Monday, July 18, 2011

SAYA MAHU, TAPI...
SAYA selalu membayangkan untuk duduk berehat-rehat sahaja di rumah sambil bermain dengan kucing-kucing kesayangan yang 12 ekor kesemuanya. 7 ekor kucing Parsi dan 5 ekor kucing kampung. Saya mahu membaca dengan banyaknya. Mahu melayan bunga-bunga di taman rumah saya yang akhir-akhir ini seakan-akan merajuk - sudah tidak mahu mengeluarkan bunga...



Kadang-kadang mahu berjalan-jalan, balik kampung. Saya mahu pergi tengok wayang. Saya mahu duduk lama-lama dalam bilik, mengadap kumputer. Saya mahu segera menyudahkan manuskrip saya yang tertangguh. Ada dua - satu tentang kerja haji dan satu lagi novel dewasa. Di samping itu ada tiga lagi tulisan eceran untuk antologi bersama penulis-penulis lain.

Namun gagal. Nampaknya saya belum boleh berehat-rehat. Saya kena tunaikan tanggungjawab untuk urusan-urusan lain. Jadi, bilakah saya boleh uruskan hal-hal untuk diri sendiri?

Oh... saya nak memasak makanan-makanan kegemaran keluarga saya.
Tapi tidak boleh, tidak ada masa melainkan hujung minggu :-(

5 comments:

Anonymous said...

Jasa Kak Sri masih diperlukan...
Saya ada masa tapi tiada siapa..huhuhuh... :)

Anonymous said...

Blog saya juga sudah bersawang. Namun saya gagahi juga untuk mencoret sesuatu. Kemudian sekilas mengerling kepada link blog rakan dan terus menglik sridiah2u. Teruja saya melihat sesuatu yang baharu. Dia kembali!

dan bila lagi nak bersalin?

kakngah02@blogdrive.ccom

Anonymous said...

silap tulis alamat tadi.

sepatutnya
kakngah02.blogdrive.com

SARIPAH BAKAR said...

Kak sri, ada peluang ke menulis untuk Alaf?

mba2u said...

Hmmm

Saya juga begitu,
tiada masa
sudah bosan dengan rutin harian yg terlalu membosankan.

saya mahu berehat. berjalan. terbang. mengayuh. bila?