LAST COME, FIRST GO?
HAMPIR tiga suku hari saya hari ini dihabiskan di Kuala Lumpur. Sekejap tadi terburu-buru balik ke Shah Alam, bimbang tersangkut dalam kesesakan Federal Highway sementelahan pula hujan turun dengan lebatnya di sepanjang perjalanan. Alhamdulillah sekarang ini sudah selamat tiba ke pejabat.
Malam esok di Hotel Istana Kuala Lumpur akan diadakan Majlis Makan Malam Institut Akhbar Malaysia (IAM). Ramai yang sudah tahu dan saya tetap ingin beritahu, bahawa baru-baru ini Institut Akhbar Malaysia telah mendapat dana/geran daripada kerajaan Malaysia sebanyak RM5 juta untuk menjalankan pelbagai projek dan kursus bagi faedah pengamal media.
Tetamu kehormat yang akan hadir malam esok ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Turut akan hadir ialah Ketua Menteri Melaka dan Menteri Besar Negeri Sembilan. Mesyurat pagi tadi diadakan di Pejabat Datuk Azman Ujang, Pengerusi Bernama (yang juga Pengerusi Institut Akhbar Malaysia) di Wisma Bernama di Jalan Tun Razak.
Keputusan akhir sudah pun ada tetapi masih embargo sehingga malam esok. Antaranya ialah Siapakah Tokoh Wartawan dan siapakah Pemenang Anugerah Kajai, tulisan siapakah yang memenangi kategori yang ditetapkan dan sebagainya. Tadi juga diserahkan uniform Ahli Majlis IAM untuk malam esok rekaan pereka terkenal Nazleen Noor bermmotif batik. Bolehlah... tapi rasanya agak besar dan longgar bagi saya...
Satu gosip orang surat khabar diperkatakan juga tadi - akankah terjadi penggabungan dua gergasi persuratkhabaran arus perdana tidak lama lagi? Iyalah sama seperti gabungan Sime dan Guthrie... kalau begitu jadinya ramai yang gundah gulana dengan kedudukan sekarang. Last come, first go? Atau first come, last go?.
Oh ya, Sinar Harian akan terus go and go on!
Tuesday, November 28, 2006
Monday, November 27, 2006
BADAN SATU, HAJAT BERIBU...
SALMAH di Singapura mengirim sms bertanya khabar, sebelum itu beberapa orang lagi turut kirim emel, tanya khabar. Ya, NONA yang jauh pun bertanyakan soal yang sama... Jawapannya alhamdulillah saya sihat. Masih dipanjangkan umur.
Tapi kenapa tidak updated? Soalan cepumas tu payahlah akak nak jawab... kalau jawapannya sibuk orang lain pun sibuk juga. Tapi sebenarnya sibuk campur tak ada mood, campur banyak sangat nak tulis, tak tahu mana nak dimulakan dulu dan tolaklah sepuluh peratus malas...
1. Sekarang mak saya sudah keluar dari HUKM. Terima kasih pada Dr. Datin dan misi-misi yang telah memberikan khidmat terbaik mereka kepada mak. Kami adik beradik amat berpuas hati. Juga terima kasih kepada rakan dan jiran yang menziarah mak saya di Tingkat 6 Wad 3 HUKM. Sekarang ini yang paling wahid ialah kena pantang betul makanannya.
2. Projek jangka panjang yang sedang ditangani sekarang ialah Menterjemah Al Quran - Arab - Melayu - Penjelasan ayat. Projek ini bersama Dr. Juanda dari Pejabat Mufti Negeri Sarawak. Bersama Dr. Asri, Mufti Kerajaan Negeri Perlis pula ialah projek membukukan segala Hadis Bukhari dan Muslim. Wah lepas ini akak boleh jadi calon ustazah!
3. Satu lagi projek jangka panjang ialah merealisasikan pengasingan terbitan Sinar Harian Kelantan dan Sinar Harian Terengganu. Sekarang bukan 5 x seminggu tetapi sudah 7 x seminggu. (Ah, teringat satah di pasar Cabang Tiga, Pengkalan Chepa.)
4. Tidak dilupakan proses menerbitkan Sinar Harian Pahang, Sinar Harian Kuala Lumpur dan Selangor sesegeranya.
5. Projek jangka pendek sebelum 3hb Disember - buku Asmara Ini... Sempena majlis persandingan Fadzley dan Azrene.
6. Dan menjelang Pesta Buku April 2007 nanti ialah kelahiran lagi 8 judul buku.
... kalau macam inilah, bila pula novel nak siap?

Friday, November 10, 2006
Thursday, November 9, 2006
SEPUTAR KITA
MEMANG selalunya apa yang dirancang dengan betul pasti akan menjadi. Namun ada juga plan A bertukar menjadi plan B. Saya akhir-akhir ini jadi seperti itulah. Banyak yang dirancang telah pun menjadi dan ada juga yang tak dirancang muncul mendadak. Kaedahnya; saya yang menurut perintah, bz tak sudah.
Ada banyak perkara mencuri perhatian sehari dua hari ini.
- Abang Zek - istana abang tu taklah hebat sangat. Banyak lagi istana orang lain yang lebih gah!
- Razak Baginda? Haa... orang itulah!
- Jiran rumah lama saya kena sembelih dek anaknya yang cacat mental.
- Nurul & Ajai - ya dah talak tiga. Jadi selama ini macamana?
- Ini yang baru - Penyanyi/Mr. Smart/Cikgu Motivasi Dr Fadzley anak Datuk Yaakob dah kahwin 7 Nov lalu. Isterinya ialah anak ....
- Penyanyi Nash dengan ..... akan kahwin Disember ini.
- Parti Demokrat berkuasa - Padan muka Bush. Sudahlah Republikan!
- Super Puma terhempas. Ya, ini nostalgia buat saya.
- SMS - Datuk Azahar Mansur murtad?
- Uhhh, tak habis-habis dengan jemputan raya! Plastik ketupat tak selamat, ish entah berapa banyak ketupat segera tu dah masuk dalam perut.
- Kelakar, Pak Lah dihadiah anak ghimau betina.
- Tun Mahathir masuk IJN. Perhimpunan Umno ni tak hadirlah kot...
Macam-macam reaksi kita dengan berita-berita itu. Saya sendiri sekejap keliru, sekejap tersengih, sekejap serius, sekejap geleng kepala. Rasanya orang lain pun sama juga seperti saya (agaknya).

Subscribe to:
Posts (Atom)