Saturday, November 30, 2013

WANITA TAHANAN REMAN

KUMPULAN Cerpen Wanita Tahanan Reman sudah mula saya edarkan semenjak hari pertama saya terima daripada pihak Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Berharga RM35.00, kumpulan cerpen ini amat istimewa bagi saya kerana tulisan-tulisan di dalamnya agak luar biasa daripada kebiasaan tulisan saya dalam tahun-tahun kebelakangan ini 



Ya.. dulu saya amat mirip kepada penulisan sastera tinggi. Berbeza sekarang kebanyakan tulisan saya menjurus kepada penulisan gaya santai, dengan tulisan dan bahasa popular/standard. Saya sedar... saya faham sangat-sangat gelodak rasa pengkritik-pengkritik sastera...







Friday, November 29, 2013

MPI MEETING

MALAYSIAN PRESS INSTITUTE (MPI) adalah sebuah institute yang memberi banyak latihan dan seminar kepada golongan wartawan dan editor di seluruh Malaysia. MPI dianggotai oleh hampir semua syarikat penerbitan akhbar dan majalah juga para wartawan dan editor.


MPI beroperasi dari sebuah banglo kerajaan di Jalan Ledang, sebuah kawasan perbukitan di Kuala Lumpur, dengan pejabat operasinya dianggotai oleh pekerja tetap. Pelbagai latihan dalaman di kendalikan di banglo ini.

MPI juga mengendalikan banyak peraduan penulisan yang dianjur oleh pihak kerajaanm, pihak badan berkanun dan juga pihak swasta. Acara paling berprestij yang dikendalikan oleh MPI ialah Malam Anugerah Kewartawanan Malaysia/Petronas dengan hadiah unggul iaitu Anugerah Kewartawanan Kajai.

Selain latihan dan pertandingan penulisan, MPI juga mengendalikan pembelajaran di kampus. Jalinan kerjasama telah diadakan bersama Universiti Utara Malaysia.


CEO MPI ialah Datuk Chamil Wariya. Beliau dibantu oleh kebanyakan anggota kanan syarikat-syarikat penerbitan.


 Antara dalam gambar ini ialah Datuk Chamil Wariya, Datuk Mustafa Omar (Harian Metro), T. Selva (The Star), Datuk Yong Soo Heong (Bernama), Tuan Syed Agil (Utusan Malaysia), Foo Tick Fat (Nanyang Siang Pau).

Sunday, November 24, 2013

HERO - IKON KASIH & SAYANG

KISAH tentang kucing bernama Hero sudah menjadi fenomena bagi peminat kucing. Saya yang memelihara kucing ini terasa amat dekat dengan Hero setelah melihat video mengenainya dan melihat betapa kasih dan sayang antara manusia dan kucing, terjalin erat, penuh tanggungjawab.

Namun hari ini Hero (Iyo) telah pergi... tengah hari tadi doktor yang berusaha kerasa cuba menyelamatkan nyawa Hero terpaksa akur pada ketentuan Allah swt. Hero gagal diseamatkan... Hero yang disahkan menghidap leukimia, telah pergi selama-lamanya...

Saya sedih dan turut bersimpati pada penjaga Hero... Papa Hero (PH).
Semoga rohnya sentiasa dalam peliharan Allah swt. Sedihnya...

Video mengenang Hero >>> DI SINI <<<
Ceriita Papa Hero di TV9 >>> KLIK SINI <<<<
Link part two >>> KLIK SINI <<<


Lihat di sini video tentang Hero > >>> KLIK SINI <<<<

Lihat juga gambar kucing-kucing saya di sini MEOW MEOW MEOW SAYA







Gambar-gambar di atas tidak terdapat dalam album MEOW MEOW MEOW.

