Friday, January 22, 2016

Retorik


RETORIK dalam berkarya membawa maksud - penggunaan perkataan yang tepat dalam menyampaikan maksud, selain mempunyai falsafah dan matlamat tersendiri.
Dalam karya sastera. pengarang yang mempunyai kemahiran menulis retorik yang baik membolehkan pembaca melalui pengalaman watak dalam karya yang sangat hidup Karya itu segar dengan setiap patah perkataan yang ditulis dan tergambar di mata setiap perlakuan watak yang berlaku.
Siapa yang pernah membaca Srengenge novel Shahnon Ahmad, pasti faham maksud saya ini. Mempunyai bahasa yang hidup, betul dan tepat. Karya itu sampai kepada hati dengan berkesan.
Bagi saya, pengarang masa kini mempunyai bakat menulis, namun jika diindahkan lagi dengan penggunaan bahasa retorik yang baik akan menjadikan karya itu lebih bermutu. Saya saran penulis belajar ilmu retorik untuk menulis dengan lebih baik.


* Dari majlis diskusi buku RETORIK - Yang Indah Itu Bahasa tulisan Dr Anis Amida Abdul Hamid: Beliau adalah Bekas Pensyarah Ilmu Falsafah Universiti Malaya dan ASWARA. Beliau mempunyai Sarjana Falsafah dari Universiti Misconsin-Madison, Amerika Syarikat. Beliau juga kerap dilantik menjadi ketua juri dalam sayembara penulisan.

* Sebenarnya perkataan Retorik yang disebut-sebut hari ini adalah salah daripada makna sebenar perkataan retorik. Kata Retorik hari ini membawa maksud negatif, sedangkan Retorik yang sebenarnya membawa maksud positif.

No comments: