Friday, July 3, 2015

Diah...

Tidak ramai yang memanggil saya dengan nama DIAH
Kebanyakan kenalan memanggil saya Sri , Kak Sri atau Puan Sri.



Namun malam tadi apabila Datin Seri Rosmah Mansur memanggil saya ~Diah ~ dari jauh dan kami berbual mesra di dewan makan dan di masjid, ia mengimbau perkenalan kami yang sudah berlangsung sejak 30 tahun lalu, apabila pertama kali menemubualnya untuk Majalah NONA, ketika Noryana Najwa berusia sebulan kelahiran.

Ya sejak 30 tahun lalu ketika tubuh saya gempal bersaiz XXL, banyak cerita yang kena KIV, mesti off record dan saya tetap memegang janji itu.  Cerita beliau marah, rampas, sekat dan bakar Majalah NONA kerana menyiarkan  muka depan kisah perkahwinan anak perempuannya dengan penyanyi Dato' Fadzley Yaakob dan banyak lagi kisah lain -- biarlah saya simpan saja dalam rahsia saya.


Sebelum balik beliau pesan kepada pembantunya mereka mahu balik rumah KL bukan rumah Putrajaya dan saya juga terdengar beliau berpesan kepada pembantunya tolong belikan aiskrim kegemarannya dan saya tahu jenis aiskirm itu. Apabila saya sebut jenisnya beliau angguk!

Malam tadi DS Rosmah kata Diah dah kurus sekarang!  :v
Seorang lagi individu yang memanggil saya Diah ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil​. Semoga Kak Ijat sihat-sihat sahaja hendaknya dan kami masih mengikuti perkembangan masing-masing di instagram.

Ya... kita boleh berbeza pendapat tetapi respek tetap ada, sesama manusia. Batu timbangan dosa pahala, baik buruk kita dalam tangan Allah. Kita akan bersemuka satu dengan satu di hadapan-NYA. Ternyata kita hebat bukan kerana kuasa, bukan faktor pengaruh atau kelompok yang kita bina di dunia nyata atau di dunia maya.

* Sebenarnya pekerjaan, pergaulan dan terlibat dengan insan-insan begini yang telah melahirkan novel-novel awal saya pada tahun 80-an antaranya SUITE 1908, Dendam Masrini dan Selamat Malam Tan Sri. -


 

No comments: