Sunday, December 31, 2006
Saturday, December 30, 2006
SANG SADDAM
UNTUK rekod - Walau apa pun tanggapan kita terhadapnya, hari ini tamatlah riwayat hidup Sang Saddam Hussein di tali gantung - pukul 10 pagi waktu Malaysia.
Sunday, December 24, 2006
Pak, Terima kasih LAH
ALHAMDULILLAH akhirnya Pak balik...!
Terima kasih banyak-banyak Pak kerana faham kesusahan anak negeri. Banjir kali ini bukan calang-calang Pak. Inilah masanya semua bangsa, tanpa beza usia dan agama saling membantu. Dalam kesusahan ini alangkah eloknya jika orang lain yang tidak terlibat turut menghulur tangan. Antara caranya ialah menghantar selimut, pakaian, makanan dan bahan keperluan asas yang lain ke:
1. Kontena Nasional office di Petaling Jaya
2. Parliament's dewan serbaguna
3. Puteri Umno headquarters at PWTC
Pak, jangan pergi dulu walaupun Pak sudah ada rancangan menghabiskan cuti pada Christmas dan year-end holidays. Kerana Pak mesti sedar tanpa anak negeri siapalah Pak. Bagaimanapun Pak, alangkah eloknya kalau Mak ada sama...

Friday, December 22, 2006
Pak, Balik LAH
Kepada Pak,
Selepas beberapa hari di Caracas, Venenzuela kerana urusan bisnes sepatutnya Pak janganlah teruskan niat untuk pergi bercuti. Pak, baliklah. Dua minggu di luar negara itu bukan satu masa yang singkat. Sebabnya di tanahair sekarang, ramai saudara mara kita di selatan terutama di Johor, Melaka dan kini di Pahang sudah hilang tempat tinggal. Rumah mereka musnah, ada yang ranap dan hanyut dibawa air.
Pak, hampir 60,000 orang telah dipindahkan. Ini satu angka yang besar. Manakala jumlah kematian setakat ini sudah lima orang dan mungkin akan bertambah. Sememangnya Pak, banjir kali ini adalah yang amat dahsyat! Abang Musa di Kota Tinggi sudah berhari-hari terputus hubungan. Hakimi, anak saudara di Bandar Penawar sudah tiga hari tidak dapat balik ke rumah mak bapanya di Kota Tinggi sebaik habis khemah ibadah. Manakala besan emak di Johor Bharu juga semakin menderita terputusnya bekalan keperluan harian... dan hujan di luar rumah terus mencurah.
Tidak lama lagi sekolah akan dibuka tapi ramai anak-anak sudah hilang arah. Ramai isteri dan suami tidak menentu hala tuju. Semua pegawai polis, bomba dan tentera telah dikerah bekerja siang malam. Kereta dan trak sudah tidak bermakna lagi. Setidaknya mesti gunankan bot berkuasa besar. Malah helikopterlah yang paling berkuasa kini.
Pak, kiriman pesan Pak pada wakil kita di BERNAMA
itu tidak cukup. Yang baiknya Pak, Balik LAH
Sekian daripada anakanda.

Wednesday, December 20, 2006
LAPORAN WARTAWAN WEB ALAF 21
KEPADA yang tidak berkesempatan hadir ke Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 & 15 Disember yang lalu, ulasan mengenai novel-novel Alaf 21 telah disiar online. Sila Klik di sini untuk Bahagian Pertama laporann dan untuk Bahagian Kedua laporan mengenainya sila Klik di sini. Terima kasih.

Tuesday, December 19, 2006
SILAKAN BERTANYA
BEBERAPA minggu lalu adalah giliran saya untuk memberi sedikit jawapan kepada beberapa soalan mudah daripada pembaca-pembaca karya saya. Berikut ini adalah soalan yang ditanya dan jawapan ringkas yang saya beri. Sila Klik di sini untuk sedikit info.

Monday, December 18, 2006
BILIK SEROJA, KGPA
BERSAMA Mufti Kerajaan Negeri Perlis, YBhg Dr. Mohd Asri Zainul Abidin saya mempunyai senarai projek yang amat besar. Saya jangkakan projek ini akan mengambil masa hampir setahun dan akan disiapkan secara berperingkat-peringkat. InsyaAllah.
Salah sebuah buku terbaru beliau berjudul Membela Islam telah diterbitkan baru-baru ini dan telah dilancarkan oleh YBhg Datin Seri Shamsiah, isteri Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim. Majlis ini dan jualan buku berkenaan telah mendapat sambutan hebat daripada pelajar-pelajar IPTA dan IPTS yang terdiri daripada kalangan anak-anak muda. Sila klik di sini.

