Saturday, October 7, 2017

BISIK PADA LANGIT





Minggu lalu saya dah tonton filem Bisik Pada Langit dan sudah menaik status mengatakan saya tidak sedih, tidak berasa nak menangis menonton filem ini. Urat sedih saya tidak terkesan.
Padahal hampir semua yang sudah menontonnya, kata filem ini sedih dan mereka berteman air mata dalam gelap panggung wayang.



Pada hari saya pergi menonton itu tetap terdengar sok sek sok sek dengan desah nafas tersedu-sedan.
Mengapa saya tidak menangis langsung?
Dalam filem tu, saya lebih dekat pada watak Zaidi (Beto) sebagai abang sulung. Saya juga meletak diri saya sebagai adik yang selalu diketepikan kelebihannya.
Jadi emosi sedih saya langsung tak ada!
Saya sudah set dalam minda bahawa hati saya mesti keras. Sekeras perasaan saya yang menempelak silap seorang bapa kerana mengamalkan pilih kasih dalam membesarkan anak-anak.
Saya tak suka pada anak yang buat baik depan ibu bapa, tapi buat tak baik di belakang orang tua. Apalagi bagi seorang anak perempuan kampung. Maaf cakap, sambil getap bibir, hati saya berdetak berkata, "haa.., itulah! Padan muka"
Satu lagi, saya mahu melawan review tentang filem ini yang mengatakan, masing-masing `hati tisu' ketika tonton filem ini.
Saya tak mahu hati saya jadi tisu dan sampai habis popcorn satu kotak besar, saya berjaya melawan ego itu 
Bukan filem ini tidak bagus. Ia bagus kerana hasil sentuhan penulis skrip, sahabat saya Maizura Mohd Ederis dan Sofia Rhyland. Kabir Bhatia juga bukan calang-calang pengarah. Filem ini terbitan Astro Show.
Mengenai pelakon-pelakon, tidak ada nama besar selain Jalil Hamid dan Beto. Bisik Pada Langit juga tidak begitu bertaraf filem bagi saya. Ia seperti Super Tele sahaja.

Monday, October 2, 2017

BISIK PADA LANGIT - TAK SEDIH


Saya sudah tonton, tapi kenapa saya susah nak menangis hingga akhir cerita? 
Sedangkan saya bukan jenis orang yang keras hati. 
Saya menanti bilakah detik kesedihan sebenar akan terjadi
..