SAAT SENGGANG
KADANG-KADANG kita berasa sudah selesa hidup berdua sahaja suami isteri apabila anak-anak semua sudah besar dan boleh bergerak sendiri. Teringat ketika anak-anak masih kecil, ke sana ke mari mesti bawa `beg tangan'. Mata juga tidak boleh terlepas pandang, terutama apabila mereka sudah pandai bertatih, berjalan dan berlari.
Namun sekarang tak mungkin saya akan ada anak kecil lagi... suami kata `buang tebiat ke?. Saya kata, kalau ada pun anak kecil dalam rumah ni tunggu bila Kak Long dah sampai jodoh nanti. Waktu itu kita dah jadi Datuk dan Nenek.
Jadi apa lagi yang boleh dilakukan untuk mengisi kekosongan? Amal ibadat, meneruskan hobi saya menulis dan suami pula dengan minatnya, atau menonton tv atau berkebun... terasa ada lagi yang kosong dalam hidup ini.
Lalu sejak setahun yang lalu kami mula mengambil anak-anak angkat (klik sini) ini. Mari sama-sama kongsikan blog yang dibuat oleh Kak Long untuk adik-adik kesayangannya. Jadi sekarang inilah hobi baru kami.
Jika dulu saya minat memelihara ikan emas (hampir 40 ekor sebesar gengaman tangan) tapi sekarang apabila mendapat hobi baru ini, kepuasannya berbeza. Terutama dalam usaha mengindar stres dengan kerja-kerja pejabat.
Thursday, November 29, 2007
Monday, November 26, 2007
MENGHAYATI HAIKU
SAYA memang meminati haiku (puisi pendek Jepun) sejak dari bangku sekolahl menengah. Mulanya saya tertarik dengan bait-bait haiku yang ditulis oleh Puan Azah Aziz dalam akhbar Berita Minggu sekitar tahun 80-an. Waktu itu beliau menulis haiku mengenai rumah persinggahan mereka di Morib. Tentang laut, tentang harapan, tentang matahari terbit di ufuk timur pada setiap pagi termasuk tentang Ungku Aziz yang gemar berjoging di Pantai Morib pada hujung minggu.
Kemudian melalui minat itu juga saya mengenali MBA dan juga Lelahiro. Semenjak itu saya mula menimba ilmu mengenai haiku yang sebenar terutama teknik dan syarat menulis haiku (5 - 7 - 5).

Kini buku mengenai haiku akhirnya berjaya dihasilkan oleh Halela dan rakan-rakan setelah melalui pelbagai onak dan duri. Tahniah untuk mereka atas semangat dan kecekalan. Semoga kita boleh mendalami satu lagi cabang seni penulisan, dengan tidak meninggalkan penulisan puisi, sajak, cerpen dan novel gaya Malaysia.
* Untuk temapahan, sila klik pada blog Lelahiro.