Thursday, December 14, 2006
JIKA TIDAK KERANA TERPIKAT PADA...
PAGI tadi saat melangkah ke Tingkat 2, Menara DBP, saya sudah meninggalkan rasa terkilan terhadap ulamak-ulamak sastera dan tanggapan mereka mengenai novel popular. Jadi kedatangan saya pagi tadi ialah dengan hati yang terbuka dan niat yang positif. Oleh kerana jadual sudah berubah, MAHLIGAI CINTA jatuh nombor satu untuk dibentangkan oleh Prof Madya Dr. Hashim Ismail dari Universiti Malaya.
Inilah kali pertama kami bersua muka walau tulisan beliau sudah kerap saya temui dalam beberapa penerbitan. Apa komen beliau terhadap MAHLIGAI CINTA? Kertas kerja 20 mukasurat ini membuktikan beliau membaca novel berkenaan kerana banyak perkara yang disentuh cumanya pagi tadi semua itu tidak sempat disampaikan sepenuhnya kerana masa yang diberi amat suntuk.
Berikut antara isi kertas kerja:
* Proses awal membaca MAHLIGAI CINTA menerbitkan bibit kebosanan. Mengapa? Sebabnya saya prejudis dan tidak memandang serius terhadap novel popular.
* Proses seterusnya saya membaca sehingga ke bab 50 barulah saya mula tersedar bahawa ada halaman yang saya lipatkan sebagai penanda dan ada sesuatu yang menarik untuk dikemukakan sebagai kekuatan novel ini.
* Saya dapati ada gaya penceritaan yang kuat dan ada kesan penggunaan kolaj yang bertindih-tindih yang mula digunakan oleh pengarang. Dan setiap bab memilih untuk bertukar-tukar sudut pandangan, ada kalanya menyerap ke perspektif isteri dan ada kalanya menyerap ke perspektif suami.
* Saya juga mempertimbangkan kemungkinan untuk mengkaji novel ini dari sudut psikoanalisis yang sudah jarang dikaji oleh sarjana kita. Dan dalam proses penghayatan seterusnya saya tidak nafikan bahawa banyak kesan penggunaan teknik tersebut digunakan oleh pegarang. Suatu pengalaman menarik untuk mendedahkan watak dari sudut sedemikian dan saya memikirkan khalayak pembaca sudah didedahkan dengan satu teknik penggarapan watak yang menarik. Kesannya positif dari segi pengalaman kesusasteraan.
* Saya mengesan beberapa ciri perwatakan yang menggunakan teknik halusinasi, mimpi, monolog dalaman dan konflik ego dan super ego watak.
* Pembacaan saya seterusnya mendapati banyak informasi dalam novel ini yang bermaklumat dan membantu meningkatkan kualiti pengetahuan pembaca. Saya terpikat dengan maklumat tentang gambaran pengajian di Universiti Ryukyus, Okinawa, Jepun. Selain itu banyak maklumat tentang kebudayaan Jepun dipaparkan. Begitu juga pengalaman belajar di Leeds, England. Semua ini merupakan satu imaginasi maklumat yang menyeronokkan sebagai satu pemerolehan ilmu kepada pembaca.
* Kepelbagaian `warna' dalam novel ini:
i. Teknik Penyusunan Bab, Suspen dan Teka-teki.
ii. Imaginasi yang Dihidupkan dan Perasaan yang Dilangsungkan.
iii. Kepelbagaian Lukisan Watak
iv. Dunia Pengembaraan
v. Realiti Massa
* Membaca novel popular menyebabkan kita menceburkan fikiran ke dalam satu pergerakan ruang yang sudah diidentitikan oleh ciri teks dan realiti massanya. Novel popular membawa satu bentuk penjelajahan massa yang hanya mungkin dapat dialami oleh pembacanya sahaja.
* Pengarang novel popular serta syarikat yang menerbitkan novel popular merupakan satu komuniti massa yang telah sedia kukuh dibentuk. Mereka ada ikatan kommunal. Jkka kita di luar massa tersebut, sukar bagi kita untuk memahaminya, sehinggalah kita sendiri ikut bersama mereka.
* Kita boleh melihat dari pelbagai perspektif terhadap keupayaan novel popular. Namun demikian keupayaan novel popular mempengaruhi khalayaknya adalah kerana ia ada kelebihan tersendiri, dan kekuatannya dalah terletak di tangan komuniti massa yang sentiasa bergandingan bersamanya.
Ini adalah sebahagian daripada kertas kerja dan saya mencatat petikan-petikan sahaja. InsyaAllah saya akan siarkan kesemua isi kandung kertas kerja ini jika kelapangan. Terima kasih kepada Prof Madya Dr. Hashim Ismail yang telah memberi nilai tersendiri terhadap MAHLIGAI CINTA. Sesungguhnya terima kasih daun keladi.

