Sunday, December 15, 2013

LAMA TAK JUMPA!

SAHABAT saya ramai. Ada yang dikenali di laman maya yang berhubung online, ada juga yang melalui telefon atau instagram sahaja. Dan lebih bermakna ada kawan-kawasn yang memang rapat di alam nyata. Mereka bersama-sama dalam suka duka, dalam susah senang, dalam duka bersama keluarga malang dan yang ketawa dalam majlis silaturrahim.


Hari ini bersua rakan-rakan yang dah lama tak jumpa! Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri dan berbulan-bulan tidak berhubung. Dia majlis perkahwinan anak bongsu novelis Iris Ixora di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah (KGSAAS) di Seksyen 13 Shah Alam petang tadi, kemesraan itu bertaup kembali.


Pensyarah universiti, ahli perniagaan, penulis kata ucapan menteri dan vip, penulis skrip, penulis novel... kami bersama-sama merapatkan ukwuah. Tiada benci, tiada dendam, tiada terasa hati... saling bergelak ketawa. Terima kasih Allah...!




Bunga lili dan bunga ros ini serta cermin pemidang besar di atas gerbang menghala ke padang golf KGSAAS ini menarik perhatian saya, tatkala mula-mula kaki melangkah masuk menuju ke ballroom. Cantik!


Saturday, December 14, 2013

MERAH MERAH DELIMA

INILAH buah kegemaran saya. Dulu sukar ditemui di kedai-kedai buah, Namun kini mudah. Boleh didapati antara harga RM5 hingga RM12 sebiji. Bergantung pada kedainya, buah ini ada kala manis dan ada kala masam... namun selalunya manis!


Terimbau kenangan manis setiap hari mengunyah buah kegemaran Nabi Muhamad saw iini sepanjang saya berada di Makkah dan Madinah ketika mengerjakan haji pada tahun 2010 lalu. Buahnya amat segar dan rasanya sangat manis.

Sahabat-sahabat saya di fb ada meletakkan jenis penyakit yang mampu diubati oleh buah ajaib ini. Silakan baca di sini >>> PUTIH PUTIH MELATI, MERAH MERAH DELIMA <<<

Atau... ini saya temui link dicarian google. 

Remarkably, the researchers also found that pomegranate extract treatment resulted in the following beneficial effects:
  • Reduced levels of oxidative stress
  • Reduced monocytie chemotactic protein-1, a chemical messenger (chemokine) associated with inflammatory processes within the arteries.  
  • Reduced lipid accumulation in the heart muscle
  • Reduced macrophage infiltration in the heart muscle
  • Reduced levels of monocyte chemotactic protein-1 and fibrosis in the myocardium
  • Reduced cardiac enlargement
  • Reduced ECG abnormalities
Silakan membacanya di sini >>> >>> CARIAN DI GOOGLE <<<

Monday, December 9, 2013

HATI TURUT KEMBANG...

SEBENARNYA saya sebak! Saya sedih! Hati saya rabak melihat buku-buku ini kembang. Kulit buku-buku koyak, mukasuratnya kembang, warnanya luntur dan baunya busuk! Saya bayangkan kalau ini semua buku-buku saya. Oh...!


Inilah angkara banjir! Buku-buku di rak di rumah, di sekolah... di pejabat tidak sempat diselamatkan... masing-masing terpaksa menyelamatkan nyawa masing-masing terlebih dulu. Nyawa keluarga, nyawa jiran-jjiran, nyawa kucing... dan buku-buku yang ada roh itu gagal d iselamatkan!


Ini adalah gambar-gambar buku yang musnah milik seorang peminat novel. Saya nampak ada buku-buku daripada Grup Buku Karangkraf. Saya nampak buku sahabat-sahabat saya berdasarkan pada kulit buku berkenaan... aduh, rasanya dalam himpunan buku yang kembang ini mesti ada novel saya...!