Friday, November 23, 2007
"MACAM DIGIGIT SEMUT SAJA..."
AGAKNYA mungkin kerana saya kasihankan dia, jadi keputusan untuk mengkhatan anak bongsu menjadi tertunda-tunda. Janji asalnya apabila usianya sembilan tahun. Namun kemudian ia bertukar, mungkin akan dikhatan apabila usianya sepuluh tahun. Namun niat tahun lalu itu tidak tertunai juga...
Bagaimanapun pada tahun ini kami tidak boleh bertanggung lagi. Si bongsu mesti dikhatankan tahun ini juga. Tahun ini dia sudah menjangkau sebelas tahun. Mustahil hendak menanti usia 12 tahun baru hendak dikhatankan!
Minggu lalu kami bersama-sama membawanya ke klinik tempat dia akan dikhatankan nanti. Niatnya supaya dia berkenal-kenal dulu dengan jururawat, menengok lokasi klinik, semoga dia membiasakan diri dengan persekitaran klinik. Jadi keputusan sudah dibuat. Tarikh sudah ditetapkan. Pada minggu hadapan dia akan mulai menginjak ke alam remaja di Klinik Nik Isahak, berhampiran dengan kediaman kami.
Kepada kawan-kawannya dia sudah memberitahu, dia akan berkhatan minggu depan. Rasa macam dia bangga pula... atau mungkin dia ingin memberitahu kawan-kawannya yang dia juga akan menjadi seperti mereka yang lain – sudah bersunat!
Saya memang kasihankan dia. Saya tidak tergamak melihat dia mengadu sakit. Jika saya begitu, suami pun sama. Si bongsu ini badannya agak besar, tidak seperti rakan-rakan sebayanya yang berbadan biasa-biasa sahaja.
Selalu dia berkata yang dia sudah cukup besar, sudah cukup bersedia. Namun saya selalu curi-curi memandang pada alat sulitnya... Ya, walau badannya besar, tetapi senjatanya tidak seperti saiz badannya. Itu yang saya risaukan. Saya dan suami pergi dari satu klinik ke satu klinik berusaha bertanya tentang kaedah khatan doktor-doktor berkenaan.
Maaflah saya kurang arif dengan istilah doktor jadi soalan saya mengikut kefahaman sendiri - Apakah doktor menggunakan cara `ring'? Ia seperti cincin yang disorong ke alalt sulit. Atau doktor menggunakan kaedah `kelongsong'? Ia seperti kelongsong aiskrim berbentuk kun? Sebabnya kedua-dua kaedah itu saya rasa tidak sesuai dengan fizikal anak bongsu saya jika dikira dari aspek saiznya itu.
Di klinik di Seksyen 19 Shah Alam itu akhirnya kami temui kaedah yang sesuai dengan situasi anak saya. Doktornya menggunakan kaedah seperti mana dulu-dulu, iaitu dengan memotong dan menjahitnya dengan benang dan dibiarkan kering begitu sahaja tanpa ada sokongan kun atau ring. Lama kelamaan benang itu akan pupus sendiri, kata doktor.
Sudah berkali-kali saya dengan kata-kata ini, "anak lelaki mesti kuat. Tidak sakit, rasa macam digigit semut saja...." kata suami. Si bongsu diam saja. Di mukanya tergambar rasa gelabah. Apabila suami berkata begitu saya teringat tentang satu kisah kelakar yang saya baca dalam blog seorang rakan.
Ceritanya begini: Si bapa menemani si anak berkatan. Sebelum anak masuk ke bilik doktor, si emak berkali-kali berpesan pada si anak dengan ahrapan pesanan itu akan mengurangkan rasa debar dan bimbang si anak. Katanya, "tak sakit... macam semut gigit sahaja." Lalu si emak pun melepaskan si anak ke dalam bilik doktor ditemani si bapa sahaja.
Apabila si anak keluar dari bilik doktor, siibu segera merapati dan memeluk cium si anak. ”"Macamana? Bukankah tak sakit... macam semut gigit sahaja..." kata si emak.
Si anak meraung dan menjerit, ”Uh! Rasa seperti berjuta-juta semut menggigit!" katanya.
Seperti ibu-ibu lain, saya turut merasa betapa risaunya kita hendak melepaskan anak-anak ke alam remaja. Semoga mereka membesar menjadi remaja yang tabah dan kental semangatnya. Semua itu bermula dengan dugaan kecil, bagaikan digigit semut sahaja. Tidak kiralah seekor atau berjuta semut yang menggigit...
* Seperti yang tersiar di Sinar Harian.

