Saturday, November 26, 2011

PELAN PERLAKSANAAN 2012
PADA 24 dan 25 November lalu kami di Grup Buku Karangkraf telah mendedahkan kepada pihak pengurusan syarikat standard yang mahu kami capai sepanjang 2012 dan tahun-tahun selepas dari itu. Setiap jabatan dengan setiap genre membentangkan pelan yang mahu mereka capai.

Beberapa prosedur standard (SOP - Standard Operationg Procedur) telah saya gariskan yang mesti dipatuhi oleh setiap karyawan. SOP ini juga saya tetapkan untuk setiap penulis-penulis kami. SOP ini adalah perkara paling penting dan jangan tidak-tidak, mesti dipatuhi.


SOP adalah senjata pengurusan yang sangat penting supaya memudahkan semua keputusan. Karyawan juga sudah tahu apa yang patut dan apa yang tidak patut mereka lakukan. Tanpa SOP banyak keputusan akan tergantung-gantung, berdolak dalih, berlebih kurang dan dipengaruhi pelbagai sentimen peribadi.

 Standard cara kerja tidak 
membataskan perhubungan mesra sesama rakan sekerja.

Majlis-majlis yang akan menjadikan SOP satu kenyatan.

Standard prosedur akan tercapai dengan adanya 
rasa kebersamaan, rasa dihargai dan rasa selamat dalam kerjaya

Pelan Perlaksanaan 2012 telah ditetapkan. Kini kedatangan tahun baru bukan satu bayangan hitam. Saya dan semua karyawan saya telah pun memulakan langkah, malah kami sudahpun bersedia untuk berlari ke langit.

2 comments:

mba2u said...

Apakah SOP yg perlu diketahui oleh penulis? Mohon kongsikan Puan.... Terima kasih.

Sri Diah said...

Tuan MBA, saya sedang dokumenkan. Saya akan emel kepada semua penulis Grup Buku Karangkraf.