SINAR HARIAN KINI DI NEGERI UTARA
ALHAMDULILLAH kini Akhbar Sinar Harian - akhbar komuniti nombor satu di Malaysia sudah pun berada di tujuh negeri - Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan. Sambutannya memang menggalakkan. Jumlah cetakan harian di tujuh negeri ini sahaja hampir 200,000 naskhah setiap hari. Terima kasih daun keladi kepada semua pembeli akhbar ini.
Pada 29hb Oktober ini satu lagi sejarah tercipta - Sinar Harian akan mula berada di pasaran negeri-negeri di utara - Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Rakan wartawan di ibu pejabat di Shah Alam mengucapkan selamat jalan kepada team Sinar Harian Edisi Utara.
Memang saya benar-benar sibuk dengan penerbitan Sinar Harian dari satu negeri ke satu negeri lain. Penentuan lokasi dan masa cetakan, pembahagian muka surat, pembahagian daerah-daerah mengikut Majlis Daerah atau PBT, meletakkan skuad, menyusun senarai isi kandungan, melipat gandakan promosi, perancangan konvoi dan sebagainya. Namun saya tidak bersendirian, jabatan lain turut membantu.
Kepada semua pembaca, saya amat mengharapkan sokongan anda semua. Semoga anda dapat menerima sebaiknya kehadiran Skuad Sinar Harian - wartawan yang berkereta Kancil di merata ceruk negeri yang akhbar ini diedarkan. Tolonglah bantu mereka untuk membantu menyiarkan berita-berita komuniti yang jarang mendapat tempat di akhbar arus perdana.
Doakan semoga semuanya dipermudahkan Allah. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment