SOALAN CEPUMAS
SEMALAM, Alifin iaitu pengendali laman web Alaf 21 mengirimkan salinan email untuk saya yang dihantar melalui alamat email Alaf 21. Email berkenaan daripada Puteri Balkis, Ampang, Selangor. Sebelum ini pun Alaf 21 memang kerap forwardkan apa sahaja email mengenai penulis-penulis kepada tuan punya diri. Saya amat terharu membaca email Puteri Balkis dan email mereka yang lain yang prihatin dengan semangat saya berkarya. Sebabnya menulis novel adalah minat saya semata berbanding dengan kerja seharian yang wajib saya lakukan.
Soalan Puteri Balkis sama seperti yang kerap saya terima sebelum ini iaitu bilakah karya terbaru saya akan diterbitkan? Ini adalah soalan cepumas untuk saya akhir-akhir ini. Menurut mereka jika 2003 ada Kuala Lumpur Di Mana Suamiku, 2004 Jangan Ada Dusta, jadi apakah untuk 2005 memandangkan Jangan Ada Dusta terbit Februari 2004. Sekarang sudah Julai 2005.
Sebenarnya manuskrip berkenaan sudahpun diserahkan ke pihak Alaf 21. Sama seperti orang lain saya juga harus menanti giliran yang ditentukan oleh pihak Alaf 21. Oleh itu saya tidak mempunyai jawapan pada soalan berkenaan (harap-harap Editor Alaf 21 membaca keluhan ini dan segera menerbitkan novel saya...)
Oh ya, esok ada pertemuan peminat dan penulis novel. Majlis bermakna anjuran Alaf 21 ini akan dihadiri kira-kira 30 orang tetamu. Sesiapa yang sudah berjanji hendak datang, harap dapat datang. Rasanya ada banyak perkara yang boleh dibincangkan untuk manfaat bersama. Jadi jumpa esok ya....!
No comments:
Post a Comment