Sunday, July 10, 2011

MEMANG SAYA BERBOHONG RASA TERHADAP BLOG INI

Saya cuba ketepikan. Saya cuba tolak kehendak jiwa kecil saya.
Sebenarnya saya amat sayangkan blog ini dan selalu teringat pada catatan-catatan di blog ini. Dua tahun lebih saya mengabaikan suara rasa dan gelodak jiwa di sini, juga rakan-rakan blog yang baik. (Rasanya rakan blog tak sama fikirannya dengan rakan FB).

Hakikatnya menulis di blog saya lebih jujur
Menulis di FB lebih kepada mengambil hati
Saya akui itu.

Berbulan-bulan saya pujuk hati untuk kembali ke sini yang selalu saya jenguk, tapi tidak ada rasa untuk mencoret. Akhirnya blog pun dah bersawang, pengunjung pun sudah berkurang. InsyaAllah saya akan cuba menampal semangat baru, saya akan cuba menulis semula di sini mengikut kelapangan masa.

Salam terima kasih atas ucapan selamat hari lahir saya hari ini, Syukran!
Insaflah hambaMu ini akan Allah 'Al-Adil' (Maha Adil), 'Al-Latif' (Maha Lembut), 'Al-Muqit' (Maha Penjaga), 'Al-Qahhar' (Maha Penakluk), 'Al-Jabbar' (Maha Pemaksa). Maka amat gembiralah seluruh jiwa saya atas ingatan ini. Wassalam.

4 comments:

.ratnarappice. said...

kak sri.. mmg dah lama sgt kakak sepikan diri.. zeera berulang ke sini rasa hampa bila entry terakhir masih yg terakhir... anyway, welcome back kak.. =)

zuwaidah said...

kak sri, happy belated birthday, tak sangka kita bulan yang sama cuma berbeza hari saja. semoga kak sri dan keluarga di rahmati ALLAH selalu hendaknya.

Nur Fatiha Fadila said...

Assalamualaikum Kak Sri

Terima kasih kerana kembali menulis di blog ini setelah agak lama saya menanti nukilan-nukilan jujur Kak Sri di sini. Selamat maju jaya.

Terima kasih.

Wardah Munirah

IBNI HAMAD said...

mmg sentiasa menanti penulis blog ini mencoretkan sesuatu setelah lama menyepi.....akhirnya dia kembali, caiyokkk kak, teruskan penulis utk tatapan insan lain seperti saya.