Sunday, March 25, 2012

DIA YANG HEBAT...!
Saya tidak menyangka telah berlaku pertemuan bersejarah antara saya dan suami bersama  denganTuan Tuah Johari Atan, seorang Lawyer Hebat dan pejuang kepentingan OKU pada hari ini.

Sememangya sejak dulu saya selalu mengikuti perkembangan beliau sejak beliau menjadi penuntut di Universiti Malaya - semuanya melalui berita-berita di dalam akhbar dan menerusi televisyen.

Malam sebelum pertemuan itu, saya ada mengirim pesanan melalui FB kepada beliau mengatakan saya akan berada di Melaka pada 24 dan 25 Mac 2012 kerana memberi ceramah penulisan kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaya dan berhajat untuk berjumpa dengan beliau jika beliau tidak keberatan.

Alhamdulillah hajat saya tertunai, beliau mundul di sekolah berkenaan tepat pukul 9.00 pagi. Alhamdulillah, perkenalan di dunia maya akhirnya menjadikan kami bertentang mata, berbual dan mengenali isteri beliau.
Saya kagum dengan semangatnya. Saya bangga dengan kecekalannya meneruskan perjuangan hingga berjaya dalam pendidikan dan seterusnya berjaya juga dalam kerjayanya sebagi seorang penguam.
Bagi saya jika beliau yang OKU kedua belah kaki dan pada tangannya, boleh berjaya dalam serba kekurangan fizikalnya, bagaimana pula bagi mereka yang cukup sempurna?  Ya... jangan hidup dalam alasan demi alasan...!
Tuan Tuah juga tidak keberatan untuk bergambar bersama pelajar-pelajar SMKTPM yang turut terkejut dengan kehadiran beliau. Semoga semangat dan kecekalan beliau akan menyerap ke dalam diri adik-adik di SMKTPM.

Sesungguhnya, pertemuan bersama beliau merupakan satu kenangan paling berharga bagi saya. Terima kasih Tuan Tuah Johari Atan. Saya bangga menjadi salah seorang sahabat tuan!

1 comment:

Anonymous said...

Salam puan..nama saya Pn Nelly Nor Aini Yusuf Guru Bimbingan dan Kaunseling SBPI sabak Bernam, Selangor...Saya sedang cuba dapatkan Suami pun Tuan Tuah Johari b Atan untuk dijemput sebagai penceramah kepada pelajar-pelajar sekolah saya...saya harap dapat berurusan dengan Puan dan Suami Puan...Puan bleh emailkan kepada saya bebola_28@yahoo.com/facebook saya Nelly Nor Aini..Maaf saya mengganggu kerjasama dan kprihatinan Puan dan Suami puan amat dihargai...terima kasih