BERSENGKANG MATA
STAFF saya berumahkan pejabat sejak siang semalam hingga malam tadi dan pagi ini. Sejak petang, mereka yang di luar pejabat berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan ke KLCC dan satu lagi kumpulan ke Putrajaya. Tugas terus dijalankan berdasarkan perancangan. Alhamdulillah opearsi dari luar pejabat dan dalam pejabat berjalan lancar.
Saya datang semula ke pejabat dalam pukul sembilan malam membawa makanan untuk mereka. Di bilik mesyuarat sudah diletakkan dua televisyen. Satu untuk majlis persandingan Datuk K dan Datin S. Satu lagi televisyen untuk pengakuan yang kononnya akan disampaikan secara ikhlas oleh Mawi & Ina. Semuanya berjalan serentak. Mata saya pun naik juling tengok dua televisyen serentak. Gambar-gambar ada yg diupload online dan ada yang dibawa balik oleh jurufoto. Kesudahnya sampai pagi ini, ada lagi dua tiga orang grafik artis yang masih menghadap komputer.
Mereka buat bisnes. Kami pun buat bisnes. Adillah labu...
No comments:
Post a Comment