kita nyanyi lagu Biduanita Saloma; Kuala Lumpur... ibu negri...
Sila tengok gambar selebihnya DI SINI.

Monday, July 5, 2004
bola ditendang
sorak bergema lagi
kenangan manis
LEMPENG KELAPA & SAMBAL SARDIN
SEWAKTU entri ini ditulis, perlawanan akhir Portugal - Greece untuk menentukan juara bola sepak Euro 2004 belum lagi bermula. Di televisyen tengah hangat dengan iklan dan tayangan semula gol-gol yang disumbat dan yang tak tersumbat sepanjang Euro 2004 ini di Lisbon (teringat sejarah Pelabuhan Lisbon dalam subjek Sejarah). Sorry, agaknya memang betullah saya tak berapa minat bola, sikit pun tak hairan dengan keghairahan cik abang, mengadaplah dia depan televisyen sendirian.
Bagaimanapun untuk bekal cik abang menonton bola saya sudah siapkan lima keping lempeng kelapa (lemak-lemak masin dan garing tepinya) dan juga sambal sardin untuk pencicahnya. Ada air kopi dalam flask. Ada air kosong satu botol. Ada jam loceng tepi tilam.
Sebenarnya first date saya dengan cik abang ialah di Stadium Merdeka iaitu ketika final Piala Malaysia sekitar tahun 1988 lalu. Waktu itu perlawanan antara Kedah dan Kuala Lumpur (jangan lupa, saya orang Kuala Lumpur!). Punyalah nak jaga hati dia, saya ikut dia tengok bola. Kami pergi bercouple 5 pasang. Antaranya Intan Zabidin (kini Editor Dara.com), Huzz (wartawan Hiburan di Utusan Malaysia), Emma Hussin (kini di Berita Publishing, Azmi (kini di Beijing, China). Jadi semuanya sepuluh orang. Untuk memastikan sokongan pada Kedah padu, cik abang siap belanja tiket untuk kami semua supaya sokong Kedah.
Okey, sebab kena belanja kami pun duduk di kawasan penyokong Kedah. Siap dengan topi, mafla dan bendera Kedah, hijau kuning. Huzz dan Azmi (kedua-duanya orang Kedah) menjerit "Mat Sobri! Mat Sobri! Hang gelecek baguih...!" (penjaga gol Kedah). Saya tergoda juga nak menjerit "Rashid Hasan! Rashid Hassan!" Tapi sebab nak jaga hati cik abang, saya cool saja. Tetapi apabila Kuala Lumpur mendahului Kedah 1 - 0 dan game Kedah pun tak tentu arah, kami mula belot. Habis semua sokong Kuala Lumpur. Cik abang masam memoncong - malam tu Kedah kalah. Kuala Lumpur menang 2 - 1.
Saturday, July 3, 2004
SABTU YANG BUKAN CUTI
KALAU bukan kerana minggu pertama atau kedua, atau ketiga atau keempat pun, hari ini adalah hari cuti bagi kami, pekerja di Kumpulan Karangkraf Sdnb. Bhd. Nama sahaja hari cuti tetapi sebenarnya banyak aktiviti luar pejabat diadakan kebiasaannya pada Sabtu atau Ahad. Contohnya bengkel-bengkel, seminar, forum, pertandingan dan sebagainya diadakan pada hari ini.
Seperti minggu-minggu lalu ada Bengkel Santai Bersama Fadzley anjuran Majalah Fokus SPM, ada bengkel Gubahan Pengantin anjuran Majalah Pengantin, ada Bengkel Kerjatangan anjuran Mingguan Wanita, ada seminar tentang Islam anjuran Majalah I dan Dewan Agama & Falsafah, ada Bengekal Memasak anjuran Majalah Rasa, Anugerah Ibu Anggun Majalah Nona, ada Anugerah Pesona Ibu dan Anak anjuran Majalah Keluarga dan macam-macam lagi. Semuanya dilakukan di hujung minggu, mengikut giliran. Hampir setiap minggu.
Minggu ini free! Tapi tidak juga.
- Ada pertandingan Futsal anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi Pekerja KKSB!
- Tengahari tadi ke Kompleks Campbell - Cik Abang ambil baju tempahannya.
- Selepas itu ke Leisure Mall, beli buku untuk kami anak beranak.
- Malam ada Akademi Fantasia. Siapa yang akan terkeluar?

Friday, July 2, 2004
MOOD TAK BEST!
MEMANG saya dah agak... Memang betul apa yang saya dan suami jangkakan. Malam sebelum 30hb itu kami memikir-mikir apakah yang akan berlaku sepanjang laluan saya ke pejabat nanti. Jadi semalam, 1 hb Julai, semuanya betul seperti yang kami fikirkan.
`Kefrusatan bersangatan!' Kata-kata ini menggambarkan kecewanya saya dengan syarikat konsensi lebuhraya yang diarah supaya menghentikan semua jenis kutipan tol melainkan Touch & Go dan laluan tunai sahaja. Dan kesudahannya semalam, jalan sesak teruk menuju ke pintu tol. Kita yang dah ada kad Touch & Go (setelah mengucapkan selamat jalan pada kad Fastrak) tetap tersenguk-senguk menuju ke pintu tol. Padahal kita dah bayar in advance! Mana dia laluan Smart Tag yang dijanjikan? Takkanlah jangka masa setahun yang diberi masih tak cukup untuk pihak lebuhraya menyediakan kemudahan untuk pengguna?
Saya pandang kiri dan kanan. Pemandu-pemandu lain pun buat muka moncong juga. Mengomel jugak macam saya. Menggeleng kepala jugak seperti saya. Habis nak kata apa lagi?

Thursday, July 1, 2004
KERJA KOSONG
BINA KERJAYA ANDA BERSAMA KUMPULAN KARANGKRAF
1. PENOLONG AKAUNTAN / AKAUNTAN
2. EKSEKUTIF PEMASARAN
3. EKSEKUTIF JUALAN IKLAN
4. PEMBANTU KAWALAN MUTU
5. PEMANDU PERIBADI
6. JURUFOTO
7. PEREKA GRAFIK
Calon yang berminat dikehendaki menghantar permohonan berserta resume lengkap, gaji sekarang dan gaji dipohon, nombor telefon, gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) dan salinan sijil-sijil akademik ke alamat seperti di bawah sebelum 13 Ogos 2004.
PENGURUS BESAR JABATAN SUMBER MANUSIA
KUMPULAN KARANGKRAF SDN BHD (Co No:54179-V)
Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Sila tulis jawatan dipohon di sebelah kiri atas sampul surat. Calon yang disenaraipendek sahaja akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.

Subscribe to:
Posts (Atom)