MINGGU lalu kebetulan saya dapat off kami anak beranak ambil keputusan hendak tengok wayang sahaja. Dua filem jadi pilihan. Pertamanya `Congkak' dan yang kedua filem 'Forbidden Kingdom'. Sebenarnya saya memang hendak tonton kedua-duanya... tapi ada pro kontranya. Selainnya tentulah tak larat untuk duduk dalam panggung lama sangat, saya memilih filem lakonan Jet Li dan Jackie Chan. Kedua-duanya hero saya.

Macamana? Soalan saya pada suami tentang Jet Li dan Jackie sebaik keluar panggung, setelah dihenyak dek adunan muzik dan latar belakang filem itu yang amat cantik, menarik dan hebat. "Best. Tapi tak suka Jackie dalam aksi lompat dan terbang. Jet Li lainlah, dia memanf sifu kung fu." Betul juga. Ada beberapa scene, saya lihat oleh kerana nak imbangi lagak kung fu Jet Li, ada masa tertentu Jackie gunakan khidmat stunt man.

Maaflah bukan tak suka Congkak. Tapi sebenarnya hari itu niat menonton adalah untuk enjoy. Saya tak mahu diburu takutkan hantu apabila terpaksa balik memandu ke rumah bersendirian di tengah-tengah malam terutama bila malam Jumaat dan dalam hujan renyai...
No comments:
Post a Comment