Friday, January 22, 2016

Retorik


RETORIK dalam berkarya membawa maksud - penggunaan perkataan yang tepat dalam menyampaikan maksud, selain mempunyai falsafah dan matlamat tersendiri.
Dalam karya sastera. pengarang yang mempunyai kemahiran menulis retorik yang baik membolehkan pembaca melalui pengalaman watak dalam karya yang sangat hidup Karya itu segar dengan setiap patah perkataan yang ditulis dan tergambar di mata setiap perlakuan watak yang berlaku.
Siapa yang pernah membaca Srengenge novel Shahnon Ahmad, pasti faham maksud saya ini. Mempunyai bahasa yang hidup, betul dan tepat. Karya itu sampai kepada hati dengan berkesan.
Bagi saya, pengarang masa kini mempunyai bakat menulis, namun jika diindahkan lagi dengan penggunaan bahasa retorik yang baik akan menjadikan karya itu lebih bermutu. Saya saran penulis belajar ilmu retorik untuk menulis dengan lebih baik.


* Dari majlis diskusi buku RETORIK - Yang Indah Itu Bahasa tulisan Dr Anis Amida Abdul Hamid: Beliau adalah Bekas Pensyarah Ilmu Falsafah Universiti Malaya dan ASWARA. Beliau mempunyai Sarjana Falsafah dari Universiti Misconsin-Madison, Amerika Syarikat. Beliau juga kerap dilantik menjadi ketua juri dalam sayembara penulisan.

* Sebenarnya perkataan Retorik yang disebut-sebut hari ini adalah salah daripada makna sebenar perkataan retorik. Kata Retorik hari ini membawa maksud negatif, sedangkan Retorik yang sebenarnya membawa maksud positif.

Ujian Leka


Jika kita bahagia dan hidup selesa, 
bukan kerana Allah sayang sangat kepada kita. I
tu adalah ujian LEKA

Jika ada yang susah dan sempit hidup 
itu bukan kerana Allah murka mereka. 
Itu adalah ujian SABAR dan USAHA

* Hujung minggu datang tidak pernah engkar. 
Tiada yang aneh. Bumi tetap pada paksinya. 
Jika ada yang berubah adalah hati kita yang selalu terlupa untuk bersyukur.
Maafkan kami Ya Allah.

Syukur & Arnab




Perempuan dan Pipa


Langit Terbuka


LANGIT TERBUKA:

Selasa ini tidak seperti Jumaat
Hari ini kita hadap fasa petang dengan rapi
Sambil melipat malam dengan rinci

Pada langit terbuka
Dan bumi panas terperi
Kita berlari mengejar hari
Tidak usah menoleh kelmarin
Hari berganti kita kian ke lapis tua

Sri Diah
Shah Alam

Portal Ilham


Zaman menghantar manuskrip yang tebal beratus hingga beribu muka surat sudah berlalu. Kini pengarang tidak perlu buat semua ini melainkan diminta oleh Editor.

- Kos cetak sudah mahal.
- Kos pos juga mahal.
- Ruang penyimpanan terhad kerana setiap inci ruang pejabat ada kosnya.

Sudah lama kami wujudkan Portal Ilham dan ramai penulis berjaya menerbitkan buku mereka melalui portal ini. Kerja lebih efisyen, tugas mengarang lebih mudah dan tugas Editor lebih tersusun.

Tulisan di Portal Ilham juga sebagai satu garis penentu sejauh mana penulis itu menaikkan rating penulisan dan menggunakan skil promosi karya. Penulis boleh lihat sendiri sama ada tulisan itu boleh laku dalam pasaran atau tidak.

Gunakan portal ini sepuasnya. Percuma.
Kami jaga sekuriti tulisan anda. Di portal itu pembaca;
- Tidak boleh click right
- Tdak boleh copy paste
- Tidak boleh dicetak.

Yang penting jangan lupa password! smile emoticon

Ini contoh tulisan di Portal Ilham.>>> PORTAL ILHAM <<<

Thursday, January 14, 2016

Ujian Leka


Jika kita bahagia dan hidup selesa, bukan kerana Allah sayang sangat kepada kita. Itu adalah ujian LEKA

Jika ada yang susah dan sempit hidup itu bukan kerana Allah murka mereka. Itu adalah ujian SABAR dan USAHA.

* Hujung minggu datang tidak pernah engkar. Tiada yang aneh. Bumi tetap pada paksinya. Jika ada yang berubah adalah hati kita yang selalu terlupa untuk bersyukur. 

Maafkan kami Ya Allah

SISWA LAPAR?



Saya tidak tahulah penulis lain... tetapi saya ketika belajar, sangat selesa dengan duit bayaran honororium hasil penulisan saya. 

Ketika berusia 18 tahun saya sudah mula menyimpan duit honororium daripada penulisan surat-surat pembaca, puisi, pantun dan berita pendek di akhbar-akhbar dan majalah ketika itu.

Bayaran surat pembaca, puisi, pantun atau cerpen tidaklah banyak. Namun apabila tersiar dalam beberapa majalah atau suratkhabar serentak dalam satu-satu masa, RM yang diterima dikira banyak.

Jika sebulan boleh dapat RM150 ke RM200 pada tahun 1980-an, itu sudah dikira mewah.

Kemudian apabila usia menginjak 20-an saya lagi ligat menulis. Ketika itu bayaran mula meningkat apabila tersiar dalam akhbar-akhbar mingguan yang berbeza, selang seminggu atau dua minggu.

Ketika itu ada banyak akhbar mingguan - antaranya Mingguan Tanahair, Mingguan Utara, Mingguan Timur, Mingguan Sukan, Mingguan Perdana, Watan dan beberapa akhbar lain selain akhbar utama, Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan Utusan Zaman.

Selepas itu saya juga sudah berani menerjah majalah-majalah yang bayarannya lebih tinggi berbanding akhbar mingguan.Jika mendapat slot novel bersiri di akhbar dan majalah arus perdana, itu sudah dikira bonus!

Ya, itu adalah pendapatan senyap. Dalam diam-diam saya mula menulis novel pula. Dengan menulis novel pendapatannya lebih lagi. Sejak itu, saya tidak menoleh... saya jalan terus!

RM itu sangat membantu perbelanjaan sehari-hari. Malah saya sudah boleh memberi pula sedikit kepada emak untuk kegunaan keluarga, padahal saya masih belajar ketika itu.

Ya, antara hendak dengan tidak! Siswa dan siswi tolong jangan manja.
Ada banyak cara untuk dapat duit. Yang penting jangan malas. Jangan banyak alasan!