Saturday, April 14, 2012

YA ALLAH, IZINKAN AIR MATA INI MENGALIR

* 14 April 2012 - Al Fatihah buat sahabaat kita Mn Fija atau nama sebenarnya Fariza Mohd Noor yang telah pulang ke rahmatullah jam 12 malam tadi. Kansernya telah merebak ke otak. Beliau meninggalkan 5 orang anak termasuk adik Damia yang menjalani pembedahan jantung tahun lepas. (Damia pengidap Chronic Rheumatic Heart Disease). Semoga roh Fija aman sejahtera dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman di negara abadi.... amin.

Saya siarkan sedikit catatan hati arwah yang saya ambil daripada fbnya; Sepatutnya 25 tahun yg lalu saya ke sana, tapi keluarga kata saya terlalu muda, bila berkahwin, suami pula kata anak2 masih kecil, bila anak-anak dah besar sikit suami kata, tunggu dia pencen...

Akhirnya saya jatuh sakit, saya tanya mereka bila saya akan kesana... Doktor pula kata tunggu rawatan kemo & radio selesai.... Bersama tongkat & anak kedua saya mendaftar ke TIRAM TRAVEL. Suami marah juga memandai daftar nama dia tanpa pengetahuannya...

Namun kini dia bercita2 utk membawa anak2nya kesana pula... jika diizinkan Allah swt. Insyaallah saya akan berusha mendoakannya... Saya terharu akhirnya hajat utk membawa 4 helai jubah yg dibeli kainnya dari P.Langkawi tercapai juga dalam penantian selama 25 tahun.

Paling teruja saya dapat berdoa di Hijir Ismail,  di Dinding Mustajab. Berdiri di atas tangga pintu kaabah, mencium Hajarul Aswad, menyusur mengelilingi kain Kaabah. Begitu juga di Raudhah.

Alhamdullillah. Subhanallah, Allahhuakhbar.Tanpa iringan doa doa semua rakan2 & keluarga tak mungkin saya dapat nikmat rahmat Allah swt seperti itu. - 28 March 2011 at 18:23
Mn Fija : Bila pertamakali berada di tempat rak letak kasut di luar pintu Masjidilharam, air mata sudah mengalir, dengan tiba2 sebak terharu sangat... Itulah pengalaman pertama saya... seawal menatap Kaabah, ditunjukkan oleh suami saya juga sebak... Di sana saya lupa urusan dunia, jika boleh saya mahu 24 jam dalam Masjidilharam menatap & beribadat di hadapanNya... tetapi saya ada suami yg mesti diutamakan.....

Kerana selalu teringatkan sabda Nabi Muhammad saw. "Jika dibolehkan sesama manusia ini disembahkan, orang pertama yg disuruh sembah ialah suami."

Wahai Tuhan yang Maha pengasih lagi maha mengasihani... Pasti Engkau telah ampunkan dosanya. Pelihara dia daripada siksa kubur Ya Allah. Aman damaikan dia di sana, tempatkan dia di Taman SyurgaMu.

3 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Sri Diah,
takziah buat keluarga allahyarhamah Fiza... al-fatihah untuknya, moga rohnya aman bertemu dengan pencipta-Nya.
Sala kenal dari Amie, follow sini ye

Sri Diah said...

W'alaikumsalam dan salam kenal Amie, arwah seorang yang tabah, terlalu banyak dugaan yang ditempuhnya. Kami kenal sejak sama-sama jadi wartawan lebih kurang 28 tahun lalu. Semgoa rohnya aman di sana...

Rheumatic Heart Disease said...

Semoga arwah beliau diterima Yang Maha Esa,amien.