MENCURI ILMU
DATUK Haji Daud Che Ngah memang idola saya semasa dua tahun saya mengikuti kelas-kelas agama dan kursus-kursus haji terutamanya sebelum mendapat jemputan paling istimewa daripada ALLAH SWT untuk menunaikan haji pada tahun 2010 yang lalu.
Syukukr Alhamdulillah, pekerjaan haji saya amat selesa. Saya dapat membuat segala yang rukun dan yang wajib dalam haji. Segalanya dipermudahkan olehaNYA. Lebih daripada itu saya bersara amat bersyukur kerana sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat semasa di Madinah dan di Makkah.
Semasa di Mina, khemah kami yang mengikuti rombongan muasasah, ditempatkan bersebelahan khemah dengan rombongan haji kelolaan swasta, yang turut dikendalikan oleh Ustaz Haji Daud. Saban masa selama tiga hari di Mina itu, saya kerap mencuri-curi mendengar syarahan yang diberikan oleh beliau kepada jemaah swasta yang dikenalikannya itu.
Datuk Haji Daud Che Ngah ketika
menandatangani buku tulisannya di PBAKL, di PWTC pada Mei 2011.
Apa hukumnya? Berdosakan saya mendengar syarahan secara curi-curi? Percuma pula, sedangkan jemaah swasta membayarnya dengan harga yang mahal?
"Tak mengapa, tak berdosa!" Itu sahaja jawapan ringkas beliau. "Saya ikhlas, saya tak halang siapa sahaja nak mendengar ceramah saya... saya menyebar ilmu dan ilmu itu jika dimanfaatkan dengan baik, pahala tetap berbalik kepada saya..." Katanya.
"Tak mengapa, tak berdosa!" Itu sahaja jawapan ringkas beliau. "Saya ikhlas, saya tak halang siapa sahaja nak mendengar ceramah saya... saya menyebar ilmu dan ilmu itu jika dimanfaatkan dengan baik, pahala tetap berbalik kepada saya..." Katanya.
Alhamdulillah, buku tulisan beliau bersama Grup Buku Karangkraf yang kami bincangkan sebaik sahaja habis pekerjaan haji pada 2010 telah pun berada dalam pasaran. Semoga ilmu yang diberi, dibaca dan dimanfaatkan dengan penuh tawaduk... saya pun ingin menumpang pahala atas persetujuan Datuk Ustaz Daud menulis dengan kami.
No comments:
Post a Comment