GELOMBANG - DAN LAUT PASANG PENUH!
RAMAI bertanya mengapa saya biarkan lama sangat first page blog ini dengan wajah Tuk Guru? Eh bukankah wajah itu nampak aman, damai dan tenteram - sejuk mata memandang.
Memandangkan di luar sana tengah kelam kabut. Ada ombak kuat, bahkan ada yanag sudah bah besar, saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Ramai yang hendak letak jawatan. Ramai yang memberontak nama tidak terpilih jadi Menteri Kabinet. Ada yang ugut mahu lepaskan kerusi masing-masing yang dimenangi dalam PRU 12 lalu.
- "Saya menang apa? Bukan saya kalah! Kalau dah tak mahu ambik saya dalam Kabinet, mengapa letak kepala saya bertanding di kawasan dulu? Mujur saya tak kena sembelih!"
- Portfolio Shahrizat tu tak releven langsung.
- Ternyata produk Puteri Umno lebih laku berbanding Wanita Umno!
- Timbalan sahaja? Common la... dah bertahun jadi Timbalan. Kami mahu Menteri Penuh. Orang lain yang langsung tak bertanding boleh jadi Menteri Penuh pulak...!
- Radzi - Resign la. Ku Nan dah pun dilantik jadi S'usaha Agung Umno.
- Mahdzir kata fail tu ada - carilah di jabatan. Jangan tuduh. Ir Nizar kata boleh jual arak, sebab agama lain benarkan.
* Eh ini cakap keliling - tak perlu pandang-pandang, tak perlu bisik-bisik.
No comments:
Post a Comment