Wednesday, July 9, 2014
Tuesday, July 8, 2014
8 Julai 2014
>>>> TODAY A YEAR AGO <<<
Terima kasih atas kenangan yang manis dan baik > Stefano Romano, Bayu Bintari Fatmawati dan Ade Nur Sa'adah.
Antara Rome, di Itali - Indonesia dan Malaysia.
Monday, July 7, 2014
Home Coming Karangkraf
Hujung minggu ini kami akan menganjurkan IFTAR @ ALUMNI HOME-COMING KARANGKRAF. Sebagai orang lama yang masih bertugas di sini, saya `terjebak' menjadi AJK Majlis. Semua jemputan adalah karyawan mulai pada 1979 - 2002 ketika kami di No 50 - 54 Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr Ismail, KIuala Lumpur.
Mereka adalah insan yang telah merintis denai, menebas jalan, membajak tanah, membina jambatan hingga Karangkraf hebat hari ini. Darpada hanya tiga majalah hingga kini 23 majalah, daripada hanya Bacaria kini sudah ada 8 Edisi Negeri Sinar Harian, dari tidak ada mesen cetak sampai kini ada kilang cetak...
Ini reunion kali pertama sempena Ramadan. Kami mengenang, ada yang sudah pergi dahulu, Al Fatihah untuk mereka dan ada yang sedang terlantar sakit... Saya mengumpul gambar-gambar lama dan hati sangat beremosi, sungguh banyak pahit manis.yang tercatat dalam memori.
>>> Hari ini saya masih lagi mengemas kini senarai kehadiran, menu dan acara untuk sesi IFTAR @ HOME COMING ALUMNI KARANGRAF. Maka setiap kali menaip nama kawan-kawan lama, wajah dan nama panggilan mereka sangat-sangat memugar kenangan. Zaman sama-sama bujang, hingga kini sudah ada anak bujang dan ada yang sudah bercucu...
Untuk menambah rasa rindu dan ukhuwah 35 tahun silam pada kawan-kawan, dalam emel berantai saya, saya tulis begini:
* Banyak yang ingin kita cerita mengenai zaman silam... Ingat Bas Sri Jaya 225? Kompleks Kotar Raya, Kompleks IBM Taman Tun tempat dating, Rumah Bujang No: 19, Kampung Sungai Penchala dan kebun getahnya?
* Kita stay-back sampai telelap bawah meja, naik van pancit, High Chaparal yang best, dapat jodoh di Karangkraf . Kita pernah outstation - photographer dan reporter tidur sebilik, kita berkelah di Morib, arwah Hj Fickry jinjing nasi lemak dan teh tarik bila kita stay-back. Kita masak nasi, makan-makan di Mingguan Wanita bila belum dapat gaji.
* Kita beli minyak tanah dan bakar padang. Kita beli kain kuning kemudian lilit batang pokok getah untuk lead BACARIA, Nuri Supian kurus sangat masa itu dan banyak lagi kenangan! Kita suka sangat mengusik Bro Dell (Dahlan Zainuddin) dan Bro Sudir (Allahyarham Sudirman). Kita suka paksa mereka belanja kita!
Syukur Selalu
Berlapang dada... Anggap segala buruk baik yang terjadi ada hikmahnya.
ALLAH sentiasa berlaku adil kepada semua makhlukNYA.
Manjadda wa jadda... Salam 9 Ramadan 1435. PAGI!
ALLAH sentiasa berlaku adil kepada semua makhlukNYA.
Manjadda wa jadda... Salam 9 Ramadan 1435. PAGI!
Sunday, July 6, 2014
Saya Tulis dan Saya Ingat
Seorang pujangga pernah berkata : “Saya dengar mungkin saya lupa,
saya lihat mungkin saya ingat, saya lakukan,
maka saya ingat selama-lamanya,
saya ajar, maka saya akan jadi pakar.
Saya tulis dan saya boleh baca bila-bila :)
Pakaian Anak Yatim
Saya tidak terfikir ada wajah cantik comel ini apabila rakan-rakan mengatakan akan ke perkampungan Orang Asli bagi penyerahan pakaian hari raya kiriman rakan-rakan facebook kepada Tim Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata. Hari ini saya melihat wajah-wajah ini dengan hati terharu... saya ingin memeluk mereka!
* Sebahagian penduduk di Perkampungan Orang Asli, di Tanjung Rambutan telah menerima pakaian baju raya mereka semalam, 5 Julai 2014. Pakaian adalah hasil sumbangan rakan-rakan facebook menerusi Tim SBBMSAM. Wakil tim ke majlis ini ialah Puan Tata Tna dan Sti Siti Zubaidah Hazaballah. Cuba klik gambar-gambar ini... mungkin ada antaranya pakaian yang tuan dan puan kirimkan. Semoga usaha bersedekah ini akan menghapuskan dosa-dosa kecil kita dan ibu bapa yang dikasihi... InsyaAllah.
Saturday, July 5, 2014
Allahyarham Sharifah Aini
Allahyarhamah adalah seorang yang
Apa yang lekat dalam ingatan saya ialah,
sangat memuliakan anak yat
#Alfatihah
>>> SHARIFAH AINI <<<
Mengulit rasa...
