Friday, September 16, 2005

AHAD LEPAS...
BZ tu makanan rujilah kiranya. Kalau tak bz macam ada pulak yang tak kena... Tengahari ni ramai yang ajak keluar lunch tapi memang dah habit tak suka keluar lunch - panas, payah cari parking, makan tak enjoy, rasa macam tak berbaloi dengan masa dan yang pentingnya tak makan pun tak apa. So lebih baiklah saya duduk saja dalam bilik, buatlah apa yang patut. Ya... `buat apa yang patut' ni pun dah kira bz jugak.

Inilah antara gambar-gambar sepanjang majlis pertandingan memasak cucur dan nasi goreng anjuran kelab rekreasi dan sukan kksb yang disertai staf kksb & ulitmate print minggu lalu. Kalau ada sesiapa nak buat pertandingan memasak dengan kami pun boleh diatur. Untuk aktiviti Puspanita misalnya. Sorrylah gambar Anas disuap pulut kuning belum sempat diupload. Alasan: reader hilang, tak ingat letak kat mana, entah siapa pinjam, wayar nak connect ke komputer ni pun ntah letak kat mana. Jadi ikut mana sempat sajalah ya...


"Saya rasa nasi goreng, awak rasa cucur ya!" Abang hensem tu finalis Lelaki Maskulin.


"Masak sedap-sedap tau!" Shima, designer M. Wanita dan Anip dari Media Hiburan


Pengarah Urusan dan isteri turut hadir. Bersama Emma dari Impiana dan Miri dari Miri Sarawak daripada Majalah Keluarga.


Wartawan single bergabung dengan suami orang. Faiz, Fokus SPM & Rizal, Bacaria.


"Rasanya macam ada garam tumpah dalam cucur tadi..." - Komen juri penting hari itu.


Lepas bergambar ni terus balik sebab ada program lain pulak...

Wednesday, September 14, 2005

DIARI
SEMALAM saya ke TV3 di Bandar Utama dan hari ini ke Tingkat 5, Plaza Alam Sentral pula. Kenapa? Sebabnya ada rakaman untuk Felisa Beauty Makeover. Saya jadi juri bersama Alia HM Jally, sahabat masa di USM yang kini dah jadi Pengurus Corporate Comm. TV3 dan juga Encik Zul dari Felisa Kosmetik. Pemenang dah pun diketahui tadi, nak tau lebih jelas jangan lupa tengok TV3 pada 21hb Sept. pukul 7 petang ya!

Esok pulak akan menghantar anak saudara dari Alor Setar yang akan pergi rehearsal di UITM untuk konvo Ahad nanti. Kakak ipar dengan abang ipar pun turut sama. Lepas tu depa nak ke Seremban, pergi rumah anak satu lagi. Tengah dok fikir ni, nak pi hantar sampai ke Seremban ataupun nak hantar sampai stesen komuter saja...

Atas kesibukan akhir-akhir ini ada beberapa lunch date yang terpaksa dibatalkan. Sorry to Aida dan lain-lain. Maaf juga pada Ztt yang dah banyak kali panggilan telefon daripadanya terpaksa dipendekkan. Oh ya, saya akan ke Kota Bharu awal Oktober nanti. Ada sesi intervew bagi calon-calon wartawan untuk akhbar harian. Sesiapa di KB, nanti kita buat janji temu ya!

Dengan pemergian ke KB, saya sure tak dapat hadir majlis penyerahan kunci apartmen untuk Mawi di A Famosa Resort, Melaka. Majlis ni anjuran resort berkenaan dengan Kementerian Pelancongan dan Majalah Libur. Libur ada majlis khas selepas itu. Sorry to Kak Ros, setiausaha sulit Datuk Zahid! Nanti kita dating di hari lain ya! Ada sesiapa nak join majlis ni, silalah hubungi staf Majalah Libur, 03-51013888.

Monday, September 12, 2005

SIANG MALAM BERGANTI
TINGGAL beberapa hari sahaja Ramadan akan hadir. Kemudian Syawal. Syawal nanti opis akan tutup hampir sepuluh hari. Untuk menghadapi sepuluh hari yang bakal tiba, kesibukannya sudah dirasai sekarang. Begitu juga untuk menghadapi 2006, lagilah banyak projek yang mesti difikirkan. Tiga bulan menjelang Disember terasa amat singkat. Lepas satu, satu projek datang dan pergi. Ada juga projek yang datang tapi tak pergi, hanya akan terlaksana 2006 nanti.

Banyak jugak event yang berlangsung membabitkan syarikat dan orang luar. Pejabat ini sibuk dengan pelbagai aktiviti mengikut jabatan masing-masing. Walau ada 32 majalah tetapi saya bekerja untuk hampir 40 majalah/akhbar yang sedang dalam proses dan tambahan beberapa jabatan lain. Sebab itulah event bersama JICA dan Mek Jepun saya tak dapat hadir. Semalam juga ada pertandingan memasak dikalangan staf KKSB - pertandingan memasak cucur dan nasi goreng. Jenuh jugaklah pengadil ni nak merasa dan buat keputusan.

Ya, Anas sudah merdeka - "inilah erti merdeka abang yang sebenarnya," kata Anas. "Ya, merdeka sementara. Lepas ini PMR pulak..." tokok si Anis, kakaknya yang akan menduduki PMR pada Oktober ini. Memang dia pun tengah stres dan hangin. Problemnya? Cikgu jarang masuk kelas, sibuk dengan meeting, pergi jabatan, kursus dan sebagainya. Anak-anak murid kena belajar sendiri... macamana tu? Mujur dia ada rakan perbincangan. Tapi saya hangin jugak dengan si Anis ni sebab doklah dia menghadap siri luar negara pukul 2 petang kemudian sambung sampai pukul 3 hinggalah pukul empat petang tu!

Friday, September 2, 2005

DALAM SEDAR, AIR MATA MENITIK JUA
SEMALAM saya mohon pada bos untuk balik awal daripada waktu sepatutnya. Sampai di rumah, ambil Anas dan terus ke sekolahnya. Majlis bermakna ini mewajibkan ibu bapa turut serta untuk menyuntik semangat anak-anak dan memohon restu Allah swt semoga peperiksaan UPSR yang bermula pada Isnin depan dapat ditempuh dengan berkat.

Aturcara majlis:
- Pendaftaran ibu bapa
- Solat Maghrib berjemaah
- Bacaan Yassin
- Solat Isyak berjemaah
- Solat Hajat berjemaah (niat sujud akhir tu sendiri2 la...)
- Amanat Guru Besar
- Amanat YDP PIBG
- Amanat Guru Penyelaras UPSR
- Pelajar Memohon Restu
- Upacara simbolik

Dalam senarai acara ini saya tersentuh dengan slot Pelajar Memohon Restu. Sebak pula bila tengok Anas yang mewakili rakan-rakan lain memohon restu ibu dan bapa, serta guru-guru agar hajat mereka untuk mendapat kejayaan cemerlang (5A) akan tercapai.

Antara lain ucapan Anas, "... pada hari peperiksaan nanti, guru-guru, ibu dan bapa tidak dapat mengiringi kami dalam dewan peperiksaan, tetapi kami mohon, dampingilah kami dengan doa dan restu agar hati kami terang dan dipermudahkan untuk menjawab soalan-soalan..."

Satu lagi slot menarik ialah pada akhir majlis, pelajar beratur mengikut kelas masing-masing dan guru kelas akan menyuap pulut kuning dengan rendang daging ke mulut anak-anak. Memang simbolik, air tangan seorang guru yang saban hari mengajar mereka, kini mengalir dalam darah daging anak-anak.... terus menjadi bekal semangat untuk mereka menempuh peperiksaan nanti.

Malam tadi saya renung air muka Anas yang lena tidur. Apalagi yang mampu seorang emak harapkan pada anak-anak, melainkan kejayaan mengiringinya atas penat lelah dan usaha gigihnya selama ini...

Tuesday, August 30, 2005

SALAM MERDEKA BUAT SEMUA

GAMBAR lama yang masih segar nafasnya. Sekurangnya bendera ini digunakan dengan cara dan semangat yang betul membalut badan, tidaklah seperti gambar-gambar yang dipetik dari Majalah X itu.

Sunday, August 28, 2005

CERITA SABTU & AHAD
JUMAAT petang selalunya menjadi penghujung hari untuk Sabtu dan Ahad yang santai. Detik bersama keluarga apalagi di hujung minggu merupakan masa senggang yang amat bernilai. Tetapi itu hanya impian, kebiasaannya ada sahaja event membuatkan semua yang dirancang terpaksa bertukar saat akhir. Pengorbanan... harganya terlalu mahal!

KTM Shopping Hunt bersama Libur bermula awal pagi hingga petang di KL Sentral. Saya tak hadir ke majlis ini kerana berbahagi tugas ke Rumah Pena pula untuk Sayembara Baca Puisi Kemerdekaan Fokus SPM. Majlis dengan kerjasama PENA ini menemukan saya dengan rakan-rakan yang `gila puisi' satu masa dulu. Di masa yang sama berlangsung serentak bengkel Animasi/Digital anjuran Majalah Dewan Kosmik di UM.

Ahad pula saya tidak dapat hadir ke open source exhibition and national hacking competition yang turut membabitkan Majalah PC. Saya menunaikan permintaan untuk bersama siswa dan siswi UITM bercakap tentang dunia penulisan. Komersial dan seni, mana lebih utama? Ada Ahadiat Akashah, Eyman Haikal dan Anis Ayuni. Topik siapa Sri Diah dan siapa Salina Ibrahim, pada akhir sesi menjadi medan mempromote diri. Ha hahaha... Daripada mata siswa dan siswi yang naif saya percaya mereka datang ke dewan kuliah itu untuk memperkaya ilmu di dada. Soalan mereka tulus dan mahukan penjelasan jujur daripada kami berdua.

Oh ya, waktu entri ini ditaip anak-anak masih belum balik dari water park. Saya kirim anak-anak dengan sejumlah duit pada adik ipar. Bawalah mereka enjoy... sebab mamanya sibuk dan abahnya masih di Baling, Kedah.

Friday, August 26, 2005

BETAPA HEBATNYA MEREKA vs BETAPA SEKSANYA WARTAWAN
ALKISAHNYA malam tadi telah berlaku kejadian ini. Apabila dibaca, tak cukup sekali baca, kena berulang kali. Menarik! Seperti plot filem atau drama bersiri dan boleh juga "jadi idea" sebagai percubaan untuk menjadi seorang penulis...
* Inilah harga yang perlu dibayar apabila jadi orang popular. Tapi kenapa perlu berpayah kalau semuanya boleh dipermudahkan sahaja...

Wednesday, August 24, 2005

TAHNIAH UNTUK ZUL!

WARTAWAN Majalah LIBUR, Zulkarnain Mohamad berjaya memenangi Anugerah Pelancongan Malaysia 2004 dalam kategori Rencana Pelancongan Malaysia Terbaik menerusi artikelnya yang bertajuk `Mengintai Misteri Pulau Jerjak'. Artikel tersebut telah disiarkan di dalam majalah LIBUR keluaran September 2004. Majalah LIBUR yang diterbitkan oleh Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd merupakan satu-satunya majalah percutian berbahasa Melayu di negara ini.

Pada malam penyampaian anugerah tersebut yang telah diadakan di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur, Zulkarnain Mohammad menerima sebuah trofi dan sijil penghargaan yang telah disampaikan oleh Y.B. Dato’ Dr. Leo Michael Toyad, Menteri Pelancongan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Datuk Dr Victor Wee, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Datuk Kamaruddin Siaraf, Ketua Pengarah Tourism Malaysia.

Anugerah paling berprestij dalam industri pelancongan negara tersebut telah diperkenalkan sejak tahun 1987 oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan bagi menghargai individu serta organisasi yang memberikan sumbangan yang cemerlang ke arah pembangunan industri pelancongan negara.

Tuesday, August 23, 2005

... YANG SUAM-SUAM KUKU
KENYATAAN AKHBAR - MEDIA HIBURAN sebagai majalah yang berwibawa dan professional sentiasa mengamalkan creative journalism dalam menyediakan bahan dan sentiasa mematuhi etika kewartawanan dalam setiap laporan.

Oleh itu laporan kami dalam menerbitkan buku khas Mawi World adalah tepat dan diperolehi daripada sumber-sumber yang sahih. Ia tidak ditokok tambah. Dalam hal ini ibu dan bapa beliau sendiri telah memberikan keizinan. Malahan Mawi Fanclub di Kulai turut memberikan kerjasama mereka. Untuk mempertahankan dakwaan ini kami masih menyimpan bukti kukuh bahawa segala perbualan dirakam dan dicatat.

Dalam hal ini Mawi dan keluarga serta pihak-pihak tertentu seharusnya berasa bangga atas usaha kami kerana ia sedikit sebanyak telah menolong menambah populariti Mawi hinggalah dia menjuarai AF3. Tidak dinafikan poster kami telah ditampal di merata-rata tempat sehinggalah menjadi sepanduk menghiasi Stadium Malawati pada setiap minggu sebaik sahaja ianya diterbitkan.

Sama ada pemberian royalti diberi atau tidak diberi kepada Mawi adalah keputusan kami untuk menentukannya. Sekiranya kami memberikan royalti, orang yang berhak mendapatnya ialah Mawi sendiri.

Kami berharap tidak ada pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan dengan mempertikai kredibiliti serta memberi tanggapan negatif hingga mempersenda kesetiaan pembaca terhadap kami yang telah terbina betahun-tahun lamanya.

Bagi kami Mawi adalah hak semua dan menjadi sumber berita. Oleh itu kami sentiasa menampilkan kelainan untuk pembaca kami.

Intan Zabidin
Editor Media Hiburan


* Inilah kenyataan akhbar yang telah kami hantar pada semua penerbit seminggu selepas AF3 tamat. Hingga hari ini tidak semua yang keluarkan statment ini dan yang keluarkan statment pun tak keluar habis, ada yang keluar separuh dan ada yang keluar suku saja. Tapi yang tokok tambah banyak. Oh ya... budak yang dikata-kata ini nak datang opis esok!

Friday, August 19, 2005

10% YANG PAHIT, 70% YANG SUAM KUKU.
AKHIR-AKHIR ini terlalu banyak spekulasi yang timbul tentang kerja-kerja media. Hal ini biasanya terjadi sekiranya ada pihak yang rasa teraniaya, dianiaya, ditindas, dianaktiri, dikelentong, ditipu, dipermainkan, dilaga-lagakan, rasa jawatannya tergugat, rasa panas punggung, bila rasa dah tak mampu tanggung bini empat dengan rumah banglo serba satu. Ah banyak lagilah...

Tetapi media akan dipuji melambung-lambung kalau mereka berjaya, boleh naik pangkat, dapat gaji besar, disanjung orang, dapat nama baik, boleh dapat segala yang mereka hajatkan, boleh dapat tender, dapat permit, dipuji PM. Media juga akan dipuji-puji dan amat dihargai kalau ada yang berasa dengan peranan medialah dia memenangi sesuatu pertandingan (MCA? MIC? GERAKAN? UMNO?).

Ada juga masa media dihalang ke sesuatu perjumpaan - Media Tidak Diperlukan. Media Tidak Dibenar Membuat Liputan. Media Dilarang Masuk. Media Tidak Dijemput - Itulah antara tulisan yang terpapar di muka pintu atau ada pegawai yang awal-awal lagi sudah menelefon memberitahu hal larangan berkenaan. Kununnya media ada agenda tersendiri.

Situasi sebaliknya akan terjadi jika lagi sebulan majlis akan berlangsung, media dipujuk rayu untuk hadir membuat liputan. Siap dengan jemputan kad yang cantik, lengkap dengan in advance gift (media mintak gift?), pegawai media akan buat baik, telefon hari-hari tanya khabar, ajak lunch/dinner, bila makin hampir waktunya media akan diingatkan dengan faks, dengan sms, dengan messenger, dengan pesanan suara (sampai penuh!)dan segala yang muluk-muluk.

Apa yang saya paparkan di sini ialah 10% daripada daily duty sebagai orang media. Tetapi 10% inilah yang selalu orang pandang... media tidak profesional, media tidak peka, media tidak rasional, media kaut untung, media manipulasi berita...

Sebenarnya kalau rasa media ini tidak penting, jangan jemput sejak awal lagi (sejak majlis pecah tanah) hinggalah ke akhir majlis (bila rumah terbengkalai). Atau kalau dah sampai marah sangat, panas hati, dukacita bersangatan, susah-susah boikot saja (tapi lepas tu batallah boikot tu dalam diam-diam).

Thursday, August 18, 2005

WAJAH PETANG


mentari senyum
gelak basah di pantai
langit berbalam

Wednesday, August 17, 2005

KG. SALANG PUSAKA, TIOMAN



sepi berbaring
wangi disimbah embun
hamparan hijau


8-10 Julai 2005.

Monday, August 15, 2005

JEREBU DAH PERGI, SIBUK ADA LAGI...
Ada beberapa lawak jerebu:
- Kak Sri, jerebu teruknya kat dalam opis ni, susah nak bernafas...
+ Yalah Aida, tak sama macam jerebu masa kita kat UK dulu kan?
- Eh ni pejabat KKSB ke makmal forensik? (Bila dah diedarkan mask.)
+ Err... ni macam kilang buat komputerlah!
- Abang, I mungkin lewat sikit sampai rumah hari ni.
+ Kenapa? You ada dinner ke?
- Tak, jerebu teruk sangat kat luar tu, takut tak jumpa jalan balik rumah...

Nak Jawab Sapaan:
- Ya Ady, gambar dan artikel ada eddah embargo.
- Inai; anak dara tepi perigi, memang tengah busy.
- Ztt; muaahhhh saham ok lagi tu. Putera; nak masuk meminang ke?
- Vimmiyasmin; Hello... Hello.. hidup lagi ni. Cuma hilang dlm jerebu.
- Melor; heheheh, Melor dah jumpa jalan pulang!
- Noret; sila datang, masuklah... tuan rumah outstation.
- Ragil; salam kenal jugak.
- Seriadriani; meh... peluh cium jugak.
- Rosli; Muaz tu anak saudara akak. Ya dulu di SMART, sekarang dia di Kolej Persediaan Mara di Banting.
- Suhaiina; Novel baru? InsyaAllah, Alaf dah bagi greenlight.
- Khairul Hazman; Selamat tengahari cikgu!

Tuesday, August 2, 2005

KENANGAN BERSAMA TUN
GAMBAR lain belum habis edah embargo...



Monday, August 1, 2005

WEDDING PLANNER DAPAT CUTI..!
SELAMAT datang Ogos. Di bulan merdeka ini semoga kita dapat mengenang segala pengorbanan pejuang bangsa yang berjaya menghadiahkan kebebasan buat kita semua daripada dijajah bangsa asing. Kemerdekaan ini seharusnya juga memberi kita kebebasan minda daripada dibelenggu fikiran yang kotor, jumud, fanatik dan sebagainya.

Ya, Ogos ini juga menghadiahkan erti kebebasan kepada Firdaus bte. Haji Hussamuddin dan Emy Efeezam bin Ishak yang selamat menjadi suami isteri Jumaat lalu. Majlis tiga hari di rumah tauke KKSB itu juga sudah selamat dengan penuh berkatnya semalam. Kepada petugas penting, hari ini bos bagi cuti sehari. Thanks so much!

Rasanya esok baru saya sempat masukkan gambar-gambar sekitar lawatan Tun Dr. Mahathir. Saya juga akan cuba memasukkan gambar-gambar perkahwinan Firdaus yang doorgiftnya amat unik dan belum pernah dibuat di Malaysia sebelum ini. Uniknya begini - daripada kreativiti dan tenaga kerja jurugambar, setiap tetamu telah diberi kejutan iaitu sekeping gambar tetamu bersama pengantin dengan bingkai yang menarik! Gambar itu diambil sebelum tetamu makan dan sebaik sedang makan, gambar pun siap, boleh dibawa pulang dan terus diletak di meja hias!

Thursday, July 28, 2005

SENYUM BERBALAS SENYUM
TUN Dr. Mahathir Mohamad datang ke KKSB dengan segaknya semalam. Beliau diiringi isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali. Saya rasa amat terharu apabila diberi kesempatan untuk mengiringi pasangan suami isteri ini melawat jabatan-jabatan di peremis ini. Terasa amat bertuah. Banyak perkara yang diperkatakan dan disoal. Begitu juga dengan perjalanan majlis yang lain daripada lain yang telah kami susunkan untuk beliau berdua.

1. Enggan ulas isu AP.
2. Tun Mahathir Sedih Sambut B'day?
3. Tun Siti Hasmah bercita-cita nak jadi wartawan.

Saya akan masukkan entri dan gambar-gambar mengenai lawatan ini dari semasa ke semasa memandangkan kini saya sibuk pula sebagai `mak pengantin' yang akan bermula hari ini hingga hujung minggu.
Saya akan masukkan entri dan gambar-gambar mengenai lawatan ini dari semasa ke semasa memandangkan kini saya sibuk pula sebagai `mak pengantin' yang akan bermula hari ini hingga hujung minggu.

Tuesday, July 26, 2005

TUGASAN WARTAWAN CILIK
SEHINGGA siang tadi masih lagi confirm - Esok kami di KKSB akan meraikan kunjungan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri. Majlis anjuran Majalah Bintang Kecil (Untuk Kita-Kita Je...) ini amat istimewa apabila 30 orang wartawan muda (gadis genit pembaca Bintang Kecil yang berusia bawah 12 tahun) akan ditugaskan menyoalkan Tun dan isteri. Soalan yang disediakan banyak mengenai masa kecil Tun dan isteri serta apa harapan Tun terhadap tunas-tunas muda di Malaysia.

Sepanjang minggu ini saya masih lagi diburu kesibukan bermula 28 (Khamis) dan 29 (Jumaat) siang dan malam sehinggalah majlis selesai sepenuhnya pada 31hb Julai (Ahad). Kebetulan Hari Kantin Sekolah Kebangsaan Seri Tasik jatuh pada 30hb Julai (Sabtu). Menurut list yang diberi guru pada murid-murid, Anas kena bawa Nugget Ayam dan Amie pula setin minyak sapi. Oklah, saya mesti singgah sekejap ke sekolah anak-anak sebelum ke Kelana Jaya.

"Kalau tidak cikgu mesti kecik hati," kata Anas.
"Tapi kan mama dah derma RM untuk cikgu beli beras (cikgu nak masak nasi ayam!)tak payah datang pun tak apalah kot..." Kata saya.
Anas cepat menjawab, "tapi mama kena datang jugak tunjuk muka sebab muka agong tu tak sama dengan muka mama..." Ha ha ha... saya faham maksud dia!

Monday, July 25, 2005

TAK KERJA TAPI KERJA
SABTU, dengan diiringi anak-anak saya ke The Mall dan langsung ke PWTC. LRT tidak sesak hari itu, pergi balik dapat tempat duduk. Yang sesak ialah di The Mall dan paling teruk di PWTC. Seorang makcik mengeluh, buat haji pun tak macam ni... sendat. Nak berhenti membeli belah tak boleh, jadi kena ikut sahaja arus. Tertolak ke kiri dan ke kanan, ke depan dan ke belakang. Kalau kita berhenti, orang lain di belakang akan menolak kita ke depan... ada jugak yang hampir tersungkur.

Di dalam dewan nampak teratur, masing-masing selesa mendengar perjalanan persidangan. Di luar dewan, di ruang legar sesak menjadi-jadi. Skrin besar yang disediakan penuh dengan penontonnya. Ada yang booo ada yang tepuk tangan dan tak kurang juga yang angguk-angguk atau geleng-geleng.

Nasib baik anak-anak tak hilang dalam dalam kesibukan itu. Mujur masing-masing menggenggam telefon bimbit. Senang dihubungi. Suami? Dia dah berhari-hari tenggelam dalam kesibukan itu. Sampai tercakap gini, "ish, ish... nak tengok muka laki pun payah dah dalam seminggu ni..."

Dalam sibuk-sibuk di PWTC, tauke, rakan sepejabat dan saya saling bertelefon dan bersms - camana? apa respon? ada potensi tak? Masing-masing buat lintas langsung dari PWTC hinggalah ke KLCC, Stadium Paroi, Seremban dan Stadium Melawati, Shah Alam. Wah, sungguh World kami hari itu!

Sunday, July 24, 2005

SAJAK SEPARUH
Bulan itu terlalu tinggi untuk dia gapai
Bintang itu teramat jauh untuk dia rangkul
Mutiara itu tersangat dingin untuk dia selami
Permata itu terlalu mahal untuk dia genggam
.....

Wednesday, July 20, 2005

HARI DATANG DAN PERGI...
MEMANG sibuk banyak minggu ini. Tidak ada kesempatan untuk updated. Kalau ada sedikit masa pun dok melayan keletihan minda... Sejak Isnin beberapa perkara urgent yang perlukan perhatian menyesak rutin harian yang memang sedia sibuk. Anak-anak buah nak jumpa pun payah. Janji diatur pun terpaksa dibatal. Mujur ada messenger, tinggalkan offline messege. Ataupun berbalas email sahaja. Dalam ketika ini segala keputusan kalau tak dapat bertemu mata atau bertelefon akan dibuat melalui email dan messenger. Itu pun dah cukup bagus.

Satu majalah `baru' yang perlu siap dalam masa seminggu sudah selesai. Beres segalanya malam tadi. Terima kasih pada team Media Hiburan dan team grafiknya. Satu lagi majalah `baru' pun dah siap semalam petang dan sudah pun dalam tangan tauke untuk diserah kepada pihak berwajib. Kalau dua projek ini berjaya, wah senyum lebar kami semua. Ini bukan kepuasan peribadi tetapi kepuasan semua dalam team. Itu lagilah besar maknanya.

Saya akan terus sibuk menjelang 29, 30 dan 31 Julai ini kerana amanah sebagai `mak pengantin' pula mengisi rutin disamping terus menjalankan tanggungajawab/urusan harian di pejabat. Banyak checklist yang kena diperinci, majlis akad nikah, penyambut tetamu, majlis bersanding, hal caterer, hiburan/artis, tetamu vip, ex staff, gift/hadiah dan macam-macam lagi. Semoga saya dan team berjaya menjalankan segalanya. InsyaAllah. Ya, senyum-senyum selalu. Itulah ubat kepenatan.

Friday, July 15, 2005

BADAN SIHAT, OTAK CERGAS, HATI PUAS
HASIL pemeriksaan kesihatan baru-baru ini membuatkan saya termenung sekejap. Kata nurse, "ada sedikit gula dalam urine..." Alamak... saya harapkan saya sihat selama ini tetapi news terbaru itu membuatkan saya tak lena tidur. Bahayalah kalau badan saya gagal memproses gula menjadi protein (tapi malam sebelum pemeriksaan tu saya makan durian, itu jugak menyumbang agaknya?)

Pagi tadi ketika memandu dalam perjalanan ke pejabat terdengar di radio mengenai istilah warga emas yang mesti digunapakai menggantikan istilah warga tua. Istilah warga emas ini telah diluluskan kabinet. Ya... selalu diingat pada diri, dalam menghampiri usia emas saya mesti sihat demi diri sendiri, demi keluarga dan anak-anak.

Seorang kawan yang memang menghidap kencing manis ada lawaknya yang tersendiri. Katanya pada adik beradiknya yang lain (yang juga diabetis), "korang tau tak, mak bapak kita meninggal dunia dengan mewariskan kilang gula untuk kita adik beradik..."

* Info : Walaupun otak hanya merangkumi 2 peratus daripada jumlah berat badan, ia menggunakan sehingga 20 peratus oksigen di dalam tubuh!

Wednesday, July 13, 2005

TERIMA KASIH UNTUK SEMUA
KAMI sekeluarga dan rombongan Libur kembali ke KL dari Tioman pada malam Isnin dengan selamatnya. Esoknya terus bekerja, ada meeting dan segala rutin harian pun bermula. Minta maaf banyak-banyak kerana tidak sempat menyahut sapaan anda. Ucapan terima kasih tidak terhingga atas segala wish pada birthday lalu. Thanks atas ingatan, segalanya tetap disemat dalam hati. Memang usia hanya angka tapi teori itu sebenarnya hanya untuk menyedapkan hati. Yang nyata lagi panjang usia, lagi dekat kita pada hari mati. Semoga hari akan datang makin mematangkan segala tindakan dan keputusan saya.

Tak sempat nak upload gambar-gambar, insyaAllah akan dipost juga dalam waktu terdekat. Paling best semasa berada di dunia lain - snorkling. Itulah kebesaran Tuhan, antara indahnya mentari naik dan mentari tenggelam berkesinambungan pula dengan indahnya dunia dalam air. Tak terkata apa hanya oh my God... alangkah hebat dan agungnya ciptaanMu Yang Maha Esa.

Friday, July 8, 2005

Thursday, July 7, 2005

KITA SERUPA

- Gambar Utusan.


BERKONGSI tarikh hari lahir - cuma tahun sahaja berbeza. Dia sudah 80 tahun pada tarikh ini. Saya 4*. Sama seperti dia yang akan berangkat ke luar negara jauh ke seberang laut, sambutan hari lahir untuknya diadakan lebih awal. Saya pun serupa, telah diadakan lebih awal oleh blogger pada pertemuan anjuran Alaf 21 lalu. Saya pun tidak dapat menyambutnya di KL bersama kawan-kawan kerana akan berangkat malam ini ke seberang laut juga, nun ke sebuah pulau bersama rombongan 40 orang peserta sempena ulangtahun ke 3 Majalah Libur.

Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan di rumah pekerja Kilang Atlas Ice di Jalan Sungai Besi seperti yang saya ceritakan tahun lalu kini terus menongkah arus. Dilahirkan dalam usia enam bulan dan tiga bulan terpaksa ditempatkan dalam inkubator bukan alasan untuk saya mengalah. Terima kasih atas ucapan dan sokongan semua. Allah sahaja yang akan membalas segala jasa baik anda semua.

Tuesday, July 5, 2005

1995 - 2005
SAYA sedang mengulang baca - menyunting/menyemak ejaan/membetulkan fakta/mengubah/membetulkan setting sebuah novel saya yang diterbitkan pada awal tahun 1996. Sungguh lama, hampir sepuluh tahun (termasuk kerja-kerja awal menaipnya pada 1995). Semestinya banyak fakta yang berubah. Walau bagaimanapun inti cerita tidak banyak yang ditukar, masih mengekalkan topik yang serupa.

Novel ini mahu diulang cetak. Masuk kali ini sudah cetakan ke lapan. Bangga? Sudah semestinya. Tetapi kebanggaan saya itu sebenarnya saya pulangkan semula kepada para pembaca novel berkenaan, yang menyokong terbitan novel-novel berbahasa Melayu. Saya cuma ingin berkongsi cerita. Senario yang bermula pada tahun berkenaan, terus bersinambung hingga akhir-akhir ini apabila banyak novel-novel (terbitan Alaf 21 umpamnya) diulang cetak, ada yang sudah 10 kali ulang cetak.

Seperti kata tauke saya kepada tetamu-tetamu di pertemuan anjuran Alaf 21 baru-baru ini, kami sudah membukakan pintu, daripada tak minat membaca orang menjadi minat membaca. Kemudian perlahan-lahan kita akan serapkan apa yang sebaiknya untuk para pembaca.

* Maafkan diriku Saadiah, masih membuat editing lantaran kerja yang bertindan-tindan. Janji bulan madukah ini?

Saturday, July 2, 2005

JANGAN PADAMKAN LILIN ITU...
TAK sangka akan diraikan lebih awal di Garden Cafe KKSB pada jam 5.30 petang sempena pertemuan bloggers, peminat dan pengulas novel serta novelis Alaf 21 Sdn Bhd.

Terima kasih kepada Mely & Zetty dan lain-lain kerana buat kejutan lebih awal. Bagi pihak syarikat, terima kasih tidak terhingga diucapkan atas kesudian anda semua melawat KKSB. Di sini cuma sempat tersebut beberapa nama, antaranya Wkdin, Tok Rimau, Basri, Nett, Cik Daun, Azhan Kamal, Atok dan Lilicarnation... yang tidak tersebut janganlah marah... tetap ingat di hati. Maafkan saya kerana tidak dapat memberi tumpuan seratus peratus pada pertemuan hari itu kerana di masa yang sama terpaksa melayan kunjungan Persatuan Wartawan Indonesia (PWI) seramai 20 orang. Mereka diraikan oleh Persatuan Wartawan Malaysia.

Di kedua-dua majlis ini banyak perkara yang diperkatakan. Dari Indonesia semestinya tentang bisnes kerana yang datang hari itu bukan calang-calang orang - antaranya pemilik surat khabar dan majalah, pengendali stesen televisyen, pemilik beberapa majalah hiburan dan wartawan vateran serta ajk PWI. Dan di majlis Alaf 21 semestinya tentang perkembangan novel sebelum dan selepas ini.

Thursday, June 30, 2005

SOALAN CEPUMAS
SEMALAM,
Alifin iaitu pengendali laman web Alaf 21 mengirimkan salinan email untuk saya yang dihantar melalui alamat email Alaf 21. Email berkenaan daripada Puteri Balkis, Ampang, Selangor. Sebelum ini pun Alaf 21 memang kerap forwardkan apa sahaja email mengenai penulis-penulis kepada tuan punya diri. Saya amat terharu membaca email Puteri Balkis dan email mereka yang lain yang prihatin dengan semangat saya berkarya. Sebabnya menulis novel adalah minat saya semata berbanding dengan kerja seharian yang wajib saya lakukan.

Soalan Puteri Balkis sama seperti yang kerap saya terima sebelum ini iaitu bilakah karya terbaru saya akan diterbitkan? Ini adalah soalan cepumas untuk saya akhir-akhir ini. Menurut mereka jika 2003 ada Kuala Lumpur Di Mana Suamiku, 2004 Jangan Ada Dusta, jadi apakah untuk 2005 memandangkan Jangan Ada Dusta terbit Februari 2004. Sekarang sudah Julai 2005.

Sebenarnya manuskrip berkenaan sudahpun diserahkan ke pihak Alaf 21. Sama seperti orang lain saya juga harus menanti giliran yang ditentukan oleh pihak Alaf 21. Oleh itu saya tidak mempunyai jawapan pada soalan berkenaan (harap-harap Editor Alaf 21 membaca keluhan ini dan segera menerbitkan novel saya...)

Oh ya, esok ada pertemuan peminat dan penulis novel. Majlis bermakna anjuran Alaf 21 ini akan dihadiri kira-kira 30 orang tetamu. Sesiapa yang sudah berjanji hendak datang, harap dapat datang. Rasanya ada banyak perkara yang boleh dibincangkan untuk manfaat bersama. Jadi jumpa esok ya....!

Wednesday, June 29, 2005

FORUM ASTORA JABAT vs DR. MOHD. ASRI
- Gerakan Tajdid Satu Perbincangan

Tarikh: Sabtu, 9 Jamadiul Akhir 1426 - 16 Julai 2005
Masa: 8.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Balai Budaya Tun Syed Nasir DBP, Kuala Lumpur
Bayaran: RM30.00
Anjuran bersama: Dewan Bahasa & Pustaka, Kumpulan Karangkraf dan Barakat Al-Aziziyyah

* Seminar-seminar yang telah anjurkan sebelum ini, antaranya Seminar Pertelingkahan Sahabah (2003), Seminar Penyelewengan Tarikat (2004), dan Seminar Bahaya Islam Liberal (Mei 2005). Semuanya padat dengan ilmu, dan panas dengan reaksi peserta dan penceramah. Kali ini dua orang penceramah untuk berdebat mengenai berbagai-bagai isu agama terkini:

Astora Jabat: Editor Majalah Al-Islam, juga kolumnis ruangan agama di akhbar Mingguan Malaysia. Tulisan dan pandangan beliau mengenai isu-isu dan hukum-hakam Islam, selalu dianggap kontroversi dan bercanggah dengan pandangan umum. Beliau menyuarakan pendapat tanpa selindung dan sedia menerima kritikan dari orang ramai.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin: Pakar ilmu hadis, dan kini menjadi pensyarah kanan Bahagian Pengajian Islam, Universiti Sains Malaysia (USM). Sering memberi ceramah mengenai isu-isu agama semasa, dan membentang kertas kerja pada seminar dalam dan luar negara. Menghurai dan sanggup berhujah mengenai sesuatu perkara berdasarkan al-Quran dan sunnah.

Matlamat Program: Mendapatkan penjelasan mengenai berbagai-bagai isu terkini agama. Kedua penceramah akan mengemukakan hujah berdasarkan fakta-fakta ilmiah, juga berpandukan sumber-sumber yang diperuntukkan oleh hukum-hakam agama Islam.

Mengelakkan buruk sangka di kalangan sesama Islam, menerusi penyebaran maklumat yang tepat. Mencari kejernihan dari kekeruhan yang berpunca dari kelemahan dan kurang pengetahuan mengenai sesuatu perkara. Membuka peluang kepada peserta untuk bertanya perkara-perkara yang menimbulkan keraguan, juga sama-sama berhujah dan memberi pendapat berhubung satu-satu isu agama.

HUBUNGI: 03-51013888 - Ahmad Yani ext 856/Ahmad Baei ext 881/Saharom ext 876/Nurol Shafie Anuar ext 724/Mazni/Warda ext 311 jika berminat.

Monday, June 27, 2005

JIWA KENTAL DI KEM LAMBAIAN DANAU
ADA pelbagi aksi berani mati GEJU di Kem Lambaian Danau yang dimuatkan dalam Majalah REMAJA 1 Julai ini (minggu ni dah ada di pasaran). Ada aksi pak we dan mak we berdua-duaan di atas titi. Ada juga aksi bapak orang dengan bangganya dapat melarikan dua anak dara naik rakit... ada juga aksi 6 jejaka macho di pasaran sedang berjuang untuk bernafas paling panjang. Ok, ahli GJ boleh dapatkan naskhah ini di pasaran, belilah lebih sikit, sedekah pada kawan-kawan... supaya jualan REMAJA terus booom! Masa yang sama bisnes Kak G pun makin maju. KLD pun makin glamor!

* Webmaster majalah ini sedang bertungkus-lumus memasukkan bahan, mungkin sekejap lagi anda boleh tengok online. Sorry, webmaster kata tunggulah majalah beredar di pasaran dan belilah senaskhah...

Thursday, June 23, 2005

ADA 65 RIBU JAWATAN KOSONG!
APABILA kerajaan menarik balik perakuan terhadap universiti di Ukraine, siapa yang pening kepala? Kursus dah lama berjalan. Ramai pelajar yang telah dan sedang menuntut di sana. Tiba-tiba perakuan, biasiswa dan segalanya ditarik balik. Apa nak jadi dengan pelajar dan masa depan mereka, keluarga mereka dan negara? Kenapa tak fikir isu berkenaan sebelum ini?

Kementerian Sumber Manusia baru-baru ini mengumumkan terdapat 65 ribu jawatan kosong terutama dalam sektor pembuatan, perkilangan, pembinaan dan perkhidmatan awam. Ini juga termasuk dalam bidang 3D iaitu bidang berbahaya, kotor dan sukar. Nawaitu kementerian - dengan menceburi bidang ini kerajaan berharap dapat mengatasi masalah pergantungan pada pekerja asing.

Menterinya Datuk Dr. Fong Chan Onn berkata kerajaan mahu membantu siswazah mendapat kerja dan menukar persepsi terhadap sektor 3D dan juga bidang pekerjaan tradisional seperti buruh, penyelia kilang, pekerja sektor pertanian, guru tuisyen, pemandu pelancong dan pekerja perkhidmatan. Saya pun galakkan juga hal ini. Ok, bagi yang ada ijazah anggap ini sebagai batu loncatan. Kerja dulu sebelum mendapat pekerjaan lain yang lebih sesuai.

Sekarang hari-hari nak guna duit. Ke toilet pun dikenakan bayaran. Air putih kosong/suam pun ada harga. Nak bagi mak bapak duit, nak bantu adik-adik, nak belanja awek, nak simpan duit untuk kahwin dan banyak lagi. Semuanya perlukan RM. Sekarang bukan lagi masa untuk memilih kerja...

* Kalau ada kredit phone, jangan habiskan untuk sms/undi :-)

Tuesday, June 21, 2005

HARI ini hari istimewa untuk orang yang sungguh teristimewa dalam
16 tahun kehidupan bersamanya.

One tree can start a forest
One smile can start a friendship
One touch can show you care
.. and one hubby like you can make life worth living.


Happy birthday to my hubby!

Saturday, June 18, 2005

MY ABAH, MY HERO
DIA Haji Shaharuddin Sulaiman, anak paling bongsu daripada sebelas beradik kesemuanya lelaki. Dia dilahirkan kembar. Bagaimanapun kembarnya, seorang perempuan meninggal ketika kecil. Saya hanya kenal enam sahaja saudara sebelah bapa kerana lima daripadanya meninggal ketika kecil. Mereka ialah Pak Teh Bakar (arwah), Pak Andak Ibrahim (arwah), Pak Lang (arwah), Pak Noh (arwah), Pak Uda Mansor dan Pakcik Shahar (arwah). Kini mereka tinggal berdua - Abah dan Pak Uda Mansor. Semasa mudanya abah ialah Jurutera Mesin, di Syarikat Atlas Ice di Sungai Besi.

Di hari istimewa ini saya mengenang dirinya sebagai lelaki yang santun, banyak senyum, lemah lembut orangnya, yang tidak pernah meninggikan suara, yang tidak pernah dilihat yang dia sedang marah, yang tidak pernah memukul sekalipun tidak pernah menjentik kami adik beradik. Dengan emak pun dia tidak pernah berkasar. Begitulah juga sikapnya dengan jiran-jiran dan saudara mara. Di mata saya tiada yang buruk tentang dirinya.

Malah apabila kami bermasalah dan memeningkan kepalanya, dia selalu menangani dengan tenang. Ketika saya dalam dilema remaja dengan pak we yang bersilih ganti, ketika kakak dan adik dengan masalah mereka, ketika abang juga bermasalah, abah tetap cool. Semua selesai cara baik. Satu yang best - jubah, ketayap dan serbannya dia basuh sendiri. Dia juga tidak cerewet makan. Lauk dan nasi diambil sendiri dari periuk. Kalau setakat telur dadar atau buat cucur bawang, dia memang terror. Cucu mintak saja, dia mesti ke dapur.

Ketika di sekolah rendah, dia sendiri mengajar kami adik beradik membaca mukadam dan al quraan hingga khatam. Ketika mengajar, ada rotan di bawah paha dia bersila, tapi tak pernah langsung dia gunakan. Sampai hari ini tugasnya di surau ialah sebagai imam, memberi syarahan agama, selalu menjadi tempat rujuk ahli madrasah hinggalah memandikan jenazah. Paling menyentuh hati - kami adik beradik perempuan dinikahnya sendiri, tidak berwakilkan wali.

Satu yang istimewa - kami lapan beradik lahir berselang bunga (tahu kan? lelaki/perempuan berselang seli) semuanya sudah selamat berkahwin. Kini Tok Din menjadi datuk kepada 19 orang cucu. Cucu-cucunya juga lahir berselang bunga!

Sebagai hadiah hari bapa untuknya tahun ini, saya sedang mengaturkan satu pertemuan dialong dengan seorang penulis yang selalu dia baca dan kumpul tulisannya - Astora Jabat! Baru-baru ini abah tanya saya apa dia nak buat dengan tulisan-tulisan penulis berkenaan yang sudah dia kumpul hampir sejengkal tingginya. Oh, sudah tentu saya akan menyusun cutting paper itu dan akan menghantar binding untuk abah!

Rak bukunya sudah penuh dengan buku dan kitab kerana hadiah saya setiap bulan untuknya ialah buku-buku agama yang mencabar mindanya. Kalau murah saya beli dua atau tiga naskah. Kalau mahal satu naskah cukup asalkan dia dapat meneruskan minatnya membaca. Buku paling akhir saya beli untuknya ialah Bahaya Islam Liberal, bulan lalu.

Tiada lelaki lain yang paling saya hormati di dunia ini melainkan dia.
Untuk abah, semoga sihat dan panjang umur!

Friday, June 17, 2005

HIDUP LAGIKAH?
MENGUMPUL lebih enam orang saksi untuk satu kes saman yang dikemukakan pada 2000 kini mula mengisi tugasan harian saya. Kes akan disebut semula dalam waktu terdekat ini. Daya ingatan kepala otak kini sedang diperah untuk recall pada kejadian lima tahun silam...

* Di mana kuletakkan kismis kuat ingatan tu?

Wednesday, June 15, 2005



ENAM puluh pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Labang, di Pensiangan, Sabah mempertaruhkan nyawa hampir setiap hari apabila terpaksa melalui jambatan gantung usang melintasi Sungai Salaput, di Kampung Labang, untuk ke sekolah. Gambar Berita Harian

adik-adikku
kamu bukan melangkah dengan azam belajar
melangkah kamu dengan nganga buaya
nganga buaya itulah yang kau hadap saban hari
saban hari membayangkan maut untukmu
dan kau terus bergayut, menyusun langkah
pastikah itu langkah ke sekolah?
atau itulah langkahmu
ke negara abadi

adik-adikku
kamu belajar apa hari ini?
esok lusa
mintalah ustazahmu
mengajar padamu
doa panjang umur pula!

- Kakakmu di kota kurang ajar;
Kuala Lumpur.

Tuesday, June 14, 2005

ARGHHH...!
TANPA masalah hidup rasa mendatar dan tidak berkembang. Setiap kali bila kita berjaya menyelesaikan masalah, potensi diri terasa meningkat. Dalam masa sama, pengalaman juga terasa bertambah, sekaligus keyakinan pada diri akan lebih menonjol.

Masalah adalah normal dalam kehidupan. Sebenarnya orang yang tak ada masalah sebenarnya dia mempunyai masalah. Setiap kali kita ditimpa masalah ingatlah; hari ini berjuta orang lain juga ditimpa masalah dan kita adalah salah seorang daripadanya, jadi apa masalahnya?

Monday, June 13, 2005

MAJLIS PELANCARAN DANA PENDIDIKAN KARANGKRAF
Oleh YB. Dato' Dr. Shafie Mohd. Salleh
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia
3 Petang - Lobi utama KKSB


* Dana ini diwujudkan dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti dan menghargai seluruh warga kerja. Dana ini bertujuan untuk pembiayaan pendidikan kepada pekerja dan juga anak-anak pekerja. Ia terbuka kepada seluruh warga kerja Kumpulan Karangkraf yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

Adalah diharapkan dana pendidikan ini dapat meningkatkan kemahiran, pembangunan diri, daya saing, menjanakan professionalism, taraf akademik dan mutu kerja warga Karangkraf khususnya dan kepada syarikat amnya. Warga kerja amat digalakkan untuk memohon dana ini.

Tahap pendidikan yang ditawarkan merangkumi berbagai tahap dan bidang pengajian termasuklah sijil,diploma, sarjana muda, sarjana dan kedoktoran. Pengajian tahap sijil dan diploma ditanggung penuh oleh syarikat. Manakala bagi tahap sarjana muda, sarjana dan kedoktoran, pemohon hanya perlu membayar `separuh daripada yuran pengajian pemeriksa luar' sahaja atau 25 peratus daripada yuran pengajian dan bergantung kepada bidang pengajian serta kadar tukaran wang asing.

Friday, June 10, 2005

SOAL JAWAB vs SOAL TAK BERJAWAPAN
HARI ini 8 orang peserta dari Malaysian Top Host TV3 membuat lawatan ke KKSB. Mereka terpilih ke rancangan realiti itu daripada beribu-ribu penyertaan dan diberi tugasan yang mencabar antaranya ke lorong belakang mati, ke rumah orang tua, ke lokasi crime, kilang haram dan lain-lain lag i. Setelah soal siasat, kesemua mereka bukan mengambil bidang broadcasting, malahan seorang daripadanya adalah doktor.

Berikut secebis soal jawab bersama salah seorang mereka:

Peserta: Kak, dah berapa tahun bekerja di sini?
Saya : Eh, baru je 20 tahun.

Peserta: Kak, kenapa pekerja sini muda-muda belaka?
Saya: Sebab mereka belum lagi tua.

Peserta: Saya nampak ramai perempuan, tak ramai pekerja lelaki?
Saya : Pekerja lelaki ada, tapi you tak nampak.

Peserta : Kak, photoshop tu boleh buang jerawat, tahi lalat?
Saya : Iya, kalau nak tambah mata jadi tiga biji pun boleh...

Peserta : Kak dahlah tak nak tanya, akak loyar buruk
Saya : Hehehe oklah, sebab awak loyar baru.

Hahahah... Ini cerita orang publishing dengan orang broadcasting. Yang datang tadi 8 orang, maknanya dalam siaran minggu ini seorang peserta telah terkeluar. Siapa? Saya dah tau dah... Good Luck untuk semua yang tinggal. Khabarnya sampai masa hanya tinggal 3 orang sahaja. Minggu ni si Donald Trump tu pun nak buang lagi peserta. Saya sendiri harap pompuan mulut laser yang dah tua tu keluar!

Thursday, June 9, 2005

SYUKRAN! SYUKRAN!
KEBOLEHAN berbahasa Arab kini menjadi advantage terutama di bidang pelancongan untuk bulan-bulan Mei hingga Disember di negara kita kini. Kerana apa? Puncanya hampir satu juta pelancong dari Timur Tengah telah dan akan membanjiri Malaysia pada tempoh berkenaan untuk menghabiskan cuti musim panas mereka.

Kita boleh lihat di Golden Triangle sahaja, wanita berpurdah dan lelaki Arab yang berpakaian ala Allahyarham Yasser Arafat (siapa boleh bagi tau nama khas untuk pakaian demikian?) kini menjadi fashion in town! Tidak dinafikan yang perempuannya cantik-cantik dan yang lelakinya memang handsome!

Malah hotel-hotel juga telah mengkhaskan beberapa tingkat di hotel mereka dengan gaya hiasan ala Timur Tengah. Ada hiasan pokok palma, pokok kurma dan irama muzik padang pasir. Nampak gaya macam hiasan dalam Hikayat 1001 Malam! Hidangan pun mewah dengan minyak sapi, kambing, salad mediterranean, roti stereng tu, kebab dan macam-macam lagi. Saya pun pernah tertengok di Sunway Lagoon, ada yang masuk mandi kolam sekali dengan jubah!

Jualan Mega Malaysia yang berlangsung dari 23 Julai hingga 24 September nanti dijangka akan menambah lagi jumlah pelancong. Disamping itu rakyat Indonesia merupakan antara pelancong yang gemar membeli-belah di Malaysia dan mengikut kajian, mereka membelanjakan 38 peratus dari keseluruhan perbelanjaan untuk membeli-belah di sini, kata Timbalan Menteri Pelancongna, Datuk Zahid Hamidi.

Rasanya sasaran menarik lebih sejuta pelancong dari Indonesia tahun ini akan tercapai sebabnya sehingga Mac lalu, seramai 241,000 rakyat negara berkenaan melancong ke Malaysia. Tapi kan, masa yang sama rakyat kita pergi cari nasi padang, daging dendeng dan sup buntut sapi serta telekung bersulam di Indonesia pun makin ramai jugak...!

* Oh ya, silalah baca LIBUR (dalam BM) dan TRAVERAMA (dalam BI)- dua buah majalah pelancongan terbitan KKSB. Kedua-dua majalah ini telah diiktiraf oleh Kementeri Pelancongan Malaysia. Malah telah diarah untuk diletakkan di bilik-bilik hotel. Terima kasih Datuk!

Tuesday, June 7, 2005

SELASA NAN INDAH
SALAM pagi Selasa nan indah! Lama sungguh rasanya tak menulis di sini. Terasa pula seperti sudah jauh daripada teman-teman. Pergi ke blog semua rakan, kadang-kadang sempat juga tinggal jejak, tapi banyak yang sempat membaca saja.

Ada dua perkara yang hendak dikongsi hari ini. Pertama; novel saya untuk 2005 sudah siap dan sudah diserahkan kepada Alaf 21. Ada saya berikan tiga tajuk cadangan yang rasanya relevan dengan jalan cerita. Bila nak terbit? Itu terpulang pada budi bicara penerbit dan terletak pada tanggungjawab Editor Alaf 21. Harap-harap editor yang dipertanggungjawab untuk menangani novel saya ini akan dapat berkerjasamanya dengan saya.

Hasrat seterusnya ialah untuk menulis lagi dan lagi... sekarang barulah terasa lega sedikit, seperti terlepas daripada belenggu. Barulah ada kesempatan untuk singgah lama di blog rakan-rakan dan menyapa. Paling penting untuk singgah di blog pengulas buku untuk mengetahui kecenderungan pembaca. Terima kasih kepada mereka semua yang rajin mengkritik dan memberi pandangan serta hala tuju dunia novel Melayu. Oh ya, ada satu lagi hutang - untuk mengemaskini Jangan Ada Dendam. Ini hutang saya pada ahli keluarga JAD, dan abah & emak akan kembali berkonflik...

Perkara kedua - saya seperti melupakan (buat-buat lupa) pada tarikh 28 Mei 2005 lalu! Tarikh keramat yang selalu saya abadikan dalam sajak-sajak. Antaranya dua sajak yang di tepi kiri blog ini iaitu Antara Kita dan Kerana Kita. Satu lagi yang saya ingat ialah sajak berjudul Asmara ini Amanah; Ianya Nikmat, tersiar di Mingguan Malaysia pada Mei 2002. Ya, sudah 17 tahun gerbang cinta kami terbina dan alhamdulillah terus utuh masa kini dan harapnya insyaAllah akan datang, hingga akhir nyawa.

* ... ya, saya suka selasa! ianya hari pillihan saya untuk pelbagai perkara. antaranya hari membuat keputusan, hari untuk temujanji dan hari yang perlukan lebih perhatian. barangkali saya suka selasa kerana selasa ialah hari kelahiran saya. selasa sebenarnya hari kelegaan setelah ditekan hari isnin yang memenatkan kerana permulaan minggu. bagaimanapun ini terpulanglah pada tafsiran individu...

Monday, May 30, 2005

MENGUKUH UKHWAH
WAH ramai sungguh yang bercuti. Cari orang tu, tak ada. Cari orang ni, tak ada. Alasannya - Bercuti. Anak cuti sekolah, sekali dengan mak bapa bercuti. Tak mengapa cuti kan hak masing-masing. Pergilah bercuti dan ambiklah kuliti time tu untuk anak-anak dan isteri. Tapi yang pentingnya kerja kena bereskan dulu. Janganlah seronok-seronok bercuti orang yang di pejabat kena habiskan kerja kita. Lagilah makcik hangin kalau cuti dulu kemudian baru apply cuti. Nak kenalah tu...

Cuma nak pesan - berhati-hati ketika memandu. Kalau letih berhenti dulu. Apalagi yang membabitkan perjalanan jauh berjam-jam memandu. (MBA le tu!) Berziarahlah ke rumah sanak saudara, merapatkan ikatan. Sebabnya entah bila dapat balik kampung semula. Kesempatan yang ada kena guna sepenuhnya, jangan dok berlengkar je depan tv atau tidur je dalam bilik hotel - baik tak payah balik kampung, baik tak payah pi cuti.

Minggu lepas
Abu Zar datang opis. Alhamdulillah dapat kenal dengan isteri dan anaknya. Selepas ini pula saya sekeluarga bolehlah berkenal dengan seorang lagi warga blog - Bahtiar yang sejak semalam dah menjadi jiran saya. Sebelum ni Semut dan Zino pun berkampung di Bandar Tun Razak. Best kan duduk BTR @ Kg Konggo. Tu yang membuatkan saya sayang nak keluar dari BTR. Di sini selain ada rumah emak dan bapa, ada rumah nenek saya. Tiga rumah adik beradik saya pun di sini. Selain tu kebanyakan makcik & pakcik di BTR dah jadi kroni. Kata depa, kalau anak saya sesat pun dia orang tau anak siapa...

Thursday, May 26, 2005

"MANA MAMA... MANA ABAH..."

AIMAN Nasriq Rozlan membelai Muhammad Aiman Firdaus sambil diperhatikan Aiman Najmi pada pertemuan pertama tiga beradik yatim piatu itu selepas kemalangan yang meragut nyawa ahli keluarga mereka, di Hospital Kota Bharu, Kelantan semalam - Gambar Utusan Malaysia.

BERSYUKURLAH pagi ini apabila bangun dari tidur kita masih diberi nyawa untuk terus hidup, untuk terus memberi kesempatan kepada kita mencurahkan kasih sayang dan memberi perlindungan, perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak. Masih banyak yang perlu dilakukan. Masih banyak yang mesti diperbaiki. Anak-anak pula masih memerlukan belaian dan tunjuk ajar. Memang tanggungjawab kita masih belum beres.

Salam takziah untuk seisi keluarga dan sanak saudara Allahyarham Rozlan Ayub, 36, Sarimah Othman, 33, serta kakak sulungnya, Nur Natasya, 10, dan adik sulungnya, Nur Alisya A'syah, 2. Kemalangan di Kampung Kok Pasir Tumpat, pagi Ahad lalu tetap basah dalam ingatan kami.

Wednesday, May 25, 2005

ALAHAI ANAKKU...
ANAK kedua saya, Anas Iqbal, 12 tahun yang akan menduduki UPSR tahun ini meninggalkan notes di atas meja pagi tadi. Dia tulis begini...

"Mama, maafkan abang sebab ujian bulan ni dapat 4A dan 1B. Lagi satu sorry sebab malukan Sri Diah. Kertas B tu ialah kertas BM."

Hahaha, masa bila dia tinggalkan notes tu? Malam tadi tak nampak pun kertas tu atas meja! Dalam kereta semasa hantar dia ke sekolah pagi tadi saya pun cakaplah baik-baik pada dia... tak apa ini hanya ujian bulanan dan kertas BM yang dapat B tu pun cuma dua mata saja nak ke pangkat A. Jadi dia janganlah risau sebab UPSR bukan bulan depan...

Esok sambutan Hari Guru di Sek. Kebangsaan Seri Tasik dan dia sebagai Ketua Pengawas kena buat ucapan mewakili semua pelajar. Katanya, "malam ni nak pergi rumah Tok Din (bapa saya) nak mintak air jampi. Nanti taklah gemuruh atas pentas." Kenapa pula nak gemuruh? Bukankah selalu bagi ucapan, baca doa pada hari perhimpunan setiap Isnin? Soal saya. Kata Anas, "esok hari istimewa, rasa macam tak yakin."

Rasanya bukan budak-budak sahaja, kita yang dewasa ini pun ada rasa gementar apabila diminta bercakap depan public yang bukan calang-calang orangnya. Sesiapa yang pernah mengalami detik ini, pernah tak rasa macam pakai baju terbalik... rasa macam pipi senget sebelah pun ada jugak...

Friday, May 20, 2005

NIKMATNYA BERSENDIRI
JARANG saya dapat rasa lapang, rasa rilek seseronok tengahari ini. Di saat ini pejabat agak lengang, staf yang ada boleh dikira dengan jari. Mungkin yang lain pergi tugasan luar, ada juga yang bercuti dan ramai yang outstation. Kebanyakan staf lelaki mungkin bersembahyang dan yang perempuannya tentu mencuci mata ke Kompleks PKNS, ke Alam Sentral atau mungkin ke Plaza Masallam dan ke mana-mana saja, lari daripada rutin pejabat.

Saya tutup lampu, bersembunyi bersunyi-sunyi di bilik ini sambil mendengar lagu-lagu merdu Alleycats dari satu CD ke satu CD. Melelapkan mata, melayan dan memanjakan diri. Memang betul, sesekali kita teringin hendak memanjakan diri, bersantai dengan diri sendiri. Orang lain saya tak tahulah, tetapi bagi saya ini penting untuk muhasabah, berfikir tentang semalam, tentang hari ini dan hari esok.

Sesekali rasa ingin senyum, sesekali rasa ingin menangis. Selalunya saya akan buat begini; kalau suka saya akan senyum sesukanya, ketawa panjang dan kalau sedih saya akan menangis sepuasnya. Tak lama kemudian terus rasa lega! Semua yang negatif hilang, diganti dengan yang positif. Tapi itulah, nak cari masa senggang macam ni memanglah payah!

* Sorrylah ya, hari ini sentimental sikit.

Thursday, May 19, 2005

PEMBERITAHUAN
Hadiah Sastera Berunsur Islam ke-12
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Yayasan Pelajaran Islam (YPI) sedang menganjurkan Hadiah Sastera Berunsur Islam VII dengan pengkhususan dalam puisi dan cerpen. Sehubungan itu, para penulis dipelawa mengirimkan tidak lebih daripada lima buah puisi dan tidak lebih tiga buah cerpen yang panjangnya antara 15 hingga 20 muka surat.

Hadiah yang ditawarkan bagi puisi ialah RM3,000 (pertama), RM2,000 (kedua), RM1,000 (ketiga) dan tiga hadiah penghargaan bernilai RM500 setiap satu. Hadiah bagi cerpen ialah RM5,000 (pertama), RM4,000 (kedua), RM3,000 (ketiga) dan tiga hadiah penghargaan bernilai RM1,000 setiap satu.

Keterangan lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi Urus Setia Hadiah Sastera Berunsur Islam Ke-XII, Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur atau hubungi Rohaya Harith 03-21482558. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Disember 2005.

p/s - untuk mengembalikan semangatku yang hilang...

Wednesday, May 18, 2005

HEBATNYA LELAKI
THE Apprentice malam Isnin lalu menguatkan hakikat, berani mestilah kerana benar. Bahawa pekerjaan yang ada hubungkait dengan orang ramai perlulah dilakukan secara sepakat - yang akan membawa berkat. Ia samalah dengan iklan simcard di televisyen, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Tetapi berapa ramai antara kita yang boleh mengikut kata orang lain walaupun arahan yang diberi payah untuk diterima akal? Bolehkah kita menerima arahan yang kita tak suka, tak boleh buat dan tak mahu lakukan... tapi terpaksa lakukan juga? Selalu kita diingatkan dalam kerja berpasukan jangan fikirkan kroni dan lain-lain yang negatif. Yang penting tak kiralah ketua itu siapa dan apa jantinanya asalkan respect menjadi kunci.

Suatu frasa yang saya ingat dalam siri malam isnin lepas ialah ; Tanda lelaki itu hebat ialah dia jatuh di saat dia di puncak - Martin Luther King. Orang perempuan pulak macam mana, bila masa dia hebat ya?

p/s; Tapi saya tak suka siri tu bab banyak mencarut. Asyik-asyik tuuutt... kejap-kejap tuuutt...

Monday, May 16, 2005

SELAMAT PAGI CIKGU
TERIMA KASIH atas tunjuk ajar yang diberi. Rasanya tanpa bimbingan cikgu-cikgu para pendidik di sekolah rendah, sekolah menengah, dan di universiti saya tak akan menjadi seperti saya hari ini. Budi cikgu semua tersemat di hati dan akan dibawa mati. Selamat Hari Guru kepada semua terutama warga pendidik (bloggers) yang baru saya kenali. Antaranya Cikgu Ain (Puteribayu), Cikgu Midad, Cikgu Yaz, Cikgu As Ramy dan lain-lain yang tak tersebut. Salam kasih abadi.

GURU OH GURU

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Nukilan SN Dato Usman Awang


Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang
diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP), Kuala Lumpur, 1989

Sunday, May 15, 2005

SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA
Banyak kenangan pahit manis semasa saya menganggotai persatuan belia masa muda-muda dulu. Asalnya belia kampung, kemudian jadi belia bandar. Di situlah bermulanya segala. Diasuh memimpin, diberi kepercayaan dan tanggungjawab. Memang saya banyak belajar daripada persatuan belia. Terimakasih kepada semua guru-guru yang mengasuh dan memberi dorongan. Yes, saya boleh!

Friday, May 13, 2005

RINDU MASA SILAM
A'kum, dah lama saya tak baca puisi-puisi Kak Sri. Akhirnya hari ini saya membaca puisi Kak Sri. Masih terasa sentuhannya, masih kaya dengan bahasa kreatif, ternyata masih hebat berpuisi. Teringat zaman Kak Sri rajin menulis puisi dan cerpen dulu, saya suka membacanya, saya potong dan simpan. Harap Kak Sri terus menulis puisi dan juga cerpen. Jangan tinggalkan.

Tentang novel, pun saya happy membacanya. Kekalkan keindahan gaya Kak Sri berbahasa. Tak semua orang boleh... ramai penulis muda kini yang bahasanya straight forward je. Tak ada jiwa membacanya... Salam.
Peminat Puisimu | 05.12.05 - 5:02 pm | #


ENTRI 6 Mei saya adalah sebuah puisi yang saya tujukan khas kepada bonda. Dan komen seorang daripada pengunjung amat menyentuh hati. Komen di atas adalah satu komen yang jujur bagi saya. Dan ekoran itu saya berasa amat bersalah (berdosa?) kerana telah mengabaikan kepuasan orang lain kerana saya telah tidak lagi (gagal?) menghasilkan puisi-puisi dan cerpen-cerpen.

Bagi penggemar puisi kepuasan batin adalah besar maknanya dan ia memberi makanan jiwa yang lain daripada kepuasan lain. Saya faham itu kerana itulah yang saya alami (anuti?) pada tahun-tahun 80-an dan akhir 90-an apabila puisi dan cerpen adalah makanan rohani saya. Ke mana rakan-rakan puisi yang dulu? Mereka masih ada namun ada yang sudah pergi dan pemergian mereka ada saya catat dalam entri-entri saya. Benar, saya berasa amat kehilangan apabila mentor saya sudah tiada. Itu adalah alasan utama selain alasan kesibukan dan kurangnya daya kreativiti apabila diasak oleh tugas-tugas pentadbiran.

Saya masih ingat pada kemenangan puisi-puisi saya dalam beberapa pertandingan antaranya `Asmara Ini Amanah', `Kenang-kenangan', Hujan Sore di Cipanas', `Kaca Impian', 'Wanita Tahanan Reman' dan banyak lagi... kepuasan itu lain rasanya berbanding dengan kejayaan sekarang menghasilkan beberapa judul majalah. Sejujurnya saya benar-benar ingin minta maaf pada peminat puisi dan cerpen saya yang berasa ada sesuatu yang hilang daripada jiwa mereka...

Wednesday, May 11, 2005

SEDIHNYA NASIBMU AHMAD HAFIZAL...
ALAMAK... mood saya malam tadi spoil apabila menonton Buletin Utama TV3. Hari saya pun suram sikit pagi tadi setelah menatap akhbar tentang remaja yang memilih untuk dipenjarakan kerana gagal menyertai PLKN pada Julai 2004. Ahmad Hafizal ... akak simpati dengan nasibmu!

Tuesday, May 10, 2005

JANGAN BIARKAN WANITA BERJUANG SENDIRIAN
TIADA perasaan paling hiba saya rasakan minggu ini melainkan membaca kisah-kisah malang yang menimpa wanita akhir-akhir ini. Satu kes, membabitkan seorang isteri yang kehilangan suami hampir sebulan lamanya. Kemudian satu rangka ditemui di tempat kereta suaminya dijumpai. Si isteri masih lagi enggan menerima hakikat bahawa itu adalah rangka suaminya kerana ujian DNA belum dapat dibuktikan. Banyak kemusykilan yang timbul mengenai kes ini.

Hal serupa juga menimpa warga pendidik yang terbabit kemalangan bersama anaknya. Kereta, dirinya dan anaknya hangus rentung akibat kemalangan ngeri itu. Kereta, tubuh suami dan anak hangus terbakar di hadapan mata si isteri. Dua isteri yang malang dan beberapa orang anak yatim ditinggalkan.

Sebenarnya di mana sahaja di dunia ini, malang yang menimpa wanita sukar dibentung. Rogol, cabul, pembunuhan, penindasan dan sebagainya semakin menjadi-jadi. Contohnya wanita Palestine yang ramai menjadi balu akibat peperangan. Hingga kini hak mereka masih dinafikan. Sedangkan mereka mesti meneruskan kehidupan demi anak-anak.

Bayangkan jika anda menghadapi hal seperti ini? Sama seperti lelaki setiap wanita mahu dirinya dihormati, dihargai, disayangi, diberi peluang membuat keputusan dan mahukan keadilan dalam apa juga aspek samada di luar rumah atau di dalam rumahnya sendiri.

Semoga resolusi di Mesyuarat NAM Mengenai Pembangunan Wanita yang sedang berlangsung tidak hanya tinggal di kertas-kertas kerja sahaja. Mesyuarat bertemakan: Memperkasakan Wanita dan Menghadapi Cabaran Globalisasi itu dihadiri para perwakilan dari 84 negara. Ia akan berakhir hari ini.

Monday, May 9, 2005

TERIMA KASIH DAUN KELADI
SABTU - Sejak malam sebelumnya anak beranak (si bapa dengan tiga orang anak) dok sibuk-sibuk berbincang. Tentang apa? Saya buat tak tahu saja - buat sibuk dengan urusan sehari-hari terutama urusan hujung minggu yang berganda daripada hari biasa. Dari pagi saya menjadi tukang dobi, tukang masak, jadi drebar, jadi tukang kebun bla... bla...bla.

Alhamdulillah lewat petang suami ajak keluar. Kami ke JJ Taman Maluri. Jalan punya jalan, naik letih kaki dengan karenah anak-anak nak itu ini yang si bapa dah janjikan. Kami memang jarang keluar berjalan-jalan window shopping. Hanya bila perlu sahaja. Akhirnya wow! Vacuum Cleaner Hanabishi dihadiahkan sempena Hari Ibu. Thanks my dear, kebetulan vacuum di rumah dah sebulan lebih rosak.

AHAD - A`wal pagi macam biasa, buat breakfast. Biasanya hujung minggu buat lebih sikit, sekaligus dengan lunch. Senang cerita. Tengahari sampai petang saya sibuk menaip dan tengok homework anak-anak. Setelah penat menaip, lepak depan tv. Lepas Asar lepak lagi. Hingga pukul enam petang, my dear pelawa keluar. Anak-anak pun join. Bila ditanya ke mana? Semua diam. Akhirnya sampai di Jalan Ampang. Wah! Dinner di The Lotus!

Anak-anak pulak dengan gelak-gelak hulur sebungkus hadiah. Isinya coklat 3 bar! Mak datuk... dah tau mama tak makan coklat kenapa bagi coklat? "Kalau tak mau, maknanya coklat tu untuk kita oranglah!" Eh buruk siku! Hai anak,
anak...!

Sebenarnya sebagai ibu sama ada saya atau siapa sahaja tidak mengharapkan apa-apa hadiah (kalau dapat satu bonuslah!). Ini kerana membesarkan anak-anak adalah satu tanggungjawab, satu amanah. Emak-emak zaman dulu-dulu pun, si abah tak pernah hadiahkan apa-apa. Tapi mereka tetap memberikan didikkan sempurna untuk anak-anak kerana anak adalah harta kepada ibu dan bapa.

Saturday, May 7, 2005


engkau cintaku
menimba cemerlangnya
laut harapan

Friday, May 6, 2005

IBU RATU HATI
SAMBUTAN hari ibu akhir minggu ini sudah dimulakan oleh Majalah Seri Dewi & Keluarga dan Majalah Nona di Hotel Nikko semalam. Siaran lintas langsung dengan kerjasama Wanita Hari Ini dan TV3 berlangsung semalam dan diteruskan lagi hari ini. Jika ingin menontonnya saksikanlah lintas langsung rancangan Wanita Hari Ini jam 2.30 - 3.00 hari ini yang akan dihadiri tetamu kehormat, Datin Seri Hendon Mahmood. Itulah antara punca kesibukan saya minggu ini dan kerana itu saya mohon maaf, sudah berhari-hari tidak ada entri baru.

KITA SAMA BERDIRI, MEMAYUNGI
(Dedikasi untuk bonda - Hajah Halijah Ibrahim)

Aku harum berkembang dalam wangi tamanmu, bonda
Telah tersebar keseluruh alam, engkau selamanya ratu
Di sisiku kita sama berdiri, memayungi

Sinambungkan nafiri, laungkan gema
Kita sama; siang dan malammu kita serupa
Kau ibu dan aku kini mama buah cintaku

Sesekali aku tersadung, di ribaanmu aku rebah
Engkau membalut luka hatiku
Tanganmu hangat memanjakan
Bibirmu santun menabur pesan;
Hidup adalah keras perasaan

Ya, aku hanya ada kamu, seorang bonda
Hidup ini manis, mari kita hirup bersama
Kemanisan sepanjang zaman
Dipenghujung hayat nikmatnya milik kita

Walau ke dunia mana
Kujunjung setingginya hormat rasa
Dirgahayu untukmu, bonda...

Kuala Lumpur


Bukan kerana sambutan ini sahaja, bila-bila masa pun ibu tetap ibu. Kepada semua wanita bergelar ibu anda memang hebat! Kepada yang bukan ibu apa kata ucapkanlah, luahkanlah erti kasih sayang itu. Jangan simpan dalam hati kerana apabila ibu sudah tiada semua itu tidak bererti lagi.

Saturday, April 30, 2005

BERSABARLAH...!
'...memang kita selalu disuruh bersabar tetapi kita selalu rasa tak sabar untuk berterusan bersabar...'

Friday, April 29, 2005

SUDAH DEMAM?
AMBILLAH kesempatan hujung minggu ini untuk mengunjungi PWTC. Pesta buku akan berakhir 2 Mei 2005. Inilah peluang untuk mendapatkan buku-buku yang dihajati dengan harga diskaun. Bagi saya ini juga peluang untuk `menjejak kasih' dengan rakan-rakan sasterawan. Kenalan ketika sama-sama merancakkan dunia puisi, dunia cerpen dan novel dari seluruh Malaysia.

Sekarang bertambah satu lagi agenda baru iaitu berpeluang untuk berjumpa dengan rakan-rakan bloggers. Rasa rapat dan mesra walaupun baru pertama kali berjumpa di alam nyata. Bagi yang memang dah mesra, lagilah kemesraan itu berpanjangan maknanya.

MARI BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN
PESTA BUKU ANTARABANGSA
KUALA LUMPUR
DI PWTC
23 APRIL - 2 MEI 2005
(9 pagi - 10 Malam)

InsyaAllah saya akan berada di PWTC pada hari Ahad ini (tengahari)- bawa sekali anak-anak, sebab dah berjanji dengan mereka. Dia orang ni senang, bagi duit sikit dan lepaskan saja. Kalau sesat dalam dewan tu, call bagi tahu di mana berada. Kebetulan malamnya adalah Annual Staf Party Karangkraf di Hotel Legend. Kebanyakan staf berpakat menginap di Hotel Legend, supaya senang berjalan kaki sahaja ke PWTC.

Wednesday, April 27, 2005

MANAGE THE MANAGER


Pegawai pangkat tinggi
Perangai hodoh
Cantik di mata cuma

* Memang makcik `hangin' sikit pagi ni. Ish dah banyak kali diperingatkan. Hal ini samalah seperti PM selalu mengingatkan semua MB`urus' negeri bukan hanya pandai `jaga' negeri.

Tuesday, April 26, 2005

LUPAKAN SUP EKOR
MINGGU lalu dua kenalan telah menjalani pembedahan jantung. Kedua-duanya di Hospital Pantai, Bangsar. Seorang wartawan masih muda, berusia lingkungan 34 tahun. Empat saluran jantungnya tersumbat dan pembedahan by-pass dilakukan. Empat urat di bahagian betis dan paha telah diambil menggantikan saluran yang tersumbat.

Seorang lagi yang menjalani pembedahan jantung di hospital berkenaan ialah bapa kepada seorang kakitangan kanan syarikat, bergelar Datuk berusia lingkungan 60-an. Sejenis cip dimasukkan ke jantung, sebagai alat yang akan mengaktifkan jantung sekiranya jantung asal tidak berfungsi. Cip ini menggunakan bateri dan akan ditukar dalam masa 10 tahun.

Canggih sungguh teknologi. Canggih sungguh hospital berkenaan. Yang pastinya bil juga melambung tinggi. Saya agak-agak bil bagi bagi dua pembedahan berkenaan menjangkau ratusan ribu ringgit. Alhamdulillah Datuk berkenaan memang berkemampuan. Beliau seorang ahli perniagaan berjaya. Bagi staf, kami dilindungi insurans dan bil rawatan dibereskan oleh pihak insurans. Lega rasa dada kalaulah ditakdirkan menerima nasib sama ...

Mengapa si kawan yang baru berusia lingkungan 30-an menghidapi jantung tersumbat? Saya siasat punya siasat; Rokok? Yes, itu hantu nombor satu. Pemakanan jgua salah satu puncanya.Jauhi sup ekor - sebab itulah yang menjadi minat rakan saya tu! Kerana tuntutan kerja, senaman pun jarang dapat dilakukan. Kami ni senaman jari saja di keyboard.

Seorang kawan berbisik perlahan. Katanya kita ni kerja teruk, gaji banyak tapi bila dah berpenyakit selera makan pun terbatas, nasi hanya boleh sehari sekali itupun sedikit saja, cuma banyak sayur, makan buah sahaja. Lupakanlah pizza, kentang goreng, mi mamak, ayam goreng dan segalanya... Tapi bagi saya sebenarnya kita cari duit banyak bukan untuk diri kita saja tapi untuk anak-anak, untuk generasi akan datang. Betul tak?

Sunday, April 24, 2005

CERITA SEMALAM
PERJUANGAN lima bulan menghasilkan buku khas satu setiap bulan akhirnya tercapai juga semalam. Majlis dirasmikan semalam sempena Pesta Buku Antarabangsa KL oleh Puan Noraini Ahmad, Ketua Pergerakan Puteri Umno Malaysia.

Buku-buku itu ialah:
1. 40 Minggu Nan Indah (PA & Ma)
2. Koleksi Hantaran (Pesona Pengantin)
3. Cabaran Langsing (Rapi)
4. Wanita Muslimah & Kerjaya (Nur)
5. Aneka Kek (Rasa)

Ini tanggungjawab sampingan disamping menerbitkan 32 majalah setiap bulan. Agaknya ini jugalah jawapan mengapa projek novel tertangguh. Sebak rasa dada bila tengok ramai penulis novel di Alaf 21 menayangkan novel baru mereka, saya? Bagilah saya sedikit lagi masa, dah nak siap dah! Ya, tak lama lagi...!

Terima kasih bloggers yang datang semalam - MBA, EP, Zar, Melor, Salina dan Firdaus Ibnu Arif serta Ztt yang datang dari Kuantan, Pahang. Gitu juga pada Mak Andeh yang saya sekat tiba-tiba di tengah lorong di celah-celah gerai buku. Thanks so much semuanya.

Thursday, April 21, 2005

SALAM MAULIDUR RASUL
Semoga Maulidur Rasul tahun ini memberi kita lebih pengertian dalam mengenang berjuta makna di sebalik detik kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad saw.

SALAM TAKZIAH
Beberapa hari lalu ada entri tentang kematian, hari ini saya sampaikan satu lagi berita kematian seorang sahabat yang saya anggap seorang guru bagi saya, Allahyarham Dharmawijaya di Seremban, pagi ini.

Beliau banyak mengajar saya tentang puisi dan teknik penulisan yang baik. Untuk lebih kenal tentang puisi dan nilai beliau terhadap kemanusiaan, silalah baca tulisan sahabat saya, Editor Dewan Sastera, Rozninah Abd Azib tentang Allahyarham Dharmawijaya di sini.

Di Sini Berawal Berakhirnya
Kadang waktu
Reka budimu
Menitipkan goda
Ke siang malamku
Berembun lara

Kadang waktu
Manja mesramu
Menghamilkan dusta
Ke redup mataku
Berkolam duka

Kadang waktu
Murni kasihmu
Menghamparkan gelora
Ke ngeri mimpiku
Berbulan jingga

Di sini budi
Bercerai berkecainya setia
Di sini hati
Berawal berakhirnya cinta

- Dharmawijaya

Tuesday, April 19, 2005

BELASUNGKAWA
Datuk Aziz Ahmad, penerbit dan pemilik Pustaka Antara telah meninggal dunia pagi ini. Pustaka Antara yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman adalah sebuah toko buku yang terkenal dan banyak mengimport buku-buku dari Indonesia. Di sini juga terhimpun banyak kitab-kitab dan buku-buku rujukan tentang agama. Sehingga zohor ini jenazah Allahyarham berada di kediaman beliau di No. 2 Jalan Setia Bistari, Damansara Heights, Kuala Lumpur. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan mereka yang beriman, insyaAllah.

Friday, April 15, 2005

JAWAB KOMEN
Semut: waaa hari nih cite hero ekk kak sri. alhamdulillah dgn adernyer org mcm nih kan kak, keje2 menyelamat akan lebih mudah. Byk pahalanyer tuh insyallah.
Yalah... pahala memang kita cari; tapi Shariman selalu selamatkan bala...

Pak Wattan: Mulia dan berjasanya lelaki yang bernama "Shariman Mohd Radzi", harusnya kita mempunyai hati semulia+nya yang sanggup mengorbankan diri dan memilih kerjaya seberat itu..
Dia cool saja, saja jumpa dia pun kebetulan saja bila dia datang ke pejabat, buat lawatan persaudaraan di sambutan Aidilfitri.

Zaidah; kagum dengan semangat hero kita di entry kali ni.kan ke bagus kalau semua rakyat Malaysia macam beliau, betul tak?
Iya Zaidah... tapi ramai yang fikir lebih 10 kali bila nak selamatkan orang. Eh, takut kereta basah dek darah...

Mely;shahriman?? erm.. baguih btoi org nie.....
Mmg baguih semangatnya. Mely lak?

Ateh: Alhamdulillah... mulia sungguh pekerjaannya. semoga dia sentiasa dilindungi allah dlm menjalankan pekerjaannya...
Betul tu Ateh. Semoga dia diselamatkan setelah dia selamatkan ramai orang.

Amoi; Ahli PBSMM ini memang hebat-hebat belaka. Ini termasuklah Sarul yang kerja kat IPK tuh ...
Bagitaulah akak, siapa dia tu?

Darekampo; kak Sri,
Hero di mata kita...
Bagi dia, 'memang dah kerja saya'...
Dia hero dalam kelasnya tersendiri.

Ya tu memang kerja dia dan jadi tanggungjawab dia. Sedih jugak bila tau pasal RM tiap bulan yang mereka dapat.

Tuesday, April 12, 2005

NYAWA & SHARIMAN


LELAKI yang pernah menjadi cover Majalah Sarina ini, Shariman Mohd Radzi namanya. Adalah beberapa kali kami bertemu, berbual. Dia biasa sahaja cuma agak pendiam. Anak tunggal. Sepatah ditanya sepatahlah dijawab. Dia lebih banyak tersenyum. Sudah berkahwin. Masa kerjanya 24 jam on call. Pekerjaannya? Inilah yang hendak diceritakan.

Anak muda ini ialah pekerja Skuad Penyelamat di Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM). Grup Bermotor dialah yang selalunya sampai awal di tempat kejadian tidak kiralah kebakaran, kemalangan, tanah runtuh dan sebagainya. Rekod pencapaian kerjanya amat membanggakan. Antara lain Shahrimanlah yang mengeluarkan mayat anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Musa Hitam, Carlos Musa semasa kejadian runtuhan Highland Towers dulu.

Dengan badannya yang bersaiz kecil berbanding rakan lain dia juga berjaya meloloskan diri masuk ke lubang kecil menyelamatkan Bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral (B) Tan Sri Ismail Omar, yang merupakan Pengerusi Affin Bank apabila banglo beliau runtuh di Taman Hillview (isteri bekas jeneral itu yang sedang bersembahyang ketika kejadian, terkorban). Banglo itu terletak kira-kira 300 meter dari tapak pangsapuri Highland Towers yang runtuh pada 11 Disember 1993, yang turut mengorbankan 48 nyawa.

Sekali dulu dia turut membantu seorang wanita yang bersalin di dalam bas di Hentian Duta. Wanita itu dalam perjalanan hendak balik bersalin di kampung, di Kedah. Yang terbaru malam tadi, saya melihat kelibat Shariman dan rakan-rakannya di telelvisyen sedang mengangkat sekujur mayat dari timbunan runtuhan rumah di Pulau Nias, Sumatera. Sebelum itu dia dan rakan-rakannya juga turut kelihatan dalam siaran berita di televisyen sedang membantu mangsa-mangsa kejadian tsunami di Banda Aceh.

Dialah Shariman yang saya kenal. Sekarang, bila berlaku saja kecemasan, ternampak saja kejadian kemalangan, runtuhan bangunan, gempa bumi dan tsunami, wajah Shariman yang dulu terbayang di mata...

* Terima kasih kepada Siti Zarinah Hussain, bekas Editor Majalah Sarina yang tolong memberi input ini.

Friday, April 8, 2005

PERFECT - PERFECTION
DALAM diam kerap kali kita menidakkan kenyataan. Contohnya kita kata kita bagus, tetapi sejauh manakah kita bagus? Kita selalu kata kita jujur tetapi benarkah kita jujur sejujurnya? Kita juga selalu kata orang lain buat salah bagaikan kita tak pernah buat silap.

Tidak semua orang perfect dan tidak semua yang perfect itu perfect. Perfection itu subjektif penilaiannya. Tapi mirip-mirip sempurna itupun dah bagus daripada langsung tak sempurna (tak semenggah?).

* Jadual hujung minggu saya - Sabtu ada Bengkel Botani di Garden Cafe Karangkraf anjuran Majalah Impiana- pembaca belajar buat rock garden air terjun. Manakala Ahad ada Pencarian Lelaki Maskulin anjuran Majalah Maskulin di Berjaya Times Square.

Wednesday, April 6, 2005

PELANCARAN KLIK DI ROYAL ALBERT HALL LONDON


Misi KKSB sambil menyelam sambil minum air berjaya. Tahniah kepada team yang pergi - Fir, Anip & Nut. Good job!

Monday, April 4, 2005

TAHNIAH BERGANDA
APABILA mendapat faks daripada Fadzley dengan `tawaran harga patut' ke London membuat liputan konsert Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall London saya terus memanjangkan tawaran itu pada tauke. Akhirnya setelah menyakinkan beliau, tiga orang wakil Karangkraf berjaya turut serta dalam trip ke London. Anif (wartawan), Natrah (jurugambar) dan Firdaus H (Penerbit Eksekutif) terpilih.

Mereka sudahpun berangkat pergi dan hari ini sudah masuk bertugas. Oleh itu Media Hiburan minggu ini dengan plan A `tertunda satu seksyen' akan memaparkan gambar-gambar hebat Siti Nurhaliza mempersembahkan bakatnya di mata dunia. Jadi jangan ketinggalan dapatkan Edisi Khas Media Hiburan ini.

Siapa sangka gadis kampung yang dulunya bersama emak dan bapanya berpeluh-peluh turun naik bas KL - Lipis - KL di Hentian Pekeliling, dia yang pemalu, rendah diri dan selalu diperlekeh kini berjaya menawan industri hiburan dunia. Beliau meneroka bidang yang menjadi minatnya ini tanpa menoleh lagi. Beliau memperbaiki kekurangan, berlatih dan terus berlatih. Kini mahu tak mahu kita mengaku gadis kampung ini telah bergelar jutawan.

Lihat gambar eksklusif dari fotopages Dilla Fahim yang menyaksikan konsert berkenaan. Ada sekeping gambar tu Dilla tulis - the flower was given by Fazley before the concert ended. Ehem ehem!

Tak habis dengan kejayaan di kota London, pulang ke tanahair Siti menerima Kia Optima setelah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian 2004. Tahniah berganda untuk Siti!



* Masih saya ingat bagaimana Siti bersungguh meminta saya mengajarnya membaca puisi di Auditorium DBKL beberapa tahun lalu. "Akak ajar Siti baca puisi, nanti Siti ajar akak nyanyi ya?" Hahaa...saya gelak besar dan berasa amat bangga dalam pelukan Siti malam itu.

* Diam tak diam rupanya Kak Long dan rakan-rakannya dari Kuantan pun berangkat ke London! Wah orang Pahang sokong Siti habis-habisan! Termasuk Sultan dan Sultanah Pahang.