Friday, November 16, 2007
KENCING MANIS, KECEMASE…
EMAK saya penghidap kencing manis, kini dia menjalani dialisis di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) selang sepuluh hari sekali. Manakala kakak dan abang saya juga ada simptom yang sama. Jadi Hari Diabetes Sedunia yang disambut pada Rabu lalu, menjadi iltizam pada diri saya bahawa saya tidak mahu mewarisi penyakit berkenaan walaupun sejarah penyakit itu sudah ada dalam keluarga saya.
Saya katakan pada diri dan keluarga bahawa makanan manis yang sedap itu adalah racun yang boleh menggugat riwayat kita. Hari emak saya dibawa ke wad kecemasan apabila badannya menjadi betul-betul lemah, tetap menjadi ingatan pahit saya dan keluarga. Dia jadi lesu, tubuhnya kurus sangat. Waktu saya sampai dia sudah terbaring di wad dengan wayar berselirat dari perutnya kekantung air sebesar plastik beras lima kilo di sisi katilnya.
Hari ini lebih 240 juta orang di seluruh dunia menghidap diabetes. Dengan kesan serius itu diabetes kini diiktiraf sebagai penyakit kronik yang melemahkan tubuh dan banyak menyebabkan kerugian. Tema Hari Diabetes Sedunia julung kali diadakan pada tahun ini ialah `Diabetes pada Kanak-kanak dan Dewasa’.
Diabetes merupakan antara penyakit paling kronik di usia kanak-kanak dan boleh berlaku pada kanak-kanak di mana-mana peringkat umur, termasuk kanak-kanak pra-sekolah dan sehinggakan kanak-kanak yang bertatih-tatih. Dan di pelbagai pelusuk dunia, insulin, satu-satunya ubat penyelamat nyawa, tidak boleh didapati ada kalanya kerana faktor-faktor membabitkan ekonomi, geografi ataupun kekurangan bekalan.
Saya membaca satu berita dalam talian semalam menyatakan ramai kanak-kanak mati kerana diabetes, khasnya di negara-negara dengan pendapatan rendah atau sederhana.
"Yang paling rapat dengan kanak-kanak, tidak kira keluarga, penjaga atau guru sekolah mungkin tidak menyedari tanda-tanda penyakit itu," kata K.S. Maniam Penolong Setiausaha Am, Persatuan Diabetes Malaysia.
Maniam berkata diabetes Type 1, yang sebelum ini dikenali sebagai diabetes juvana, meningkat sebanyak 3 peratus pada kanak-kanak setiap tahun dan di kalangan kanak-kanak pra-sekolah angkanya lebih tinggi iaitu sebanyak 5 peratus. Dalam diabetes Type 1, badan tidak dapat menghasilkan insulin dan mereka dengan diabetes ini memerlukan rawatan insulin untuk meneruskan dengan hidup.
Diabetes Type 2 merupakan diabetes jenis lazim. Dalam diabetes Type 2, sama ada tubuh tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup ataupun sel-sel mengabaikan insulin, satu situasi yang ada kalanya dikenali sebagai rentan insulin. Diabetes Type 2 lazimnya berlaku di kalangan dewasa, lazimnya usia 45 tahun dan lebih. Diabetes bentuk ini dikawal melalui pengurangan berat badan, senaman atau ubat yang diambil melalui mulut.
Kini dianggarkan di seluruh dunia 70,000 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun menghidap diabetes Type 1 setiap tahun dan daripada 440,000 kes diabetes Type 1 di kalangan kanak-kanak di seluruh dunia, lebih satu perempat berada di Asia Tenggara dan lebih daripada satu perlima di Eropah.
Diabetes Type 2 dahulunya dianggap sebagai penyakit orang dewasa. Tetapi hari ini ia meningkat pada kadar yang menakutkan di kalangan kanak-kanak dan remaja. Sejak 20 tahun yang lepas, diabetes Type 2 telah berganda di kalangan kanak-kanak di Jepun dan ia kini lebih lazim berbanding Type 1.
Bagaimana dengan anak-anak kita? Anak-anak saya memang gemarkan minuman manis. Jika makan di luar selalu dipesan pada pelayan di kedai supaya kurangkan manis. Selalunya saya menghirup dulu minuman yang tiba, jika manis disuruh tambah air kosong sedikit. Anak cepat saja memuncungkan bibir.
Kata suami, "you nak kurangkan manis minuman anak... tapi you yang banyak minum minuman manis itu. Kalau tiga anak, maknanya tiga sedutan you itu minuman manis belaka... nanti awak yang masuk wad kecemase..." Oh ya tak ya!
* Persatuan Diabetes Malaysia boleh dihubungi melalui 03-79574062 atau menerusi lamannya di www.diabetes.org.my.

Wednesday, November 14, 2007
BANTU KAWAN KITA BISNES
UNTUK wanita sedang berpantang bersalin, Dr. Faridah Abd. Rashid telah membuka satu laman penting untuk anda. Baiboo telah mengkaji amalan berpantang di kalangan orang Melayu. Meski zaman moden kini, namun yang tradisi tetap dicari orang. Sesiapa berminat boleh menjengah ke blog ini.
SAHABAT jauh di mata, Lynn di Kobe bersama rakan-rakan bisnesnya telah mencipta anak patung muslimah. Sungguh comel dan harganya amat murah termasuk kos pos. Jika berminat klik ke sini Muslimah Dolls

Monday, November 12, 2007
DUGAAN ANAK-ANAK
HUJUNG tahun begini ramai kawan-kawan sudah mengatur jadual cuti masing-masing. ADa yang sudah sampai seru ke Mekah. Ada yang sempat membooking Air Asia ke merata tempat, berholiday. Ke mana saya? Nampak gayanya dengan kesibukan sekarang saya berani kerat jari - tak dapat ke mana-mana walupun cuti tahunan saya masih berbaki 20 hari!
Kak Long menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula hari ini. Paper dia akan tamat pada 5hb Disember. Saya tawakal dengan apa sahaja keputusan Kak Long setelah puas dia berusaha untuk mendapat kedudukan terbaik. Pagi tadi semasa menghantarnya ke sekolah saya katakan, sebagai anak sulung dia kena tunjuk tauladan terbaik pada adik-adik. Seorang lagi anak saudara, Hakimi di Kota Tinggi pun sama-sama bersaing menduduki SPM hari ini.
Dalam waktu itu juga si bongsu lelaki saya, akan `tuuut'. Sudahpun kami daftarkan namanya di klinik. Menurut doktor proses bersunat akan bermula 20hb Nov ini. Giliran dia kali ini, anak yang akhir saya rasa saya lebih teliti pula berbanding dengan masa anak kedua, Anas dulu. (Pakai sarung macam cincin? Atau pakai kelongsong? Atau doktor jahit saja dan lama kelamaan pupus begitu saja? Guna laser atau potong biasa?) Maklumlah yang ini si bongsu... Dia pula manja semacam. Dia minta doktor bagi dia ubat tidur masa `tuuut' nanti.
Baru-baru ini bos panggil, memberi arahan baru. Kesimpulan perbincangan itu, kini tanggungjawab saya di pejabat semakin menambah. Dua jenis suratkhabar dengan empat edisi negeri serta 29 majalah sudah di bahu saya seratus peratus.
Terima kasih kepada yang sudi datang beraya ke rumah. Saya tak buat open house sebab rumah sentiasa terbuka. Telefon saja jika mahu datang. Dah habis Syawal pun tak mengapa, masih boleh berkunjung.

Tuesday, October 30, 2007
YB PONTENG DEWAN RAKYAT
* Semalam, sehingga jam 11.45 pagi, hanya 48 daripada 219 ahli hadir dan menjelang petang hanya 26 terus berada dalam dewan, iaitu jumlah korum minimum bagi membolehkan dewan bersidang.
* 11 pagi Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Mahadzir Mohd Khir tidak hadir untuk mengemukakan soalannya. Ketika itu itu, kira-kira 40 Ahli Parlimen berada dalam Dewan.
* Sesi soal jawab berakhir jam 11.45 pagi selepas tujuh Ahli Parlimen yang soalan mereka tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat tidak hadir.
* Tiada seorang pun menteri kabinet menghadiri sidang pagi semalam, manakala hanya tiga Timbalan Menteri iaitu Datuk Ong Tee Keat (Pengajian Tinggi), Datuk Datuk Shaziman Abu Mansor (Kementerian Tenaga, Air dan komunikasi) dan Datuk Dr Tiki Lafe (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) kelihatan dalam Dewan.
* Kebanyakan Menteri berada bersama Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melawat Terengganu dan Kelantan bagi melancarkan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).
Anak saya dapat surat tunjuk sebab kerana ponteng empat hari ke sekolah. Antaranya ponteng kerana keletihan selepas khemah ibadah, ponteng kerana penat hari sukan, ponteng kerana bertungkus-lumus tolong cikgu di hari terbuka sekolah dan ponteng kerana letih, balik dari perkehmahan pengawas.
Saya harap YB terbabit turut mendapat surat amaran/teguran daripada yang dipertua Dewan Rakyat.

Dua hari lepas saya mencari semula buku ini yang dihadiahkan oleh suami.
LIM GOH TONG
GENTING HIGHLANDS, 29 Oktober - Raja Kasino dan ikon perniagaan Tan Sri Lim Goh Tong disemadikan di Taman Peringatan Gohtong Jaya dekat bandar Gohtong Jaya di sini hari ini.
Pengasas dan presiden seumur hidup Kumpulan Genting itu dikebumikan pada pukul 1.18 petang mengikut masa terbaik kaum Cina. Majlis pengebumian itu hanya dihadiri oleh anggota keluarga dan saudara mara. Mengikut pantang larang orang Cina, pihak media tidak dibenar membuat rakaman majlis pengembumian tersebut.
Lim, 90, meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) di Subang Jaya pada 23 Okt lepas kerana sakit tua.
Pada pukul 9.45 pagi tadi, perarakan jenazah meninggalkan rumah kediamannya di Gohtong Villa untuk "perjalanan akhir" ke Genting Highlands sebelum dibawa kembali ke taman peringatan itu, yang terletak kira-kira 600m dari bandar Gohtong Jaya.
Sebelum perarakan bermula, upacara sembahyang mengikut fahaman Taoist diadakan selama dua jam mulai 7.30 pagi di kediaman mendiang yang dihadiri oleh anggota keluarga, saudara mara, tetamu terpilih, persatuan dan badan pertubuhan.
Pihak media hanya dibenarkan berada di Gohtong Villa, Gohtong Jaya, Tokong Chin Swee, Hotel Genting Highlands dan pintu masuk ke Taman Peringatan Gohtong Jaya untuk membuat liputan perarakan itu dan dinasihatkan supaya tidak berada di hadapan perarakan.
Pada pukul 10 pagi, perarakan berjalan kaki bermula dari Hotel Gohtong Jaya, menuju pintu utama ke Gohtong Villa dan kemudian ke Taman Peringatan Gohtong Jaya. Kemudian perarakan itu disambung dengan menaiki kenderaan dari taman peringatan itu menuju ke Genting Hinglands.
Jalan dari Gohtong Jaya ke Genting Highlands Resort ditutup mulai 9 pagi hingga 12 tengah hari untuk upacara perarakan itu yang disifatkan sebagai salah satu perarakan paling hebat di negara.
Di sepanjang laluan perarakan ke puncak Genting Highlands, perarakan itu berhenti di Tokong Chin Swee pada pukul 11.50 pagi di mana setiausaha jawatankuasa tokong berkenaan Lim Thang Soon melakukan upacara sembahyang Taoist selama 15 minit.
Perarakan itu diteruskan ke Hotel Genting Highlands bagi membolehkan kakitangan memberi penghormatan terakhir.
Mengikut kisah riwayat hidupnya, Lim mengasaskan tapak tokong itu pada 1966 selepas menerima ilham daripada Patung Chin Swee untuk memulakan pembangunan Genting Highlands Resort.
Fasa pertama tokong tersebut yang menempatkan altar utama hanya disiapkan selepas 18 tahun kemudian ekoran masalah awal menghantar peralatan dan jentera berat di bukit curam itu. Tokong itu akhirnya dirasmikan pada 28 Mac, 1994.
Sebuah patung granit mendiang Lim setinggi 2.74 meter didirikan di dataran tokong itu dan dipamerkan pada sambutan harijadi Raja Kasino itu yang ke-90 pada 16 April lepas mengikut kiraan kalendar Cina.
Sementara itu, ratusan orang kenamaan, ahli perniagaan, ahli politik dan pelbagai lapisan masyarakat berhimpun di bandar Gohtong Jaya untuk mengikuti perarakan itu dan pada masa yang sama kalungan bunga dan ucapan takziah terus diterima dari seluruh dunia termasuk dari kerajaan wilayah Fuji di China, negeri kelahiran hartawan itu.
Antara yang menghantar ucapan takziah ialah hartawan Hong Kong Li Ka Shing, Raja Kasino Macau Stanley Ho dan pihak pengurusan kasino Ceasar Palace di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Beberapa eksekutif kanan bank-bank utama dunia juga turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir termasuk pengerusi Hongkong dan Shanghai Bank Ltd Vincent Cheng.
Pada Khamis lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi turut memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Lim di Gohtong Villa di sini manakala bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan takziah menerusi kiriman faks.
Sementara itu, seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Lelaki Methodist Kuala Lumpur, Puan Lim Siew Hong, yang turut mengikut perarakan itu menyifatkan mendiang Lim sebagai seorang yang sangat pemurah.
"Tanpa kemurahan hatinya, kami mungkin tidak dapat mendirikan sebuah dewan. Dewan itu dinamakan sempena isteri mendiang Puan Sri Lee Kim Hua, sebagai tanda ucapan terima kasih daripada kami," katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini. Katanya 100 pelajar sekolah rendah dan menengah dari sekolah itu menghadiri ucapara pengebumian itu.
Di samping itu, beberapa buah sekolah juga menghantar rombongan untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang termasuk Chung Hwe Independent School, Monfort Boys Town, SRJK Tamil Bentong, SRJK Tamil Karak dan SRJK (C) Bukit Tinggi.
Dalam pada itu, wakil Kesatuan Pekerja-Pekerja Resort World, pula membawa sepanduk dengan perkataan: "Seorang yang baik yang sentiasa menjaga kepentingan dan kebajikan pekerjanya. Kami, para pekerja amat menghargai anda."
-- BERNAMA
* Berita ini tidak tersiar dalam akhbar hari ini. Diharap anda membacanya tanpa rasa prejudis. Bak kata orang, seketul batu, jika dicampak ke laut akan menjadi pulau.
* Rakan blogger kita, Suhaimy ada menulis tentang buku ini.
Monday, October 29, 2007
Wednesday, October 24, 2007
.jpg)
Datuk Haji Hussamuddin Haji Yaacub
HERO KAMI TERIMA ANUGERAH DATUK
SHAH ALAM: Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd., Hussamuddin Yaacub dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) Peringkat Kedua yang membawa gelaran Datuk sempena Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah yang ke 77.
Beliau merupakan penerbit 28 judul majalah-majalah terkemuka di pasaran Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia adalah juga penerbit akhbar Sinar Harian yang kini telah memasuki pasaran di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuala Lumpur dan Selangor. Sinar Harian Melaka dan Negeri Sembilan kini sedang dalam proses untuk diterbitkan. Sumber:
Sinar Harian
Tuesday, October 23, 2007

JIKA BUKAN MEREKA, SANGGUPKAH KITA?
PASUKAN Malcon 2 UNIFILL yang terdiri daripada 24 pegawai serta 56 anggota dari semua perkhidmatan Darat, Laut, Udara dan Kor Kesihatan Diraja telah berlepas ke Lubnan dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini, malam tadi.
Upacara pelepasan anggota Malcon 2 UNIFILL tersebut telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Muhammad Ismail Jamaluddin. Mereka akan berkhidmat selama sembilan bulan di sana.
Saya sebak melihat gambar-gambar ini. Terdetik di hati betapa kuatnya semangat mereka, jika kita... mungkin berfikir lebih lima kali memandangkan lokasi yang akan mereka pergi adalah negara yang sedang bergolak berbanding dengan kita di Malaysia - selesa sakan. Inilah yang dinamakan perjuangan dan pengrobanan. Tabik untuk mereka.
Monday, October 22, 2007

Gambar dari Agendadaily
OUR NATIONAL HEROS
SELEPAS berlepas dengan roket Soyuz TMA-10 pada 10 Oktober lalu Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan dua rakan angkasawan mengambil masa dua hari untuk bercantum dengan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Semalam sewaktu kembali ke bumi perjalanannya hanya mengambil masa 3 jam 23 minit. Segala debaran berakhir bila kapsul Soyuz TMA-10 yang membawa beliau bersama dua lagi krew, Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov mendarat di Arkylk, Kazakhstan pada jam 6.37 petang waktu Malaysia.
Tahniah kepada kerajaan Malaysia, Dr. Sheikh, Mejar Faiz, seluruh saintis terbabit, dan rakyat Malaysia amnya.
Monday, October 15, 2007
INILAH YANG KELAKARNYA!
SEORANG di Shah Alam. Seorang lagi di Cheras. Bukannya jauh sangat! Boleh dikatakan tiap minggu berjumpa. Malah pada bulan puasa, kami lebih kerap berjumpa dan saling bercakap mengenai persiapan hari raya.

Di pagi hari saya, kami semua saling tergelak sakan. Padan muka!
Rupanya baju kami sedondon. Saya dan adik bongsu saya, Cikgu Fadilah serta anak sulungnya tak sudah-sudah jadi bahan gelak ke mana sahaja kami berjalan beraya.
Dia sudah menempahnya hampir dua bulan. Saya pula membeli baju itu di malam raya di Plaza PKNS. Saya main sambar sahaja baju tu asalkan senada dengan warna baju suami. Tak sangka pulak - macam kembar saja saya dengan adik bongsu!