Tuesday, December 12, 2006
JIKA KELAPANGAN, SILALAH HADIR
Tema : Novel Popular - Antara Komersialisme dengan Intelektualisme
Tarikh : 14 Disember 2006 (Khamis) & 15 Disember 2006 (Jumaat)
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang (Khamis); 8.00 pagi - 12.30 tengah hari (Jumaat)
Tempat : Dewan Seminar, Tingkat 2, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur.
Novel yang akan diperkatakan adalah:
* Bagaikan Puteri (Ramlee Awang Murshid)
* Gemersik Kalbu (Anis Ayuni)
* Original (H.M. Tuah Iskandar)
* Getaran Rindu (Norzailina Nordin)
* Jendela Hati (Aisya Sofea)
* Mahligai Cinta (Sri Diah) - Hari Khamis jam 2.00 ptg.
* Pasrah Kasih (Mazia Harris)
* Bukan Puteri Lindungan Bulan (Liana Afiera Malik)
* Cemburu seorang Perempuan (Siti Hasneza Abdul Hamid)
* Maafkanlah Aku (Zaharah Muhammad)
* Mencintaimu (Nass Alina Noah)
* Nyanyian Tanjung Sepi (Noor Suraya)
* Secebis Kasih (Syamimi Aminolah)
* Lagenda Budak Setan (Ahadiat Akashah)
* Tak Seindah Mimpi (Sharifah Abu Salem)
* Tunjukkan Aku Satu Bintang (John Norafizan)
Manakala panel pembentang ialah:
* Prof. Madya Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan (UM)
* Prof. Madya Dr. Hashim Ismail (UM)
* Mohamad Saleeh Rahamad (UM)
* Dr. Hajah Amida @ Hamidah Abdulhamid (UM)
* Prof. Dr. Sahlan Mohd Saman (UKM)
* Prof. Madya Dr. Rosnah Baharudin (UKM)
* Dr. Misran Rokimin (UKM)
* Prof. Madya Dr. Ruzy Suliza Hashim (UKM)
* Dr. Kamariah Kamaruddin (UPM)
* Dr. Haji Talib Samat (UPSI)
* Haji A. Rahim Abdullah (ASWARA)
* Hajah Zalila Sharif (DBP)
* Haji Hamzah Hamdani (GAPENA)
Oh ya. jumpa di sana ya!

Wednesday, December 6, 2006
SECEBIS BICARA - NIAT DBP DIRAGUI
PERTENGAHAN Disember, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan seminar khusus mengenai penulisan novel popular yang akan disertai oleh beberapa orang sarjana dalam disiplin sastera masing-masing. Saya menarik nafas panjang dan bersyukur, bahawa ini suatu niat yang baik.
Di majlis itu nanti lebih sepuluh buah novel akan diperkatakan membabitkan lebih sepuluh orang penulis daripada tiga syarikat percetakan. Salah satu daripadanya ialah Alaf 21 Sdn. Bhd, anak syarikat Kumpulan Karangkraf yang juga syarikat induk kepada Akhbar Cabaran Sdn Bhd yang menerbitkan akhbar Sinar Harian.
Khabarnya pembentang kertas kerja telah diberi masa yang cukup untuk membuat kajian mengenai teks. Novel saya MAHLIGAI CINTA telah dipilih untuk dibicarakan dan saya diberitahu bahawa ianya akan diperkatakan oleh seorang sarjana dari Universiti Malaya.
Sebenarnya inilah julung kali DBP menganjurkan majlis ini. Ramai yang pelik. Ramai yang ragu-ragu dengan niat DBP ini. Oleh itu ekoran daripada keinginan menganjurkan seminar dengan tajuk ini dan sama juga dengan pendirian DBP dalam salah satu kegiatan sastera di Indonesia baru-baru ini, pihak penganjur telah ditempelak oleh sebahagian pengamal sastera serius.
Mereka kesal. Mereka amat kecewa. Mereka melenting, mempertikaikan wibawa penganjur dalam mendaulatkan sastera tanahair. Apa sudah jadi dengan penganjur? Malah cadangan pengiktirafan terhadap novel popular yang bertujuan memperakukannya untuk diberi hadiah sastera khusus terus dipersoal.
Curiga demi curiga. Komen demi komen... semestinya Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaffar yang terkena tempiasnya. Namun beliau tetap berpendapat penerbitan novel popular perlu dilihat dalam konteks yang luas. Ya, saya hargai pemikiran rasional beliau dalam hal ini.
Sudah ramai rakan-rakan memberi respon tentang komen-komen sinis mengenai novel popular yang ditulis oleh penulis novel serius. Tulisan mereka yang tidak dibalas langsung oleh penulis novel popular semakin menjadikan senario ini berat sebelah. Komen-komen mereka ada yang positif dan ada juga yang negatif jika dilihat pada konteks memperkasakan dunia pembacaan di Malaysia.
Rata-rata berpendapat dan mengarah pada sumbangan negatif novel popular terhadap minda masyarakat. Namun nilai tambah kepada pemikiran pembaca bagi saya bukanlah boleh dilihat sekali lalu. Ia adalah penilaian yang berperingkat, kesan pada jangka masa panjang dan kita tidak boleh berpuas hati dengan satu teori sahaja kerana kesusasteraan membabitkan penyatuan jiwa dan pelbagai ekspresi.
Tidak dinafikan kewujudan penulis novel popular memberi bentuk dinamik yang baru kepada gerakan penulisan dan penerbitan buku bahasa Melayu di negara ini. Contohnya cuba bandingkan keadaan penerbitan, pembacaan dan pemasaran novel hari ini dengan beberapa tahun lalu.
Trend ini nampak jelas. Sambutannya luar biasa. Senario terhadap dunia penulisan sudah berubah. Tanggapan terhadap sastera lebih terbuka. Novel kembali diterima oleh audien. Mungkinkah kerana sambutan yang agak mendadak ini yang kurang disenangi dan dianggap mengugat oleh pendokong sastera serius?
Trend ini mestilah dilihat pada sudut positif dengan menafikan bahawa isi kandung dalam novel popular bukanlah cinta semata. Adalah dinafikan tidak semuanya mengandungi khayalan dan syok semata. Tidak juga mengundang dosa dan kemungkaran atau laknat semata.
Secara positifnya jauhilah tuduhan yang tidak berasas. Apalagi dengan mengambil hanya satu judul novel sebagai mewakili penghasilan kesemua novel popular. Itu adalah penghinaan. Malah boleh juga dianggap anti intelektual dan prejudis.
Mengapakah kejujuran dan niat baik melahirkan novel dilihat sebagai agenda untuk merosakkan minda pembaca? * Tulisan ini saya salin leper-leper daripada kolum saya di Sinar Harian.

Saturday, December 2, 2006
AKTIVITI CUTI SEKOLAH
DIA bangun agak lewat. Menyelongkar tudung saji, menjamah nasi goreng dengan ikan pekasam yang terhidang. Belum mandi pun! Mengunyah nasi goreng, minum kopi o sambil tangan menekan punat televisyen, siri kartun. Saya perhatikan saja. Bukan dia seorang, ketiga-tiganya! Begitulah mereka saban hari kebelakangan ini.
Kenapa bangun lewat? Malamnya letih bermain ps3, sebelum itu berjumpa kawan di Australia, kata seorang daripada mereka. Seorang lagi kata tangan juga letih menekan punat game boy. Seorang lagi memberi alasan tidur lewat kerana membuat `bintang-bintang' yang kemudiannya disusun cantik dalam botol berkaca jernih. Ya memang cantik berwarna warni!
Ini adalah penelitian sepanjang hari ini. Eh, tak boleh jadi! Jika beginilah sehingga sekolah dibuka, mereka akan `mua'.

Subscribe to:
Posts (Atom)