Tuesday, January 13, 2009

GEMULAH HAJI SHAHAR BIN SULAIMAN
SEMALAM
dalam sisipan MEGA Utusan Malaysia ada dipaparkan mengenai kisah hidup salah seorang bapa saudara saya Arwah Haji Shahar bin Sulaiman iaitu abang kepada bapa saya, Haji Shaharuddin bin Sulaiman. Arwah anak keenam dan bapa saya anak ketujuh (bongsu). Adik beradik mereka, tujuh orang kesemuanya lelaki. Sekarang enam daripada mereka telah meninggal dunia, tinggal bapa saya seorang yang masih hidup.

Saya sebak membaca kisah hidup beliau. Dia seorang bapa saudara yang amat warak. Semasa kecil saya selalu mengikut abah dan emak mendengar ceramah-ceramah agama arwah yang amat menarik. Istimewanya, setiap kali berceramah arwah mesti menyampaikan diselang-seli dengan bacaan syair.

Tulisan dalam akhbar berkenaan adalah hasil kajian dan penulisan anak-anak beliau sendiri, iaitu Ustaz Ahmad Fauzi dan Ustaz Abd. Muhaimin dengan kerjasama para pensyarah KUIS, iaitu Ustaz Isma Addi Jumbri, Ustaz Kheril Anuar Darus dan Ustaz Syarul Azman Shahrudin.

Saya mohon, jika anda kelapangan bacalah tulisan mengenai arwah HAJI SHAHAR BIN SULAIMAN (KLIK SINI) dan menghadiahkan Al Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya di tempatkan dalam Jannah. Terima kasih.

2 comments:

halim mohd said...

Assalammualaikum.
Nama sy Abd Khalim Bin Mohd Zamiluddin, dan sy adalah cucu kpd arwah Haji Omar Bin Ahmad (Pak Umau panggilan Arwah Ustaz Shahar kpd datuk sy yang ketika itu tinggal di Pandamaran Jaya, Port Klang). Ayah sy juga agak rapat dengan Arwah Ustaz Shahar dan kami selalu berkunjung ke Balai Dakwah Jeram setiap kali cuti sekolah. Dan setiap kali Arwah Ustaz Shahar singgah di rumah sy di Kg Raja Uda Port Klang, beliau akan rehat/tidor sekejap di bilik sy. Sy dapat menghidu haruman yg Arwah Ustaz pakai pada jubahnya akan melekat baunya pada bantal serta tilam saya. Sy rindukan Ustaz. Boleh ke sy dapatkan sekeping foto arwah untuk tatapan saya bagi melepaskan rindu? No hp saya 0196187970. Email halimohd.maat@yahoo.com