Saturday, November 23, 2013

ULU YAM DI LIVERPOOL


SAYA memang sudah lama mengenali tuan punulis buku ini, Nazali Noor, Pensyarah Kanan, Universiti John Moores di Liverpool. Blog Abah Najwa memang antara blog yang menjadi ikutan saja pada tahun 80-an hingga 2000 dan kini sudah ditutup, kerana keghairahan orang berpindah kepada facebook, twiter, whatsup, instagram dan sebagainya.

Namun blog Abah Najwa tetap lekat dalam hati. Saya menghubungi Nazali dan memintanya mengemaskini tulisannya dan mengumpulkan bahan-bahan itu untuk dibukukan. Saya tahu dan yakin blog Abah Najwa banyak keistimewaannya.

Dan terbukti! Apabila tulisan ini dibukukan dan dijual dengan tajuk Ulu Yam di Liverpool, naskhah ini sold out. Dan hingga tarikh ini, sebulan setelah diterbitkan kali pertama buku ini sudah diulangcetak untuk kali kedua dengan jumlah yang agak banyak untuk persiapan Pesta Buku Antarabangsa yang akan berlangsung pada 24 Mac 2014 nanti.


Gambar-gambar sekitar pelancaran boleh dilihat di link di bawah. Lihatlah betapa comelnya Ain, yang hebat itu, bagaimana dia boleh menjadi seorang wanita yang berjiwa kental, yang berani meninggalkan kerjayanya dan mengikut suami menerjah bumi United Kingdom.


>>> Berbanyak terima kasih diucapkan kepada Datuk Saifuddin Abdullah, CEO Global Movement kerana sudi melancarkan buku ini di MPH Alamanda pada 23 Nov 2013, jam 3 petang. Buku Biografi Travelog ini amat istimewa, ditulis oleh Nazali Noor, Pensyarah Kanan, John Moores Universiti, Liverpool. Tulisannya ditulis dari hati untuk bacaan pencinta buku.

Tuesday, November 12, 2013

BERPUISI LAGI

ALHAMDULILLAH minat berpuisi tetap ada... kebanyakan inspirasi saya timbul apabila melihat gambar-gambar yang cantik, terutama warna alam, bunga-bungaan juga.
Kebanyakan idea saya lahir sepontan. Saya mengambil masa tidak sampai lima minit untuk mencipta kata-kata puitis ini... alhamdulillah Ya Allah, Kau berikan rasa halus dalam diri dan Kau anugerahkan bakat penulisan yang akan kugunakan ke jalan yang baik.


Monday, November 11, 2013

NONA 3 DEKAD

BUKAN mudah untuk melupakan sebuah majalah yang menjadi titik tolak kerjaya saya. Bermula dengan tiga buah produk - Majalah Remaja, Bacaria dan Mingguan Kanak-kanak, saya terus melangkah berani menjerumuskan diri dalam bidang masscomm. Membantu syarikat menerbitkan Majalah NONA pula.

Ini berlaku sebaik sahaja habis menuntut di USM. Semejak itu bermulalah penerbitan majalah-majalah di Karangkraf, hingga pernah suatu masa menjadi 32 majalah kesemuanya, sebahagiannya adalah francis daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya juga turut diberi tanggungjawab menjadi Editor Kumpulan Majalah, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.


Antara Majalah dan Akhbar Karangkraf ialah:
Akhbar Bacaria
Mingguan Kanak-Kanak
Majalah Remaja
Majalah NONA
Majalah Seri Dewi dan Keluarga
Majalah Fokus SPM
Majalah Bintang Kanak-Kanak
Majalah Libur
Majalah Impiana
Impiana Dapur
Impiana Aprtmen
Impiana Laman
Majalah Rapi
Majalah Midi
Majalah E.Baca
Majalah PC
Majalah KlikMajalah Yezz
Majalah Maskulin
Majalah Umpan
Majalah Motor
------------------------------------
Akbar SINAR HARIAN 8 Edisi Negeri
------------------------------------
- Dewan Masyarakat
- Dewan Ekonomi
- Dewan Islam dan Falsafah
- Dewan Kosmik
- Dewan Siswa

 Mini, Saya dan Yati Rahim antara Editor NONA






Kini Majalah NONA sudah mencapai tiga dekad sejak dimulakan penerbitannya pada 1984. Kami berbangga. Kami berasa sangat bahagia melihat majalah ini terus berjaya daripada segi jualan naskhah dan juga jualan iklan..

Lagi gambar-gambar sekita majjlis >>> NONA 3 DEKAD <<< boleh diikuti di sini.



Sunday, November 10, 2013

MENYESAL..?


KENA ROTAN...!

SAYA sungguh terkesan melihat kedua-dua video di bawah. Saya juga tersenyum simpul melihat gambar hitam putih di bawah. Sweet sangat memori ini. Insiden kena rotan memang tak pernah saya alami tapi saya selalu melihat kawan-kawan saya kena bantai dengan rotan.

Pakcik makcik jiran saya semasa kecil dulu sangat garang. Saya pun takut. Bila melihat kawan-kawan kena pukul dengan rotan, saya yang menangis! Terasa sakitnya! Bila melihat badan mereka birat, ada bekas kena pukul, saya yang menangis...

Ini permainan konda kondi!
Siapa pernah main?

>>>> MAAFKAN CHEQ MAK... <<<

Abang dan kakak saya pun selalu buli saya semasa saya masih kecil dulu. Banyak permainan yang mereka tipu saya... tapi masa itu saya tidak tahu, jadi saya anggap memang saya bodoh main congkak. Saya bodoh main dam aji contohnya....!

>>> KANTOI LAGI <<<

Hehee... kini kenangan manis satu persatu mulai pudar dalam ingatan kerana usia tua. Namun persefahaman, tolerasi adik beradik, rasa kasih dan sayang tetap merapatkan kami terutama apabila duduk-duduk santai sambil bercerita kisah silam. Kisah main lombong, menyorok dalam kebun getah, mencari cendawan dalam hutan dan peristiwa kena kejar anjing ketika kami mencari kangkung dan pucuk paku di kebun cina.

Thursday, November 7, 2013

MASA BERDUA

SEPERTI yang pernah saya sentuh dahulu... kini masa untuk berdua-duaan bersama suami semakin banyak apabila anak-anak sudah membesar dan masing-masing ada hal mereka sendiri. Ya Allah, semoga Kau restui jodoh kami, Kau eratkan kasih kami dan kami terus hadam dalam cinta yang yang panjang...


Semoga cinta ini berpanjangan dan sentiasa dilimpahi setia

Hari ini bos belanja minum petang...

Wednesday, November 6, 2013

DOA, SELAWAT

HARI ini anak-anak kita akan menduduki Peperiksaan SPM 2013. Anak bongsu kami, Anas Suhaimi bin Ahad adalah antara puluhan ribu calon SPM tahun ini. Kami harap anak bongsu ini akan diberi dapat menjawab dengan baik dan diberi ketenangan fikiran sepanjang peperiksaan berjalan.


Berikut ini pesan Ustaz Haron Din.


Tuesday, November 5, 2013

SALAM MAAL HIJRAH



(Nota ini untuk semakan dan bacaan semula anak-anak saya, Anis KhalilahAnas Iqbal,Anas Suhaimi dan juga kepada semua sahabat saya di fb ini untuk kita saling ingat mengingat sejarah penting bulan Islam.

Tahun ini ialah tahun 1435 Hijrah. Sebut sahaja Maal Hijrah ataupun Awal Muharam pasti semua mengingati penghijrahan Rasulullah SAW dari kota Mekah ke kota Madinah pada tahun 622 masihi... Selain itu, ia juga merujuk kepada perubahan seseorang daripada sesuatu yang buruk kepada yang lebih baik.

Menyingkap kembali sejarah penghijrahan Rasulullah pada tahun 622 masihi. Apabila kaum Kafir Mekah merancang ingin membunuh Baginda untuk memusnahkan Islam. Malaikat Jibrail menemui Baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan Baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam.