Saya ada menghubungi pengumpul buku yang musnah ini dan memohon dia jangan bersediih... Saya berjanji dengan dia jika ada antara yang musnah ini novel-novel saya, saya berjanji akan menggantikannya dengan yang baru...


Sunday, December 8, 2013

BANJIR DI HATI

SAYA amat bersimpati dengan kejadian banjir yang melanda negeri-negeri di pantai timur. Di Kuantan yang paling teruk. Termasuk juga di Pekan dan di Kemaman Terengganu. Banjir tahun ini paling teruk dalam sejarah dengan hampir 60,000 oraang mangsa banjir di 27 pusat pemindahan banjir.

Ramai sukarelawan dari tempat lain datang membantu. Bandar Kuantan seperti laut dengan rumah kediaman seperti kotak-kotak mancis terapung atas air. Terutama di Sg Isap. Di situ juga sahabat saya dan juga penulis buku Hiasan Kek terbitan Alaf 21, Amaruszati Noor Rahim memulakan bisnes bakerinya.




Semenjak bertahun-tahun dia mengumpul modal dan dengan sokongan suaminya, Azli Lee Abdullah mereka berjaya membuka Bakeri Zati DHati.

Saya selalu mengikuti perkembangan bakeri mereka dengan kelas-kelas memasak, kelas demo, promosi kek dan crepe durian untuk membantu mangsa serangan di Gaza dan macam-macam lagi...


Namun semua usaha dan kek-kek fondan, kek bertingkat-tingkat, roti yang gebu musnah dalam banjir! Saya sedih melihat peti ais terbaring, terbongkang. Saya sedih melihan kek fondan mereka kembang dalam banjir dan saya sedih mengenangkan banjir itu telah memusnahkan semua kenangan manis mereka.


Namun saya yakin Zati dan Azli bukan calang-calang orang. Kemusnahan itu adalah satu kebangkitan bagi mereka. Saya dapat merasakan kekuatan jiwa mereka. Saya dapat selami semangat mereka tidak akan luntur, tidak akan lusuh dan kembang dalam banjir itu.



Saya doakan mereka turus tabah.
Saya yakin. Saya yakin!

Saturday, December 7, 2013

KAK LONG TURUT BANTU

SAMA seperti saya dan suami yang suka membabitkan diri dengan aktiviti-aktiviti amal membantu mereka yang kurang bernasib baik, saya ucap syukur alhamdulillah kerana anak sulung kami juga bersikap begitu tanpa disuruh-suruh... Alhamdulillah!



> Anak perempuan sulung kami dan rakan alumni sekolahnya sudah tiga hari berada di sekitar Kemaman. Misi utama mereka ialah membersihkan kantin, bilik darjah, pejabat sekolah dan bilik guru yang terjejas teruk. Terima kasih kepada bosnya yang memberi izin kendalikan misi ini tanpa ambil cuti. Thanks Sir!


Selain ke sekolah-sekolah dia dan rakan-rakan juga pergi ke rumah-rumah  menolong mencuci rumah penduduk di sekitar Kemaman. Hasil kutipan dan sumbangan sahabat-sahabat, saudara mara, adik ber adik dia membeli banyak ibat sapu Vick, Ubat sumbat hidung untuk mereka yang selesema, ubat pening kepala, ubat batuk, lampin pakai buang kanak-kanak, ubat gigi, sabun, baldi, getah paip dan segala keperluan mencuci rumah.



Thursday, December 5, 2013

DIRGAHAYU TUANKU

Bergambar bersama DYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke V dan Putera Mahkota Kelantan, Tengku Fa-iz sempena lawatan baginda ke Kumpulan Media Karangkraf dan melancarkan penerbitan Al-Quran Karya Bestari.
- Al Quran Muslimah
-Al Quran Haramain
- Al Quran Amazing
- Al Quran Mushaff dan 11 lagi Al Quran jenis lain.
Alhamdulillah Ya Allah...!