Dating tengah malam smile emoticon
Dalam jaga, kita mencabar mentari.
Dalam malam kita mengulit bintang. Ngeh! Ngehhh...
Friday, July 4, 2014
Lena Yang Panjang
Selamat malam, masuk ke dalam diam
mungkin lena seketika atau tidur nan lama
Assaamualaikum dalam maaf yang panjang
Wednesday, July 2, 2014
Nampak Tak?
Nampak tak apa yang saya nampak? Masa bila pula dia masuk ke bilik dan 'terjengui' celah pagar besi tu! Kalau saya tahu dia terselit celah tu, saya panggil dia duduk atas riba smile emoticon
* Anak-anak... Gelagat mereka selalu membahagiakan kita dan selalu mahukan perhatian...
* Rumah Anak Yatim As Solihin, Kancong Darat, Banting
Misi memberi ceria di pagi Aidilfitri... Majlis penyerahan pakaian raya sumbangan rakan-rakan facebook kepada anak-anak yatim dan asnaf di Rumah Anak Yatim As Solihin, Kanchong Darat, Banting dan juga Sekolah Kebangsaan Kanchong Darat, Banting. Semua pakian adalah kiriman rakan-rakan facebook anjuran Tim Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata
Tuesday, July 1, 2014
Konvensyen Penulisan
Penulisan bukan sekadar hobi. Ia adalah kerjaya profesional. Sesi ini mendedahkan bagaimana seorang penulis dapat hidup dengan menukarkan sebuah karya menjadi pendapatan berterusan.
Topik ini akan disampaikan pada 20 Julai 2013. Daftar sebelum 5 Julai 2013 untuk potongan harga 'sukses bertindak segera' http://mypenulis.info/ — with Sri Diah Shaharuddin.
Apakah itu Konvesyen Mini Penulisan?
Konvensyen penulisan diadakan untuk mereka yang mahu menjadi penulis profesional secara sepenuh masa separuh masa serta penulis sedia ada yang mahu meningkatkan nilai mereka di dalam dunia buku.
Ia juga terbuka kepada mereka yang mahu mengetahui maklumat mengenai dunia buku yang tidak diketahui secara umum.
Konvensyen ini memberi jawapan kepada
(1) Bagaimana penulis dapat bekerjasama dengan penerbit agar karya terbit.
(2) Bagaimana menulis karya yang mesra syariah.
(3) Bagaimana mahu hidup sebagai penulis profesional.
Informasi di http://mypenulis.info/
Konvensyen penulisan diadakan untuk mereka yang mahu menjadi penulis profesional secara sepenuh masa separuh masa serta penulis sedia ada yang mahu meningkatkan nilai mereka di dalam dunia buku.
Ia juga terbuka kepada mereka yang mahu mengetahui maklumat mengenai dunia buku yang tidak diketahui secara umum.
Konvensyen ini memberi jawapan kepada
(1) Bagaimana penulis dapat bekerjasama dengan penerbit agar karya terbit.
(2) Bagaimana menulis karya yang mesra syariah.
(3) Bagaimana mahu hidup sebagai penulis profesional.
Informasi di http://mypenulis.info/
Al-Fatihah... Khairul Azizi
Tengah hari ini sekujur tubuh kaku dalam balutan kapan akan singgah sebentar di Masjid Karangkraf untuk kami, rakan-rakan sepejabat menunaikan solat jenazah untuknya. Itulah sosok tubuh yang saban hari tidak pernah culas menunaikan solat berjemaah bersama kami setiap tiba waktu...
Namun hari ini tubuh itu sudah berada di pembaringan...
Saya menyelianya ketika beliau di Akhbar Bacaria dan apabila Sinar Harian mula beroperasi, saya membawa beliau untuk berkhidmat di Sinar Harian pula. Almarhum seorang pekerja yang bagus, patuh arahan, gigih melaksanakan tugasnya walaupun sikapnya agak pendiam.
Pergilah engkau dalam tubuh diam, kaku dan kelu
Kami termangu namun itu lebih perlu untukmu
Selamat pergi... kami akan mengikut langkah
Al Fatihah, kami bersedekah.
Selamat pergi... kami akan mengikut langkah
Al Fatihah, kami bersedekah.
Ya Allah, limpahi kasih sayang dan perlindungan berpanjangan buat Puan Rohayu Said dan empat anak yang ditinggalkan. Didoakan rahmat dan kasih sayang Allah jua buat roh sahabat kami, Almarhum Khairul Azizi. Al Fatihah
* Solat jenazah dilakukan di Masjid Karangkraf dan kini dalam perjalanan ke Tangkak, Johor Darul Takzim untuk disemadikan.. Alahyarham meninggalkan seorang balu dan empat anak yang masih kecil.
Review Puisi Kontot
Hari ini facebook memory mengingatkan saya tentang status hari ini pada tahun 2014 - pengumpulan puisi-puisi saya yang kontot - kemudian saya panjangkan dan mantapkan untuk sebuah kumpulan puisi bersama Institut Terjemahan Buku Malaysia.
Thanks Mr Mark Z. #kekasihgelap
Ada janji, masih tergantung di langit hari!Ada niat, masih tenggelam di dasar rasa.
>>> REVIEW PUISI KONTONT <<<
Subscribe to:
Posts (Atom)