Sunday, October 14, 2007
Nek Jah dan Tok Din - Emak dan abah saya.
BERKUMPUL, BERMAAFAN
HARI Raya Aidilfitri tahun ini amat bermakna bagi mak dan abah. Juga moyang saya. Kesemua anak beranaknya, menantu-menantu dan cucu-cucu berhari raya di rumahnya. Kecuali cucu sulung mak, Muazz yang baru sahaja berangkat ke Oklahoma University di Texas awal Ramadan lalu. Selain itu mereka, adik saya dari Kota Bharu, Kelantan. Kak Long dari Kuantan, Pahang. Abang dari Kota Tinggi Johor. Dan tiga orang adik di bawah saya yang tinggal di sekitar Cheras juga pulang beraya ke rumah mak dan abah. Bak kata orang, riuh rendah - macam kapal nak karam.
* Hari ni satu feri terbakar dan karam di perairan Pulau Tioman. Saya teringat kenangan percutian kami anak beranak di salah sebuah pulau di situ - Kampung Salang Pusaka. Memorinya saya abadikan dalam novel Mahligai Cinta. Alhamdulillah mujur kami selamat pergi dan balik...
Yang terbaring itu nenek saya yang berusia hampir 100 tahun. Moyang anak-anak saya. Dalam gambar, adik saya Dr. Bakiah yang bertugas di Kota Bharu.
Saturday, October 13, 2007
Friday, October 12, 2007
PERSIAPAN RAYA
KAMI tidak mengalami masalah langsung dalam membuat persiapan hari raya. Keadaan bandar Shah Alam yang serba terancang ini membuatkan kehidupan segalanya tersusun. Untuk mendapatkan daun palas dan segala keperluan esok untuk hari raya saya ke Pasar Besar di Seksyen 16. Di situ segalanya ada. Saya beli daun palas, beras pulut susu, santan, kerisik, hati, daging, limpa, paru untuk rendang istimewa orang Kedah kegemaran suami. Saya juga beli pisang awak dan daun pisangnya untuk buat pulut dakap.
Semuanya dimasak sendiri. Maid telah dihantar pulang samalam. Menjelang waktu berbuka semuanya siap.
Malam raya kami anak beranak lepak di Jaya Jusco Bukit Raja, Klang. Kemudian ke Plaza PKNS. Jenguk-jenguk SACC MAll. Beli sehelai baju kurung siap untuk saya pakai esok (memang tak boleh ubah last minute punya perangai!) - Tentang baju ni ada cerita kelakar!

Thursday, October 11, 2007
JOM CUTI PRA RAYA
HARI ini saya bekerja separuh hari sahaja. Separuh lagi ambil cuti tahunan. Balik kampung? Tidak. Kami berhari raya di Shah Alam sahaja. Pagi hari raya akan ke rumah mak dan abah di Bandar Tun Razak, petangnya ke rumah sanak saudara di Klang, Jeram, Sungai Pinang dan lain-lain sekitar Selangor sahaja.
Pejabat di bahagian majalah sudah mula lenggang. Di bahagian akhbar masih lagi kalut dengan tugasan harian yang rutin. Akhbar hanya akan bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Ahad sudah bekerja semula untuk akhbar hari Isnin.
Beberapa tugasan untuk bahagian majalah telah saya selesaikan. Sebenarnya kerja akan bertambah banyak selepas hari raya. Segala peracangan sudah tersusun, menanti hari bekerja sahaja untuk memulakan segalanya.

