Sunday, December 15, 2013

LAMA TAK JUMPA!

SAHABAT saya ramai. Ada yang dikenali di laman maya yang berhubung online, ada juga yang melalui telefon atau instagram sahaja. Dan lebih bermakna ada kawan-kawasn yang memang rapat di alam nyata. Mereka bersama-sama dalam suka duka, dalam susah senang, dalam duka bersama keluarga malang dan yang ketawa dalam majlis silaturrahim.


Hari ini bersua rakan-rakan yang dah lama tak jumpa! Masing-masing sibuk dengan urusan sendiri dan berbulan-bulan tidak berhubung. Dia majlis perkahwinan anak bongsu novelis Iris Ixora di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah (KGSAAS) di Seksyen 13 Shah Alam petang tadi, kemesraan itu bertaup kembali.


Pensyarah universiti, ahli perniagaan, penulis kata ucapan menteri dan vip, penulis skrip, penulis novel... kami bersama-sama merapatkan ukwuah. Tiada benci, tiada dendam, tiada terasa hati... saling bergelak ketawa. Terima kasih Allah...!




Bunga lili dan bunga ros ini serta cermin pemidang besar di atas gerbang menghala ke padang golf KGSAAS ini menarik perhatian saya, tatkala mula-mula kaki melangkah masuk menuju ke ballroom. Cantik!


Saturday, December 14, 2013

MERAH MERAH DELIMA

INILAH buah kegemaran saya. Dulu sukar ditemui di kedai-kedai buah, Namun kini mudah. Boleh didapati antara harga RM5 hingga RM12 sebiji. Bergantung pada kedainya, buah ini ada kala manis dan ada kala masam... namun selalunya manis!


Terimbau kenangan manis setiap hari mengunyah buah kegemaran Nabi Muhamad saw iini sepanjang saya berada di Makkah dan Madinah ketika mengerjakan haji pada tahun 2010 lalu. Buahnya amat segar dan rasanya sangat manis.

Sahabat-sahabat saya di fb ada meletakkan jenis penyakit yang mampu diubati oleh buah ajaib ini. Silakan baca di sini >>> PUTIH PUTIH MELATI, MERAH MERAH DELIMA <<<

Atau... ini saya temui link dicarian google. 

Remarkably, the researchers also found that pomegranate extract treatment resulted in the following beneficial effects:
  • Reduced levels of oxidative stress
  • Reduced monocytie chemotactic protein-1, a chemical messenger (chemokine) associated with inflammatory processes within the arteries.  
  • Reduced lipid accumulation in the heart muscle
  • Reduced macrophage infiltration in the heart muscle
  • Reduced levels of monocyte chemotactic protein-1 and fibrosis in the myocardium
  • Reduced cardiac enlargement
  • Reduced ECG abnormalities
Silakan membacanya di sini >>> >>> CARIAN DI GOOGLE <<<

Monday, December 9, 2013

HATI TURUT KEMBANG...

SEBENARNYA saya sebak! Saya sedih! Hati saya rabak melihat buku-buku ini kembang. Kulit buku-buku koyak, mukasuratnya kembang, warnanya luntur dan baunya busuk! Saya bayangkan kalau ini semua buku-buku saya. Oh...!


Inilah angkara banjir! Buku-buku di rak di rumah, di sekolah... di pejabat tidak sempat diselamatkan... masing-masing terpaksa menyelamatkan nyawa masing-masing terlebih dulu. Nyawa keluarga, nyawa jiran-jjiran, nyawa kucing... dan buku-buku yang ada roh itu gagal d iselamatkan!


Ini adalah gambar-gambar buku yang musnah milik seorang peminat novel. Saya nampak ada buku-buku daripada Grup Buku Karangkraf. Saya nampak buku sahabat-sahabat saya berdasarkan pada kulit buku berkenaan... aduh, rasanya dalam himpunan buku yang kembang ini mesti ada novel saya...!


Saya ada menghubungi pengumpul buku yang musnah ini dan memohon dia jangan bersediih... Saya berjanji dengan dia jika ada antara yang musnah ini novel-novel saya, saya berjanji akan menggantikannya dengan yang baru...


Sunday, December 8, 2013

BANJIR DI HATI

SAYA amat bersimpati dengan kejadian banjir yang melanda negeri-negeri di pantai timur. Di Kuantan yang paling teruk. Termasuk juga di Pekan dan di Kemaman Terengganu. Banjir tahun ini paling teruk dalam sejarah dengan hampir 60,000 oraang mangsa banjir di 27 pusat pemindahan banjir.