Thursday, March 31, 2005

4 HARI BERLALU
INILAH diari empat hari di minggu terakhir Mac dan dijadikan satu entri. Banyak yang ingin ditulis tapi tak sempat. Kononnya cakap dengan diri, ah kejap lagilah tulis, kejap lagilah... lama-lama lupa ataupun memang tak sempat. Terima kasih dengan panggilan telefon, sms dan email yang bertanya khabar (antaranya Rudy Bluehikari, Mak Andeh, Hazel, PNut, Zt dan ramai lagi). Kot-kot saya tak sihat. Alhamdulillah, setakat ini masih bernyawa hehehe, boleh meneruskan kehidupan dan tanggungjawab. Thanks atas keperihatinan anda semua. Muahhhh...!

ISNIN: Adik-adik dari Kolej Tunku Khursiah dan empat sekolah lain datang bertugas `olok-olok' di Karangkraf sehari suntuk. 40 orang dipecahkan kepada 10 grup. Mereka ada tugasan masing-masing dari mewawancara, merakam gambar, membuat design layout dan mempersembahkan kepada 10 mentor dikalangan editor majalah-majalah di Karangkraf. Kesian pulak pada adik-adik belasan tahun yang kena `bohong'. Sebabnya mereka nak sangat shoot gambar di studio kalau ada artis. Mentor kata hari ini tak ada artis! (Sedangkan di Garden Cafe sana, tengah gamat dengan acara ulangtahun Media Hiburan. Lebih 60 artis tengah sakan dengan games dll.) Sorry dik...!

SELASA: Agak sibuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan iklan muat-turun di majalah-majalah. Surat cinta dari Kementerian Dalam Negeri (Bahagian Penerbitan dan Teks Al Quran) ditatap penuh teliti, buat panggilan telefon, membuat penjelasan dan sebagainya. Banyak majalah di Karangkraf yang ada iklan ini. Semuanya kena dibelek satu persatu. - Hari ini saya ponteng (tunda) kursus!

RABU: Masih lagi uruskan hal-hal Kementerian Dalam Negeri. Hari ini juga mengagihkan surat-surat HRD kepada semua staf, bagi sikit lecture pasal semakan gaji, tahap prestasi, disiplin dsbnya. - Saya ponteng (tunda) kursus lagi!

KHAMIS: Hari ini urusan dengan Kementerian Dalam Negeri masih lagi belum selesai. Sekejap tadi melayan lawatan dari Bintulu, Sarawak dan Puspanita Negeri Selangor. Petang nanti... ada tugas yang menanti.

Sunday, March 27, 2005

TIADA DENGUNG MOTOR MAT REMPIT. TIADA HANGIT ASAP EKZOS
SAYA menghantar entri ini dari Bukit Beruntung diiringi angin dari bukit yang sejuk dan nyaman. Hujan turun agak lebat malam tadi. Cuaca sejuk, dingin mencengkam. Dari pintu belakang yang terbuka luas, angin sepoi-sepoi menerbangkan bau lalang yang baru disabit petang semalam. Sementara dari tingkap di sebelah meja menaip ini angin bukit menampar ke muka, membuatkan saya hampir mengantuk.

Malam tadi bunyi katak dan cengkerik menemani lena. Perbukitan ini mengimbau kenangan di Genting Highlands apabila kilau kemilau kota keriangan ini boleh dilihat sayup-sayup mata memandang di sebelah timur rumah kami. Di sini aman. Damainya mententeramkan. Jauh dari hiruk pikuk Kuala Lumpur sana... Kalaulah hari-hari boleh berada di sini, rasanya saya mesti awet muda!

Monday, March 14, 2005

PULAI MENANGIS SIAPA YANG TAHU...
PELIK bin ajaib difikiran apabila membaca kisah mengenai pokok Pulai atau nama saintifiknya Alstonia Species (SPP) yang mengeluarkan air pada dahan dan daunnya. Saya membuat pelbagai telahan mengenai kejadian di Kampung Bukit Bidang, Selising, Pasir Puteh, Kelantan itu.

Fenomena itu dipercayai berlaku menerusi proses pemeluapan terutama pada musim kemarau kerana air mungkin diserap berlebihan menerusi akar pokok Pokok itu khabarnya sudah berusia lebih 50 tahun dengan ketinggian 15 meter dan ukur lilitnya sepanjang 150 sentimeter (sm) serta bergaris pusat 50 sentimeter.

Sesuai juga dengan usianya mungkin pokok itu mengeluarkan air kerana `menangis' sebab sakit. Daunnya berbintik hitam. Pokok itu sakit tua agaknya... Atau lebih haru lagi mungkin pokok itu menangis sebab terasa kehidupan zaman sekarang ini semakin `kalut' dengan macam-macam perkara berlaku. Atau pokok itu juga mungkin menangis sebab sampai ke tua tak berjodoh...

Tak kiralah pokok itu spesis jantan atau betina. Apakata cuba kahwinkan (tut) pokok tu. Oklah ia agaknya, tidak menangis lagi... Demikianlah adanya tanggapan di luar kotak fikiran saya di tengahari ini.

Thursday, March 10, 2005

GO MUAZ GO...!

Keluarga kakak sulung - Muaz berdiri segak di barisan belakang.
Gambar di Aidilfitri 2004 lalu di rumah Nek Jah & Tok Din.


CUCU sulung Nek Jah (mak saya) dan Tok Din (bapa saya) iaitu Muaz bin Nurdin meneruskan kecemerlangannya apabila berjaya mendapat 11 A dalam peperiksaan SPM yang diumumkan hari ini. Dia belajar di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Kuantan Pahang.

Dan hari ini menurut kakak saya, Muaz naik ke pentas di dewan sekolahnya dengan bangganya. Muaz memang target biasiswa Petronas untuk melanjutkan pelajarannya. Mintak-mintak dia berjaya. Khamis depan dia akan mula menyertai PLKN 2005 musim kedua di Kem Cherating. Tentulah keluarga Kak Long kelam-kabut nak uruskan hal sambung belajar Muaz diketika dia pulak sibuk dengan program latihan PLKN.

Tahun 2005. ini menyaksikan beberapa lagi cucu Tok Din dan Nek Jah menghadapi peperiksaan.

Peperiksaan SPM:
1. Nabila (adik Muaz)

Peperiksaan PMR:
1. Anis (anak saya)
2. Hakimi (anak abang, di Johor)

Peperiksaan UPSR:
1. Anas Iqbal (anak saya)
2. Khalidah (anak abang, di Johor)
3. Muzammil (anak Kak Long di Kuantan)

Apa yang dapat kami sebagai emak bapa lakukan ialah memberikan dorongan kepada anak-anak semoga mereka terus gigih menunaikan tanggungjawab sebagai pelajar. Sebagaimana permintaan, minggu lepas Anas gembira mengikuti progam/bengkel UPSR di Muzium Negara dan minggu ini pula Anis akan mengikuti program yang sama untuk PMR. Hendaknya letih lelah mak bapa pastinya akan berbalas dengan kejayaan anak-anak. InsyaAllah.

Wednesday, March 9, 2005

TEMAN DI MALAM YANG PANJANG
SIKAP - "kita beri apa yang orang tu nak. Bukan kita beri apa yang kita suka nak bagi kat orang tu. Sebabnya belum tentu orang tu nak" (rasanya ayat ni betul).

Sikap ini selalu syarikat kami amalkan. Maknanya jika permintaan tentang sesuatu perkara itu ada (dan banyak, terutama daripada pengiklan) kita akan fikirkan dan realisasikan. Ah... sorry, intro ayat agak berbelit sikit dlm entri kali ni.

Ini berbalik pada komen Sis Yan dan Mal dalam entri semalam yang mahukan majalah tentang `wanita yang tidak lagi muda'. Yes, kami sudahpun submit permit ini ke Kementerian Dalam Negeri dan sudahpun diluluskan tahun lalu. Awal bulan lalu saya pun sudah submit mockupnya dan sudah diterima oleh KDN. Jadi sekarang kami sudahpun melangkah jauh dalam proses menyediakan bahan berkenaan. So Sis Yan dan Mal, sebelum disuarakan hasrat hati tu, saya dah tau apa yang berdetak dalam hati you berdua dan kebanyakan wanita. Covernya mungkin jugak Sis Yan tapi itupun selepas lulus ujian test shoot. Ada sesiapa lagi yang nak masuk dalam list?

Nama majalah tu pun dah ada. Tapi masih rahsia ya. Harapnya majalah ini nanti akan menjadi teman pada malam-malam yang panjang. Siapa kata macam tu? Eh ramai wanita yang cakap macam tu... Ada yang cakap terus terang ada yang merahsiakannya. Orang lelaki yang tak tau tu, silalah ambil tahu.

Monday, March 7, 2005

PROMOSI DUA MAJALAH BARU


Gambar di atas adalah satu lagi produk baru keluaran Kumpulan Karangkraf. Dengan lahirnya majalah ini, kini Karangkraf sudah mempunyai dua majalah yang berbahasa Inggeris selain Traverama. Silalah baca promo tentang majalah RADIANCE HEALTH & BEAUTY ini.

Sementara itu ini adalah promo untuk Majalah JOM yang seratus peratus untuk komik, info hiburan dan dunia games yang ekstrim. Selain JOM, adik beradiknya yang lain ialah KLIK dan G3 yang akan `beranak' tak lama lagi.

Sekarang di pejabat ni, anak saya sudah ada 35 orang. Dan akan beranak lagi... Di rumah, anak saya ada tiga orang tapi yang pastinya tak akan beranak lagi. Muaahhh...!

Friday, March 4, 2005

JANJI MANIS NAN PAHIT
MATA ini macam tau-tau sahaja kena berjaga hingga lewat malam hari ini. Sebabnya banyak sungguh yang tertangguh. Yang paling tertangguh ialah bab novel... Memang saya berhutang dengan janji. Janji nak siapkan novel untuk Alaf 21 seberapa segera memang tak berapa menjadi. Janji nak menyiapkan enovel Jangan Ada Dendam pun masih terhutang.

Maafkan mak...! Harap Abah, Along, Angah, Acik, Eyes, Irwan dan pelaku-pelaku enovel Jangan Ada Dendam tidak berdendam dengan Mak! Begitu juga kepada pembaca Jangan Ada Dendam - janganlah hendaknya ada yang berdendam.

Wednesday, March 2, 2005

KELANGSUNGAN PERJUANGAN
TERIMA KASIH atas kata-kata TAHNIAH yang diucapkan atau yang tak terucapkan. Saya terima segalanya dengan penuh rasa tanggungjawab. Sesungguhnya perjalanan yang sudah lama bermula insyaAllah akan saya teruskan. Saya akan terus gigih melangkah. Saya akan terus nekad membimbing tunas-tunas muda. Saya akan terus berjuang dengan masa. Akan terus bergelut dengan mental dan fizikal serta usia.

1985 - 2005 : 20 tahun di Karangkraf bukan suatu masa yang singkat. Memegang jawatan sekarang sebagai Ketua Bahagian Majalah bukan pula penamat perjuangan. Komitment kini menjadi lebih jitu. Demand terhadap kerja semakin tinggi dan tanggungjawab juga semakin bertambah. Majalah yang tahun lalu berjumlah 27 judul kini akan menjadi 35 judul menjelang Mei nanti. Dan menjelang Disember beberapa judul lagi akan diterbitkan.

Paling menggembirakan Karangkraf juga sudah mendapat permit untuk menerbitkan dua akhbar harian. (Sampai sekarang saya masih menyimpan sms kiriman tauke yang dihantar pada 14 Januari jam 3.38 ptg dalam perjalanan beliau balik dari Kementerian Dalam Negeri). "Our Harian W**i*a permit approved. Letter of approval collected. Alhamdulillah." Ketika sms itu dibacakan pada rakan-rakan di pejabat. Kami serentak menjerit gembira dan terharu...

Dan ibu pejabat di Shah Alam juga akan bertambah satu lagi cawangan di Kelantan (untuk Harian S**a*). Di masa yang sama pejabat yang ada sekarang akan turut membesar ke bangunan sebelah... ya padang bola akan dikorbankan. Hasrat membeli bangunan sebelah kini dalam proses perbincangan.

Semua itu semakin membakar semangat saya bekerja. InsyaAllah dengan sokongan semua pihak, dengan doa keluarga dan harapan seluruh pekerja tidak kira kolar biru atau kolar putih, syarikat akan terus berkembang. Di masa yang sama semua pihak akan mendapat hasilnya, terutama para pekerja yang selama ini begitu gigih memikul amanah.

Kepada anda semua, terima kasih atas segala dorongan dan teruslah memberi sokongan pada kami di Kumpulan Karangkraf.