Wednesday, October 10, 2007
LANGKAH PERTAMA
JAM 9.21 malam ini rakyat Malaysia yang pertama akan berlepas ke angkasa lepas. Perhatian seluruh negara akan bertumpu ke pusat pelancaran Soyuz TMA-11 di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 35 atau jika berhalangan akan diganti oleh Dr. Faiz Khaleed akan berada di International Space Station (ISS, kira-kira 333 kilomiter dari bumi selama sembilan hari.
Soal istilah samaada mereka terbang sebagai 'angkasawan' atau ‘peserta penerbangan angkasa lepas’ seperti yang cuba ditonjolkan oleh Agensi Angkasa Lepas Nasional Amerika (NASA) sudah selesai. Pihak Rusia mengitiraf mereka sebagai seorang angkasawan atau Cosmonaut. Apa sekalipun pandangan tentang pemergian angkasawan Malaysia ini. Ini adalah langkah pertama. Setiap usaha mesti bermula dengan langkah itu.
Antara misi mereka ialah:
1. Kajian Sel di Angkasa Lepas
Eksperimen ini akan mengkaji kesan mikrograviti dan radiasi angkasa ke atas sel normal dan sel kanser. Ia bertujuan melihat kesan ke atas pembentukan sel kansr dan proseso yang boleh dimanfaat untuk menghasilkan teknik pengesanan dan rawatan lebih berkesan.
2. Kajian Mikrobiologi di Angkasa Lepas
Eksperimen yang membabitkan penghantaran bakteria ke angkasa lepas bertujuan mengkaji kesan ke atas mikrobigraviti dan radiasi di angkasa serta makanisma dan kadar perkembangan bakteria serta tahap kerintangan dan mekanisma kawalan genetik. Dua jenis bakteria dipilih iaitu Helicobacter pylori yang bertindak balas ke atas penyakit ulser perut dan Acinetobactor baumanni yang biasa terdapat di hospital. Kajian ke atas bakteria itu akan dapapt memberi lebih pemahaman dalam pembentukan bakteria dan membantu menghasilkan protein atau enzim baru yang dapat merencatkan aktiviti antibiotik.
3. Kajian Protein di Angkasa Lepas
Penghasilan kristal dariapda protein sangat penting kepadpa kimia dalam organisma hidup dan mempunyai tiga aplikasi utama iaitu struktur biologi dan pembuatan ubatan, pemisahan kimia dan pengawalan dalam ubatan. Eksperimen itu akan menyediakan saintis dengan maklumat dan pengetahuan dalam meningkatkan penghasilan kristal di bumi dan sekali gus meningkatkan penggunaan dalam bidang industri pada masa akan datang.
Sketsa di rumah saya semasa sahur jam 4.30 pagi tadi:
En. Abang: Hari apa kita nak pergi beli barang pasar - ayMm/daging/kerisik/daun palas dll?
Saya: Ikut kiraan falak, kita raya Sabtu jadi Jumaatlah ke pasar.
Anak-anak: Diam saja sambil makan.
En. Abang: Buatnya jadi kes masa Almarhum Sultan Idris? Beraya sehari lebih awal...
Kak Long: Janganlah, biar kita raya Sabtu (mama belum jahit baju raya kak long!)
Anas: Apa kata macam ni - angkasawan kita ada di orbit masa tu. Sekali dia tengok luar tingkap kapal angkasa tu ada anak bulan. Dia terus bagi tau orang Malaysia. Dia call Pak Lah dan kata dia dah nampak anak bulan dah. Kita raya awal!
Amie: Okey... jadi esok kita last bangun sahur.
p/s:
- Mengikut ritual angkasawan, mereka dikehendaki buang air kecil di sisi Soyuz TMA-11. Agaknya angkasawan kita akan kencing berdiri atau duduk? Khabarnya ada beberapa ritual lagi... apa ya?

DERITA NURIN BERPANJANGAN
AWAL minggu lalu saya menerima gambar-gambar bedah siasat adik Nurin menerusi internet. MasyaAllah, saya tidak sangka ada manusia yang sanggup menyebarkan gambar-gambar berkenaan ke pihak umum. Malam tadi TV3 telah siarkan dalam Buletin Utama dengan mengkaburkan bahagian tertentu.
Gambar-gambar itu memaparkan kecederaan teruk yang dialami Nurin. Gambar bedah siasat pada anggota tubuh termasuk pada bahagian perut dan alat sulitnya serta gambar tubuhnya kerekot dalam beg sukan berkenaan. Sungguh tragis.
Uncle Nurin, Encik Jasni yang mengendalikan blog In Memory of Nurin kecewa dengan kejadian itu. Siapa yang mula-mula mengedarkan gambar-gambar itu? Ia ternyata gambar-gambar bukti yang hanya pihak doktor dan anggota polis sahaja yang boleh mendapatkannya. Kenapa perkara macam ini boleh berlaku? Di mana kewarasan? Di mana tanggungjawab? Mengapakah tidak ada privacy bagi mayat Nurin?

Monday, October 8, 2007
DR MAHATHIR DIPINDAHKAN KE WAD BUNGA RAYA HARI INI

Untuk lebih cerita mengenai Tun sila klik blog Marina Mahathir di sini

Subscribe to:
Posts (Atom)