Sunday, January 29, 2012

KARNIVAL KARANGKRAF 2012 (29 Januari 2012 - Hari Akhir)





(Gambr-gambar Hari Akhir)

Saturday, January 28, 2012

KARNIVAL KARANGKRAF 2012 (28 Januari 2012 - Hari Kedua)




Friday, January 27, 2012

Monday, January 23, 2012

DUNIA TANPA SEMPADAN
SEKIRANYA kita terbaca dalam mana-mana status blog, facebook ataupun akaun twitter mengenai sesuatu berita itu, wajahkah kita mempercayainya seratus peratus? Inilah soalan yang selalu saya tanyakan kepada wartawan-wartawan muda hari ini dalam sesi-sesi kongsi pengalaman.

JANGAN PERCAYA. JANGAN SEBARKAN. Itulah nasihat saya. Kenapa? Terutama dalam dunia tanpa sempadan sekarang, apa sahaja status yang kita baca dan kemudian kita lapor secara direct, impaknya akan sampai kepada kita juga akhirnya...!

Janganlah hendak menjadi orang serba tahu. Jangan nak menjadi pencipta fenomena. Tidak pasal-pasal kita yang kena saman kalaulah berita itu palsu. Berita tidak benar, walaupun ramai yang mengikutinya... jangan tak tahu ramai peguam juga sedang menilik-nilik sudut mana mereka boleh buat duit.

Saya kesal jika itu dilakukan oleh orang ramai, yang bukan wartawan, yang tidak belajar etika penulisan dan tidak jgua pandai menyimpan kerahsiaan. Selain mendapat dosa, kena fikirkan juga periuk nasi. Ketika saya mengamalkan bidang kewartawanan dulu saya belajar bahawa setiap wartawan berhak untuk TIDAK menyiarkan berita yang tidak pasti betul atau salah.

Kena siasat. Kena kaji sahih atau tidak. Saya juga belajar tentang perkara TIDAK mendedahkan sumber ataupun orang yang memberikan berita walau dalam apa situasi sekalipun. Kalau berita itu sensitif, lagilah kita kena zip mulut. Bak kata pepatah, biar pecah di perut, jangan pecah di mulut.

Jika perkara itu sensitif seseorang wartawan itu hanya boleh berkongsi maklumat dengan pengarangya sahaja. Pengarang pula mesti juga menyimpan maklumat itu dan bersedia diheret ke mahkamah jika dia turut membocorkan rahsia itu.

Payah. Memang susah menjadi wartawan. Namun itulah dunia manis yang saya suka. Sekarang ini saya tahu ada beberapa orang wartawan yang sedang melalui detik pahit apabila beberapa berita yang mereka tulis dan sebarkan mulai dihidu oleh para peguam... termasuklah wartawan-wartawan internet yang kononnya mengakui diri mereka kebal ;-)

Sunday, January 22, 2012

Bergambar di Pangsun, semasa famili gathering keluarga Tok Din's

Hati Kala Berdua
jika inilah bahagia
bahagia itu di mata
jika inilah cinta
cinta itu dalam dada

Hati Kala Berdua
kita pulangkah makna sengsara
kita halau angin duka
kerana antara kita
berpisah tiada

Friday, January 20, 2012


Saya... 20 tahun lalu
YA ALLAH, saya temui satu tulisan mengenai dunia kepengarangan saya dalam bidang penulisan.
> Aduhai...... (BIODATA - ADA RASA SEGANLAH...)
> Pelbagai Gaya Cerpen  (BERMULA DENGAN ANEKDOT)
> Hadiah-hadiah (SEBAHAGIAN ANUGERAH)
> Cerpen Wanita Tahanan Reman ( (KISAH HANIM HANANI)
> Menulis Haiku & Tanka  (INGAT 5 - 7 - 5)
> Liputan media (BERITA HARIAN)
> Ucapan saya di hari pelancaran 5 Novel (HOTEL SINGGAHSANA)


Thursday, January 19, 2012

PENGURUSAN KANAN GRUP BUKU KARANGKRAF


* Saya bergambar bersama barisan kepimpinan kanan Grup Buku Karangkraf.

ALHAMDULILLAH tahun ini adalalah tahun ke 27 saya berkhidmat bersama Kumpulan Media Karangraf (dulunya dikenali Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd - KKSB). Saya memulakan khidmat di sini semenjak 2 Mei 1985 sebaik sahaja tamat pengajian di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang bahagian komunikasi.

