Sunday, March 18, 2012

Keistimewaan Unta


Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
Beza unta dengan haiwan ternakan lain seperti lembu.

1. Bibirnya terbelah di bahagian atas.
2. Sendi kakinya ada tiga (sebab tu dia tidur duduk, dan kalau tak nak bagi lari, ikat dilipatan lutut.
3. Bonggol
4. Simpan air di bhg bawah leher
5. Tapak kaki bulat/lebar dan lembik macam tapak kaki manusia supaya boleh jalan jauh dan tak tenggelam dalam padang pasir
6. Mampu jalan jauh tanpa minum sehingga 2 minggu perjalanan sebab dah ada simpanan air
7. Tahan panas dan sejuk
8. Jalan perlahan tapi kalau lari lebih laju dari kuda dan kepalanya separas dengan tubih
9. Boleh buat lumba, di Arab Saudi ada kelab lumba unta dan lumba kuda.
10. Susunya banyak kelebihan terutama untuk lelaki ..ehemmm...
11. Pemalu..tidak mengawan di khalayak ramai
12. Penyabar..jarang mengamuk. Tapi, kalau mengamuk, boleh manusia sampai tak jatuh ke bumi....(kuat tuuuuu!!!)
13. Taat
14. Binatang yg disebut dalam Qur'an "Apakah kamu tidak memerhatikan unta bagaimana ia dijadikan.."
15. Hati unta boleh dimakan tapi tak boleh digoreng lama, nanti jadi liat macam tayar. Makanan tradisi org Arab yang biasanya mereka makan utk sarapan...
16. Anak unta (Haashi) sedap dimakan...Ada restoran khas jual makanan ini.
17. Boleh dibuat korban dan dam
18. Bila sembelih, masa unta berdiri dengan sekali tarik je pih.au kecik yang sangat tajam.
19. Minyak unta untuk `pagar' kebun dari binatang liar (harimau, babi etc) sebab ada bauan
20. Minyak unta dibuat urut
21. Tulang dibuat tasbih

Rujukan Ust. Haji Ahmad Shukeri Abdul Rahman..Universiti Ummul Qura, Makkah.

No comments: