HAL AMAH...
KADANG-KADANG saya teringin mahu ada amah semula. Ya Bibik. Orang Gaji. Pembantu Rumah. Apa lagi panggilan yang selalu dipanggil pada mereka?
Saya mula ada pembantu rumah dari Bagan Si Api Api Indonesia. Ini bermula sejak sepuluh tahun lalu. Ketika itu anak sulung berusia 18 tahun, yang kedua 8 tahun dan yang bongsu 6 tahun. Memang memudahkan banyak perkara. Saya juga mempunyai banyak masa lapang untuk urusan sendiri.
Kemudian apabila berlaku perangainya yang tak baik. Saya yang baik ini pun menjadi majikan yang selalu naik angin. Maklumlah apabila kita tak ada di rumah dia bawa lelaki masuk rumah kita. Tak tahulah apa yang dia lakukan semasa ketiadaan kita dengan lelaki asing... Kemudian dia kami berhentikan.
Saya susah sedikt. waktu itu. Tak mengapa asal hati tidak sakit. Kemudian apabila berpindah ke Shah Alam dan rumah semakin besar, dua tingkat dan anak-anak perlukan lebih perhatian, mula memikirkan patut ada pembantu rumah.
Yes! Saya mendapat pembantu yang bagus. Alhamdulillah. Dia berasal dari Pekan Baru, Riau Indonesia. Rajin dan pandai serba serbi. Saya amat puas hati. Namun hanya lima tahun, apabila dia mahu balik ke kampung dan berkahwin atas arahan orang tuanya.
Kemudian datang pula dari Aceh. Ini juga tidak lama kerana perangainya agak malas, suka menjawab, selalu bangun lambat, tidak pandai memasak. suka tengok televisyen dan suka tidur. Aduh... yang ini memang memeningkan kepala.
Saya juga ada pengalaman pahit apabila seorang pembantu rumah dari Kuching Sarawak berbohong mengatakan mahu balik melawat emaknya yang baru bersalin tetapi dia terus hilang tanpa berita. Lebih buruk apabila dia meninggalkan hutangnya dengan jiran... saya yang kena bayar hutangnya itu!
Sekarang? Tak mengapalah tidak ada pembantu rumah... Memang payah, agak penat dan banyak kerja kena lakukan sendiri. Bagi saya itu saya sanggup lalui, yang penting hati saya tidak sakit!
Wednesday, March 28, 2012
Tuesday, March 27, 2012
PERTEMUAN MANIS DI UNIVERSITI MALAYA
Bertahun-tahun, saya seperti fobia untuk masuk ke pekarangan Universiti Malaya. Tapi sampai bila? Akhirnya saya kumpul kekuatan dan menerjah kampus itu. Kini Universiti Malaya kembali menjadi lokasi ulang alik saya menimba ilmu dan mengutip pengalaman.
Ini adalah gambar saya bersama rakan-rakan dalam salah satu sesi anjuran Persatuan Editor Malaysia. Saya hadir hari itu untuk memberikan ceramah mengenai penyuntingan naskhah kreatif. Esoknya pula adalah Mesyuarat Agung Persatuan Editor Malaysia.
Monday, March 26, 2012
Semua soalan sudah bocor...!
Nasihat Kubur Kepada Manusia
•✿ Aku adalah tempat paling gelap..maka terangilah aku dengan Tahajud ツ
•✿ Aku adalah tempat paling sempit..maka luaskanlah aku dengan bersilaturrahim ツ
•✿ Aku adalah tempat yg paling sepi..maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca Al Qur'an ツ
•✿ Aku adalah tempatnya binatang2 yg menjijikan..maka racunilah ia dengan amal sedekah ツ
•✿ Aku adalah tempat munkar dan nakir bertanya..maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyak mengucap kalimat LAILAHAILLALLAH ツ
•✿ Aku adalah tempat paling sempit..maka luaskanlah aku dengan bersilaturrahim ツ
•✿ Aku adalah tempat yg paling sepi..maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca Al Qur'an ツ
•✿ Aku adalah tempatnya binatang2 yg menjijikan..maka racunilah ia dengan amal sedekah ツ
•✿ Aku adalah tempat munkar dan nakir bertanya..maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyak mengucap kalimat LAILAHAILLALLAH ツ
Sunday, March 25, 2012
DIA YANG HEBAT...!
Saya tidak menyangka telah berlaku pertemuan bersejarah antara saya dan suami bersama denganTuan Tuah Johari Atan, seorang Lawyer Hebat dan pejuang kepentingan OKU pada hari ini.
Sememangya sejak dulu saya selalu mengikuti perkembangan beliau sejak beliau menjadi penuntut di Universiti Malaya - semuanya melalui berita-berita di dalam akhbar dan menerusi televisyen.
Malam sebelum pertemuan itu, saya ada mengirim pesanan melalui FB kepada beliau mengatakan saya akan berada di Melaka pada 24 dan 25 Mac 2012 kerana memberi ceramah penulisan kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaya dan berhajat untuk berjumpa dengan beliau jika beliau tidak keberatan.
Alhamdulillah hajat saya tertunai, beliau mundul di sekolah berkenaan tepat pukul 9.00 pagi. Alhamdulillah, perkenalan di dunia maya akhirnya menjadikan kami bertentang mata, berbual dan mengenali isteri beliau.
Saya kagum dengan semangatnya. Saya bangga dengan kecekalannya meneruskan perjuangan hingga berjaya dalam pendidikan dan seterusnya berjaya juga dalam kerjayanya sebagi seorang penguam.
Sesungguhnya, pertemuan bersama beliau merupakan satu kenangan paling berharga bagi saya. Terima kasih Tuan Tuah Johari Atan. Saya bangga menjadi salah seorang sahabat tuan!
Saya tidak menyangka telah berlaku pertemuan bersejarah antara saya dan suami bersama denganTuan Tuah Johari Atan, seorang Lawyer Hebat dan pejuang kepentingan OKU pada hari ini.
Sememangya sejak dulu saya selalu mengikuti perkembangan beliau sejak beliau menjadi penuntut di Universiti Malaya - semuanya melalui berita-berita di dalam akhbar dan menerusi televisyen.
Malam sebelum pertemuan itu, saya ada mengirim pesanan melalui FB kepada beliau mengatakan saya akan berada di Melaka pada 24 dan 25 Mac 2012 kerana memberi ceramah penulisan kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Perempuan Melaya dan berhajat untuk berjumpa dengan beliau jika beliau tidak keberatan.
Alhamdulillah hajat saya tertunai, beliau mundul di sekolah berkenaan tepat pukul 9.00 pagi. Alhamdulillah, perkenalan di dunia maya akhirnya menjadikan kami bertentang mata, berbual dan mengenali isteri beliau.
Saya kagum dengan semangatnya. Saya bangga dengan kecekalannya meneruskan perjuangan hingga berjaya dalam pendidikan dan seterusnya berjaya juga dalam kerjayanya sebagi seorang penguam.
Bagi saya jika beliau yang OKU kedua belah kaki dan pada tangannya, boleh berjaya dalam serba kekurangan fizikalnya, bagaimana pula bagi mereka yang cukup sempurna? Ya... jangan hidup dalam alasan demi alasan...!
Tuan Tuah juga tidak keberatan untuk bergambar bersama pelajar-pelajar SMKTPM yang turut terkejut dengan kehadiran beliau. Semoga semangat dan kecekalan beliau akan menyerap ke dalam diri adik-adik di SMKTPM.Sesungguhnya, pertemuan bersama beliau merupakan satu kenangan paling berharga bagi saya. Terima kasih Tuan Tuah Johari Atan. Saya bangga menjadi salah seorang sahabat tuan!
Saturday, March 24, 2012
ADIK-ADIK YANG BERBAKAT DAN PENUH SEMANGAT
Jemputan untuk mengadakan Bengkel Penulisan di Sekolah Menengah Tinggi Perempuan Melaka (SMTPM) telah saya sahkan sebulan sebelum tarikhnya menerusi seorang sahabat baik, Hajah Ana Razak. Bengkel ini diadakan atas anjuran Alumni SKTPM.
Saya memang suka dapat berjumpa dengan pelajar untuk berkongsi ilmu yang ada. Itu adalah antara niat penting saya bersetuju dengan tawaran ini. Saya teruja. Saya mahu luahkan segala ilmu yang saya simpan dalam dada. Semoga dengan cara itu saya dapat mencipta lebih ramai lagi barisan pelapis dunia penulisan.
* Emak adik ini menyimpan semua novel saya. Terharu rasanya apabila dia beritahu emaknya nak sangat berjumpa saya tapi tak boleh... sebab sedang menjaga bapanya yang sakit :( Mereka tinggal di Peringgit.
Saya ditemani suami. Kami menginap di Ayer Keruh De Village, lokasi yang kerap kami tempah setiap kali jika ada apa-apa aktiviti di bandaraya bersejarah itu. Anak-anak juga suka di sini sewaktu mereka kecil dulu kerana kolam renangnya betul-betul menghadap bilik.
Bengkel penulisan dua hari ini saya bahagikan kepada beberapa genere. Hari Jumaat untuk bengkel penulisan berita dan rencana. Who, What, Where, When dan How (5 W 1H). Ini termasuk latihan praktikal individi dan juga latihan berkumpulan. Kemudian para pelajar mempersembahkan hasil tulisan mereka.
Bengkel pada hari Sabtu pula adalah khusus untuk penulisan cerpen dan juga penulisan novel. Ini juga diterangkan dengan jelas mengenai pembinaan watak, plot bercerita, dialog dan juga konsep keseluruhan cerpen dan novel. Kemudian pelajar juga diminta mempersembahkan hasil tulisan mereka.
* Ini adalah antara cara saya mengajar mereka membina watak-watak dalam karya mereka.
Sampai sekarang saya masih berhubung dengan para pelajar - kerana mereka mengirim tulisan-tulisan mereka menerusi emel dan meminta saya membetulkan tulisan-tulisan mereka. Saya lakukan ini peringkat demi peringkat... semoga mereka berjaya menjadi penulis yang hebat suatu hari nanti.
>>>> Lebih banyak gambar-gambar (DI SINI)
Tuesday, March 20, 2012
Monday, March 19, 2012
Maafkan Aku Allah!
Ya Allah... maafkan hamba-Mu ini...
Bayangkan, malam ini anda tidur dan esok tidak bangun semula
Bagaimana dengan dosa-dosa anda pada hari semalam?
Bagaimana hutang-hutang anda yang belum berbayar?
Bagaimana dengan rakan-rakan yang anda telah khianati dan calar hatinya?
Bagaimana semua itu, jika anda tidur dan esok tidak bangun?
Pernahkah anda, sebelum melelap mata bermuhasabah sebentar apa yang anda lakukan sepanjang hari?
Atau anda tidur dengan keyakinan seratus peratus yang anda akan bangun keesokan harinya lalu berkata dengan sombongnya... "ah, esok-esoklah taubat pada semua itu..."
Sunday, March 18, 2012
Saturday, March 17, 2012
Kata-kata ini ingin sangat keluar dari rebung kata. (Kena segera catatkan di sini, bimbang lupa)
> Sayang, kita disimbah langit cemerlang hari ini, bagaikan di situ ada dua mentari bercanda!
Okey saya indahkan lagi...
> Sayang, kita disimbah sinar cemerlang hari ini bagaikan di langit ada dua mentari sedang bercanda.
Hidup bersuami isteri bagaikan api dan air.
Ada masa api menghangatkan namun ada ketika,
menjadi air yang menyejukkan.
WANITA HEBAT UNTUNGLAH LELAKI :)
SRI DIAH
Wanita yang selalu yakin, ada sifat mudah berjenaka, penampilan menarik dan tidak bergantung kepada lelaki adalah antara ciri wanita yang digemari lelaki. Pasangan lawan jenis itu akan selalu mencari-cari sifat begini pada teman wanita mereka, pada isteri dan rakan sepejabat atau teman luar pejabat.
Dalam empat ciri ini apakah ada salah satunya dimiliki oleh pasangan kita? Jika keempat-empat sifat ini ada pada pasangan, anda sudah dikira beruntung. Wanita yang mempunyai keyakinan yang tinggi, bijak dan pantas bertindak akan memudahkan banyak urusan.
Merupakan satu bonus sekiranya kita mendapat teman wanita yang ada sifat suka berjenaka, tidak lokek senyuman dan ada fikiran luar biasa untuk menarik orang lain lebih rapat kepadanya. Ironinya di sini, ramai lelaki pula tidak sukakan wanita yang selalu mendesak.
