Wednesday, April 8, 2015

KEMBANG.HANCUR. MUSNAH!



Inikah yang anda mahu lihat berlaku lagi pada masa akan datang?

Ini adalah sebahagian kemusnahan buku-buku di Perpustakaan UMK, Kampus Pengkalan Chepa, Kelantan Darul Naim. Maaf, saya katakan ketika ini Darul Musnah!. 
Ini Amukan dalam hati saya (lagi!)

Ya, kita boleh kata versi digital akan menyelamatkan segala ilmu yang musnah sebegini. Namun bagaimana dengan buku-buku yang dicetak dengan edisi terhad dan naskhah lama, kitab-kitab lama?
* Gambar daripada rakan facebook.
 — feeling sad.

Monday, April 6, 2015

DEAR ME...


>>> DEAR ME <<<


Dear me,
I knew you deserved it, for your hard work
Dear me,
This is a small reward for your another good effort's
Dear me,
Go. Go. Go... You can do it again and again!
Love you,



... Me.
- 6 April 2015
Colloseum, Italy

* Thanks to Stefano Romano for this foto

Sunday, April 5, 2015

TULIP DALAM DINGIN ROME

Taman indah belakang rumah menyambut lirik mata
Dengan benih tulip dari Amsterdam
Dingin, renyai hujan sejak tadi malam
Kuntum ini masih kembang, tanpa mungkir

Ini membawa ingat pada #Simone
Kamu di mana dan sedang apa?
Langit muram, diam sunyi mendengar rintik
Hati riuh tanpa jawab, tetap berbisik!

Rome, Italy
Ahad 6 April 2015 
Jam 10.12 pagi

- Benih tuip ini dibawa pulang oleh Marco, adik sahabt saya Stefano Romano dari Amsterdam.












Saturday, April 4, 2015

POTRET HATI



Projek istimewa ini adalah kerjasama menggabungkan puisi-puisi pendek saya dengan gambar-gambar menarik sahabat saya, jururoto pfofesional Itali,Stefano Romano

Semoga projek kreatif ini akan menjadi buku sebenar dan diedarkan dalam pasaran suatu masa nanti. InsyaAllah. 







Friday, April 3, 2015

SOLAT JUMAAT

 MSJID BESAR ROME:

2 April 2015 - Jumaat. Saya berpeluang mengikut sahabat saya Stefano dan isterinya Bayu menunaikan solat Jumaat di Masjid Besar, Rome, Itali. Masjid dengan senibina Morocco ini boleh memuatkan hampir 10 ribu jemaah. Khutbah Jumaat disampaikan dalam dua bahasa iaitu bahasa Arab dan bahasa Itali.













Masjid ini mempunyai dua tingkat solat. Jemaah wanita boleh memilih untuk bersolat di tingkat bawah atau di tingkat atas. Rakan jemaah saya hari ini ialah dari Morocco di sebelah kanan dan dari Syria di sebelah kiri. Alhamdulillah