Monday, August 3, 2015

Mataku Sakit

Gambar hari Jumaat 31 Julai 2015
Ini bukan berita mengenai sakit mata - tetapi ialah berkenaan mata sakit. Entahlah. Saya tidak tahu apa puncanya. Bangkit dari tidur pada pagi Jumaat itu saya melihat di cermin, mata saya menjadi merah begini. Terkejut.

Saya fikri semula apa-apa yang memudaratkan  mata yang telah saya lakukan (kalau ada) beberapa hari sebelum kejadian mata merah begini. Tiada. Tidak terhantuk, tidak tercedera, tidak terkena benda tajam atau benda tumpul. Tidak.

Hati sangat berdebar. Saya takut jika ini semakin memudaratkan mata saya. Tengah hari itu juga saya membuat temu janji dengan doktor pakar di klinik pakar mata swasta. Dan petang itu juga saya hadir untuk temujanji bersama doktor.

Doktor kata ini bukan penyakit berjangkit. Ini juga bukan sindrom apa-apa yang serius. Katanya urat mata saya bengkak dan kembang, menyebabkan pengaliran darah yang banyak ke urat-urat dalam mata. Tanda merah itu adalah tompokan darah yang membeku.

Gambar hari Isnin 2 Ogos 2015
Doktor jelaskan juga tanda tompokan darah itu akan surut dalam masa dua tiga hari. Saya lega jika benar tompokan darah itu tidak merbahaya - saya bimbang manalah tahu mungkin salur darah pecah (?)

Hari ini (gambar di atas) adalah hari Isnin. Ini bermakna sudah empat hari sindrom ini berlaku terhadap mata saya. Keadaannya masih tidak berubah.

Ya... saya mula risau. Harap-harap perkara buruk tidak berlaku terhadap mata saya. Saya juga sudah membuat pemeriksaan mata untuk meningkatkan power cermin mata saya. Bacaannya semakin bertambah, terutama untuk mata kiri.

No comments: