ISNIN - ESOK HARI RAYA
SEPERTI tahun-tahun sebelumnya semenjak tujuh belas tahun yang lalu, kami suami isteri tidak perlu `osom' untuk menyambut 1 Syawal. Destinasi tetap ialah balik ke kampung suami. Alhamdulillah perjalanan selepas sahur selamat tiba ke destinasi tepat pukul 11 pagi di Kampung 30, Tokai, Alor Star. Mujur perjalanan bergerak lancar, tiada kesesakan.
SELASA - BERKAMPUNG DI GRAND CONT.
MALAMNYA tidur agak lewat, hampir jam tiga pagi. Sebabnya dari balkoni, pesta malam hari raya betul-betul nampak seronok dan riuh. Tanpa berlengah masing-masing bersiap. Sekejapan saja kami sudah masuk dalam kemeriahan itu. Walau hujan gerimis, pesta Pekan Rabu tetap meriah.
1 SYAWAL
MENINGGALKAN Grand Cont. Bersiap awal pagi menuju kampung untuk bersembahyang raya. Seharian dihabiskan dengan mengunjungi sanak saudara, dari Alor Star sampai ke Arau, Perlis. Rumah ketiga-tiga beradik suami penuh dengan anak-cucu-cicit saya. Alor Star hujan tiap petang. Ada tempat yang banjir. Bendang penuh air. Rabu pula ke Kg. Aceh, Yan. En. Abang ada majlis hari raya dengan kawan-kawan lama.
KHAMIS - RINDU KL
SUDAH tak sabar untuk kembali ke rumah sendiri. Sebelum bertolak, bertemu dengan Ilhami dan isteri serta dua anak comel, mengambil titipan daripada Nina Suria. Thanks Nina! Perjalanan amat dahsyat, sesak. Hujan sekejap, berhenti sekejap dan hujan semula sampailah ke KL. Berlaku tiga tragedi di tiga lokasi berbeza - kemalangan tiga kereta - kereta terbakar - kereta terbabas ke longkang besar. Alhamdulilah kami selamat sampai ke rumah lewat petang.
No comments:
Post a Comment