MENTARI GARANG
MALAM tadi tidur agak lewat. Selepas menonton siaran langsung sambutan kemerdekaan, saya menyambung kerja yang tertunda berhari-hari. Hari ini bangun awal pagi dan melihat mentari bersinar garang di jendela. Alhamdulillah. Semoga negara terus aman dan berjaya menempa kejayaan di persada dunia. Semua ini bukan untuk siapa, tapi demi anak-anak kita dan masa depan mereka. Semoga mereka dapat memperkembangkan potensi diri dan menakluk kejayaan.
Malam tadi sambil menonton siaran langsung sambutan kemerdekaan dari bangunan KLCC, jenuhlah menjawab satu persatu pertanyaan si bongsu. Tahun ini sesuai dengan peningkatan usianya dia sudah cerdik sedikit berbanding tahun lalu. Paling kelakar bila dia bertanya;
- kenapa Amie tak boleh main bunga api tapi dia orang boleh main bunga api, besar-besar pulak tu! Meletup macam bom. Silap-silap KLCC tu runtuh...
- kenapa mesti tunggu 12 malam? Kenapa tak boleh buat awal? Orang dah mengantuk sesangat ni. Nasib baik esok cuti sekolah!
- mana Pak Lah? Dia mesti ada kat KLCC mlm ni. Kenapa Tok Det yang ada? Dia bukan PM lagi!
- mana Bob? (hehehe, tu soalan paling slumber! sebab si polan itulah yang ditunggunya sejak pukul lapan malam.)
75 peratus daripada kita adalah anak-anak selepas merdeka. Semoga dapatlah kita wariskan kecemerlangan dan keamanan dunia kepada anak cucu kita di masa mendatang. Demi mereka, haruslah kita berusaha sedaya upaya. InsyaAllah.
Tuesday, August 31, 2004
Monday, August 30, 2004
TARIKH PENTING
BANGUNAN Kelab Melaka yang terletak di Bandar Hilir, merupakan bangunan pertama di negara ini yang dijadikan sebagai Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mahathir bin Mohamad pada 31 Ogos 1985 sempena sambutan hari kebangsaan yang ke-28.
Pemilihan bangunan ini ialah kerana kedudukannya berhampiran dengan Bandar Hilir yang merupakan tempat YTM Tengku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu pada 20 Februari 1956. Awal daripada itu Tunku mengetuai rombongan ke London untuk berbincang dengan Kerajaan British mengenai kemerdekaan Tanah Melayu. Rombongan Tanah Melayu, yang terdiri daripada empat orang wakil Raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan, dapat menyakinkan Kerajaan British supaya menetapkan tarikh kemerdekaan: 31 Ogos, 1957.
Pada 30 Ogos 1957, di Padang Kelab Selangor, ketika jam tepat pukul 12 tengah malam, bendera Tanah Melayu pun dinaikkan, mengambil tempat Union Jack. Awal pagi esoknya, 31 Ogos, di Stadium Merdeka, Tunku membaca Perisytiharan Kemerdekaan.
Hampir tiga tahun kemudian Tunku menyarankan gagasan Malaysia, merangkumi Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei. Pada 6 Januari 1962, Kerajaan Britain dan Kerajaan Tanah Melayu menubuhkan Suruhanjaya Cobbold untuk meninjau perasaan rakyat Sabah (Borneo Utara) dan Sarawak mengenai kemasukan negeri masing-masing ke dalam Malaysia. Filipina dan Indonesia menentang gagasan Malaysia. Brunei membuat keputusan tidak menyertainya. Pada 16 September 1963, Malaysia dibentuk, terdiri daripada Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Malangnya Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965.
Penubuhan Malaysia mencetuskan konfrontasi bersenjata daripada Indonesia dan menegangkan hubungan dengan Filipina. Ketika Malaysia baru terasa mantap dan maju, rusuhan kaum 13 Mei 1969 menggugat jiwa. Darurat diisytiharkan, Parlimen digantung, dan negara diperintah melalui Majlis Gerakan Negara yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak. Pada 22 September 1970 Tunku, dalam keadaan teramat sedih kerana Tragedi 13 Mei, meletakkan jawatan dan Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Tulisan ini mengajak semua supaya tidak hanya mengenang tarikh 31 Ogos 1957 sahaja apabila kita memperkatakan tentang kemerdekaan. Rentetan selepas tarikh itu perlu juga diambilkira hingga kepada kejayaan Malaysia hari ini.

Saturday, August 28, 2004
E-NOVEL JANGAN ADA DENDAM
Pejam celik pejam celik sudah banyak yang berlaku dalam keluarga kami. Jadual harian berjalan macam biasa. Luar bisanya ialah pelaku-pelaku dalam keluarga ini. Suami sudah dua kali pindah pejabat dan naik pangkat. Dia makin sibuk nampaknya. Memang berlawan sungguh dengan kesibukanku. Dia meeting malam, esok subuhnya baru kami bertemu. Jika dia balik awal adalah kesempatan kami untuk bertegur sapa seketika sebelum masing-masing terlena. Lumrahnya, dia keluar rumah untuk ke pejabat sebelum aku terjaga. Aneh hidup ini, makin ingin rasa dikasih dan dibelai, semakin masa pula mencemburui.
Agak lama e-Novel ini terbengkalai. Tuntutan tugas amat menghambat penulis-penulis. Sementara itu konflik Abah dan Mak sukar untuk dilerai. Sukar untuk bertemu semeja. InsyaAllah, mungkin minggu hadapan anak beranak ini boleh bersemuka... Menjelang detik itu, ikutilah SIRI BARU yang sempat dipaparkan.

Friday, August 27, 2004
PENGAKUAN
MALAM tadi bertemu Aida dan anak-anak di `pulau' dekat Kampung Baru. Kami makan sate dan anak-anak memilih makanan barat. Malam tadi tanpa Kamal. Ini bukan boikot Kamal. Kerana ada masanya perempuan sama perempuan perlukan masa untuk duduk berbual, untuk menangis dan untuk menerima hakikat talak adalah di tangan lelaki.
Rahsia! Sebagai wartawan assignment saya gagal malam tadi. Punca perceraian masih rahsia. Lagipun saya tidak begitu serius bertanya kerana apa yang ingin diisi dalam pertemuan malam tadi ialah supaya Aida sedar semua itu bukan titik akhir hidup. Dia perlu terus berjuang demi anak-anak dan masa depan kerjaya. Okaylah malam tadi Aida bersetuju dengan EP. Perkahwinan bukan perjudian. Dia tak fikir dia untung. Dia pun tak fikir Kamal rugi. Aida kata; berpisah hidup sakit!

Thursday, August 26, 2004
PERCERAIAN
MENERIMA berita perceraian sahabat sepersekolahan memang suatu kejutan. Ia bak satu mimpi ngeri bagi kawan-kawan yang lain. Pertemuan kami hari itu diisi dengan kesedihan, air mata dan ketawa terpaksa... ya perceraian itu pahit! Kami semua satu darjah. Habis sekolah mereka berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata. Hidup bersama bertahun-tahun. Nampak bahagia. Tapi akhirnya taufan datang. Mereka ditakdirkan berpisah. Sahlah ada yang tak kena dalam gelak ketawa kami selama ini. Sahlah ada sengketa antara mereka yang terselindung dalam pertemuan kami sebelum ini. Dah tak ada jodoh, kata mereka. Tapi bagi saya bukan tak ada jodoh tapi jodoh dah habis...
Yang penting sekarang, masing-masing kena zip mulut. Jangan cerita apa-apa hal rumahtangga yang dah hancur berkecai pada orang lain. Simpan segala aib sebaik-baiknya. Kedua-dua pihak harus menghormati satu sama lain walaupun dah tidak sebumbung. Kena hormat hati keluarga bekas mentua. Tabahkan hati Aida. Kuatkan semangat Kamal!

