Sunday, February 23, 2014

SELAMAT TERIMA MENANTU, LAN

Jauh dari hiruk-pikuk kota raya. Kami sekeluarga menikmati suasana kenduri kahwin di kelilingi kehijauan desa dengan juadah kampung, masak lemak pucuk ubi, ikan masin, sambal belacan, cincaluk dan sirap selasih sungguh menyelerakan. 

Sambil makan, angin bertiup sepoi... kami kekenyangan, tak sedar menambah lauk :) Terima kasih bapa pengantin, rakan persekolahan sejak sekolah rendah.






Isteri Abon, Fauziah juga rakan semasa sekolah rendah.

Saturday, February 1, 2014

HALAMAN 214

MENGHAYATI | Malam tadi saya menyudahkan satu treatment untuk sebuah telemovie. Cerita yang lapan puluh peratus sangat benar, sungguh terjadi.  Watak utama berkata, "kita pernah menjadi tanah, sekarang kita harus menjadi api!"

Ayat ini sama seperti yang telah ditandakan dengan garisan merah di mukasurat 214 novel Cinta Yang Terpilih. Novel itu dihadiahkan kepada seseorang dan hilang. Ditemui semula di kedai buku terpakai. Garisan itu masih ada.

Aduh... bohonglah kalau saya kata ; cerita ini hanya imginasi tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau sudah meninggal dunia.