Baginda mengajak sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq untuk menemani Baginda sepanjang perjalanan itu. Selain itu, Baginda juga berjumpa dengan Ali bin Abi Talib memberitahu penghijrahan Baginda nak meminta beliau menggantikannya di rumah Baginda.

Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah SAW. Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah SAW. Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah SAW bangun dari katil itu.

Rasulullah SAW dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah SAW tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah SAW dan Abu Bakr as tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.

Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah.

Kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah SAW. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah SAW. Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal.
Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah SAW dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah SAW dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan.

Ketika Rasulullah SAW dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu. Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah SAW.

Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah.
Maka pada satu hari Jumaat yang ceria, Rasulullah SAW akhirnya diumumkan sudah tiba di Madinah.

Kaum Muslim semua keluar untuk menyambut baginda. Rasulullah SAW menunaikan solat di sebuah masjid di Lembah Ranuqna, tempat semua umat Islam berkumpul untuk melihat kelibat lelaki mereka sanjungi itu.

Bertitik tolak dari itu, Rasulullah SAW mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan peristiwa bersejarah ini sebagai permulaan kalendar Islam.

Monday, November 4, 2013

RUMAH NGAJI


ISNIN yang barakah, semoga limpah rezeki-MU ada untukku. Semoga limpah kesihatan-MU ada untukku.Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, tugasku semakin bertambah. Tugasku semakin berat. Amanah dan tanggungjawabku semakin besar.

Selain dipertangung-jawab terhadap Alaf 21, Buku Prima dan Karya Bestari, kini Jabatan Al-Quran dan Rumah Ngaji, sebuah aktiviti mengaji dan memanfaatkan Al-Quran mula berada di bahu saya.

Rumah Ngaji  (No Tel: 0139552106) adalah satu wadah untuk sesiapa sahaja yang mahu menghayati sepenuhnya keagungan Al-Quran, atau mahu belajar asas Al-Quran, atau mahu meningkatkan/memperbaiki bacaan Al-Quran dan mahu mengaplikasi kehidupan berlandas pada Al-Quran. 

Lima imam muda kami sedia berbakti. NGO, badan berkanun, syarikat swasta dan orang persaorangan boleh menghubungi Rumah Ngaji untuk mendapatkan khidmat kami. Khidmat ini demi Allah. Tiada bayaran dikenakan. 

kepada yang berminat untuk tahu lebih lanjut, sila klik sini >>> RUMAH NGAJI <<< (`Dia' yang dimaksudkan dalam link Puan Marhaini Yusoff ini adalah bos kami, DatukHussamuddin Yaacub. Semoga Allah swt merahmati dan memberkati usaha beliau ini).

Link ke Rumah Ngaji >>> >>> LINK KE RUMAH NGAJI <<< Semoga Allah SWT memberi saya kesihatan yang baik. Otak yang cerdas dan badan yang cergas untuk menjalankan amanah ini. InsyaAllah.



Sunday, November 3, 2013

BIDAAH EXAM

RABU 6 November 2013 ini anak bongsu kami, Anas Suhaimi bin Ahmad akan mulai menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Menenagh Seksyen 7, Shah Alam. Sebagai ibu saya mendoakan semoga Allah SWT terangkan hatinya, tenangkan fikirannya dan memudahkan dia untuk menjawab semua soalan peperiksaan.


Seperti dia... saya juga rasa berdebar-debar setiap kali anak-anak menghadapi peperiksaan. Musim periksa ini juga saya harap dia kekal sihat. Tidak demam, supaya dia dapat hadir menjawab kesemua soalan dan subjek peperiksaan.


Apabila tiba musim periksa ini, saya teringat akan kejadian-kejadian bidaah yang selalu abah saya tolak untuk melakukannya. Sebagai imam di kawasan perumahan kami, abah saya selalu diminta menjampikan air kosong untuk diberikan kepada anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan... sampai berbotol-botol banyaknya. Ada jua pen, pensel, buku dan beg sekolah. Ada juga kasut sekolah!


Ya Allah, kami adik beradik geleng kepala. Abah apalah lagi... dia terus tutup pintu. Tapi rupanya barang-barang itu diletakkan pula di luar rumah! Abah kata itu bidaah. Itu syirik dan berdosa besar! Dia tidak mahu bersubahat membuat perkara yang dimurkai Allah. Ada yang tunggu tak nak balik selagi abah tak jampi air yang dibawa. Abah bawa masuk bilik, baca Al Fatihah dan ludah-ludah saja (kata abah). Iya atau tidak entahlah..

Berbalik kepada Anas Suhaimi anak kami, dia minat sangat pada muzik, kamera dan video... saya harap sepanjang bercutis selepas exam ini nanti dia akan isi masa lapangnya dengan kerja-kerja yang dia minat, supaya tidak membazir masanya, dapat dimanfaatkan untuk pengetahuan sampingannya.

Saturday, November 2, 2013

SALAM TAKZIAH

PERSAHABATAN kami bermula semenjak lebih 28 tahun lalu. Ketika itu kami masih bujang dan sama-sama bertugas untuk akbar Bazaria, kemudian ke Majalah NONA dan meniti dari stau tangga ke satu tangga kerjaya, hingga sekarang bersama pula di Grup Buku Karangkraf kami masih lagi di bawah satu bumbung yang sama, Kumpulan Media Karangkraf.

Subuh kelmarin tidur saya dikejutkan dengan perkhabaran duka. Hajah Saadiah menelefon memberitahu suaminya Esa telah kembali ke rahmatullah pada jam 5.00 pagi. Saya terkesima. Terkejut. Tidak tahu hendak kata apa... sebaliknya suara Hajah Saadiah tenang  sahaja...

Hajah Saadiah juga adalah teman sebilik saya ketika kami sama-sama menunaikan haji pada tahun 2010. Selama 44 hari kami berada di Tanah Suci Madinah dan Makkah, kami harungi segala suka duka bersama... sakit pening, letih, merajuk, kecewa... semua dugaan itu kami hadapi bersama. Akhirnya Alhamdulillah kami berjaya melakukan kerja hari dan kembali ke pangkuan keluarga dengan selamatnya.

Ketika menziarahi majlis pengkebumian Allahyarham Esa di kediaman kakak Hajah Saadiah, tadi saya sebak... anak-anak lelaki mereka, lima orang semuanya, turut telibat memandikan jenazah arwah ayah . Mereka juga besama-sama mengkafankan jenazah dan sama-sama mengusung jenazah ayah mereka ke surau dan ke tanah perkhuburan... berkat anak-anak lelaki yang soleh.... saya sebak.

Gambar keluarga bahagia ini pada sambutan Aidilfitri 2013 lalu

Semoga dugaan ini tidak mematahkan semangat Hajah Saadiah dan anak-anak meneruskan kehidupan. Walau suami sudah tiada... kita masih ada saudara mara, sahabat handai dan jiran-jiran yang prihatin. Semgoa roh Allahyarham Esa ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh...

TENTANG ORANG TUA INI...

INILAH orang tua janggut putih yang banyak pahala setiap kali musim haji.


Kita harus mengenang, cukup banyak pahala lelaki ini setiap kali masuknya musim haji. Kalau ada yang nak menafikan bahawa dosa dan pahala bukan hak kita nak tentukannya, sekurang-kurangnya orang tua ini telah membuat satu sumbangan yang besar pada umat Islam di negara kita.

Bila sebut musim haji, semua orang tentu ingat pada Tabung Haji...sebab Tabung Haji merupakan satu badan besar yang monopoli kesemua urusan mengerjakan Haji dan Umrah di negara kita.


Baca seterusnya di sini >>> ORANG TUA BERJANGGUT PUTIH <<<