Tiada siapa menggemari wanita yang lembik, yang tidak ada keyakinan diri, tidak ada sifat suka mencuba dan lebih buruk lagi wanita yang suka bergantung kepada orang lain. Namun awas, jangan terlalu yakin kerana akan menjengkelkan lelaki pula.
Ramai lelaki tidak suka dengan air mata wanita. Itu adalah senjata paling tajam, kadang-kadang payah untuk dikendalikan. Air mata wanita ialah bahasa yang sukar untuk diterjemahkan. Ada pro dan kontra, ada negatif dan positif. Namun sebenarnya ramai yang berpendapat, itu lebih merujuk kepada sikap ego.
Cuba perhatikan sedikit penemuan tentang seorang wanita; kata–kata pertama ialah - Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menongkat dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan rasa nyaman.
Kedua, Aku memberikan dia kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang sering kali datang daripada anak-anaknya.
Ketiga, Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap teguh ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan serta kelelahan tanpa mengeluh.
Keempat, Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.
Kelima, Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.
Keenam, Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang-kala menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu.
Kecantikan seorang wanita bukanlah daripada pakaian yang dikenakannya, susuk yang dia tampilkan, atau bagaimana dia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat daripada matanya, karena itulah pintu hatinya - tempat di mana cinta itu ada.
Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya.
Perempuan mempunyai sembilan emosi dan satu akal. Emosi yang terkumpul banyak ini, membentuk peribadi seseorang wanita yang ketara kelembutannya, kasih, bertimbang rasa dan menghargai orang di sekelilingnya. Semua ini dengan dibekalkan sedikit air sakti itu.
Pakar klinikal menyatakan daya tumpuan akal seseorang wanita banyak dipengaruhi oleh emosi sama ada ia memberi kesan baik ataupun buruk. Emosilah yang membentuk keperibadian seorang gadis, wanita dan ibu.
Seperti emak kita yang pernah menangis, adalah dikatakan tangisan gembira seorang ibu itu boleh memadamkan api neraka kelak. Bagaimana pun jika tangisan itu adalah tangisan kecewa seorang ibu?
Dalam suka atau duka, selalulah ingat ayat ini; Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatu pun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur. (Surah Al-Nahl : 78).
Kata ustaz, selalulah kita berdoa… Ampunilah dan kasihanilah ibu hamba Ya Allah, isteri, anak-anak perempuan, saudara-saudara perempuan dan wanita-wanita Mukminat yang masih hidup mahupun tiada. Amin.
(LINK DI SINI)
Thursday, March 15, 2012
MAAFLAH, MOOD MARAH SIKIT HARI INI :(
Aku tidak akan cair dengan pujianmu dan aku juga tidak akan rentung dalam kejianmu...
Tuesday, March 13, 2012
As-Salam Mak... Abah
Untukmu kasih yang tidak terperi...
Untukmu rindu yang tidak bertepi...
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين , الرَّحمـنِ الرَّحِيم , مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين , إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
Untukmu kasih yang tidak terperi...
Untukmu rindu yang tidak bertepi...
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين , الرَّحمـنِ الرَّحِيم , مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين , إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين
Reda Allah terletak pada reda mak dan abah :)
Sedekahkan doa kepada mereka yang telah pergi semoga rohnya aman di negara Abadi.
Jika masih ada mak dan abah, kunjungi mereka hujung minggu ini.
Untuk hari ini... telefonlah mereka. Sekarang!
Friday, March 9, 2012
Monday, March 5, 2012
Saya dulu-dulu .
Agak-agaknya kalau terjumpa di jalan...
kenal tak dengan perempuan gempal gebuss bertudung dan berbaju biru ini :)
Sunday, March 4, 2012
Sebahagian keluarga kami :
- emak, kakak, abang, ipar, adik beradik, anak-anak
dan anak-anak saudara
Semasa solat di Masjidilharam, saya belajar bahawa dalam usaha mengejar fadhilat, jangan sesekali mengabaikan rahmah (kasih sayang, toleransi, silaturrahim). Hubungan ini, yang paling penting dan menjadi keutamaan ialah bersama adik beradik terlebih dulu, kemudian dengan keluarga sebelah suami atau isteri, kemudian rakan-rakan, jiran-jiran dekat dan sahabat jauh...
Thursday, March 1, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)