Wednesday, August 25, 2004
SENYUMLAH... CEK MEK MOLEK!
YEAH... Kalau 10 tahun lalu, hari ini kami (staf wanita) akan mendapat ayam goreng dua ketul seorang daripada tauke. Tapi sekarang tak mungkin dapat ayam goreng lagi kerana staf perempuan semakin ramai. Malah lebih ramai daripada lelaki. Tapi kalau tauke nak belanja senyap-senyap okey jugak! Saya rela jadi driver, tak apa asalkan di hari bermakna ini staf perempuan feel happy.
Selamat menyambut Hari Wanita kepada semua pembaca wanita. Kepada pembaca lelaki ucaplah ucapan ini pada mak, kakak, adik, kawan pejabat, isteri, gf and etc. Tak perlu hadiah. Kata-kata itu amat bermakna. Bak petir, mengejutkan lena. Cek Mek Molek akan tersenyum panjang!
Untuk semua, satu mutiara kata yang saya terjumpa: Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Tuesday, August 24, 2004
BERKONGSI, BUKAN MONOPOLI
HARI ini seharian saya tak masuk pejabat. Pagi ke Sidang Kemuncak Sambutan Hari Wanita dan petangnya pula ke Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan di Petaling Jaya. Acara pagi memenatkan fikiran dengan pelbagai idea bernas tentang wanita - kepimpinan ke arah kecemerlangan. Sebelah petangnya pula bertukar fikiran tentang hal-hal iklan, do and dont. Mengenai etika penyiaran bahan-bahan iklan, gambar, bentuk tulisan yang merujuk kepada produk untuk diiklankan dan pelbagai lagi.
Sementara itu Sambutan Hari Wanita akan diadakan esok dan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri. Tema tahun ini ialah Nur: Mengukuhkan Kemakmuran Ekonomi. Seperti tahun lalu sambutan Hari Wanita bukan sekadar sambutan tetapi banyak sesi berbincangan diadakan. Banyak topik dibincangkan. Bagi saya ini idea bagus. Tahun lepas sudah dimulakan acara ini dan tahun ini diteruskan lagi dengan pelbagai topik mantap. Antaranya;
- Egnity The Power Within (Shahrizat Jalil)
- Dia Menang Anda Menang; Wanita Membantu Wanita Berjaya (Angie Ching)
- Sembilan Hidup Saya (My Nine Life) (Anita Sarwawak)
- Rakan Kongsi Menguntungkan; Mencetus Peluang di Akar Umbi (Penny Shone)
- Saya Bina Empayar 1 Juta Dollar (Dato' Dr. Jennie Tay)
Bagi saya memang amat sesuai sambutan tahun ini difokuskan pada ekonomi demi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang peranan penting wanita serta memberi pengiktirafan kepada wanita dalam pembentukan keluarga, perpaduan, pembangunan masyarakat dan ekonomi negara. Bagus topik ini. Soal seperti hal gender, hak sama rata, soal siling kaca, soal bos wanita dan sebagainya yang remeh perlulah diketepikan.

Monday, August 23, 2004
PROGRAM CUTI SEKOLAH DI PERPUSTAKAAN
Mari Bersama Bergilir Membaca
JANGAN ADA DUSTA
Lokasi: Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam
Tarikh: 26 Ogos 2004(Khamis)
Masa: 2 - 6 Petang
Anjuran: Perpustakaan Raja Tun Uda
Kerjasama: Alaf 21 & KAVYAN
Untuk turut serta membaca, hubungi: 012-3368142
Segera sahkan kehadiran untuk pembahagian bab dan giliran membaca.

Friday, August 20, 2004
FAKTA MASKULIN
1. 87 daripda 89 kes kanser zakar berlaku dikalangan lelaki tidak berkhatan.
2. Kajian Rich et Al pada 1986, 11.8 peratus yang membunuh diri terdiri daripada lelaki homoseksual.
3. Pada usia seawal 5, 6 atau 7 tahun kanak-kanak lelaki sudah tahu tentang seks dan akan cuba melakukan adengan seks ringan secara sedar atau tidak secara main-main alat kelamin kawan-kawan lelaki.
4. Berdasarkan kajian di Britain menunjukkan lelaki yang cepat terangsang nafsu seksnya akan hidup lebih lama.
5. Lelaki yang suka menyendiri mempunyai nilai 2 ke 3 kali ganda untuk mudah menemui ajal dariapda lelaki yang suka bermasyarakat atau bersosial. Sementara bagi wanita risikonya adalah 1.5 kali ganda daripada wanita yang suka bermasyarakat.
6. Hasil kajian di Barat menunjukkan kira-kira 24 juta lelaki Amerika berusia antara 40 - 69 tahun akan mengalami masalah lemah syahwat menjelang 2005.
7. (tak percaya! payah nak tulis terus terang kat sini!)

Thursday, August 19, 2004
KEMATIAN 11
TAHUN ini sahaja saya sudah kehilangan lima orang kenalan rapat. Lumrahnya kematian orang lain selalu mengingatkan kita pada hari mati kita pula. Tak tahu bila tapi detiknya pasti tiba. Macam daun yang gugur dari pohon, tunggu sahajalah giliran kita. Mungkin cepat, mungkin lambat lagi.
Bapa saya seorang tukang mandi jenazah. Di rumah keluarga selalu ada dua set kain kapan yang lengkap dengan segala aneka keperluan (kapur barus, air mawar, sabun dll) dan diikat ponjot. Abah menyimpannya bawah katil. Selalunya tak kira siang atau malam, bila saja ada berita kematian dia akan terus membawa keperluan itu ke rumah si mati. Kemudian esoknya dia akan ganti semula set yang dia dah guna itu dengan set yang baru. Jadi set itu selalunya sentiasa ada dua. Dia juga selalunya tak sampai hati menghadiri majlis kenduri kematian. Dia selalu mengelak, ada sahaja alasannya. Apalagi jika yang meninggal itu pangkat bapa dan ada ramai anak yang ditinggalkan. Katanya buat apalah buat kenduri bagi orang makan, simpan saja duit tu buat belanja anak-anak si mati...
Saya ingin tahu - kebiasaannya apabila membuka buku alamat dan nombor telefon lalu terjumpa nama mereka yang telah tiada, apa yang anda lakukan?
- potong/liquid nama dan no. telefon itu
- buat tanda merah di hujung atau pangkalnya
- tulis "dah meninggal" "kembali ke rahmatullah" "innalillah..."
- bulatkan nama dan no. telefon itu
- tulis - dah arwah
- biarkan saja terus tercatat sebagai kenangan

Wednesday, August 18, 2004
KEMATIAN
MENTOR saya dalam penulisan puisi Tengku Alias Taib, telah meninggal dunia malam tadi, selepas Maghrib. Rasanya baru saja berjumpa dengannya bulan lalu... Kebetulan kami bertembung di laluan pejalan kaki antara Sogo dan Pertama Kompleks.
Dari dahulu sampai sekarang susuk badannya tidak banyak berubah. Dia tinggi lampai dan ramai kawan-kawan mendongak untuk bercakap-cakap dengannya jika mereka lagi berdiri. Ciri khasnya terletak pada misainya yang lebat. Tidak pasti apakah akhir-akhir ini dia sudah mencukur misainya. Maklum apa sahaja boleh berubah, tidak terkecuali kedudukan misai di atas bibir.
Baca catatan seorang sahabat, AF YASSIN mengenai arwah.

Tuesday, August 17, 2004
DEMAM DAH KEBAH
BUKU Koleksi 12 Finalis AF ini dihasilkan menerusi jabatan Media Hiburan iaitu majalah khusus tentang dunia hiburan. Majalah-majalah lain juga turut menghasilkan majalah sampingan. Antaranya Koleksi Hantaran oleh Majalah Pesona Pengantin. Koleksi Resipi oleh Majalah Rasa dan beberapa lagi koleksi majalah lain. Majalah sampingan dihasilkan oleh team yang sama yang mengendalikan majalah bulanan. Tiada staf tambahan.
Monday, August 16, 2004
KUASA MASA
ALHAMDULILLAH semuanya mengikut jadual. Semuanya on time. Semuanya komited. Di hadapan mata sendiri saya saksikan section akhir majalah berkenaan masuk mesen printing tepat pukul 3.00 pagi. Dan majalah yang complete binding sudah ada dalam tangan tepat pukull 3.30 pagi. Di masa yang sama lori-lori sudah menanti di luar pagar... thanks God!
Misi kami berjaya mengikut jadual. Thanks to Haji Hishamuddin dan wife serta Fir yang sanggup sama-sama turun padang bagi support (tak sangka you all datang). Thanks kepada jurugambar, dua reporter saya dan designer. Juga pada team production di Ultimate Print dan team pengedaran di Media Network.
Masa paling kritikal ialah dua jam selepas konsert selesai. Bayangkan kalau kereta jurugambar lambat keluar parking? Bayangkan kalau terbabit accident. Bayangkan kalau digital camera dan laptop tu buat hal... Bayangkan kalau kerja 6 hari sebelum itu menimbulkan masalah hanya kerana dua jam terakhir itu. Ya, kepulangan dua jurugambar dari Bukit Jalil ke Shah Alam tepat pukul 2 pagi disambut sorakan...!
Ya, sekarang semua dah tahu. Buku konsert itu berada di pasaran sebelum pukul 8 pagi Ahad 15 Ogos 2004.

Friday, August 13, 2004
SAYA YANG MENURUT PERINTAH
APABILA cadangan saya kepada MD diterima, saya terus diarah membuat sebuah buku dengan ketebalan 132 mukasurat + 4 keping cover dalam masa 7 hari. Mulanya saya tersengih serba salah. Akhirnya, Yes! Saya ambil ini sebagai tanggungjawab. Saya segera meminjam dua wartawan daripada majalah lain. Saya terus menyusun schedule. Buat susunan mukasurat dan juga melakukan perbincangan dengan jurufoto. Kemudian memilih jenis kertas dan finishing bersama Production Manager. Dua orang designer bekerja bersama team saya ini. Semuanya bermula serentak.
Malam esok saya akan bekerja semalaman di pejabat. Mungkin juga tidur di pejabat. Tempahan printing ialah pukul 2.30 pagi (bermulanya shift malam bagi pekerja operasi). Habis print dijadualkan dalam pukul 3.30 pagi dan terus dengan proses binding (perfect bind). Mungkin proses binding akan tamat pada pukul 5.00 pagi. Pengedar/agen (driver lori) akan sampai pukul 6.00 pagi. Naskhah berkenaan akan segera diupload ke lori. Agen akan terus mengedarkan buku berkenaan di pasaran (KL akan dapat dulu). Outstation akan mula dapat hari Isnin.
* Hal inilah yang membuatkan blog saya sepi empat hari. Maafkan saya...

Sunday, August 8, 2004
IDEA BEST ANAK BERANAK....!
GAMBAR kami anak beranak memakai pakaian yang diperbuat daripada bendera Malaysia di sideblog menjadi koleksi keluarga yang amat bermakna. Saya frame besar dan gantung di dinding rumah. Ketika itu tahun 2002 dan sambutan Kemerdekaan berlangsung di Dataran Merdeka. Mulai tahun 2003 barulah sambutan berubah ke Putrajaya. Saya siapkan pakaian ini semalaman, esoknya kami anak beranak ke Dataran Merdeka memakai pakaian ini. Pergi balik naik Star LRT. Gambar kami anak beranak ini antara lain tersiar di NST, Malay Mail dan Harian Metro. It's fun...!

