Saturday, November 2, 2013

SALAM TAKZIAH

PERSAHABATAN kami bermula semenjak lebih 28 tahun lalu. Ketika itu kami masih bujang dan sama-sama bertugas untuk akbar Bazaria, kemudian ke Majalah NONA dan meniti dari stau tangga ke satu tangga kerjaya, hingga sekarang bersama pula di Grup Buku Karangkraf kami masih lagi di bawah satu bumbung yang sama, Kumpulan Media Karangkraf.

Subuh kelmarin tidur saya dikejutkan dengan perkhabaran duka. Hajah Saadiah menelefon memberitahu suaminya Esa telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.00 pagi. Saya terkesima. Terkejut. Tidak tahu hendak kata apa... sebaliknya suara Hajah Saadiah tenang  sahaja...

Hajah Saadiah juga adalah teman sebilik saya ketika kami sama-sama menunaikan haji pada tahun 2010. Selama 44 hari kami berada di Tanah Suci Madinah dan Makkah, kami harungi segala suka duka bersama... sakit pening, letih, merajuk, kecewa... semua dugaan itu kami hadapi bersama. Akhirnya Alhamdulillah kami berjaya melakukan kerja hari dan kembali ke pangkuan keluarga dengan selamatnya.

Ketika menziarahi majlis pengkebumian Allahyarham Esa di kediaman kakak Hajah Saadiah, tadi saya sebak... anak-anak lelaki mereka, lima orang semuanya, turut telibat memandikan jenazah arwah ayah . Mereka juga besama-sama mengkafankan jenazah dan sama-sama mengusung jenazah ayah mereka ke surau dan ke tanah perkhuburan... berkat anak-anak lelaki yang soleh.... saya sebak.

Gambar keluarga bahagia ini pada sambutan Aidilfitri 2013 lalu

Semoga dugaan ini tidak mematahkan semangat Hajah Saadiah dan anak-anak meneruskan kehidupan. Walau suami sudah tiada... kita masih ada saudara mara, sahabat handai dan jiran-jiran yang prihatin. Semgoa roh Allahyarham Esa ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh...

No comments: