Tuesday, September 27, 2016

LAWAT LOKASI

Hari ini krew produksi drama adaptasi 26 episod Selamat Malam Tan Sri (SMTS) telah meninjau sebahagian lokasi untuk drama ini. Lokasi ini adalah tempat Hanim Hanani bekerja sebagai seorang wartawan kanan sebuah majalah mingguan mengenai wanita.

Bagaimanapun keizinan ini tertakluk kepada budi bicara dan perbincangan bersama pihak pengurusan Kumpulan Media Karangkraf. Mungkin ada lokasi yang dibenarkan ada lokasi yang tidak diizinkan, bergantung kepada sekuriti syarikat.
Antara yang akan muncul di sini ialah Hanim Hanani, Mazuin dan Encik Manan.







Novel oleh: Sri Diah (Alaf 21 Sdn Bhd)

Skrip oleh: Ahmad Saabun 
Terbitan : Iris Intergrated Sdn. Bhd
Pengarah: Raja Mukhriz


26 Septembmer - Kumpulan Media Karangkraf

KERAS HATI

Sunguh keras hati kamu. Keras juga hati suamimu.
>>> Satu keluarga semi bandar sedang menikmati makan malam di gerai terbuka. Pengunjung ramai dan situasi agak sibuk dan bingit dalam panas malam akhir September.
Suami, isteri dan dua anak menikmati set makanan hidangan Siam. Wangi tomyam dan harum ayam bungkus daun pandan sangat menggoda selera.
Anak-anak lingkungan usia tujuh dan tiga tahun sekejap makan, sekejap bermain dan sambung makan semula.
Di satu meja lain seorang wanita pertengahan usia bertubuh kecil, duduk sendirian makan mi goreng berteman air kosong. Tertib dalam kelaparan jam 9.30 malam.
Sekejap tunduk menyuap, menguyah dan sesekali memerhati budak dua orang tadi yang berulang-alik antara meja ibu bapanya ke meja wanita ini.
Pelik. Itulah yang tersimpan di mata saya tapi belum mahu keluarkan dalam bentuk kata-kata.
Sahabat, ya benar wanita itu orang gaji. Dia pembantu rumah, orang suruhan, membasuh pakaian, menjaga anak, mendobi, tukang bersih lantai, bancuh susu, besihkan muntah dan berak anak.
12 jam kamu tinggalkan anak-anak di rumah bersamanya. Untung nasib anak-anak dalam tangan dia. 12 jam dia tanpa tidur. Namun 12 jam anak-anak dengan kamu, termasuk enam jam tidur.
Waktu siang anak-anak berkepit dengannya hingga dia hendak bersolat pun payah. Apabila dia sakit kepala atau demam, anak-anak tetap kenyang dan nyenyak tidur siang.
Mana mungkin kamu boleh pisahkan mereka walau hanya satu jam untuk duduk berasingan meja makan malam. Sebenarnya, duduk makan sekali bukan satu dosa, tidak juga menjijikkan.
Berlembut, dia juga insan. Dan perempuan tudung selebeh itu akan lebih jatuh kasih kepada anak-anak kamu.
Dia adalah kebahagiaan kamu ketika kamu bebas daripada rengek anak-anak semasa sibuk bekerja.
* Perempuan pemerhati.
Menulis sambil sebak.

SELAMAT MALAM TAN SRI (1)


SAIFUL AZAM: Saiful Azam, 28 tahun dibayangkan sebagai figura seorang lelaki yang cukup matang. Dia berdiri sebagai lelaki moden, kaya, terpelajar dan berdikari. 

Dia boleh hidup sendiri tanpa dibayangi ibu bapanya (Tan Sri Rahman Shah dan Puan Sri Rosenita).

Empat tahun belajar dan bekerja di luar negara, dia diminta pulang segera kerana kemalangan ngeri ibunya.

Ketika itulah bermula pertemuan dengan wartawan kanan bernama Hanim Hanani.

Karisma Saiful Azam tergugat. Personalitinya yang suka diam memerhati, menjadi sebaliknya.

Dia berubah drastik. Kesabarannya diuji. Sifat hormatnya dicabar.

Saiful Azam boleh membezakan antara tugas dan perasaan cinta Hanim terhadap bapanya. Dia tidak aneh. Itu lumrah,

Namun dia kecewa kerana Hanim sepatutnya memilih dirinya, bukan memilih bapanya untuk disayangi.

Saiful Azam menjadi lelaki paranoid terhadap bapanya.
Perasaan itu bagaimanapun lebur apabila melihat tubuh kaku emaknya yang masihi terbaring koma.

Ini antara wajah Saiful Azam di mata saya.
Anda bagaimana?

Penulis Novel: Sri Diah
Penulis Skrip: Ahmad Saabun
Drama Terbitan: Iris Intergrated Sdn Bhd 



Akhirnya inilah wajah akhir pelakon yang akan memegang watak sebagai Hanim Hanani dan Saiful Azam. Beberapa pelakon yang dicadangkan sebelum ini tidak dapat memenuhi job ini kerana mereka sudah terikat dengan job lain sehingga Februari 2017.


#novelselamatmalamtansri
#selamatmalamtansri

Saturday, September 10, 2016

SELAMAT M ALAM TAN SRI

HANIM HANANI: Saya meletak harapan tinggi terhadap pelakon yang bakal memegang watak sebagai Hanim Hanani dalam siri adaptadi 26 episod drama Selamat Malam Tan Sri.



Hanim Hanani adalah watak utama novel ini (selain Tan Sri Rahman Shah). Watak wanita dalam usia 26 tahun yang matang. Dia berprinsip. Imejnya lembut tapi tegas, sesuai dengan tugasnya sebagai wartawan kanan.
Sebagai wanita dia juga mahu kasih sayang. 
Dirinya dicintai itu bonus baginya.



Namun dia tidak mahu semurah petik jari. Dia tidak mahu juga terlalu mahal. Dia mahu cinta yang ultimate walau ditakdirkan secara berkongsi.
Ini antara wajah Hanim Hanani cadangan saya.
Anda bagaimana?

SELAMAT M ALAM TAN SRI (2)


HANIM HANANI: Saya meletak harapan tinggi terhadap pelakon yang bakal memegang watak sebagai Hanim Hanani dalam siri adaptadi 26 episod drama Selamat Malam Tan Sri.



Hanim Hanani adalah watak utama novel ini (selain Tan Sri Rahman Shah). Watak wanita dalam usia 26 tahun yang matang. Dia berprinsip. Imejnya lembut tapi tegas, sesuai dengan tugasnya sebagai wartawan kanan.
Sebagai wanita dia juga mahu kasih sayang. 
Dirinya dicintai itu bonus baginya.



Namun dia tidak mahu semurah petik jari. Dia tidak mahu juga terlalu mahal. Dia mahu cinta yang ultimate walau ditakdirkan secara berkongsi.
Ini antara wajah Hanim Hanani cadangan saya.
Anda bagaimana?

Thursday, September 1, 2016

PROSES MENULIS


Jika penulis mengambil masa berbulan-bulan untuk menulis, maka jangan marah jika pembaca hanya mengambil masa dua hari sahaja untuk menyudahkan pembacaan mereka.
Penulisan yang bagus mesti melalui beberapa takah atau proses penerbitan. Mengumpul bahan bukannnya mudah. Hendak melahirkan idea ke dalam penulisan juga sangat payah.
Kemudian proses editing mengambil masa lebih detail. Mencari kesalahan satu persatu, memikirkan logik cerita dan menyusun konti cerita. Mengkaji dan mengkaji apakah feedback pembaca juga satu hal yang payah.
Biasanya re-edit mengambil masa lebih tiga kali.
Betulkan semula. Mesti bekerja rapat dengan designer.
Kepayahan ini langsung tidak membantutkan penulis yang kental jiwanya.
Jangan mengalah. Ini adalah kepahitan yang pasti akan berbalas dengan momen yang manis, apabila tulisan kita diterima oleh pembaca, apalagi jika dipuji-puji 

KATA FIKIR


Menulis adalah seni mengeluarkan kata fikir. 

Menaipnya satu persatu, menyusun daripada patah perkataan menjadi perenggan yang mantap adalah seni yang berdisiplin.

Membaca adalah untuk menyerap ilmu baik.
Menyisih ilmu serong dan mengadunnya masuk ke kotak fikir

Membaca dan menulis - adalah seni logik dan disiplin ilmu 

JATUH CINTA PADA HERO

Bagaimana pula jika pembaca jatuh cinta dengan hero atau heroin dalam cerita? Siapakah yang punya angkara hingga menghanyutkan fikiran pembaca ke lubuk cinta itu 
* Soalan santai saya tetapi besar maknanya bagi penulis - bagaimana kuasa tulisan penulis boleh menjadikan pembaca jatuh cinta dengan hero atau heroin yang sengaja direka sempurna oleh penulisnya.
* Siapa hero anda dan daripada novel atau buku apa?
Taipkan judul bukunya.

PENERBIT PILIH KASIH

Apabila penulis membuat status di facebook mengenai penerbit yang tidak memberi layanan yang mereka mahu, ramai pembaca yang memberi komen. Penulis mahu A, B ,C tetapi penerbit tidak boleh tunaikan. Penulis mahu D, E, F pula dan penerbti tetap tidak dapat tunaikan.
Ada sebab mengapa penerbit tidak dapat penuhi permitaan penulis.
Ada sebab mengapa penerbit tidak memberi komen di facebook
Dunia penulisan dan penerbitan adalah bidang profesional. Untung rugi merupakan perkiraan penting. Setiap sesuatu harus diurus dengan lojik akal dan situasi semasa.
Mari sama-sama kita melihat industri ini jauh ke depan. Bukan bercakap mengenai satu-satu isu pada waktu itu sahaja.

STATUS NOVELIS

Penerbit tidak boleh menjawab secara terbuka status novelis yang tidak puas hati terhadap penerbit. Situasi ini akan menimbulkan rasa tidak selesa dan memberi imej negatif.
Perkara yang membabitkan moral penulis dan etika, tidak perlu diketahui oleh orang luar. Jika penuils ada masalah, inginkan penjelasan dan pembelaan, mereka boleh berhubung dengan penerbit.
Dalam hal ini moral penulis akan terpelihara dengan baik.
Penerbit tidak boleh buka pekung penuils kepada khalayak.
Selagi penerbit boleh tutup, mereka akan pelihara aset peribadi penulis. Ini supaya penulis itu boleh terus hidup dengan penerbit lain pula.

DOSA PENERBIT

Ada tiga dosa (daripada beberapa dosa lain) seseorang penulis yang sukar dimaafkan oleh penerbit:
1. Menghantar manuskrip yang diciplak/dipalagiat
2. Tidak memberitahu kepada penerbit yang baru dia berurusan, bahawa karya itu dihantar juga kepada penerbit lain.
3. Merahsiakan manuskrip itu adalah satu daripada siri lain yang telah diterbit oleh penerbit lain.
* Nanti saya akan terangkan juga dosa-dosa penerbit kepada penulis.
.
.
#sridiahnotes

SEPTEMBER LUKA



Pagi tadi terbaca berita sedih seorang penulis.
Ada penerbit yang sudah tidak mengaku anak terhadap penulisnya. 
Seperti kain baju dikeluarkan dari almari, dilonggok depan rumah. Angkut, bawa pergi.

Penulis berasa dirinya seperti anak tiri, mungkin anak yatim piatu juga.
Sudah banyak nasihat diberikan kepada calon atau bakal penulis. 
Berhati-hati. Terutama kepada penulis muda (muda berkarya, muda usia).
Memang glamor menjadi penulis tapi pedih peritnya, ditanggung sendiri.
Pesan biasa:
- Tengok surat perjanjian penerbitan.
- Lihat klausa mana yang menguntungkan penulis
- Syarikat itu sudah lama atau baru?
- Lihat kredibiliti penerbit.
- Siapa penulis mereka? Bertanya pengalaman mereka.
- Kiraan royalti bukan setakat lihat pada persen. 
- Lihat juga jika buku tidak laku. Wright off bagaimana, buku lupus bagaimana. 
- Buku promosi bagaimana.
- Perjanjian promosi. Iklan. Banner. Backdrop.
- Banyak lagi pesan lain, mahu tahu?

Bertabah. Kak Sri faham perasaan itu.