Jika kita rasa hidup kita susah... apakah mereka ini suka untuk hidup susah?
Apabila kehidupan orang lain dihimpit susah dan membela anak-anak OKU, kita wajar bersyukur dapat hidup senang (bukan mewah).
Maka nikmat yang kita ada jangan didustakan, pelihara sebelum Allah tarik balik. * Allah Maha Kaya Makcik Mariam, pahala melimpah untuk makcik semestinya di akhirat nanti. InsyaAllah.
>>>
TAMPIN – “Anak-anak ini permata hati makcik. Mereka saham akhirat saya..." luah ibu tunggal, Mariam Abdul Kadir, 67.
Mariam cekal menguruskan anak-anak istimewanya sejak kematian suaminya, Kamaruddin Zainal Abidin, pada Mei 2010.
Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan pandangan serong masyarakat, warga emas ini tetap berjiwa kental dan bersemangat waja membesarkan tiga daripada empat anak OKUnya yang masih hidup.
Sewajarnya pada usia sepertinya itu, dia sudah boleh berehat dan hanya mengharapkan anak-anak menjaganya. Namun realitinya, setiap hari seawal pagi dia sudah bangun menguruskan mereka.
Empat daripada enam anak Mariam, iaitu Muzalifah, 38; Muhammad Waad (meninggal dunia pada 5 Disember 2010 ketika berusia 29 tahun); Mudzahir, 34; dan Muhammad Fauzi, 29, dikategorikan sebagai OKU lembam.