Ramai sukarelawan dari tempat lain datang membantu. Bandar Kuantan seperti laut dengan rumah kediaman seperti kotak-kotak mancis terapung atas air. Terutama di Sg Isap. Di situ juga sahabat saya dan juga penulis buku Hiasan Kek terbitan Alaf 21, Amaruszati Noor Rahim memulakan bisnes bakerinya.




Semenjak bertahun-tahun dia mengumpul modal dan dengan sokongan suaminya, Azli Lee Abdullah mereka berjaya membuka Bakeri Zati DHati.

Saya selalu mengikuti perkembangan bakeri mereka dengan kelas-kelas memasak, kelas demo, promosi kek dan crepe durian untuk membantu mangsa serangan di Gaza dan macam-macam lagi...


Namun semua usaha dan kek-kek fondan, kek bertingkat-tingkat, roti yang gebu musnah dalam banjir! Saya sedih melihat peti ais terbaring, terbongkang. Saya sedih melihan kek fondan mereka kembang dalam banjir dan saya sedih mengenangkan banjir itu telah memusnahkan semua kenangan manis mereka.


Namun saya yakin Zati dan Azli bukan calang-calang orang. Kemusnahan itu adalah satu kebangkitan bagi mereka. Saya dapat merasakan kekuatan jiwa mereka. Saya dapat selami semangat mereka tidak akan luntur, tidak akan lusuh dan kembang dalam banjir itu.



Saya doakan mereka turus tabah.
Saya yakin. Saya yakin!

Saturday, December 7, 2013

KAK LONG TURUT BANTU

SAMA seperti saya dan suami yang suka membabitkan diri dengan aktiviti-aktiviti amal membantu mereka yang kurang bernasib baik, saya ucap syukur alhamdulillah kerana anak sulung kami juga bersikap begitu tanpa disuruh-suruh... Alhamdulillah!



> Anak perempuan sulung kami dan rakan alumni sekolahnya sudah tiga hari berada di sekitar Kemaman. Misi utama mereka ialah membersihkan kantin, bilik darjah, pejabat sekolah dan bilik guru yang terjejas teruk. Terima kasih kepada bosnya yang memberi izin kendalikan misi ini tanpa ambil cuti. Thanks Sir!


Selain ke sekolah-sekolah dia dan rakan-rakan juga pergi ke rumah-rumah  menolong mencuci rumah penduduk di sekitar Kemaman. Hasil kutipan dan sumbangan sahabat-sahabat, saudara mara, adik ber adik dia membeli banyak ibat sapu Vick, Ubat sumbat hidung untuk mereka yang selesema, ubat pening kepala, ubat batuk, lampin pakai buang kanak-kanak, ubat gigi, sabun, baldi, getah paip dan segala keperluan mencuci rumah.



Thursday, December 5, 2013

DIRGAHAYU TUANKU

Bergambar bersama DYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke V dan Putera Mahkota Kelantan, Tengku Fa-iz sempena lawatan baginda ke Kumpulan Media Karangkraf dan melancarkan penerbitan Al-Quran Karya Bestari.
- Al Quran Muslimah
-Al Quran Haramain
- Al Quran Amazing
- Al Quran Mushaff dan 11 lagi Al Quran jenis lain.
Alhamdulillah Ya Allah...!

Saturday, November 30, 2013

WANITA TAHANAN REMAN

KUMPULAN Cerpen Wanita Tahanan Reman sudah mula saya edarkan semenjak hari pertama saya terima daripada pihak Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. Berharga RM35.00, kumpulan cerpen ini amat istimewa bagi saya kerana tulisan-tulisan di dalamnya agak luar biasa daripada kebiasaan tulisan saya dalam tahun-tahun kebelakangan ini 



Ya.. dulu saya amat mirip kepada penulisan sastera tinggi. Berbeza sekarang kebanyakan tulisan saya menjurus kepada penulisan gaya santai, dengan tulisan dan bahasa popular/standard. Saya sedar... saya faham sangat-sangat gelodak rasa pengkritik-pengkritik sastera...







Friday, November 29, 2013

MPI MEETING

MALAYSIAN PRESS INSTITUTE (MPI) adalah sebuah institute yang memberi banyak latihan dan seminar kepada golongan wartawan dan editor di seluruh Malaysia. MPI dianggotai oleh hampir semua syarikat penerbitan akhbar dan majalah juga para wartawan dan editor.


MPI beroperasi dari sebuah banglo kerajaan di Jalan Ledang, sebuah kawasan perbukitan di Kuala Lumpur, dengan pejabat operasinya dianggotai oleh pekerja tetap. Pelbagai latihan dalaman di kendalikan di banglo ini.

MPI juga mengendalikan banyak peraduan penulisan yang dianjur oleh pihak kerajaanm, pihak badan berkanun dan juga pihak swasta. Acara paling berprestij yang dikendalikan oleh MPI ialah Malam Anugerah Kewartawanan Malaysia/Petronas dengan hadiah unggul iaitu Anugerah Kewartawanan Kajai.

Selain latihan dan pertandingan penulisan, MPI juga mengendalikan pembelajaran di kampus. Jalinan kerjasama telah diadakan bersama Universiti Utara Malaysia.


CEO MPI ialah Datuk Chamil Wariya. Beliau dibantu oleh kebanyakan anggota kanan syarikat-syarikat penerbitan.


 Antara dalam gambar ini ialah Datuk Chamil Wariya, Datuk Mustafa Omar (Harian Metro), T. Selva (The Star), Datuk Yong Soo Heong (Bernama), Tuan Syed Agil (Utusan Malaysia), Foo Tick Fat (Nanyang Siang Pau).

Sunday, November 24, 2013

HERO - IKON KASIH & SAYANG

KISAH tentang kucing bernama Hero sudah menjadi fenomena bagi peminat kucing. Saya yang memelihara kucing ini terasa amat dekat dengan Hero setelah melihat video mengenainya dan melihat betapa kasih dan sayang antara manusia dan kucing, terjalin erat, penuh tanggungjawab.

Namun hari ini Hero (Iyo) telah pergi... tengah hari tadi doktor yang berusaha kerasa cuba menyelamatkan nyawa Hero terpaksa akur pada ketentuan Allah swt. Hero gagal diseamatkan... Hero yang disahkan menghidap leukimia, telah pergi selama-lamanya...

Saya sedih dan turut bersimpati pada penjaga Hero... Papa Hero (PH).
Semoga rohnya sentiasa dalam peliharan Allah swt. Sedihnya...

Video mengenang Hero >>> DI SINI <<<
Ceriita Papa Hero di TV9 >>> KLIK SINI <<<<
Link part two >>> KLIK SINI <<<


Lihat di sini video tentang Hero > >>> KLIK SINI <<<<

Lihat juga gambar kucing-kucing saya di sini MEOW MEOW MEOW SAYA







Gambar-gambar di atas tidak terdapat dalam album MEOW MEOW MEOW.

Saturday, November 23, 2013

ULU YAM DI LIVERPOOL


SAYA memang sudah lama mengenali tuan punulis buku ini, Nazali Noor, Pensyarah Kanan, Universiti John Moores di Liverpool. Blog Abah Najwa memang antara blog yang menjadi ikutan saja pada tahun 80-an hingga 2000 dan kini sudah ditutup, kerana keghairahan orang berpindah kepada facebook, twiter, whatsup, instagram dan sebagainya.

Namun blog Abah Najwa tetap lekat dalam hati. Saya menghubungi Nazali dan memintanya mengemaskini tulisannya dan mengumpulkan bahan-bahan itu untuk dibukukan. Saya tahu dan yakin blog Abah Najwa banyak keistimewaannya.

Dan terbukti! Apabila tulisan ini dibukukan dan dijual dengan tajuk Ulu Yam di Liverpool, naskhah ini sold out. Dan hingga tarikh ini, sebulan setelah diterbitkan kali pertama buku ini sudah diulangcetak untuk kali kedua dengan jumlah yang agak banyak untuk persiapan Pesta Buku Antarabangsa yang akan berlangsung pada 24 Mac 2014 nanti.


Gambar-gambar sekitar pelancaran boleh dilihat di link di bawah. Lihatlah betapa comelnya Ain, yang hebat itu, bagaimana dia boleh menjadi seorang wanita yang berjiwa kental, yang berani meninggalkan kerjayanya dan mengikut suami menerjah bumi United Kingdom.


>>> Berbanyak terima kasih diucapkan kepada Datuk Saifuddin Abdullah, CEO Global Movement kerana sudi melancarkan buku ini di MPH Alamanda pada 23 Nov 2013, jam 3 petang. Buku Biografi Travelog ini amat istimewa, ditulis oleh Nazali Noor, Pensyarah Kanan, John Moores Universiti, Liverpool. Tulisannya ditulis dari hati untuk bacaan pencinta buku.

Tuesday, November 12, 2013

BERPUISI LAGI

ALHAMDULILLAH minat berpuisi tetap ada... kebanyakan inspirasi saya timbul apabila melihat gambar-gambar yang cantik, terutama warna alam, bunga-bungaan juga.
Kebanyakan idea saya lahir sepontan. Saya mengambil masa tidak sampai lima minit untuk mencipta kata-kata puitis ini... alhamdulillah Ya Allah, Kau berikan rasa halus dalam diri dan Kau anugerahkan bakat penulisan yang akan kugunakan ke jalan yang baik.


Monday, November 11, 2013

NONA 3 DEKAD

BUKAN mudah untuk melupakan sebuah majalah yang menjadi titik tolak kerjaya saya. Bermula dengan tiga buah produk - Majalah Remaja, Bacaria dan Mingguan Kanak-kanak, saya terus melangkah berani menjerumuskan diri dalam bidang masscomm. Membantu syarikat menerbitkan Majalah NONA pula.

Ini berlaku sebaik sahaja habis menuntut di USM. Semejak itu bermulalah penerbitan majalah-majalah di Karangkraf, hingga pernah suatu masa menjadi 32 majalah kesemuanya, sebahagiannya adalah francis daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya juga turut diberi tanggungjawab menjadi Editor Kumpulan Majalah, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.


Antara Majalah dan Akhbar Karangkraf ialah:
Akhbar Bacaria
Mingguan Kanak-Kanak
Majalah Remaja
Majalah NONA
Majalah Seri Dewi dan Keluarga
Majalah Fokus SPM
Majalah Bintang Kanak-Kanak
Majalah Libur
Majalah Impiana
Impiana Dapur
Impiana Aprtmen
Impiana Laman
Majalah Rapi
Majalah Midi
Majalah E.Baca
Majalah PC
Majalah KlikMajalah Yezz
Majalah Maskulin
Majalah Umpan
Majalah Motor
------------------------------------
Akbar SINAR HARIAN 8 Edisi Negeri
------------------------------------
- Dewan Masyarakat
- Dewan Ekonomi
- Dewan Islam dan Falsafah
- Dewan Kosmik
- Dewan Siswa

 Mini, Saya dan Yati Rahim antara Editor NONA






Kini Majalah NONA sudah mencapai tiga dekad sejak dimulakan penerbitannya pada 1984. Kami berbangga. Kami berasa sangat bahagia melihat majalah ini terus berjaya daripada segi jualan naskhah dan juga jualan iklan..

Lagi gambar-gambar sekita majjlis >>> NONA 3 DEKAD <<< boleh diikuti di sini.



Sunday, November 10, 2013

MENYESAL..?


KENA ROTAN...!

SAYA sungguh terkesan melihat kedua-dua video di bawah. Saya juga tersenyum simpul melihat gambar hitam putih di bawah. Sweet sangat memori ini. Insiden kena rotan memang tak pernah saya alami tapi saya selalu melihat kawan-kawan saya kena bantai dengan rotan.

Pakcik makcik jiran saya semasa kecil dulu sangat garang. Saya pun takut. Bila melihat kawan-kawan kena pukul dengan rotan, saya yang menangis! Terasa sakitnya! Bila melihat badan mereka birat, ada bekas kena pukul, saya yang menangis...

Ini permainan konda kondi!
Siapa pernah main?

>>>> MAAFKAN CHEQ MAK... <<<

Abang dan kakak saya pun selalu buli saya semasa saya masih kecil dulu. Banyak permainan yang mereka tipu saya... tapi masa itu saya tidak tahu, jadi saya anggap memang saya bodoh main congkak. Saya bodoh main dam aji contohnya....!

>>> KANTOI LAGI <<<

Hehee... kini kenangan manis satu persatu mulai pudar dalam ingatan kerana usia tua. Namun persefahaman, tolerasi adik beradik, rasa kasih dan sayang tetap merapatkan kami terutama apabila duduk-duduk santai sambil bercerita kisah silam. Kisah main lombong, menyorok dalam kebun getah, mencari cendawan dalam hutan dan peristiwa kena kejar anjing ketika kami mencari kangkung dan pucuk paku di kebun cina.

Thursday, November 7, 2013

MASA BERDUA

SEPERTI yang pernah saya sentuh dahulu... kini masa untuk berdua-duaan bersama suami semakin banyak apabila anak-anak sudah membesar dan masing-masing ada hal mereka sendiri. Ya Allah, semoga Kau restui jodoh kami, Kau eratkan kasih kami dan kami terus hadam dalam cinta yang yang panjang...


Semoga cinta ini berpanjangan dan sentiasa dilimpahi setia

Hari ini bos belanja minum petang...