Thursday, May 1, 2014

Buang 270,000 Tan!


FAKTA 
RAKYAT MALAYSIA 'BUANG' 270,000 TAN MAKANAN SETIAP KALI RAMADAN!

1) Setiap tahun untuk tempoh sebulan Ramadan, rakyat negara ini membuang 270,000 tan makanan yang 'tidak diusik' dan boleh dimakan semula.

2) Berdasarkan perkiraan itu, jumlah makanan tersebut boleh dihidangkan kepada 180 juta orang, enam kali ganda melebihi populasi negara ini iaitu 27 juta.

3) Jika disusun longgokan makanan yang boleh dimakan, ia bersamaan dengan ketinggian 30 buah bangunan KLCC. Ketinggian KLCC ialah 452 meter.

4) Secara purata setiap hari pada bulan Ramadan sebanyak 9,000 tan makanan dibuang dan ia menjadi satu kebimbangan terhadap budaya pembaziran masyarakat negara ini.

5) Setiap 9,000 tan makanan itu boleh dihidangkan kepada enam juta orang.

6) Punca utama berlakunya pembaziran makanan lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan disebabkan perkhidmatan bufet yang disediakan oleh setiap hotel dalam jumlah yang banyak. / BERNAMA

(sumber dari Solid Waste And Public Cleansing Management Corporation (SWCorp)

No comments: