Sunday, November 20, 2011

INI  ANAK-ANAK SAYA JUGA
SAYA rasa tidak cukup dengan hanya memiliki tiga orang anak sahaja. Sedangkan kasih saya saya mewah! Adalah wajar saya berbahagi kasih dengan yang lain... selain anak-anak yatim yang rumah perlindungan mereka selalu kami anak beranak singgahi apabila ada masa terluang, anak-anak berekor ini juga wajaar mendapat kasih dan sayang kami.

Cik Milla yang sopan

Saya bersama Datuk Karim

Ada 12 ekor kesemuanya daripada pelbagai jenis. Mereka menghilangkan stres saya yang dibawa balik dari pejabat. Mereka penghibur kami sekeluarga. Mereka teman kami dalam suka dan duka. Padahal mereka tidak boleh berkata-kata, mungkin tidak faham bahasa kita... tapi mereka amat baik dan memahami apa perasaan kami sehari-hari.

Dusty dan Laura berkongsi bekas tidur

Lihatlah mereka mahukan perhatian

Saya tidak faham mengapa ada manusia yang sanggup menyeksa binatang. Mereka sanggup memotong kaki kucing, sanggup membakar ekor kucing, sanggup mencanpakkan kucing ke atas jalanraya... bagaimana jika perkara itu berlaku kepada mereka? Kepada isteri atau suami mereka hatta kepada anak-anak mereka?

Buah hati  saya, Dusty

 
Tiga beradik jingga yang dicampak dari flat.

Tiga beradik ini telah diselamatkan dari sebuah flat di kawasan perumahan di Cheras. Mereka dicampak dari tingkat dua flat...! Biarlah Allah SWT sahaja yang membalas kekejaman yang telah dilakukan terhadap mereka. Semoga sahabat-sahabat saya yang membaca entri ini tidak bersikap begitu... kerana kucing ialah binatang kesayangan Nabi Muhamaad SAW. 


4 comments:

~ Cik Azz Abu Bakar ~ said...

Yang 3 beradik tu macam kucing saya...

Rumah sayapun banyak kucing, tapi takde la gebus mcm kucing kat sini.. hehe..

Kak Long said...

Dunia kejam manusia.Teringat Kak Long kepada kisah 'Hero' yang dilihat kat TV hari tu. Menitis air mata melihat kekuatan 'Hero' berjalan begitu tanpa 'tangan'. Semangat meneruskan hidup seperti kucing normal yang lain. Entahlah Kak Sri, Kak Long ni kalau lihat kucing terbaring tak bernyawa akibat dilanggar kenderaan kat jalan raya pagi-pagi tu pun dah menangis. Inikan pula sah-sah perbuatan yang disengajakan.

Azizah a.k.a N.a.z said...

alah tomey2..
saya pun suka kucing..
banyak kucing sy yang hilang dan meninggal.. sekarang tinggal 2 ekor je kucing jantan..

Anonymous said...

Saya juga banyak kucing sekarang ini ada 7 ekor selepas seekor kena langgar kereta depan rumah dua minggu lalu. Kucing ini kalau dah jinak dia tahu bila namanya kita panggil.