> 20 tahun dalam dunia majalah, daripada hanya 3 majalah sahaja pada tahun 1985, kemudian menjadi 28 majalah termasuk 6 majalah francais dari Dewan Bahasa dan Pustaka.

> 5 tahun dalam dunia akhbar dengan memulakan khidmat secara ZERO. Kami brainstorm untuk mewujudkan Akhbar Sinar Harian. Bermula di Kelantan, kemudian ke Terengganu, Pahang, Selangor dan KL, Utara (Pulau Pinang, Kedah dan Perlis), kemudian Melaka dan Negeri Sembilan hingga akhirnya Johor.

> 2 tahun terkini saya di Grup Buku Karangkraf sebagai Pengurus Besar Penerbitan. Imprint yang saya dipertanggungjawabkan ialah Alaf 21 Sdn Bhd, Buku Prima Sdn Bhd dan Karya Bestari Sdn Bhd. Sebelum itu 1 tahun sebelumnya saya diberi amanah untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus Besar Oasis Books Sdn Bhd.

Apakah saya puas dengan perjalanan kerjaya ini? Susah nak jawab...

Tuesday, January 17, 2012

MENGENANG BONDA SETELAH TIGA TAHUN BERLALU

KE MAKAM BONDA
Kami mengunjungi pusara bonad
sunyi pagi disinari suria
wangi berseri puspa kemboja
menyambut kami mewakili bonda.

Tegak kami di makam sepi
lalang-lalang tinggi berdiri
dua nisan terkapar mati
hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
mesra kasih bonda menatap
sedang lena dalam rahap
dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
pernah dulu mengucup dahiku
kini kurasakan kasihnya lagi
meski jauh dibatas bumi

Nisan batu kami tegakkan
tiada lagi lalang memanjang
ada doa kami pohonkan
air mawar kami siramkan
Senyum kemboja menghantar kami
meninggalkan makam sepi sendiri
damailah bonda dalam pengabadian
insan kerdil mengadap tuhan

Beribu bakti kami berikan
tidak sama bonda melahirkan
kasih bonda tiada sempadan
kemuncak murni kemuliaan insan

- Allahyarham Usman Awang

Hari ini genap tiga tahun kematian bonda. Rasa rindu saya kepadanya semakin menggunung tinggi. sayabanyak berkongsi cerita dengan arwah. Arwah banyak menyimpan suka duka saya bersamanya memandangkan saya tinggal lama dengan keluarga kerana tidak tinggal di asrama, tidak lama di universiti.

>>> (Ke Makam Bonda Atijah @ Halijah Ibrahim). Dalam entri ini ada gambar-gambar kunjungan keluarga kami ke pusara bonda di Tanah Perkubungan Islam, Kampung Cheras Baru, Kuala Lumpur.

>>>>(Hari di mana kami kehilangan bonda). Sedihnya rasa... air mata masih bersisa untukmu bonda. bahagialah bonda di Negara Abadi.

Sunday, January 15, 2012

LIMAU TAHUN NAGA

MABUK limau mandarin nampak gayanya! Di pejabat ada limau, dari pagi dok mengunyak limau mandarin. Di rumah pun terpandang buah limau mandarin atas meja makan. Ada di meja dapur. Ada di tepi televisyen. Mokcik dah rasa macam nyonya pengusaha kebun limau mandarin pula.

Alhamdulillah tahun ini, sejak daripada limau pertama yang saya masuk ke mulut, hingga hari ini dah berapa biji... semuanya manis belaka. Janganlah pula lepas taip enti ini muka saya berkerut kerana terkena yang masam. Hahaaa...

Saturday, January 14, 2012


5 SUARA HATI (HAIKU)


> Hati nan cinta

Kubilang rinduku

Dia  di mata


> Harum mewangi

Rimbun cempaka tua

Menanti dia


> Ombak berdesir

Membawa bau hanyir

Rambut menyisir



> Malamku kelam

Kududuk dalam diam

Membilang suram



> Hujan pun reda

Kita pergi mencari

Cinta  di mana?


Sri Diah, 1 Jun 2003

Friday, January 13, 2012

Ingin kuucapkan kata sekaligus memeluk dirimu. Ingin kubisikkan rasa sekaligus menghadiahkan ciuman buatmu... namun rantaian masa membelit diri. Kita tidak mampu bertemu walau untuk seuntai rindu... Sayang, semoga Allah merahmati dirimu. Memberimu bahagia berpanjangan. Menghadiah dirimu cinta yang tidak putus dan memayungi rahmat hidupmu di dunia dan di akhirat... Selamat menyambut ulangtahun kelahiran.
OH... MOKCIK TERUS SIBUK
PADA 27, 28 dan 29 Januari 2012 akan diadakan KARNIVAL KARANGKRAF 2012. Serentak dengan itu kami di GRUP BUKU KARANGKRAF adakan mengadakan FESTIVAL PENULIS.
Festival Penulis dengan diskusi buku berjudul SEMBANG BUKU akan diadakan di Auditorium Kompleks Media Karangkraf dengan menampilkan enam topik menarik merangkumi genre buku agama, isu bahasa, buku kanak-kanak dan remaja,  Chef Norman yang berada di London akan pulang untuk majlis pelancaran buku resipinya.

Ya... mokcik sibuk sangat-sangat...



Thursday, January 12, 2012

BERPIMPIN TANGAN KE SYURGA
SAYA terjumpa kata-kata ini di FB seorang sahabat. Terima kasih kerana mengingatkan saya. Inilah peranan positif FB,  ia akan menajdi bagus kalau kita gunakan FB untuk tujuan kebaikan.

Jangan biarkan syaitan Laknatullah ketawakan kita kerana kita...
Ketinggalan SUBUH kerana kesiangan
Ketinggalan ZOHOR kerana kesibukan
Ketinggalan ASAR kerana masih di perjalanan
Ketinggalan MAGHRIB kerana keletihan
Ketinggalan ISYAK kerana ketiduran.

Wednesday, January 11, 2012

2012 TAHUN POSITIF BUKU KANAK-KANAK DAN AGAMA
INDUSTRI buku yang baru saya tekuni dalam dua tahun kebelakangan ini (setelah 23 tahun dalam bidang majalah dan 5 tahun dalam bidang akhbar harian) kian menampakkan progres positif. Memegang tanggungjawab berat menjaga amanah bagi tiga syarikat buku betul-betul menjadikan saya ulat buku.



 Alaf 21 Sdn Bhd, Buku Prima Sdn Bhd dan Karya Bestari Sdn Bhd merupakan tiga entiti bisnes yang menjadi tanggungjawab saya untuk dipikul. Ketiga-tiga syarikat ini sarat dengan cita-cita. Ada banyak lagi projek yang akan saya suntik. Ada pelbagai gaya dan bentuk buku yang akan saya aplikasikan bagi melonjak ketiga-tiga syarikat ini kedunia bisnes yang lebih kompetetif.
 Alhamdulillah, pencapaian tahun 2011 telah melebihi 200 peratus jumlah pendapatan keseluruhan berbanding tahun sebelumnya. Keuntungan ini membuagtkan saya tambah bersemangat. Bagai tidak percaya tetapi inilah kenyataan.
 Sifirnya mudah sahaja - pendapatan dalam karnival-karnival kecil yang telah diadakan di bandar-bandar kecil telah memberi pendapatan melebihi RM300 ribu ringgit dalam masa satu hari. Jika dibuat tiga hari berturut-turut? Jika diadakan setiap bulan pula?
Oh... saya harus berterima kasih kepada semua pihak. Bermula daripada karywan di pejabat, di bahagian cetak, di bahaagian pengedaran, pembeli buku-buku, pengkritik, pengedar, agen dan semua yang terbabit, sebenarnya telah menyumbang kepada pendapatan keseluruhan.

>>>>> (BERITA HARIAN 11 JAN 2012)

Tuesday, January 10, 2012

PERASAAN saya bercampur aduk apabila menonton klip video ini.
Alangkah manisnya kehidupan, alangkah pahitnya pengorbanan...


Doris Day - Que Sera Sera Lyrics

When I was just a little girl
I asked my mother, what will I be
Will I be pretty, will I be rich
Here's what she said to me.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

When I was young, I fell in love
I asked my sweetheart what lies ahead
Will we have rainbows, day after day
Here's what my sweetheart said.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Now I have children of my own
They ask their mother, what will I be
Will I be handsome, will I be rich
I tell them tenderly.

Que Sera, Sera,
Whatever will be, will be
The future's not ours, to see
Que Sera, Sera
What will be, will be.

Monday, January 9, 2012

INGATAN UNTUK SAYA
••► Solat SUBUH ••► Wajah yang cantik
••► Solat ZOHOR ••► Duit yang banyak
••► Solat ASAR ••► Kesihatan yang baik 
••► Solat MAGHRIB ••►  Anak-anak yang cerdik dan berjaya
••► Solat ISYAK ••► Tiidur yang nyenyak


Friday, January 6, 2012

UNTUK SUAMI, RENUNGILAH:
ISTERI yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa
Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.
Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita
menjadi solehah....
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri
yang tak sehebat mana.
Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!

UNTUK ISTERI RENUNGILAH:
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim. Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita
membangunkan keturunan yang soleh..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!
Justeru itu wahai para suami dan isteri,
Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya.
Menapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha?

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat
Sulaiman;
DAN
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar
dan Sarah.

Thursday, January 5, 2012

LAZATKAH MAKSIAT?
SAYA geleng  kepala banyak kali. Otak saya tidak dapat menerima hakikat kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang memberitahu Dewan Negara bahawa seramai 24,813 orang dimasukkan ke hospital kerajaan kerana masalah berkaitan mental tahun lalu.
“Setakat ini kita ada empat institusi mental di seluruh negara, 42 hospital kerajaan yang menyediakan perkhidmatan rawatan mental dan 124 pakar dalam bidang tersebut,” katanya kepada soalan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Pengkalan Chepa).

Ramainya! Jumlah itu rupanya semakin meningkat setiap tahun. Hakikatnya pesakit mental semakin bertambah. Sebab itulah semakin banyak kejadian tidak munasabah berlaku akhir-akhir ini angkara gangguan mental. Bunuh sadis, bakar orang, sumbat mayat dalam beg plastik, dera anak, seks bebas… semua itu antara sakit mental yang dikenal pasti.
--------------------------------- ******** --------------------------------------------------
KATA SAYA: ”Memberi nasihat itu sebenarnya mudah sahaja, dan yang berat adalah menerima nasihat tersebut. Kerana setiap nasihat itu, dirasakan tersangat pahit bagi siapa yang selalu mengikuti kehendak hawa nafsunya..” 

[Imam Al-Ghazali]
--------------------------------- ******** --------------------------------------------------

Wednesday, January 4, 2012

27, 28, 29 JANUARI 2012
 Minggu pertama Januari, saya dan semua staf seliaan mula sibuk untuk acara ini.  Rabbi Ya Sir Walla Tu Assir...

Tuesday, January 3, 2012

SAYA TAK KENAL DIA
Kami tak sempat berkenalan, dia telah pergi
Tapi banyak hartanya ditinggalkan untuk saya
Saya tak mahu tamak,
Mari kita berkongsi hartanya bersama
Tak pernah habis sampai bila-bila
Berada di kelas semuanya bodoh semakin menunjukkan kita pandai
Kita mesti menjadi kutu atas kepala seorangyang botak
Saat itu kitalah HERO.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
JURANG DIGITAL
Digital native itu adalah orang sudah menggunakan komputer dan internet semenjak dilahirkan. 
Digital immigrant itu ialah orang yang mula menggunakan komputer dan internet apabila sudah dewasa.
Digital divide adalah jurang ilmu yang memisahan antara digital natif dengan digital immigran.
Ini adalah istilah biasa, dan elok jangan diMelayukan sehingga menyebabkan orang tidak faham. Gunakan natif digital (untuk digital native), immigran digital (digital immigrant), dan jurang digital (digital divide).
Digital illiterate (buta digital)
Ini jawapan pada pakar komputer.

* Prof. Abdullah Hassan

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, January 2, 2012


BELASUNGKAWA
Berita kematian  >>> (DI SINI)

PETALING JAYA: Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia), Datuk Mohd Salleh Abdul Majid, 62, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 10.20 pagi Isnin akibat barah.
Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke HKL akibat sakit buah pinggang dan kanser rektum.
Beliau dimasukkan semula ke HKL Rabu lalu selepas keadaannya kritikal akibat penyakit kanser yang disahkan doktor pada tahap empat.
Menurut anggota keluarga, jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah ibunya di Lot 1055, Jalan Haji Mokhtar, Kampung Pasir, Hulu Kelang, dan dijangka dikebumikan selepas solat Asar.
Mohd Salleh menjadi Presiden BSKL selama 19 tahun dari 1984 sehingga 2003.

Sunday, January 1, 2012

2012



Mentari pagi diamblil ketika dalam perjalanan mendaki 
Gunung Fuji (Fujisan) pada 2006

2011 

Selamat datang masa depan
selamat pergi masa silam
Supaya kita tidak saling bertingkah
Elok ktia padam api alpa
Kita nyalakan bara bahagia
2012