Saturday, August 7, 2004
NEGARA KITA JIWA KITA
MENURUT cerita orang lama, semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu rakyat menderita bagaikan tiada hari esok. Makan ubi kayu dah jadi ruji. Hari-hari kena tunduk pada bendera Jepun. Wanita dirogol. Kena tampar dan terajang jadi perkara biasa. Penderaan pula bukan calang-calang - minum buih sabun, lelaki perempuan disula, diheret sepanjang jalan dan sebagainya.
Itu dulu. Kini kita saling sedar dan memaafkan. Kita bina negara dengan jati diri yang teguh. Malaysia bangkit dengan semangat Merdeka. Jepun bangkit dengan kemodenan, melupakan semua kisah pahit. Hari ini kita nikmati segala yang telah ditinggalkan oleh pejuang. Ditangan kita telah diwariskan satu amanah. Tanggungjawab ini demi masa depan anak-anak, cucu cicit kita pula.
Kita tak boleh kompromi dengan semangat cintakan negara. Hati kita sakit bila membaca kenyataan rakyat Malaysia yang memburukkan negara sendiri di luar negara. Mereka buat perbandingan negara luar bagus, negara sendiri tak bagus. Mengapa? Bukankah lebih elok dia perbaiki apa yang tak bagus itu? Bayangkan, di luar negara dia boleh tidur lena dengan perut kenyang setelah kita suap dia dengan hasil bumi Malaysia. Kemudian esok dia bangun pagi dan terus mengutuk negaranya lagi...
Maaflah, emosi sikit hari ni.

Friday, August 6, 2004
HIROSHIMA, JEPUN
PADA hari ini 6hb. Ogos 1945 sebutir bom telah digugurkan di Hiroshima oleh kapalterbang B-29 Amerika Syarikat bernama Enola Gay. Dua hari selepas itu, bom atom kedua telah diledakkan di bandar Nagasaki. Ini membawa kepada rentetan tertakluknya Peking dan Tientsin. Kemdudian Shanghai telah dibom dan Nanking pula ditawan. Kini sudah 59 tahun tragedi ini berlalu.
Seorang anak Malaysia, Cikgu Razak berada di tempat kejadian ketika bom berkenaan digugurkan. Baca cerita Cikgu Razak tentang kejadian ini. Bersamanya ketika itu ialah Syed Omar dan seorang lagi rakan. Syed Omar terkorban angkara pengeboman ini. Allahyarham Syed Omar ialah abang kepada Puan Azah Aziz, isteri Prof. Diraja Ungku Aziz. Ketika mula-mula berkenalan dengan Halela Abdul Razak saya fikir bapanya Abdul Razak ialah Cikgu Razak. Silap rupanya.

Thursday, August 5, 2004
JAWAB DENGAN JUJUR
SUDAH 5 hari berada dalam bulan merdeka ini saya teringat pada perbualan kami suami isteri tentang gantung bendera, pacak bendera, tampal bendera, pasang bendera dan seumpamanya yang membawa konotasi serupa - bersemangat di bulan merdeka. "Tak ramai yang pasang bendera di kereta. Depa malu kot? Tulah, mengaku saja anak Malaysia tapi tak ada semangat cintakan negara." Tapi saya tak suka dengan kenyataan itu. Tak gantung bendera bukan bermakna kita tidak patriotik. Dan satu lagi si tukang komen tu pun tak pasang bendera kat kereta dia! Jika anda berjiwa patriotikm jawab soalan-soalan ini dengan jujur. MERDEKA!

Wednesday, August 4, 2004
SABOTAJ
SESUATU kejayaan itu dapat dicapai bukan berdasarkan kepada nasib semata. Malah kejayaan merupakan satu SIKAP. Orang yang berjaya ialah individu yang sering mencapai matlamatnya. Natijahnya individu itu akan sentiasa berjaya mencapai apa yang dihajati dan akhirnya kejayaan menjadi satu tabiat.
Orang yang gagal sentiasa mempunyai alasan mengenai kegagalannya. Ia merasai dirinya menjadi mangsa kepada keadaan, situasi dan tindak tanduk orang lain. Mengikut kajian, 75 - 80 % pemikiran kita adalah dalam bentuk negatif. Pemikiran yang negatif akan menghasilkan perasaan takut, cemas dan patah semangat. Apabila kita izinkan pemikiran negatif menguasai fikiran kita, segala perancangan kita akan tergugat dan kegagalan mudah berlaku. Akhirnya kita mensabotaj keupayaan kita sendiri untuk berjaya.

Tuesday, August 3, 2004
Mengenai Cikgu XXX
HAMPIR dua bulan saya simpan cerita ini iaitu sejak kami pulang daripada bercuti di Langkawi, Mei lalu. Di Langkawi anak bongsu meminta saya membelikan key-chain untuk diberikan pada cikgu-cikgunya.
Saya beli 10 untuk dia agih-agihkan - sama bentuk semuanya. Dia minta satu yang special - saya belikan pelekat di peti sejuk bentuk burung helang. Dia happy. Isnin masuk sekolah, dia berikan yang special itu untuk guru BM. Cikgu XXX - lelaki berusia, digelar guru panggilan (guru yang dah pencen tapi dipanggil bertugas kontrak). Saya kenal cikgu tu.
Hari Selasa dia mengadu dia dah tak suka pada cikgu itu. Benci sangat-sangat. Dia dah tak sayang pada cikgu itu. Kenapa?
"Sebab cikgu tu cubit perut Amie."
Kenapa? "Sebab Amie borak dengan Jojo pasal Langkawi."
"Masa tu cikgu tengah mengajar?"
"Haah..." Ok, saya dah dapat jawapan kenapa perut Amie kena cubit.
Saya terperanjat bila Amie kata, "menyesal Amie bagi hadiah mahal tu kat Cikgu XXX. Dia tak ingat ke semalam Amie bagi dia hadiah tu!"
Jika diselami lebih jauh lagi jelas; Amie mahu cikgunya menghargai pemberiannya. Dia nak cikgu itu sayangkan dia sebab pemberian istimewa itu. Dia berikan yang paling mahal, yang special hanya untuk cikgu itu dan tak sangka dia kena cubit oleh cikgu itu!
Ada yang tak betul di sini. Puaslah kami suami isteri terangkan tujuan beri hadiah bukan untuk diri kita disayangi, dilindungi. Salah tetap salah.

Monday, August 2, 2004
HATI KERING
RAKAN sepejabat tiba-tiba mengambil cuti kecemasan sehari minggu lalu. Dia bergegas ke sebuah sekolah berasrama penuh di negeri Pahang kerana ingin menguruskan hal anak perempuannya berumur 16 tahun. Ceritanya begini; pada pukul 10 malam sebelumnya anak gadisnya itu mengadu sesak nafas (dia menghidap athma) di asrama. Kawan-kawan sebilik memanggil warden. Warden sampai agak lewat dan berkata tidak serius, sekejap lagi oklah.
Tetapi si empunya badan tahu tahap kesihatannya. Dia meminta dibawa ke hospital. Biasanya setelah bantuan pernafasan diberi, dia akan okey dan bolehlah balik ke asrama semula.
Setelah didesak berkali-kali oleh rakan-rakan pelajar warden dengan muka masam bersetuju membawa mangsa ke hospital berdekatan. Mereka pergi berdua menaiki kereta warden berkenaan. Proses di hospital agak lembab, jam menunjuk ke pukul 12 tengah malam. Warden ambil keputusan balik ke asrama.
Sepanjang malam si pelajar menanti warden datang mengambilnya semula. Sampailah ke pagi. Warden tak datang! Pukul lapan pagi dengan meminjam duit nurse si pelajar menelefon ibunya. Dia nak ke sekolah, tapi macamana? Hati ibu mana yang tak risau, lebih sedih lagi kawan saya itu ibu tunggal. Rasionalnya: Mengapa warden ambil mudah hal penyakit pelajar jagaannya? Bukankah itu amanah yang diletak di bahunya?
Hasil siasatan kawan saya mendapati:
- itu bukan kejadian pertama.
- warden diakui garang oleh pelajar lain
- guru besar tidak diberitahu hal ini kerana pelajar diugut
- warden tidak mempunyai perasaan kasih pada pelajar (mungkin kerana warden belum berkahwin walaupun usia sudah lanjut).
Apa tindakan yang wajar diambil terhadap warden?

Subscribe to:
Posts (Atom)