"MINYAK TARAK..."
DULU saya menjadi agen `tolong simpankan' gula. Rasanya sekarang pun masih menjalankan tugas yang serupa. Selepas gula, saya tolong simpankan tepung pula. Dan baru-baru ini saya tambahkan lagi stok, tolong simpankan minyak kelapa pula! Biasanya bukanlah banyak, cuma untuk keperluan keluarga saja.
Saya buat semua tugas tak berpotfolio ini bukan suka-suka. Sebabnya nanti bila en. abang nak minumam bersusu, tengok-tengok tak ada susu. Atau tak ada gula. Dan tak ada tepung untuk hidangkan dia lempeng kelapa kegemarannya.
Eh, saya bukan ada stor khas untuk simpan barang-barang ini dan tak mahu juga meletihkan fikiran memikirkan hal ini. Tapi terpaksa. Sebabnya bila pergi kedai nak beli barang-barang tu Mapley tu kata "susu tarak, tepung tarak, minyak sudah habis..."
No comments:
Post a Comment