Seperti dia... saya juga rasa berdebar-debar setiap kali anak-anak menghadapi peperiksaan. Musim periksa ini juga saya harap dia kekal sihat. Tidak demam, supaya dia dapat hadir menjawab kesemua soalan dan subjek peperiksaan.
Apabila tiba musim periksa ini, saya teringat akan kejadian-kejadian bidaah yang selalu abah saya tolak untuk melakukannya. Sebagai imam di kawasan perumahan kami, abah saya selalu diminta menjampikan air kosong untuk diberikan kepada anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan... sampai berbotol-botol banyaknya. Ada jua pen, pensel, buku dan beg sekolah. Ada juga kasut sekolah!
Ya Allah, kami adik beradik geleng kepala. Abah apalah lagi... dia terus tutup pintu. Tapi rupanya barang-barang itu diletakkan pula di luar rumah! Abah kata itu bidaah. Itu syirik dan berdosa besar! Dia tidak mahu bersubahat membuat perkara yang dimurkai Allah. Ada yang tunggu tak nak balik selagi abah tak jampi air yang dibawa. Abah bawa masuk bilik, baca Al Fatihah dan ludah-ludah saja (kata abah). Iya atau tidak entahlah..
Berbalik kepada Anas Suhaimi anak kami, dia minat sangat pada muzik, kamera dan video... saya harap sepanjang bercutis selepas exam ini nanti dia akan isi masa lapangnya dengan kerja-kerja yang dia minat, supaya tidak membazir masanya, dapat dimanfaatkan untuk pengetahuan sampingannya.
No comments:
Post a Comment