Saturday, November 23, 2013

ULU YAM DI LIVERPOOL


SAYA memang sudah lama mengenali tuan punulis buku ini, Nazali Noor, Pensyarah Kanan, Universiti John Moores di Liverpool. Blog Abah Najwa memang antara blog yang menjadi ikutan saja pada tahun 80-an hingga 2000 dan kini sudah ditutup, kerana keghairahan orang berpindah kepada facebook, twiter, whatsup, instagram dan sebagainya.

Namun blog Abah Najwa tetap lekat dalam hati. Saya menghubungi Nazali dan memintanya mengemaskini tulisannya dan mengumpulkan bahan-bahan itu untuk dibukukan. Saya tahu dan yakin blog Abah Najwa banyak keistimewaannya.

Dan terbukti! Apabila tulisan ini dibukukan dan dijual dengan tajuk Ulu Yam di Liverpool, naskhah ini sold out. Dan hingga tarikh ini, sebulan setelah diterbitkan kali pertama buku ini sudah diulangcetak untuk kali kedua dengan jumlah yang agak banyak untuk persiapan Pesta Buku Antarabangsa yang akan berlangsung pada 24 Mac 2014 nanti.


Gambar-gambar sekitar pelancaran boleh dilihat di link di bawah. Lihatlah betapa comelnya Ain, yang hebat itu, bagaimana dia boleh menjadi seorang wanita yang berjiwa kental, yang berani meninggalkan kerjayanya dan mengikut suami menerjah bumi United Kingdom.


>>> Berbanyak terima kasih diucapkan kepada Datuk Saifuddin Abdullah, CEO Global Movement kerana sudi melancarkan buku ini di MPH Alamanda pada 23 Nov 2013, jam 3 petang. Buku Biografi Travelog ini amat istimewa, ditulis oleh Nazali Noor, Pensyarah Kanan, John Moores Universiti, Liverpool. Tulisannya ditulis dari hati untuk bacaan pencinta buku.

No comments: