Friday, July 10, 2015

Thank You Allah

Hari ini bayi yang lahir tidak cukup bulan, di tepi longkang di sebuah rumah kuaters kilang air batu di pekan kecil Sungai Besi sudah semakin tua dihambat usia. Namun Alhamdulillah.. 



Terima kasih Allah atas kesempatan usia diberi.Semoga saya terus sihat fizikal dan fikiran.
Terima kasih atas semua doa yang baik-baik daripada anda semua. Saya membalasnya dengan doa kebaikan juga,



Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kakak kesayangan iza...
Allah selamatkan kamu...
***************************
Selamat hari lahir kak Sri Diah Shaharuddin... 
~ semoga dipanjangkan umur 
~ semoga dimurahkan rezeki 
~ semoga diberikan kesihatan yang baik 
~ semoga terus tabah & sabar dalam mengharungi segala dugaan 
~ semoga sentiasa dirahmatiNya & dilindungiNya 
~ semoga senyum sokmo nehhhh 😊 😊 😊
***************************
Terima kasih jadi kawan yg terbaik utk iza... 
Semoga DIA terus pelihara persahabatan ini... 
Sayang kamu banyak2.. Muahhhhh 😍😍😍😍 😘😘


Terima kasih Mba San! Haiku saya:
Fuji  berdiri
Menunggu aku datang
kita mendaki!


Daripada Penulis Sasya Zainal:
Ingat tak post saya pagi tadi...
Ada sahabat yang sambut birthday hari ini...

Kebetulan hari Jumaat, bulan Ramadan yang mulia, dan saya pun ada simpan beberapa hadiah untuk sahabat-sahabat saya.

Hari ini, rezeki kak Sri Diah Shaharuddin, Pengurus Besar Grup Karangkraf.
Rezeki ayam nampak di taji, rezeki manusia, hanya ALLAH yang tahu...siapa sangka, budak kampung macam saya dapat jumpa penulis hebat macam Sri ni smile emoticon





Al-Fatihah dan terima kasih juga buat arwah bonda yang dirindui tiap ketika, semoga dihalalkan setiap titik peluhnya, susunya yang mengenyangkan saya dan baktinya membesarkan saya. Amin.
 — feeling thankful.



2 comments:

Wak Lat said...

hepi belated besday cik kak sri diah., ;p

Sri Diah said...

Hehee... terima kasih En Tiga Lalat :)