SEDIH BERSANGATAN
EMAK saya sedang tidak sihat. Sepanjang Ramadan ini hanya beberapa hari sahaja dia terdaya hendak berpuasa, itupun setengah hari sahaja. Kami adik beradik pun tidak galakkan dia berpuasa, nanti bila dah sihat nanti gantilah semula.
Saya runtun hiba juga menjengah blog Kak Teh Sentral Station, London dan blog Mak Aji. Berbanding kedua-duanya, saya Alhamdulillah masih ada mak dan abah. Masih boleh ditatap matanya, masih boleh dipeluk tubuhnya. Memandangkan saya kini jauh daripada mereka, hanya hujung minggu sahaja kami dapat berjumpa. Minggu lepas kami anak beranak dapat berbuka puasa bersama mak dan abah dan alhamdulillah sekarang inipun baru balik dari rumah mereka.
Kak long di Kuantan, abang ngah di Kota Tinggi dan seorang adik di Kota Bharu juga bergilir menjenguk di hujung minggu. Tiga adik saya yang berada di sekitar rumah mak juga tak lepas pandang. kerap melawat mak dan abah. Memang kami belum mahu kehilangan mereka...
Hiba saya bersangatan apabila sudah berbulan-bulan melihat mak mencucuk sendiri jarum berisi insulin ke perutnya... sampai bila mak nak lalui semua itu?
No comments:
Post a Comment